Puja Chapter 6

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 6

“Kita cuba dulu Lan..” pantas sahaja cadangan Azlan ditolak bulat-bulat oleh Faris. Dia tekad untuk menyudahkan upacara itu.

“Bunuh apa..??” penjelasan diperlukan Faris. Sekali lagi jemari mereka dibawa dari satu huruf ke satu huruf. Lima abjad dieja membentuk satu suku kata nama. Faris dan Azlan kembali berpandangan.

A-Z-L-A-N

“Untuk melepaskan sumpahan..Azlan perlu dibunuh..??” soalan Faris ternyata tidak disenangi Azlan. Peluh telah mula merenjis turun membasahi baju.Duduknya tidak lagi tenteram.Wajah Faris yang tidak berkelip memerhatikan dirinya mula menghadirkan rasa sangsi.Jarinya diangkat laju dari kepingan syiling lantas memberhentikan upacara itu tanpa kerelaan.

“Sudahlah Faris..ini semua mengarut..!” tegas Azlan lantas bangkit dan mundar mandir di hujung katil Faris. Langkahnya sekadar diperhatikan Faris tanpa sebarang kata.

“Kita usahakan cara yang lain..” ucap Faris tenang. Dia turut bingkas berdiri lalu menuju ke arah kepala katil.Gunting yang diletaknya di hujung kepala katil itu tadi dicapainya semula.Lembaran kertas lakaran papan Ouija diguntingnya secebis demi secebis.Melayang jatuh cebisan kertas itu gugur ke lantai bilik.Azlan sekadar memerhatikan.

“Tapi aku nak lepaskan diri aku..!!” jerit Faris lantas sahaja menghunuskan gunting di genggamannya ke arah Azlan. Tekak Azlan dirodoknya tanpa belas.Terperciknya darah hingga membasahi muka dan keseluruhan bajunya.Azlan rebah dengan kedua belah tangan menekup kea rah kesan tikaman Faris. Dia cuba menjerit namun kotak suaranya sendiri telah dirobek. Hanya mampu mengerang menahan kesakitan yang bukan kepalang.Faris melutut bersebelahan Azlan yang berkeruh tidak mampu bersuara.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah dengan membunuh Azlan dapat menyelamatkan Faris daripada semua ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience