"Hey everyone! It's Rio Shabiro and you're watching..." Rio menoleh ke arah rakan-rakannya di sebelah.
"The Rio Channel!" Ammar, Emilya dan Intan sama-sama bersuara.
"Today is a very special edition of The Rio Channel because I have my beloved friends here with me. Thank you so much for joining me today, guys."
"No problem, Rio. We're glad to do this because at least we get to have a little taste of your popularity."
"Very funny, Emil. Why don't you guys introduce yourself one by one. Since Emilya already started, we'll give her the chance to speak first."
"Thank you. Hi, everyone! My name is Emilyana. I have been Rio's best friend since we were form one. We had a big fight this year but that's settled already. So now that we're friends again, Rio had asked us to sit down with him and talk about the most important thing that teenagers like us need to know about...which is..."
"...Sex education. Now when we talk about sex, it doesn't mean that we're trying to promote premarital sex to everyone out there. Sex education helps to prevent a lot of things like baby dumpings, sexual transmitted diseases and many more. Disebabkan kurangnya pendidikan seks di rumah dan di sekolah, maka, mereka-mereka yang terlibat dalam seks di luar nikah ni, akan merasakan bahawa seks itu hanyalah sedap sedap sedap dan sedap sedangkan sex is more than just that."
"Betul tu, Rio." Intan mencelah.
"Eh, lupa pulak I ada dua orang lagi kawan kat sebelah kiri ni yang belum introduce diri masing-masing. Let's go with Intan."
"Hai, semua! Saya Intan. Nama penuh tak penting kot. Nanti ada yang sibuk cari kat Fac. Hehehe. Saya pelajar Tingkatan 5 kelas aliran sastera dan saya dah berkawan dengan Rio sejak dari Form 3 lagi. Harini saya akan mewakili mereka-mereka yang tak berapa nak faham dengan konsep education sex ni so Rio dan kawan-kawan yang lain akan pastikan by the end of this video, I will gain something."
"Definitely we'll do that, Intan. Sebelah Intan pulak kita ada one of our favourite boys in school, the one and only...Ammar! Yeay Ammar dah keluar dari hospital. Because dia dah habis paper. Kitorang je yang sekarang ni tinggal satu paper lagi next Tuesday."
"Jangan jealous. Hai, semua! Saya Ammar. Sorry, Rio terpaksa kaburkan muka saya dekat video ni atas sebab-sebab keselamatan. Hopefully, Rio tak annoyed nak edit video ni banyak kali setiap kali ada muka saya. Hahahaha!"
"It's okay, Ammar. After what happened to you, we respect everything that you decide for your own safety."
"Okay, Rio. It's getting boring now. Why don't we start? What makes you decide to call us and sit down with you for one of your videos?"
"Saja. Untuk kelainan. Selama ni, korang nampak Rio macam syok sendiri je kan cakap sorang-sorang, tunjuk itu ini. Ada yang tanya, bila nak feature orang lain pulak? So here we are today. Inilah kawan-kawan Rio. Walaupun kitorang tak habis SPM lagi, masih gigih kumpul kat rumah Rio ni dan buat video untuk korang yang dah lama tunggu video baru dari Rio."
"Jangan lupa share tau!"
"Thanks, Emil. Now, let's get down to a more serious business. Korang nak tau tak yang recently a straight guy confessed to me that he is HIV positive?"
"What? Really? Siapa?"
"Doesn't matter who. My point is that some people have this thinking that only gay people will get HIV. When it is not always the case. If you look at the statistic, the number of straight people who recently discover that they are HIV positive are higher than the gay guys."
"And of course we all know which state has the highest number of people who are HIV positive."
"Uuu burn!"
"Hey, let's not get racist here and focus on the bigger picture. This is why sex education is very very important. I believe everyone knows how is HIV is being transmitted. And I trust that everyone knows what is the usage of condoms. You all pernah pakai kondom tak?"
"Oh my God, Rio! You don't ask that question to people on YouTube video okay."
"Oh sorry, my bad. The question was actually meant for Ammar."
"Eh, apa pulak aku?"
"Kondom kan untuk lelaki je?"
"Shut up! Let's not talk about me. Apa mesej yang kita cuba sampaikan di sini?"
"Mesej yang kita cuba sampaikan di sini adalah tanpa penggunaan kondom, banyak musibah yang boleh melanda diri kita. Seperti yang saya katakan tadi, straight people pun boleh kena HIV jugak dan bukan saja orang-orang yang homoseksual. Kita tak tau pasangan kita tu sebelum ni pernah dengan siapa. Kalau orang tu ada HIV dan bagi dekat pasangan kita, risiko untuk kita dapat pun sangat tinggi."
"Dan kepada mereka yang masih was-was, terutama pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, anda semua wajib untuk mengetahui status HIV pasangan masing-masing."
"Macam mana kalau pasangan kita tu positif Rio? Boleh kahwin ke? I'm talking about straight couple, by the way."
"Yes, Intan, we know. Malaysia belum legalise-kan lagi same-sex marriage. So we are talking about straight couple here. Jawapannya, boleh. Sebab doktor akan bagi satu ubat untuk pasangan itu. Sekiranya mereka inginkan anak, mereka boleh beritahu doktor bila mereka nak buat anak tu dan doktor akan bagi satu lagi ubat istimewa untuk make sure anak dan pasangan tidak dijangkiti dengan virus HIV."
"Tengok balik statistik tadi, memang ramai orang straight yang ada HIV. Adakah ini membawa maksud gay semua pakai kondom? Sebab tu tak banyak kes baru dilaporkan?"
"Teori awak tu tak tepat, Ammar. Sebab kita sedia maklum bahawa golongan gay ni adalah minoriti so mestilah nisbah kes yang dilaporkan lagi sikit dari straight people. Saya ada buat sedikit research dengan kawan-kawan gay saya di Twitter. Kebanyakan dari mereka masih tidak menggunakan kondom ketika bersama pasangan. Sekiranya anda jenis yang tidak bertukar-tukar pasangan, anda boleh jumpa dengan doktor untuk mintak restu dia sama ada boleh atau tidak anda berdua tidak memakai kondom. Kalau doktor benarkan dan korang memang jenis tak tukar pasangan, by all mean silakan. Tapi dengan syarat, mesti sentiasa buat check up dengan doktor just to make sure."
"Dekat mana boleh buat check up tu, Rio?"
"Setakat yang saya tau, ada beberapa Klinik Kesihatan yang buat rapid HIV test seperti Klinik Kesihatan Cheras dan Klinik Kesihatan Klang. I'm pretty sure ada banyak lagi yang kita tak tau. Saya pun kena buat lagi banyak research. Klinik swasta pun sekarang makin banyak. Boleh Google je. Ataupun beli sendiri HIV rapid test kit tapi make sure kita betul-betul arif la. Kalau tidak, sia-sia je nanti beli benda tu."
"PrEP tu apa pulak, Rio?"
"PrEP tu adalah sejenis ubat yang boleh melawan virus HIV dari dijangkiti atau menjangkiti orang lain. Tapi kat Malaysia susah nak dapat. Tak silap ada satu klinik kat Bangsar yang jual. Mahallah tapi. Kalau tak mampu, tak payah susahkan diri. Ikut je step step tadi dan sentiasalah buat check up every three months. Insya-Allah semua benda ni boleh kita elakkan."
"Harap-harap lepas ni tak banyak lagilah kes buang bayi."
"Ha tu satu lagi masalah. Kalau dah tak tau kegunaan kondom dan bila dan terlanjur mengandung, mulalah fikir nak buang. Mula-mula sekali kita kena ingat, next time, kondom tu jangan bocor. Dua, kalau rasa nak buang, janganlah dibunuh baby tu. Kan sekarang ada NGO yang sediakan tempat nak letak baby tu. Tak perlulah bunuh budak yang tak berdosa. Kesian dorang. Kita yang buat salah, janganlah dihukumnya mereka."
"Gitu, macam ustaz-ustaz pulak."
"Ustaz mana yang galakkan sex education, bagitau sekarang?"
"Hahahahahaha burn!"
"Okey, kita stop sampai sini dulu. Kalau korang ada soalan yang nak ditanyakan, boleh hantar komen kat bawah ya. Nanti dalam next video, kitorang try jawab."
"Laa tu je ke? Sekejapnya!"
"Lama-lama nanti takde orang tengok pulak. Kita kenalah pecahkan kepada beberapa bahagian."
"Yelah, yelah! Jangan lupa panggil aku lagi, k."
"Yelah. Okay, bye semua!"
"Bye!"
"And cut!" Zakwan menghentikan rakaman. Dia menepuk-nepuk tangannya penuh rasa bangga.
"Wow, that was intense," ujar Intan, baru dapat menarik nafas. Dia kaku seketika di hadapan kamera tadi. Orang tak biasa kan.
"I feel like it's a bit rushing. Because we're trying very hard to kejar the masa. Don't you think?" Ammar memberi mendapat.
Masing-masing mengiakan kerana mereka setuju bahawa masa yang diberikan agak singkat untuk satu topik yang agak berat.
"Betul tu. Aku sebenarnya nak include experience kau kena pukul haritu tapi rasa macam lama pulak interview tu nanti."
"It's okay. Maybe next time kita buat one-on-one," cadang Ammar.
"Alright, let's eat and sambung study!" arah Rio kepada rakan-rakannya. Semua bersorak dan berjalan ke dapur di mana makanan sudah pun disediakan di atas meja oleh Salama.
Rio berjalan menghampiri Zakwan yang sedang mengemas kamera yang digunakan untuk merakam diskusi Rio dan rakan-rakannya tadi. "You should be in the video too, you know."
Zakwan menggeleng kepalanya. "I'm not ready."
"It's okay. Maybe next time," kata Rio sambil mengusap bahu Zakwan dan mengenyetkan mata. Kedua-dua mereka kemudian terus ke dapur menikmati makan tengah hari bersama.
Rio tidak sabar untuk memuatnaik video itu malam nanti.
Share this novel