Tren 7.30 PM Chapter 5

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 5

Entah apalah nasib si mak cik tua yang tertinggal di stesen itu agaknya.

Tiba di Kajang, jam tepat menunjukkan jam 9.15 pagi. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari Bandar Tasik Selatan ke Kajang menjadi lebih lama dek kerana kelembapan pergerakan tren. Tika naik terpaksa berpusu-pusu, turun dari tren jua terpaksa berpusu-pusu.

Lesu langkah Azizah meninggalkan ruang landasan. Beg plastik yang membungkus roti dan air kotak dibelinya tadi masih dijinjing. Tiba di perkarangan luar stesen, Azizah mengambil keputusan untuk duduk sebentar. Dia perlu makan. Kepalanya mula tersakan pening kerana perut dibiarkan kosong terlalu lama tanpa isi. Leka dia mengunyah sempat matanya melirik ke arah papan kenyataan stesen. Satu keratan akhbar yang ditampal dilihatnya tidak berkelip. Ada satu gambar seseorang di keratan itu yang amat dikenalinya. Gambar iras mak cik yang menegurnya di stesen tadi. Azizah bangkit dan merapati papan kenyataan itu untuk membaca isi tulisan akhbar itu.

Bandar Tasik Selatan- Seorang warga tua didapati telah terjatuh ke atas landasan akibat tolakan orang ramai yang berpusu-pusu untuk menaiki tren. Ketika kejadian, sumber mengatakan wanita terbabit sedang beratur bersama ratusan penumpang yang lain. Ketika tren menghampiri landasan terbabit, tolakan beberapa penumpang yang berada di belakang mangsa telah menyebabkannya terjatuh ke atas landasan. Mangsa dipercayai meninggal di tempat kejadian akibat digilis roda tren yang sedang bergerak. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat.

Gulppp..

Azizah memerhatikan semula gambar yang terpampang. Memang sahih. Itulah wajah mak cik yang menegurnya tadi. Dia yakin itulah wajah pucat yang mendampinginya tadi. Kunyahan di mulut telah terhenti. Azizah memerhatikan sekeliling. Stesen telah mulai lengang. Segera dia melangkah pantas meninggal ruang stesen tersebut tanpa berfikir panjang. Dalam hatinya hanya terdetik soalan mak cik tua tadi.

“Mak cik nak ikut anak balik boleh..??”

Entah apa jadinya andai jawapan yang terpacul dari mulut Azizah adalah YA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience