Puja Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 1

“Aku dah cakap dengan kau..jangan angkat jari sebelum tamat upacara tu..tapi kau degil..sekarang kau tengok apa dah jadi..!” rungut Azlan sebaik sahaja tanah perkuburan yang menempatkan salah seorang rakan baik mereka itu ditinggalkan. Satu persatu wajah ahli keluarga Harris diperhatikan Faris dengan pandangan muram.

“Aku mana tahu nak jadi macam ni..! lagipun memang aku dah takut sangat masa tu..hantu depan mata..siapa tak terkejut..!” Faris pertahankan dirinya walaupun dia tahu itu adalah kesilapannya.Namun semua itu tidak lagi mampu diundur.

Tujuh sahabat pertaruhkan jemari telunjuk sendiri di atas sekeping syiling.Roh dipuja dengan mantera.Kepantangannya adalah tiada satu jari pun dibenarkan untuk diangkat sebelum selesainya upacara pemujaan itu.Andai pantang larang ‘permainan’ itu diingkari, maka bencanalah yang menanti semua mereka yang terlibat.

Spirit Of The Coin. Permainan pemujaan yang memanggil semangat atau roh yang berkeliaran untuk mendampingi si pemuja.Upacara hanya seketika namun sudah cukup mendebarkan lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru pertama kali bermain dengan papan Ouija.

“Kita ni pulak tunggu masanya kau tahu tak..!” bebel Azlan terus menghidupkan enjin motornya. Faris membonceng di belakang dengan seribu perasaan bernaung dalam diri. Jika benar kata-kata Azlan itu, maka giliran mereka berdua akan kunjung tiba jua kelak.

“Ahh..aku tak percayalah semua tu..!” bentak Faris cuba merawat perasaan gundah dalam dirinya. Masakan hantu atau semangat boleh membunuh manusia.Tidak pernah didengarinya dalam berita sebelum ini ada manusia yang mati akibat dicekik hantu jembalang.

“Diorang semua tu mati pasal dah sampai ajal..itu semua kebetulan..!” sambungnya semula dengan wajah yang terus menunduk. Sebelum Azlan memacu motosikalnya meninggalkan kawasan perkuburan itu, sempat dia menjeling lihatkan tanah kubur Harris yang masih merah.Harris adalah nyawa yang kelima telah direntap pergi.

“Danial mati tergantung dekat kipas syiling..Johar mati lemas dalam sungai..Zaki mati tertembak kepala sendiri..Zain mati dengan kesan cekik dekat leher..dan semalam Harris pulak mati kena sembelih..itu kau cakap kebetulan..?!” dengus Azlan saat mengingat semula rentetan peristiwa kematian rakan-rakan mereka itu satu persatu. Semuanya berlaku hanya dalam masa dua minggu.Dua minggu selepas mereka lakukan pemujaan karut di hujung kampung itu.Permulaannya hanya sekadar suka-suka.Tanpa menyangka kibat yang bakal mereka tempuhi. Akhirnya,lima nyawa ditarik tanpa belas kasihan hanya kerana satu kesalahan.Kini berbaki lagi dua.

Motor dipacu Azlan laju membelah laluan kampung menuju ke rumah Faris. Tiada langsung butir kata yang diucapkan mereka sepanjang perjalanan. Masing-masing membisu cuba mengungkap satu persatu kematian berangkai rakan-rakan mereka yang lain. Paling ketara yang dirasai Faris adalah ketika kematian Zaki.Sedang leka mereka berbual di anjung rumah Zaki beberapa hari yang lepas, Zaki meminta izin untuk masuk ke rumah.Katanya ingin membuang air.

…bersambung

Bab akan datang:

Dari manakah mereka mendapat papan permainanan pemujaan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience