Lesung Chapter 9

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 9

Terkial-kial dilihatnya seorang lelaki tua itu dengan penyapu lidinya. Saat pandangan mereka bertaut, dia sekadar merenung tanpa menegur. Senyuman juga langsung tidak terukir di wajahnya. Mungkin pelik dengan kehadiran Farisha yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Jika tidak mengenangkan dia perlu bergegas ke sekolah, pasti istana lama itu telah disinggahinya. Boleh jua dia bertanyakan tentang istana dan kampung halaman tumpangannya itu.

Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Farisha di hari pertama persekolahannya itu. Ditujukan ke kelas yang perlu di ajarnya, berkenalan dengan barisan guru-guru di sekolah dan diterangkan mengenai apa yang perlu dilakukannya sebagai guru sampingan. Selebihnya, dia hanya duduk di meja di dalam pejabat.

“Macam mana kelas pertama hari ni Farisha..??” Tegur Cikgu Salmah yang duduk bersebelahan dengan mejanya. Melihatkan Farisha sekadar termenung sendirian, ditegurnya lalu mengajaknya berbual.

“Ok Cikgu..semua ok..”

“Budak-budak macam mana..ada yang nakal-nakal tak..??”

“Biasalah Cikgu..budak-budak sekolah rendah..nakal suam-suam je orang cakap..” tergelak kecil Cikgu Salmah bila Farisha berkata demikian. Ada yang menggeletek perasaannya ketika itu.

“Janganlah panggil Cikgu..anak murid dalam kelas dah panggil Cikgu..panggil Kak Sal je..”

Farisha termalu sendiri. Sekadar mengangguk lalu tersengih melihatkan Cikgu Salmah yang sedang mengemaskan buku-buku latihan murid di atas mejanya sendiri.

“Oh ye.. kamu mengajar dekat sini, kamu duduk dekat mana Farisha..??” kerusi dihenyuknya berkeriuk. Cikgu Salmah bersandar meredakan seketika lelahnya sambil memerhatikan Farisha di sisinya.

“Saya tinggal dekat Kampung Istana Lama kak Sal..” jawab Farisha Ringkas. Namun jawapan itu, telah menghadirkan kerut di wajah Cikgu Salmah. Terbantut hajatnya untuk menyoal lebih.

“Kenapa kak..??” jelas perubahan riak muka Cikgu Salmah telah menarik perhatiannya. Seolah ada sesuatu keresahan yang menjalar dalam dirinya ketika itu.

“Emmm..aaa…kamu duduk dengan siapa dekat situ..??” tergagap sedikit soalan yang diacukan. Pandangannya juga tidak tertumpu ke arah Farisha seperti tadi. Hanya terkebil-kebil melihatkan hamparan meja di hadapannya.

“Dengan nenek saudara saya..”

“Nenek Su..??” pantas sahaja Cikgu Salmah mencantas.

“Ha ah.. Cikgu kenal dia ke..?? itu nenek saudara saya..Cuma rumah dia sahaja yang dekat dengan sekolah ini.. pasal tu mak saya suruh saya menumpang dekat rumah dia untuk sementara..”

Seketika suasana menjadi hening tidak terdengarkan apa. Farisha terdiam memerhatikan Cikgu Salmah manakala jiran sebelah mejanya itu pula duduk memasung anak mata ke arah meja sambil menggoyangkan kedua belah kakinya.

“Rumah yang dekat sebelah istana lama tu..??” soalan yang memerlukan satu jawapan untuk kepastian. Farisha mengangguk tanpa seulas kata terucap di bibirnya. Dia yakin, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan nenek saudaranya itu. Mungkin sahaja ada cerita-cerita tidak enak tentang orang tua itu yang dijaja ke seluruh kampung.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang membuatkan mereka berasa pelik dengan Farisha apabila mengetahui dia tinggal bersama nenek Su?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience