Hampir seminggu Zakwan menetap bersama Hakim, tidak banyak perkara yang dapat dia lakukan. Pergerakannya terbatas. Dia tidak mampu untuk keluar dari rumah itu bagi tujuan melepak di mana-mana kafe atau restoran berdekatan bersama rakan-rakan kerana tidak mempunyai wang. Dia hanya mengharapkan belas dan ihsan dari teman lelakinya, Rio dan juga Hakim.
Setiap hari, Hakim akan menyediakan sarapan untuk Zakwan sebelum dia ke tempat kerja. Kemudian, di sebelah petang pula, selepas dia pulang ke rumah, dia akan membawa Zakwan keluar makan di restoran-restoran yang berdekatan dengan rumahnya. Begitulah rutin seharian mereka semenjak Zakwan tinggal bersama. Biarpun lelaki itu tidak banyak bercakap dengannya, Hakim langsung tidak ambil kisah. Yang penting, amanat yang diberikan oleh Rio dilaksanakan dengan jayanya.
Menurut Rio, dia dan Zakwan ada bertengkar tempoh hari tentang hubungan rapat mereka. Rio memberitahu Hakim bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan kerana cemburu Zakwan itu cuma untuk sementara waktu saja. "Lagipun, kita memang kawan je kan?" ujar Rio sewaktu dia memberitahu Hakim tentang pertengkarannya dengan Zakwan tempoh hari.
Hakim berasa sedikit kecewa mendengar kata-kata Rio itu. Dia sudah terkena 'friendzone' dengan Rio. Namun, dia tersenyum nipis sambil menganggukkan kepala tanda setuju. "Yes, kita kawan."
"Bos, minum apa bos?" tanya seorang pelayan di restoran itu, seorang warga Bangladesh. Kehadirannya mematikan lamunan Hakim yang kini sudah berada di restoran mamak berdekatan rumahnya bersama Zakwan.
"Ais kosong satu," jawab Hakim.
Pelayan itu berpaling pula ke arah Zakwan yang masih membelek menu di hadapannya biarpun sudah beberapa kali dia ke situ bersama Hakim. "Erm...Milo Ais Dinosaur."
"Makan, bos?"
"Maggi goreng satu," jawab Hakim.
"Roti telur. Banjir," jawab Zakwan pula.
Sebaik saja pelayan itu berlalu pergi membawa bersama pesanan mereka, Zakwan mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Dia belum membalas mesej dari Rio yang ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh teman lelakinya dengan Hakim sekarang.
Zakwan langsung tidak menghiraukan Hakim yang turut sama sedang sibuk membelek telefon pintarnya. Hakim tidak kelihatan seperti sedang berbalas mesej dengan sesiapa sebaliknya seperti sedang membalas emel. Mungkin soal kerja, getus hati Zakwan yang sempat menjeling sikit apa yang Hakim sedang lakukan di hadapannya sekarang.
Usai membalas emel itu, Hakim mengunci skrin telefon pintarnya sebelum mengalih pandangan mata ke arah sebuah televisyen yang tergantung di atas dinding. Restoran mamak itu sedang menayangkan filem aksi Fast & Furious. Yang ke berapa, Hakim kurang pasti. Yang pasti waktu itu watak Paul Walker masih ada lagi.
Sedang asyik berbalas mesej dengan Rio, minuman yang mereka pesan tadi sampai. Ais kosong dan Milo Ais Dinosaur. Zakwan berhenti dari bermain dengan telefon pintarnya. Tekak yang sudah kering dari tadi dilicinkan dengan menghirup minuman di hadapannya dengan laju. Hakim hanya mampu memerhatikan sambil tersenyum sinis.
"Pelan-pelanlah minum tu. Haus sangat ke?" sindir Hakim.
Zakwan tertunduk malu. Dia malas hendak membalas kata-kata Hakim itu sebaliknya kembali berbalas mesej dengan Rio.
Hakim mencicip air kosong dari gelas yang lebih kecil dari Milo Ais Dinosaur Zakwan. Kemudian, dia kembali menonton Fast & Furious.
"Thanks..." tiba-tiba saja Zakwan bersuara.
Hakim menoleh ke arah Zakwan. Telefon pintar di tangan budak itu tadi sudah kembali diletakkan di atas meja. Zakwan kini sedang memandang wajah Hakim dengan penuh rasa bersalah.
"Did you say something?" tanya Hakim kerana khuatir bukan Zakwan yang sedang bercakap dengannya tadi.
"I said thanks. For helping me out for the past few days."
Hakim membetulkan posisi duduknya pada kerusi logam di restoran itu. Kemudian dia menganggukkan kepala. "No problem. Us gays have to stick together. Otherwise we'll be the victim of crime hate. Plus, takkan aku nak biarkan kau merempat kan? Since I am the only guy with a house, I help you. So no problem, okay?"
"Do you have feelings for Rio?"
Belum sempat Hakim kembali menonton Fast & Furious, konsentrasinya diganggu oleh soalan cepu emas dari Zakwan. Selamba saja dia bertanya soalan itu dengan wajah yang tenang. Mungkin dia sudah terlalu lama memendam perasaan sehingga membuat dia lali dengan rasa amarah dalam dirinya itu.
"Kenapa kau tiba-tiba tanya?"
"Just answer the damn question. Do you have feelings for my boyfriend?"
Hakim tersengih. Nampak gayanya Zakwan begitu serius. "Kalau ada, kenapa? Aku ni manusia biasa, Zack. Aku pun ada hati dan perasaan. So aku berhak untuk ada hati dekat boyfriend kau tu."
"Tapi kenapa mesti Rio? Kenapa mesti someone yang lagi muda daripada kau? Kau dah 26 tahun kot. Kenapa mesti kena ada perasaan dekat budak sekolah? Kenapa mesti kena kacau dia? This is just fucked up. You're a pedophile!"
"Aku tak kacau siapa-siapa pun, Zack. I'm sure Rio pernah cakap dengan kau sebelum ni. Aku adore keberanian dia sebab dia mampu untuk berdepan dengan semua orang tanpa perlu rasa takut dengan cemuhan. Padahal dia cuma budak sekolah. Aku dulu time sekolah closeted gila. I'm sure you would understand that. I bet the only reason why you came out was because of him. Because he gave you the strength to be who you are. Who you truly are. So takde kena mengena dengan faktor umur. An older person can also look up to the young ones. Please bear in mind. And I don't like you calling me a pedophile."
"I'm sorry. Aku harap kau tak cuba nak amek kesempatan dekat kitorang. I really love him. And as someone older, I'm sure you had your first love before. Please respect us. Please don't be the reason why something bad happen to us..." Zakwan seakan-akan merayu.
Hakim terkedu mendengarnya. Dia berfikir lama sambil berkali-kali bertentangan mata dengan lelaki di hadapannya. Kemudian, dia menganggukkan kepala. Dia tahu dia harus menghormati hubungan percintaan antara Rio dan Zakwan. Dia juga pernah bercinta dengan seseorang dulu dan dia faham betapa sakitnya rasa cemburu itu. Disebabkan Zakwan sendiri meluahkan perasaannya itu dengan cara yang baik, Hakim perlu menghormatinya.
"Siap, bos!" makanan mereka berdua akhirnya sampai. Waktu itu masing-masing masih sedang bertentangan mata. Si pelayan yang menghantar langsung tidak terperasan akan ketegangan perbualan mereka.
Hakim kembali mencicip ais kosongnya tadi dengan laju. Sementara Zakwan mendapatkan roti telurnya. Dia makan dengan penuh berselera sambil sesekali membalas mesej yang dihantar oleh Rio. Hakim hanya memerhatikan dengan penuh perasaan cemburu.
"Can I say something?" tanya Hakim, membuat Zakwan yang mahu menyuap secebis roti telur yang dikoyak-koyakkan terkaku seketika.
Tanpa menunggu Zakwan menjawab ya, Hakim terus berkata, "You are lucky to have Rio in your life. Never hurt his feelings ever again. Or I swear to God, I will kill you!"
Zakwan menelan air liurnya dalam-dalam. Nampak gaya, Hakim seperti sudah tahu tentang sejarah hubungannya dengan Rio. Ya, mereka pernah putus hubungan satu ketika dulu sebelum kembali bersama selepas Zakwan menyedari bahawa dia tidak mampu hidup tanpa teman lelakinya itu.
"Yes, I promise I will take care of him. Mark my words," kata Zakwan sebelum kembali menikmati makan malamnya.
Share this novel