Rohaya beristighfar panjang selepas dia menamatkan perbualan dengan Rio dalam telefon. Rio baru saja memberitahunya tentang apa yang berlaku selepas Rohaya pergi ke hospital tadi. Perkara itu benar-benar mengejutkannya. Menurut Rio, polis kini dalam perjalanan untuk membuat rondaan sekali lagi di kawasan rumah mereka. Gambar plat kereta yang diambil oleh Rio tadi akan digunakan sebagai panduan. Pihak polis yakin pemandu kereta itu adalah orang yang bertanggungjawab membuang bangkai burung gagak dan memberikan ancaman kepada keluarga Rio tempoh hari. Rohaya turut merasakan perkara yang sama. Kalau tidak, kenapa kereta tadi tiba-tiba meluncur laju meninggalkan kawasan rumah mereka? Kenapa perlu lari kalau tidak salah?
"Is everything okay, Roy?" tanya Liz, lemah. Dia baru saja terjaga sewaktu Rohaya sibuk bercakap dengan Rio dalam telefon tadi. Liz mengaduh kesakitan apabila dia cuba untuk bangun. Dahi dan tangan kirinya berbalut.
Rohaya pantas mendapatkan bekas teman wanitanya itu. "Liz, please. Jangan banyak bergerak. Doktor suruh you rehat. You tak boleh bangun lagi," kata Rohaya cuba menghalang Liz dari membetulkan postur baringnya kepada duduk.
Liz masih tetap berdegil. Dia mahu bangun dan bersandar pada birai katil kerana sudah terlalu lama terbaring. Sakit pun sakitlah. Yang penting belakangnya tiada rasa sengal-sengal. "Sikit je ni." Liz cuba meyakinkan Rohaya bahawa tiada apa yang patut dirisaukan.
Rohaya hanya mampu memerhatikan Liz menyelesakan diri. Bantal yang digunakan untuk mengalas kepala Liz tadi diambil dan dijadikan penyandar pada birai katil. Liz tersenyum sinis melihat betapa prihatinnya Rohaya terhadap dirinya.
"Thanks Roy," ucap Liz sambil mencapai tangan Rohaya.
Rohaya menyambut lembut tangan Liz itu dan turut mengukirkan senyuman manis. "How are you feeling?"
"Better. How's my driver?" tanya Liz, baru teringat tentang pemandunya yang turut sama terlibat dalam kemalangan dengannya. Mereka dilanggar oleh sebuah van sewaktu dalam perjalanan ke Johor Bahru. Kejadian berlaku betul-betul selepas Liz pulang dari rumah Rohaya semalam.
"He's still in a coma. Doktor cakap dia punya injury quite bad. Nasib baik ambulans cepat sampai. Kalau tidak, tak taulah apa jadi dekat dia," jawab Rohaya, tenang.
Liz terdiam. Dia menghela nafas panjang sebelum memandang tepat anak mata bekas kekasih hatinya itu. Entah kenapa, dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kemalangan yang dialaminya itu.
"Kenapa, Liz? Ada benda yang tak kena ke?" tanya Rohaya, gusar. Wajah Liz tiba-tiba bertukar pucat. Rohaya yakin ada sesuatu yang menghantui fikiran Liz sekarang.
Liz mengeratkan lagi genggaman tangannya dengan Rohaya. "We were hit by a big van, Roy. Like it was planned. The big van memang nampak sangat nak langgar our car."
"What? Are you sure?"
Liz mengangguk-anggukkan kepalanya. "It's true. Ada orang cuba nak bunuh I, Roy. Someone who hates me. I'm scared."
"Wait. Hold on a second. Have you told the police about this?" tanya Rohaya.
Liz menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak berkesempatan untuk bercakap dengan pihak polis kerana sewaktu dia dibawa ke hospital semalam, keadaannya masih agak lemah. Nyawanya bagai di hujung tanduk. Mujur saja paramedik berjaya menyelamatkan dia dan pemandunya. Dia berharap sangat agar pemandunya itu akan terjaga dari koma. Pemandu itu boleh mengesahkan apa yang baru saja dia beritahu Rohaya tadi.
"You need to tell them about this. Are you sure van tu nak langgar you?" Rohaya bertanya lagi untuk kepastian.
"I am confident. 100%! After my driver hilang kawalan, the van terus vanish. Tak ke pelik tu?" Liz terbayang semula insiden ketika kenderaannya dilanggar semalam. Ianya benar-benar menakutkan!
"Who would want to kill you though?" tanya Rohaya lagi. Dia berasa pelik kerana Liz sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Kenapa tiba-tiba ada orang nak bunuh dia pula? Tak masuk akal betul!
"I have no idea. I'm not safe. I need to go away from here. Please let me go. Tell the doctor I want to be discharged now!" Liz cuba untuk bangun namun cepat-cepat dihalang oleh Rohaya.
"Hey, you need to stay in bed. I'll call the police and ask them to be here for you, okay? Don't worry. You'll be safe. No one is going to hurt you. I am here. Okay?" Rohaya mencium jemari Liz dengan penuh rasa kasih.
Liz terharu. Air matanya mula mengalir. Sakit, sedih dan sendu bercampur-baur kini. "Thank you, Roy. Thank you for being here. I can't imagine going through this all by myself."
"It's okay. Your family is on the way now. They'll be here soon. You are going to be fine. Don't worry, okay?"
Liz mengangguk sambil tersenyum gembira. Dia menyeka air matanya yang tumpah tadi. Dia ternampak ada kotak tisu berdekatan dengan kabinet di sebelah Rohaya. "Can I please have a tissue? I look hideous crying!"
"Of course!" Rohaya pantas mendapatkan tisu untuk Liz.
"Thanks," ucap Liz sewaktu Rohaya menyerahkan kotak tisu itu kepadanya. Selepas menyapu air matanya, Liz menukar topik perbualan, "Does your husband know you're here?"
Rohaya terdiam seketika apabila Liz menyebut tentang suaminya. Dia mengangguk kepalanya perlahan. "Yeah, dia dah izinkan tadi."
Liz tersengih. Betul-betul menyakitkan hati sesiapa saja yang memandang. "I bet he hates me even more now."
"Liz, please don't say that. He doesn't hate you."
"I'm just kidding. But I do hope that he wasn't the one who tried to kill me..." kata Liz, serius.
Rohaya terkedu mendengar. "Apa you merepek ni, Liz? Are you trying to say that my husband tried to kill you?"
"It could possibly happen, what? You saw what happened yesterday at your house, right? He hates me! He has motives!"
Rohaya pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia langsung tidak percaya kemalangan itu ada kena-mengena dengan suaminya. "I've been married to him for almost 20 years, now. I know he's not capable of killing someone. Trust me, I know him very well. He is not like that."
"I'm not saying that he was the one who almost killed me. It's just a crazy theory."
"Yeah. And a very bad one!" marah Rohaya, mula bangkit untuk keluar dari wad itu.
Liz pantas menarik tangan Rohaya. "Roy, I'm so sorry. I didn't mean to offend you."
Rohaya menoleh. "You know I came here for you. The least you could do is to appreciate my presence. I'm gonna go and get myself a coffee. And I have to make another phone call. You should go and rest. Excuse me."
Liz terpaksa melepaskan tangan Rohaya. Liz tahu dia telah melukakan hati Rohaya dengan kata-katanya tadi. Bukannya dia sengaja. Dia cuma terlepas cakap saja. Tapi dia ada sebab yang kukuh kenapa dia berkata begitu. Dia masih bengang dengan orang yang cuba untuk membunuhnya semalam. Disebabkan Iskandar adalah orang terakhir yang dia jumpa semalam, Liz yakin Iskandarlah orang yang bertanggungjawab itu. Lagipun, memang betul Iskanda ada motif. Motifnya adalah cemburu.
Rohaya berjalan keluar dari wad tahanan Liz untuk mendapatkan kopi dari vending machine. Dia sengaja menipu Liz tadi dengan memberitahunya bahawa dia hendak membuat satu panggilan telefon. Sedangkan dia cuma mahu keluar dari situ. Dia tidak mahu Liz menghalangnya pergi. Dia hanya mahu mengambil angin seketika. Fikirannya kini tertumpu pada teori gila Liz yang berpendapat bahawa Iskandarlah orang yang cuba membunuhnya semalam.
"Takkanlah Iskandar sanggup nak bunuh orang?" bisik Rohaya. Dia kenal suaminya itu. Biarpun garang dan tegas, Iskandar tidak akan sekali-kali cuba menyakiti sesiapa, termasuklah Liz sendiri. Dengan penuh tanda tanya, Rohaya mengeluarkan not lima ringgit dari tas tangannya untuk membeli kopi dari vending machine itu.
Suasana di hospital pada waktu itu sunyi sepi. Semua pesakit sedang lena tidur dan berehat. Lampu juga dimalapkan oleh staf-staf yang bertugas. Tengah malam begini kebiasannya akan menjadi saat untuk para pekerja di wad itu untuk menyudahkan apa yang patut. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata akibat kepenatan ekoran hari yang panjang. Ahli-ahli keluarga yang menjaga pesakit di dalam wad itu turut sama berehat setelah seharian berjaga.
Rohaya tidak merancang untuk melakukan perkara yang sama. Dia membawa secangkir kopi yang dibelinya tadi ke pantri berdekatan. Tiada siapa yang berada di situ waktu itu. Ini adalah peluang untuknya berdua-duaan dengan fikirannya sendiri. Banyak betul yang telah berlaku dalam hidupnya semenjak dua menjak ini. Dia sendiri tidak pasti sama ada ini adalah dugaan dari Tuhan ataupun balasan ke atas dosa-dosanya yang lampau.
Sebuah akhbar semasa yang berada di atas sebuah meja kecil dalam pantri itu dicapai. Rohaya terkedu membaca berita muka depab akhbar itu. Tajuknya cukup menggerunkan. Mungkin apa yang Liz katakan tadi betul. Memang ada orang yang cuba bunuhnya. Tapi orang itu bukanlah Iskandar. Orang itu mungkin sebahagian dari golongan anti-LGBT.
'AWAS ANTI-LGBT KEMBALI MENGGANAS!'.
"Seorang mak nyah ditemui mati dibunuh sekumpulan samseng? Ramai lagi yang telah menjadi mangsa yang terdiri dari golongan LGBT?" Rohaya tidak sanggup menghabiskan bacaannya. Dia mula khuatir akan keselamatan Liz, Rio dan dirinya sendiri. Siapa tahu jika mereka sudah lama diekori oleh golongan pengganas ini? Tentu mereka sudah tahu di mana tempat mereka tinggal dan kenderaan jenis apa yang mereka pandu.
"Ya Allah, what the hell is happening in this country?"
Share this novel