Dukun Unjam Chapter 2

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 2

Mereka berdua meredah ombak dan samudera semata-mata untuk mencari rezeki di laut biru. Pasang surut air di lautan mereka redah bersama. Begitu juga dengan melihatkan hasil tangkapan mereka saban hari. Turun naiknya jumlah tangkapan itu, mereka tetap bersama mengerah keringat untuk meneruskan pertalian hidup.

“Aku tahu ini rezeki Rahim..tapi takkanlah sampai berminggu-minggu macam ni je hasilnya..orang lain naik ke jeti bertong-tong bawak hasil..tapi kita bawak naik..?? bawak dua tiga tong sahaja ikan sekali haul..” Pak Kassim terus merungut sendiri. Dua orang pekerja di ruang hadapan bot terkial-kial mengemas pukat untuk digunakan keesokan harinya.

“Aku nak bayar upah pekerja lagi..duit minyak bot lagi..dekat mana untungnya aku ni nanti Rahim..?? silap hari bulan, makan nasi lauk ikan masin je tiap-tiap hari..” sambungnya semula. Punggung dilabuhkan di atas sebuah tong ikan berwarna biru. Tong kosong yang tidak berisi ikan dijadikan tempat duduknya. Matanya kuyu melihatkan samudera luas yang terbentang. Sayu di hati cuba diluahkan pada bentangan alam itu. Moga-moga ada yang mendengar.

“Bersabarlah Kassim..In sha Allah akan ada rezeki kita nanti..rezeki Allah tu maha kaya..percayalah..” bibit kata nasihat diucap Pak Rahim untuk merawat duka sahabatnya itu. Benar dapat dilihatnya sahabatnya itu kecewa. Namun tiada apa yang mampu dilakukannya untuk membantu. Kerana dia sendiri sekadar pekerja yang diupah Pak Kassim agar membantunya untuk menuai hasil di laut selama ini.

“Banyak-banyaklah berdoa pada Allah..moga dimurahkan rezeki kita nanti Kassim..” ucap Pak Rahim sebelum Pak Kassim berlalu pergi ke dalam ruang kemudi bot. Setelah segala kerja mengangkat pukat yang dipasang di laut, bot dihalakan Pak Kassim menuju ke jeti. Hasilnya yang tidak seberapa itu harus dijual kepada peraih. Deruan ombak menghempas bot yang dipacunya sehinggalah ke tepi jeti pendaratan ikan. Peraih yakni orang tengah kepada pembelian hasil laut telah menanti di jeti. Kelibat Ah Siong, peraih pada hasil lautnya selama ini digamit Pak Kassim.

“Siong..kasi lebih la sikit..takkan ini je..??” rungut Pak Kassim setelah wang dihulurkan Ah Siong. Tiga helai not RM50 beserta beberapa keping wang syiling menjadi upahnya melaut seharian hari ini. Setelah dicongak-congaknya segala perbelanjaan yang perlu dilunaskannya, tiada apa yang berjaya diraihnya.

“Aiya kawan..wa pun niaga punya olang..kalau lu bawak naik manyak ikan..wa mesti kasi lu lebih punya..tapi sikalang lu betul-betul kurang ikan maa..macam mana wa mau kasi lebih..??”

“Ikan susah mau dapat la sekarang Siong.. lu pun tahu apa macam mau cari ikan sekarang.. memang susah nak dapat hasil lumayan.. bukan macam dulu..”

“Itu lu punya cakap saja maa.. lu tengok itu Jailani sana.. dia sekali bawak naik ikan haa.. puluh-puluh tong.. sebab apa..?? sebab dia rajin maa.. lu kerja la serupa dia kerja.. barulah lu boleh cepat kaya maa..” gelak sinis Ah Siong mengakhiri ucap katanya.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah strategi Pak Kassim selepas ini untuk meraih ikan yang banyak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience