Bab 26

Drama Series 29694

Liz sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Lukanya semakin pulih. Dia sekadar perlu menjalani rawatan susulan sehinggalah lukanya itu sudah benar-benar kering untuk dua tiga minggu yang mendatang. Dia memanjatkan kesyukuran sebaik saja doktor memberitahunya bahawa dia sudah boleh pulang. Ibunya yang turut berada di situ sewaktu doktor datang ke bilik wadnya merupakan insan yang paling gembira sekali mendengar berita tersebut kerana anaknya tidak perlu lagi tinggal di hospital.

"Petang nanti, Puan bolehlah tolong Cik Liz berkemas dan settle-kan semua bayaran dekat kaunter bawah," ujar Doktor Ong sebelum meminta diri untuk melawat pesakit yang lain.

"Terima kasih, doktor." Liz dan ibunya benar-benar berterima kasih dengan layanan yang telah Doktor Ong berikan sepanjang keberadaan Liz di hospital itu.

Sebaik saja Doktor Ong hilang dari pandangan, Liz dan ibunya, Fatimah saling tersenyum memandang wajah masing-masing. Fatimah menyisir lembut rambut anaknya yang kelihatan kusut selepas beberapa hari duduk di dalam hospital.

"Liz duduk dekat sini kejap. Mama pergi settle-kan apa yang patut. Okey?" kata Fatimah sambil meletakkan dulang sarapan Liz di atas sebuah kabinet. Kemudian, Fatimah mula mengutip semua pakaian Liz yang bersepah di dalam bilik itu.

"Thanks, mama. Liz dah plan nak stay lama sikit dekat sini. Tak jadi nak balik Aussie."

Fatimah menoleh ke arah anaknya itu dengan satu senyuman yang cukup lebar. Fatimah memanjatkan kesyukuran dengan keputusan yang telah dibuat oleh Liz itu. Sekurang-kurangnya dapatlah mereka menghabiskan lebih banyak masa bersama. "Ya Allah Ya Tuhanku, Liz. Liz tak tahu betapa gembiranya hati mama bila Liz cakap macam tu. Terima kasih ya, nak?"

"Sama-sama, mana. Liz nak spend time dengan mama dekat kampung nanti. Rasa macam sayang pulak nak tinggalkan mama lepas apa yang berlaku." Liz turut sama senang hati melihat reaksi ibunya itu.

"Knock knock!" Rohaya muncul di hadapan pintu bilik. Dia sengaja menyengetkan kepalanya untuk menghiburkan hati Liz dan Fatimah.

"Eh, Roy! Ingatkan siapalah tadi. Marilah masuk." Fatimah terus mendapatkan Rohaya dan saling bercipikacipiki (cium pipi kanan, cium pipi kiri).

"Happy semacam je Roy tengok aunty dengan Liz hari ni. Ada berita gembira ke?" tanya Rohaya sebaik ternampak senyuman yang tidK lekang dari bibir Fatimah dan anaknya.

"Mestilah ada. Liz dah boleh balik petang ni. Doktor baru je bagi tahu tadi." Fatimah memaklumkan.

"Oh my God! Seriously? Alhamdulillah! That is definitely a good news," kata Rohaya sambil berjalan ke arah Liz yang masih duduk di atas katil.

Liz mahu memegang tangan Rohaya namun dia membatalkan hasratnya itu sebaik ternampak Iskandar berada di hadapan pintu. Sangkaannya Rohaya akan datang melawatnya seorang diri. Kenapa Rohaya bawa Iskandar bersama? Adakah Iskandar tidak percayakan pada isterinya itu? Atau mungkin Iskandar ke situ kerana mahu memberi amaran terakhir kepada Liz untuk tidak lagi mendekati isterinya! "Is?"

Rohaya dan Fatimah sama-sama menoleh ke arah Iskandar apabila terdengar Liz menyebut nama lelaki itu. Rohaya tersenyum melihat suaminya. Dia menggenggam erat tangan Liz sebagai tanda tiada apa yang perlu dikhuatirkan. "You deserve an apology from him. That's why he's here."

Fatimah mengambil kesempatan ini untuk menguruskan proses membawa keluar anaknta dari hospital itu. Dia meminta diri dan menjemput Iskandar untuk masuk ke dalam. "Jemputlah masuk, nak. Jangan tercegat je dekat situ.

"Terima kasih, aunty."

Rohaya bingkas bangun dari duduknya dan membawa Iskandar datang mendekati Liz. "Sayang, be a gentleman, please?"

Iskandar menarik nafas panjang. Dia cuba memberikan senyuman mesra untuk Liz namun senyumannya itu sangat kelat membuatkan suasana bertukar menjadi canggung. Liz pula sengaja tidak mahu membalas senyuman Iskandar itu. Memandangkan Iskandar yang datang untuk meminta maaf, Liz sengaja mahu menjadi ego seketika. Dia mahu lihat sejauh mana keikhlasan Iskandar untuk memohon maaf padanya.

"How are you feeling, Liz?" tanya Iskandar, cuba berlagak seperti tiada apa-apa yany pernah berlaku antara mereka sebelum ini.

Liz sekadar mengangguk-anggukkan kepala. "I'm fine. Getting better. Doktor dah bagi I balik pun petang ni. I guess I'm okay now."

"Good to know that. I'm so sorry to hear about your driver." Iskandar baru saja tahu dari Rohaya bahawa pemandu Liz yang koma tempoh hari telah pun meninggal dunia.

Awalnya, Liz sukar menerima berita tersebut. Biarpun baru saja mengenali pemandunya itu, Liz tetap berasa sedih. Pemandunya itu berada di dalam kereta yang sama dengannya pada hari kemalangan. Siapa yang tidak seriau menerima berita orang mati sedangkan si penerima berita itu masih hidup biarpun turut sama terlibat dalam kemalangan maut yang sama?

"It's fine. The police are looking for the guy who hit us. It was a van. And I can't wait for them to be in jail!" kata Liz, serius.

Rohaya dan Iskandar saling berpandangan. Kemudian, Rohaya memandang Liz. Rohaya tahu kata-kata Liz itu adalah cara untuk dia menakut-nakutkan Iskandar. Liz berpendapat bahawa insan yang bertanggungjawab melanggarnya tempoh hari adalah Iskandar. Mujur saja Rohaya sudah memberi amaran kepada Iskandar tentang tuduhan Liz itu sewaktu mereka dalam perjalanan ke hospital tadi.

Ternyata Iskandar menerima tuduhan Liz itu dengan hati yang terbuka. Dia mempunyai alibi yang kuat. Sewaktu kejadian, dia berada di rumah bersama keluarganya. Rohaya dan Rio boleh mengesahkan perkara itu.

"Listen, the other day when you came to our house, I was being rude to you. And I'm so sorry. I hope that we can try not to dwell on it," ikhlas Iskandar meluahkan.

Liz menjeling ke arah Rohaya yang sedang tersenyum-senyum sumbing. Kemudian, Liz menggeleng-gelengkan kepalanya. "Whatever, Iskandar. It was nothing pun. As a matter of fact, I think I said something offensive too that day. So...I'm sorry if I offended you in some ways."

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan Rohaya pada waktu itu. Melihat Iskandar dan Liz sudah berdamai membuat hatinya bertambah sejuk. Dia pantas mendapatkan Liz dan suaminya.

"Alhamdulillah. Macam ni kan bagus. Berdamai." Rohaya memegang tangan Liz dan Iskandar sewaktu dia sedang berdiri di antara tubuh mereka. "We can go and celebrate now!"

Iskandar dan Liz sama-sama tertawa. Namun, Liz menggeleng-gelengkan kepalanya. "No need to celebrate. It was nothing. I need to get home quickly and rest."

Rohaya memuncungkan muka. Dia memeluk tubuh Iskandar. "I guess it's just me and Iskandar then."

Iskandar mengelus lembut rambut Rohaya, membuatkan Liz benar-benar meluat melihat mereka berdua. Liz segera berdehem dengan penuh rasa jengkel. "Ehem! Ehem! Iskandar, can I please have a moment with Roy? Privately."

Iskandar menganggukkan kepala dan meminta diri untuk ke kafeteria. Rohaya datang mendekati Liz sebaik saja Iskandar hilang dari pandangan mata.

"What is it, Liz?"

"Since when everything is okay between the two of you?" sindir Liz dengan mata yang sangat tajam.

"Last night. Dia tiba-tiba datang dekat I and mintak maaf. He said that he should've been an understanding husband. And he promised to change," terang Rohaya.

"You trusted him!?"

"What is there not to trust?"

"He probably the mastermind behind my accident, Roy. For God's sake! Why can't you see that, Roy?" marah Liz.

Rohaya yang sudah masak benar dengan perangai Liz itu datang menghampiri. "Liz, I understand that you want to find the guy who hit you and killed your driver. But trust me, Iskandar is not the guy. Dia ada alibi. And I saksi dia. He was at home with his family."

"I said 'mastermind', Roy! Mastermind don't have to be at the location. They just plan and somebody will do the dirty job for him!"

Rohaya terdiam. Dia tidak mahu bertengkar dengan Liz lagi. Tidak mahu mereka berdua saling bersengketa. Rohaya tahu Liz terluka dengan keputusannya untuk menikahi Iskandar dulu. Rohaya tidak mahu Liz membawa diri lagi. Cukuplah.

"Liz, I don't want to argue with you. Let the police do their job. Soon enough we will find out who actually hit you. And trust me, I have a strong feeling that it was not Iskandar. Mark my words!"

Liz merengus kasar. Langsung tidak mahu memandang Rohaya yang kini berpihak pada Iskandar hanya kerana Iskandar menyesali perbuatannya sebelum ini. Tak meyakinkan langsung! "Up to you, Roy. I still think that he tried to kill me. And he will do it again. You'll see."

Rohaya enggan melayani Liz lagi. Dia terus mengubah topik perbualan supaya tidak memberi tekanan kepada bekas kekasihnya itu. Dia mahu Liz pulih sepenuhnya sebelum kembali ke Australia. Rohaya turut merancang untuk melawat Liz sepanjang keberadaannya di kampung nanti.

**********

Mimik wajah Iskandar yang kelihatan tenang sewaktu dia melawat Liz tadi berubah secara total apabila dia berjalan menuju ke lobi hospital. Dia mencapai telefon pintarnya untuk menghubungi seseorang. Dengan mata yang berkaca, Iskandar mencari nama insan yang ingin dihubunginya itu di dalam log panggilan masuk.

Tutttttt...

Panggilan berjawab.

"Helo?" suara garau seorang lelaki kedengaran.

Jeda.

"Helo?" lelaki itu bersuara lagi.

"Aku dah buat apa yang kau suruh. Lepas ni apa lagi yang kau nak?" terketar-ketar mulut Iskandar bertanya. Matanya mula berkaca. Dia cuba untuk tidak menunjukkan rasa rawannya kepada orang ramai yang berada di situ. Dia menarik nafas panjang bagi mengelakkan dirinya dari menitiskan air mata.

"Kau tunggu saja arahan dari kami nanti."

Mudah saja arahan yang diberi padanya. Iskandar tidak berpuas hati.

"Job well done, Iskandar. Ingat! Kalau kau beritahu siapa-siapa tentang aku, nahas keluarga kau nanti!" lelaki itu memberi amaran seraya mematikan talian.

Iskandar akhirnya tertuduk di atas sofa yang berada di situ dengan satu keluhan yang panjang. Mulutnya masih terketar-ketat. Air matanya yang berkaca tadi sudah pun mengalir perlahan. Dia tidak lagi mempedulikan orang-orang di sekeliling. Dia cuma memikirkan tentang...keselamatan keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience