Bab 7

Drama Series 29694

Dari stesen BK5, Rio menggunakan perkhidmatan Grab untuk pulang ke rumah biarpun dia boleh menggunakan jalan pintas. Dirinya masih lagi dibayangi rasa takut dengan pengganas yang menentang LGBT sekeras-kerasnya. Lelaki yang ditemui di Bangi tadi mungkin salah seorang dari mereka. Rio perlu lebih berhati-hati. Mujur saja Zakwan menemaninya sepanjang perjalanan menggunakan panggilan video.

"Lepas balik, terus masuk rumah. Jangan duduk dekat pagar lama-lama," pesan Zakwan berkali-kali pada buah hatinya yang seorang itu.

Sejuk hati Rio melihat Zakwan mengambil berat tentang keselamatannya. Ini membuatkan dia bertambah sayang pada Zakwan. Lelaki itu pada mulanya merancang menjemput Rio di stesen LRT menggunakan motorsikal abangnya. Namun Rio melarang kerana tidak mahu ayahnya tahu.

"Daddy tak bagi aku naik motor. Dia cakap bahaya. Kalau tak dengar cakap dia nanti, takut berdosa pulak. Kalau betul-betul accident macam mana?"

"Eh takut pun dengan dosa. Tapi kenapa still couple dengan aku?"

Hampir saja telefon pintarnya itu dicampak ke dalam tasik. Rio paling pantang bila ada yang cuba mengingatkannya tentang dosa dan pahala. Bukankah itu semua kerja Tuhan? Siapa manusia hendak menjatuhkan hukum pada seseorang? "Not funny, Zack. Jangan sampai aku end call."

"Sorry sorry sorry. Kau dah sampai ke?" Zakwan pantas menukar topik.

"On the way. Tak sampai lagi."

Ting!

Satu notifikasi masuk. Ianya dari Rohaya. Ibunya mahu tahu di mana anaknya berada sekarang kerana dia dan Iskandar sudah dalam perjalanan pulang ke rumah dari satu majlis resepsi. Mereka mahu sama-sama menikmati malam malam dengan Rio.

Rio yang sedar bahawa peluang untuk mereka sekeluarga berkumpul dan menikmati makan malam bersama tidak selalu datang, cepat-cepat menyuruh pemandu Grab-nya memecut laju. Waktu itu matahari sudah semakin menginjak ke sebelah barat. Ketika pemandu Grab tadi datang menjemputnya, jam menunjukkan pukul 6 petang. Rio menarik nafas lega kerana hari masih lagi terang.

"Laju-laju nak ke mana bro?" Zakwan sengaja mengusik.

"Diamlah! End call nanti baru tahu." Rio masih lagi rengsa dengan Zakwan kerana masih mahu berlawak dengannya sedangkan dia langsung tidak lucu. Dia membalas mesej ibunya dan tidak mahu meneruskan perbualan dengan Zakwan. Dia hanya mahu Zakwan menemaninya sampailah dia tiba ke rumahnya nanti. Dia masih lagi khuatir sekiranya dia diapa-apakan oleh golongan anti-LGBT.

Perjalanannya tidak mengambil masa yang terlalu lama. Rio tiba di hadapan rumah tepat pada pukul 6.15 petang. Kerana bayaran telah dilangsaikan secara dalam talian, Rio segera keluar dari kereta itu dan menamatkan panggilan video dengan Zakwan. Dia menarik nafas lega kerana dia selamat tiba tanpa ada sebarang bentuk gangguan.

Sebaik saja dia membuka pintu pagar rumah, Rio dapat melihat Cik Salama sedang berdiri di kawasan kebun kecil bersebelahan dengan kawasan parkir kereta. Awalnya, dia menyangka Cik Salama sedang menyapu daun-daun kering di situ. Tetapi wajah Cik Salama seperti sedang kalut kerana telah terlihatkan sesuatu.

Rio cepat-cepat berlari ke arah Cik Salama. "Kenapa ni Cik Salama?"

"Rio!" Salama menarik lengan Rio dan menunding jarinya ke arah gazebo di dalam kebun kecil itu.

Rio menyoroti pandangan Cik Salama dan membuntangkan mata melihat keadaan gazebo itu. "Ya Allah!"

Di hadapannya kini terbaring hampir 30 ekor bangkai burung gagak. Bangkai-bangkai burung gagak itu berselerak di atas rumput. Bau busuk menusuk-nusuk rongga hidungnya.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Cik Salama?" tanya Rio, mula mendekati bangkai-bangkai itu.

"Tak taulah, Rio. Cik Salama tengah masak dekat dapur tadi. Ada dengar bunyi bising dekat luar tapi tak sangka pulak sampai macam ni keadaannya," jawab Salama, masih lagi kalut.

Rio terperasan ada sesuatu diikat pada salah seekor dari bangkai burung itu. Ianya sekeping yang dilipat-lipat. Dengan penuh rasa ingin tahu, Rio mencangkung dan merentap kertas itu dari kaki bangkai burung tadi.

"Apa tu, Rio?" tanya Salama, takut.

Rio dengan perasaan gemuruh, membuka kertas itu.

'TOLAK LGBT LAKNATULLAH!' tertulis di atas kertas itu dengan darah.

**********

"You what!?" Iskandar bangun dari duduknya selepas Rio menceritakan punca rumah mereka diserang oleh golongan anti-LGBT dengan membuang bangkai burung gagak di halaman rumah mereka.

Rohaya pantas mendapatkan suaminya supaya tidak mengapa-apakan Rio. "Sabar, daddy."

Rio menikuskan diri. Dia langsung tidak berani memandang wajah bengis ayahnya. Dia tahu ini semua salahnya. Kalau dia tak muatnaik videonya dalam YouTube, tentu perkara itu takkan terjadi.

"How could you do this to us, Rio? Why do you have to upload that video? Why do you have to tell the whole world about who you are? Tak cukup ke mommy dengan daddy tahu? Why do you have to do this to us?" Iskandar terduduk semula setelah meluahkan kekecewaannya terhadap Rio. Iskandar menakup mukanya kerana terlalu malu.

Sementara Rohaya masih tetap cuba menenangkan suaminya. Dia mengurut-urut belakang suaminya sambil memandang ke arah Rio dengan rasa sayu.

"I'm sorry, daddy. I didn't mean to hurt anyone. I had no idea that this would happen."

Iskandar mendongak semula. "No idea tha this would happen? Rio tak tengok berita ke? Tak takut ada orang cuba nak bakar rumah ni macam yang terjadi dekat Melaka tu? Tak takut ke ha!?"

"Dahlah tu, daddy. He said he's sorry. Janganlah pressure dia lagi," pujuk Rohaya.

Iskandar menoleh ke arah Rohaya pula. "This is all your fault!"

Rohaya terkejut kerana Iskandar tiba-tiba menyalahkannya pula.

"We should have just sent him for counseling the minute he told us that he likes boys!"

"And do what? Change his sexuality? Are you crazy? He's not sick, okay. He just likes boys, that's all!" Rohaya membela Rio.

Rio terasa seperti hendak menangis melihat ibu dan ayahnya bertengkar kerana apa yang telah dia lakukan. Baru kini Rio tahu bahawa selama ini, Iskandar tidak pernah menerima dirinya seadanya. Dia cuma berpura-pura menerima hakikat bahawa Rio adalah seorang lelaki homoseksual sedangkan jauh di sudut hati, dia berharap sangat agar Rio dapat berubah suatu hari nanti. Patutlah selama ini Iskandar dingin dengan anaknya sendiri.

"We are lucky that Kak Salama tak kena serang tadi. What if diorang datang sini and bakar rumah ni? What's gonna happen to us? What's gonna happen to Kak Salama? Have you ever think about that?" Iskandar benar-benar menyalahkan Rohaya dalam hal ini.

"We'll call the police and ask them to send their guys here."

"And tell them what? Our son is gay and he is putting our lives in danger because of the come-out video he made last week?"

"Iskandar! What is wrong with you? This is our son, okay. If you can't accept your son for who he is, what kind of father are you?" Rohaya mendekati Rio. Dia tahu Rio terasa dengan kata-kata Iskandar.

"He is your son! I bet he got the whole homosexual thing from you."

"ISKANDAR, ENOUGH!!!"

Iskandar bangun dan terus berlalu keluar dari ruang tamu. Dia naik ke atas sambil merengus kasar. Meninggalkan Rohaya dan Rio yang sudah mula menitiskan air mata kerana kata-katanya yang menikam kalbu.

Rohaya memeluk Rio dengan penuh kasih sayang. "I'm sorry, sayang. I'm so sorry."

"Teruk sangat ke Rio ni, mommy? Teruk sangat ke?" tanya Rio, teresak-esak menangis.

Rohaya menyeka air mata Rio dan memegang erat pipi anaknya itu. "No! You are my son and I love you. I accept you for who you are and nothing can change that. Okay?"

Dalam keadaan terpaksa, Rio mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia merangkul tubuh ibunya sekali lagi dan kedua beranak itu berpelukan dengan eratnya.

Rohaya berasa sangat tidak berpuas hati dengan kata-kata Iskandar tadi. Berani dia mengungkit kisah lama? Patutlah selama ini ada saja perkara yang tidak kena dengan perkahwinan mereka berdua. Rupanya Iskandar masih lagi belum boleh menerima hakikat bahawa satu ketika dulu Rohaya pernah menjalin hubungan intim dengan seorang perempuan. Apa yang membuat Rohaya bertambah marah ialah apabila Iskandar sanggup mengungkit kembali kisah lama itu di hadapan Rio yang tidak tahu langsung tentang sejarah silam ibu bapanya.

'Tak guna kau, Iskandar. Kau sengaja nak malukan aku depan anak kita. Nampak sangat yang kau masih berdendam dengan aku. Takpe, kau tunggulah. Aku takkan biarkan anak kita ni terus terseksa dengan cacian dan makian kau. Aku akan hantar dia jauh lepas ni. Kau takkan dapat jumpa dengan dia lagi lepas ni. Kau tunggulah!' janji Rohaya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience