Dukun Unjam Chapter 6

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 6

Saat dia kembali menghidupkan enjin motornya, kelibat Jailani yang menghentikan kereta tidak jauh darinya menggamit perhatian Pak Kassim.

“Dah berkereta kau Jailani..mesti banyak untung kau melaut..”

Sepanjang perjalanan pulang semula ke rumah, Pak Kassim berfikir sendiri. Dia perlu berbuat sesuatu agar pendapatannya meningkat semula. Kata-kata Pak Dollah yang mengatakan tentang unjam yang dibuat dek dukun bersebelahan kampungnya kembali bernaung dalam fikirannya. Kali ini hasutan bertalu-talu dalam hatinya membuatkan dia nekad.

Dia perlu berjumpa dengan Dukun Unjam itu!

Perjalanan dilencongkan menuju ke kampung yang dinyatakan Pak Dollah. Langkahnya kali ini nekad untuk mengubah cara hidupnya. Tidak mahu dibelenggu kesempitan hidup. Segala pendirian yang ditetapkan selama ini ditolak dahulu ke tepi. Terngiang di telinganya kata akhir Pak Dollah.

“Cuba dulu baru tahu..”

Ya. Dia perlu mencuba. Mungkin apa yang disangkanya tidak seburuk yang dibayangkannya. Mungkin gelaran dukun itu hanya sekadar gelaran. Mungkin amalannya tidak seburuk yang disangka Pak Kassim.

Setelah bertanyakan kepada beberapa orang penduduk kampung di sepanjang perjalanan, akhirnya sebuah rumah yang terletak di hujung kampung ditujuinya. Laluannya dipenuhi semak di kiri dan kanan jalan. Setibanya di hujung jalan tidak berturap itu, tersergam sebuah pondok yang berdiri teguh. Sebuah tempayan kecil terletak rapi di bucu tangga rumah itu. Sebatang pohon kekabu yang rendang meredupkan sisi kiri pondok itu. Puas diperhatikannya sekeliling rumah. Tiada satu susuk tubuh dapat diperhatikannya. Tingkap dan pintu pondok usang itu tertutup rapat. Mungkin penghuninya tiada di rumah.

“Assalamualaikum..!” tercegat pak Kassim di anak tangga menantikan jika ada yang menjawab salam yang diberikannya. Hening tiada kedengaran langsung papan dipijak sesiapa di dalam rumah. Tersentak Pak Kassim seketika saat seekor burung gagak hinggap tidak jauh dari tempatnya berdiri. Burung itu sekadar hinggap tidak berkicau. Hanya memerhati gelagat Pak Kassim.

“Kau datang nak buat unjam..??” sapaan seseorang dari arah belakang hampir sahaja meluruhkan jantungnya. Seorang tua tidak berbaju sedang mengheret beberapa pelepah pinang menuju ke arahnya.

“Ye..saya datang nak bertanya tentang unjam..kalau boleh saya nak buat satu..”

Pandangan si tua itu kuyu memerhatikan Pak Kassim. Mulutnya terkumat-kamit seperti berbicara sesuatu secara perlahan. Kain pelikat yang disarungnya disinsing sedikit tinggi melebihi pinggang. Perlahan anggukan wajahnya terus sahaja mempelawa Pak Kassim untuk menuruti langkahnya menuju ke dalam pondok miliknya.

Cahaya berbalam-balam di dalam pondok itu dirasakan sedikit seram oleh Pak Kassim. Bauan kemenyan menusuk hidungnya perlahan-lahan. Sesekali bau hamis entah dari mana munculnya turut menerpa menusuki hidungnya.

“Tok boleh buatkan unjam ke..?? Sebab saya betul-betul susah nak dapatkan ikan di laut sekarang.. kalau boleh nak jugak saya usahakan cara.. itu yang saya datang jumpa tok..”

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah unjam yang akan dilakukan oleh dukun itu? Adakah mempunyai pantang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience