Miyoko Tiga Pagi Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 3

Menapaknya dia di atas lantai lantai ruang parker itu diperhatikan sahaja oleh Miyoko dengan senyuman. Mereka bertukar pandangan.

Miyoko berdiri bersebelahan dengan Amira. Dia melambai cuba memperkenalkan diri. Namun dia kebuntuan kata. Tidak tahu apa yang hendak dikatakannya. Miyoko tidak pernah mempunyai seorang rakan pun sebelum ini. Amira turut membalas senyuman yang dilemparkan Miyoko. Jarinya menuding ke arah anak patung yang dibawa bersama Miyoko.

Anak patung yang selama ini menjadi peneman Miyoko. Anak patung yang menjadi peninggalan ibunya sebelum dia terkujur tidak bernyawa dahulu. Tompokan darah menyelaputi anak patung yang kaku tidak bernyawa. Dijadikan teman kerana manusia yang lain tidak ingin bersahabat dengannya. Anak patung yang selama ini diherentnya kemana sahaja mula mendapat perhatian Amira. Anak patung diangkat Miyoko lalu dihulurkannya pada Amira, rakan barunya itu.

“Nak main..??” ucap Miyoko.

Amira mengangguk. Dia tersenyum. Miyoko turut tersenyum.

“Amira..tengok apa tu..?? meh sini cepat..mummy nak masuk rumah ni..”

Amira menggeleng lihatkan ibu dan ayahnya yang menanti di muka pintu rumah. Bahu Miyoko dipegangnya erat. Dia mahu bermain. Sepertimana Miyoko mengajaknya bermain.

“Adik nak main..ngan kawan adik..” ucap Amira. Wajah polos itu dilihat ibunya dengan debaran yang menggila. Siapa pula kawannya tengah-tengah malam sebegini?

“Kawan mana pulak..??”

Amira berpaling lihatkan Miyoko yang berdiri di belakangnya.

“Ini..kesian dia mummy..muka dia berdarah..” jemari Miyoko dipimpinnya erat. Si ibu merasakan ada sesuatu yang menggangu fikiran anak kecilnya itu. Mungkin masih mamai kerana terlena di dalam kereta tadi.

“haishhh adik ni..mana ada orang main malam-malam ni..dah jom masuk..” tangan anaknya dipimpin lalu dibawa menuju ke muka pintu. Si ayah sekdar tertawa melihatkan keletah anak kecilnya itu. Pintu rumah dikuak luas. Berbalam-balam cahaya dari dalam rumah menerpa ke kelopak mata Miyoko. Akhirnya dia akan berounyakan rumah baru.

“Assalamualaikum..” ucap si ayah sebelum memsuki ruang rumah. Namun ucapan itu lantas berdesing di telinga Miyoko. Ibarat sambaran petir yang berdentum di cuping telinganya. Kedua belah telinganya ditekup lalu Miyoko berlari keluar meninggalkan perkarangan rumah itu. Entah mengapa saat ucapan itu didengarinya, perasaannya jadi serba tidak kena. Seolah ucapan itu tidak mengizinkannya untuk masuk sekali kedalam rumah milik keluarga Amira itu.

Miyoko sekadar memerhatikan sahaja pintu rumah ditutup rapat. Dia tidak diizinkan untuk masuk. Apatah lagi untuk berkawan dengan anak tuan rumah itu. Hatinya dilambung kecewa. Sekadar berdiri seorangan di depan pintu pagar rumah itu sambil memegang erat anak patung miliknya yang terseret ke jalan.

“Miyoko nak masuk..” rintihnya kembali selepas ditinggalkan seorangan di luar rumah. Hanya menanti andai ada yang mengajaknya masuk.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang berlaku seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience