Perjalanan pulangnya terasa bagaikan dejavu. Seperti ada perkara buruk bakal berlaku di rumah nanti. Kali terakhir Rio berjumpa dengan teman-teman seangkatan dengannya di Bangi bulan lepas, rumahnya habis dicampak dengan bangkai-bangkai burung gagak. Dari situlah sengketa yang melanda keluarganya semakin menjadi-jadi. Entah apa pula yang akan berlaku kali ini. Hatinya jadi tidak tenang. Sepanjang dalam perjalanan pulang, Rio tidak tentu hala memikirkan tentang paranoianya. Jantungnya tak pernah berdegup sebegitu laju. Berdebar-debar bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
Sebaik tiba di hadapan rumah, Rio bergegas masuk ke dalam. Dia memasang matanya memastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan yang selamat. Mujur dia tidak dikejutkan dengan bangkai-bangkai burung gagak di halaman rumah seperti sebelum ini. Dia tersenyum lega. Dari luar tingkap, dia dapat melihat Salama berada di dapur sambil bersenandung kecil menyediakan makan malam. Keceriaan Salama itu membuktikan bahawa tiada apa yang terjadi sewaktu ketiadaannya tadi. Nasib baik!
"Hai Cik Salama!" Rio tiba-tiba muncul di hadapan tingkap dapur, mengejutkan Salama yang sedang sibuk mencuci pinggan.
"Kus semangat!" Salama mengurut-urut dadanya. "Rio! Terkejut Cik Salama dibuatnya."
Rio tertawa melihat reaksi Salama. Mujur saja pinggan yang dicuci tidak pecah kerana terlepas dari tangannya. Salama menjengilkan biji mata pada Rio yang mula berjalan masuk ke dalam rumah menggunakan pintu belakang.
"Masak apa tu?" tanya Rio sambil menyedut aroma yang benar-benar menyelerakan ke dalam rongga hidungnya.
"Sambal ayam. Mommy ada tetamu dekat luar tu," jawab Salama sambil mengecilkan api dapur.
"Tetamu?" Rio pelik. Dia tidak perasan ada kereta tetamu pun di luar rumah tadi. Jadi siapa tetamu ibunya itu? Naik Grab macam dia tadi ke? Gumam Rio di dalam hati.
"Kawan lama katanya. Glamor betul pakaian dia! Datang dengan driver. Driver dia hantar kejap je tadi. Nak balik nanti driver dia akan datang lagi," Salama menjelaskan.
Rio mengangguk-anggukkan kepala. Dia terus mencari ibunya di ruang tamu. Mungkin Rio tak perasan tadi sebab dia guna jalan belakang untuk terus ke dapur bagi memeriksa keadaan rumah. Dia teringin benar untuk mengenali siapa kawan lama ibunya itu. Mereka pernah berjumpa ke sebelum ini?
Rio berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu dan dia dapat menangkap suara ibunya sedang berbual dengan kawan lama yang Salama katakan tadi. Mereka sedang sakan bergelak ketawa sambil bercerita. Mungkin tentang kenangan lama sewaktu mereka muda-muda dulu.
"I almost forget how funny you are, Roy. God, I miss you so much!" kata sahabat lama Rohaya sambil menyeka air matanya yang keluar sedikit akibat terlalu galak berketawa tadi. Seperti yang digambarkan oleh Salama, memang gaya pemakaian sahabat lama Rohaya itu glamor. Penuh bling bling! Cermin mata hitam berjenama Gucci terlekat di atas ubun rambutnya. Solekannya juga penuh dengan rona gelap, menambahkan sentuhan elegan yang tidak keterlaluan.
"I miss you too, Liz. Thank you so much for coming today. I really appreciate it." Rohaya mengusap-usap lembut lengan Liz.
Rio masih sedang mengintai sambil mencuri dengar apa yang Rohaya dan Liz bualkan. Melalui pengamatan Rio, Liz kelihatan seperti seorang wanita di awal usia 40-an. Mungkin sama umur dengan ibunya. Agaknya, di mana mereka berdua berkenalan? Adakah mereka membesar bersama? Atau mungkin mereka kawan sekerja?
"I heard about your son..." Liz tiba-tiba bersuara.
Rohaya terdiam seketika. Mesti Liz maksudkan video yang dimuatnaik oleh Rio tempoh hari. "Then you must have heard about me and my husband as well?"
"Honestly Roy, I don't care about them at all. I care about you. How are you coping?" tanya Liz, menanggalkan cermin mata hitamnya dari dahi dan menatap wajah Rohaya dengan sayu.
Rohaya tidak terus menjawab. Dia kelihatan resah selepas mendengar pertanyaan Liz itu. Ternyata, dia kini berada dalam keadaan tertekan. Lebih-lebih lagi apabila perkahwinannya sedang berada dalam krisis sekarang.
"I..."
"It's okay. You can let it all out. I'm here for you, Roy. Always." Liz menggenggam kemas jemari Rohaya.
Kedua-dua mereka saling berpandangan kini. Buat seketika, mereka tidak mengeluarkan sebarang suara. Masing-masing saling menatap wajah yang semakin lama semakin kelihatan garis usia.
Liz merapati tubuhnya betul-betul bersebelahan dengan Rohaya. Rambut Rohaya dimain-mainkan dengan penuh manja. Rohaya memejamkan mata, melayan perasaan enak diperlakukan begitu.
"Liz...don't..." Rohaya teringat tentang suami dan anaknya. Dia menepis tangan Liz yang semakin menjalar hingga ke leher. Rohaya memerhatikan keadaan sekeliling supaya selamat dan tiada mata yang sedang memandang mereka.
Rio bersembunyi di belakang langsir apabila Rohaya menoleh ke arah kiri dan ke kanan.
"What's wrong, dear? Don't you miss me?" tanya Liz meletakkan jari telunjuknya pada dagu Rohaya. Liz sengaja memberikan senyuman menggoda pada wanita di hadapannya itu.
"I do. But what about my husband and my son? I don't want them to misunderstand this."
"Ugh! Relax! They're not here, okay? Where are they anyway? Dari I sampai tadi tak nampak batang hidung. How could they leave you all by yourself?" tanya Liz kembali bersandar pada sofa di ruang tamu itu. Jus oren yang terhidang di hadapan dihirup laju sehingga tinggal separuh cawan.
"Rio keluar dengan kawan dia. My husband is out playing golf." Rohaya menjawab lemah. Dia masih lagi sedang memerhatikan keadaan sekeliling. Selain dari Rio dan Iskandar, dia juga perlu memastikan Salama tidak perasan apa yang telah Liz lakukan padanya tadi.
Liz merengus lembut. Dia sebenarnya simpati dengan nasib yang melanda Rohaya. Kalau Liz sendiri dapat suami yang macam tu, dah lama dah dia tinggalkan. Liz sendiri tak faham kenapa Rohaya perlu setia dengan jantan tak guna tu? Mungkin sebab anak mereka, Liz mengagak.
"I hate seeing you like this, you know. Come with me? Kita pindah Melbourne, macam yang kita plan dulu?" tiba-tiba saja Liz mencadangkan.
Terkejut Rohaya dibuatnya. Apa mimpi Liz tiba-tiba mahu mengajak dia berpindah ke Melbourne? Memang masa zaman mereka muda-muda dulu, mereka ada membuat perjanjian untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka nanti di negara orang. Tapi perkara itu sudah lama tidak diingatkan oleh Rohaya. Dia ada hidupnya sendiri sekarang. Janji yang termeterai dulu dibuat ketika mereka belum berkahwin lagi. Sekarang macam dah susah untuk direalisasikan.
"I can't, Liz. You know I can't. I have a family to take care of now. I'm so sorry," Rohaya menjawab, hampa.
Liz menggeleng-gelengkan kepala. "I told you not to marry him. But you degil! Always trying to 'fix' yourself katanya. Tengoklah apa dah jadi sekarang. Mana laki you? Main golf? Seriously? Hari-hari dia balik pukul berapa? Takkan takde masa untuk anak bini? Nonsense! What kind of husband is that?"
"The kind of husband that she marries!" tiba-tiba Iskandar muncul dalam keadaan baju polonya yang basah di bahagian leher dan dada.
Rohaya, Liz dan Rio yang masih bersembunyi dari tadi terkejut melihat kemunculan Iskandar. Bila dia sampai? Kenapa takde bunyi kereta pun tadi? Naik Grab jugak ke?
"Is...kitorang..." Rohaya bangun untuk mendapatkan suaminya namun Iskandar mengangat tangan sebagai tanda 'jangan dekatinya'.
Mata Iskandar tajam memandang Liz yang kini sedang turut sama berdiri. Liz membuat muka benci kerana meluat dengan Iskandar. Kacau betul! Baru nak mengumpat tadi.
"So ni yang you buat belakang I bila I takde dekat rumah? Jumpa ex girlfriend you, macam tu?" tanya Iskandar kepada Rohaya.
Rio terkedu. Ex girlfriend? Maksudnya mommy pun...? Patutlah Liz pegang-pegang ibunya tadi.
"Don't fight over me, Iskandar. I'm just here to check on her. Last I heard, you failed to deliver your responsibility as a husband." Liz mencapai beg tangannya dan bersedia untuk pergi dari situ. Dia berjalan ke arah Iskandar dan Rohaya.
"I'm so happy that you're 'happy', Roy." Liz melanggar bahu Rohaya dan terus menghubungi pemandunya. Tak sanggup lagi dia duduk di situ menghadap muka Iskandar. Kang tak pasal-pasal bergaduhan pula mereka semua.
"I'm so disappointed in you, Rohaya." Iskandar meluahkan kekecewaannya.
Rohaya mula menangis. "Is...we didn't do anything. I swear to God!"
"No! You did something today! You broke my heart." Suara Iskandar juga kedengaran seperti hendak menangis. Iskandar terus berlalu pergi dari situ, untuk naik ke biliknya. Ada esakan sewaktu dia meniti anak tangga. Dia langsung tidak perasan Rio sedang bersembunyi di sebalik langsir.
"Rio?"
Rio yang baru keluar dari persembunyiannya terkejut mendengar namanya diseru oleh Rohaya. Perlahan-lahan, Rio menoleh ke arah Rohaya.
"How long have you been hiding there?" tanya Rohaya, cuak.
"Long enough..." jawab Rio, lemah.
Rohaya menakup wajahnya kerana malu dengan anaknya sendiri. Selama ini, hanya Iskandar yang tahu tentang orietasi seksualnya sebelum mendirikan rumah tangga. Kini, Rio secara tidak sengaja mempelajari tentang orientasi seksualnya. Rohaya tidak tahu di mana dia hendak menyembunyikan wajahnya. Apa yang dia tahu, dia perlu berlaku jujur dengan anaknya itu. Tidak wajar untuk dia terus berbohong. Rio perlu tahu bahawa dia adalah seorang biseksual yang pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan ramai wanita sebelum berjumpa dengan Iskandar.
Share this novel