Rasuk Gadis Melayu Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10318

Bab 3

Padahal asrama ini menempatkan pelbagai kaum yabg duduk menginap. Cina, India dan ada juga bangsa dari keturunan orang Sabah dan Sarawak. Namun tidak pernah mereka ini dirasuk ataupun diganggu. Hanya anak gadis melayu sahaja menjadi mangsa. Entah mengapa itu sahaja skrip yang berulang.

Mungkinkah kerana pegangan agama mereka yang berlainan menjadi punca?

Atau mungkin kerana gadis melayu bilangannya lebih ramai daripada bangsa yang lain?

Aku tidak pasti.

"Cikgu..tu..dia ada dekat dalam bilik tu.." deretan pelajar telah mula mengerumuni luar sebuah bilik. Beberapa pelajar turut melontarkan bacaan Yassin untuk meredakan suasana. Ada juga yang sekadar duduk berpelukan di dalam bilik menantikan solusi daripada guru yang tampil.

"Aishah...??" aku melangkah masuk. Cikgu Shukri mengekori dari belakang dengan beberapa orang pelajar perempuan yang lain. Pelajar itu amat aku kenali. Kerana dia adalah pelajar yang boleh aku katakan paling cantik di dalam sekolah ini. Dia juga adalah pelajar di dalam kelasku mengajar.

Tika aku menyapanya, dia berdiri mengadap tingkap bilik sambil melentokkan kepalanya ke kiri dan kanan. Hujung jarinya bermain di jenang tingkap menyapu debu yang meliputi kaca tingkap.

"Shhhhhh.." dia menyahut panggilanku. Seolah menyuruhku senyap jangan berkata apa. Perasaan ketika itu sukar hendak aku gambarkan. Seram yang dirasakan seolah tidak sama seperti biasa.

"Aishah..ini cikgu ni..sini datang dekat cikgu.."

Aku memberanikan diri memujuknya. Walaupun aku tahu yang itu bukanlah dirinya yang sebenar. Hanya zahirnya sahaja Aishah. Namun batinnya, entah apa yang merasuk.

Perlahan tubuhnya berpusing melihatkan aku yang sedang berdiri hanya beberapa langkah darinya. Ketika itu jelas dapat kulihat. Wajahnya kusam, rambutnya mengerbang, matanya meruncing memerhatikan segala yang ada di sekeliling.

"Kau nak apa..??" Bisiknya perlahan. Satu sengihan dilontarkan ke arahku. Perlahan bulu romaku naik tika pandangan kami bertaut. Aku tahu, kali ini pastinya lebih menyeramkan dari kebiasaan.

Aishah melangkah. Setapak demi setapak menghampiri aku. Dengan depaan tangan yang meluas, tubuh aku dirangkulnya perlahan. Teresak sedu tangisnya memecahkan hening. Raupan jemarinya di belakang tubuhku dirasakan cukup lembut.

"Kita pergi surau ye Aishah..??"

Lantas tubuhku ditolak kasar. Aku terperosok jatuh ke lantai. Serbuan Cikgu Shukri terus sahaja merangkul tubuh milik Aishah yang kian menggila. Dia meneriak sambil meludah ke lantai bilik. Pelajar yang lain turut menerpa untuk membantu. Kerana Cikgu Shukri seakan tidak mampu menahan asakan dari Aishah seorangan.

"Cikgu...! Cepat telefon dukun Hashim..!" Jerit Cikgu Shukri mengarahkan aku untuk bertindak. Selama ini, dukun itulah yang selalu aku hubungi untuk meminta pertolongan. Kepandaiannya dalam ilmu kebatinan sedikit sebanyak dapat membantu kami menyelesaikan masalah yang dihadapi.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Dukun Hashim akan berjaya kali ini untuk menghalau makhluk yang merasuk pelajar perempuan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience