Rio menemani Rohaya dan Salama membeli barang dapur di sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah mereka. Biarpun dia sepatutnya bersiap-sedia menduduki SPM dalam masa lima hari lagi, Rio tetap mahu meluangkan masa bersama ibunya. Lebih-lebih apabila Rohaya sendiri baru mendapat berita bahawa kedua-dua pembunuh Liz telah ditemui mati oleh pihak polis malam tadi.
Rio tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan ibunya kini. Mungkin ibunya itu masih mampu tersenyum namun jauh di sudut hati, Rio yakin Rohaya sedang memendam seribu satu rasa sedih yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Rio meletakkan dirinya di tempat Rohaya. Jika dia kehilangan Zakwan, dia tidak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin seluruh dunianya akan gelap dan kelam. Biarpun mereka berdua pernah berpisah dulu, Rio tidak dapat membayangkan betapa kosongnya dia akan rasa jika Zakwan tiada lagi di dunia ini.
"Mommy, can I ask you something?" tanya Rio sewaktu dia dan Rohaya berada di lorong tenusu. Salama, orang gaji yang sudah dianggap seperti keluarga mereka sendiri, sedang berada di bahagian barang basah. Rio mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Rohaya tentang sesuatu yang lebih peribadi kerana Salama tiada dengan mereka sekarang.
"Apa dia, sayang? Tanyalah..." jawab Rohaya tanpa memandang ke arah anak tunggalnya itu. Dia kini sedang sibuk membelek-belek beberapa jenama susu kotak di hadapan mereka.
"How did you get over Aunty Liz when you guys were separated years ago?"
Rohaya terkedu mendengar pertanyaan Rio itu. Hal ini membuatkan anaknya itu rasa bersalah kerana telah mengingatkan ibunya tentang seseorang yang telah pun pergi meninggalkan dunia ini.
"I'm sorry if I asked you this at a very sensitive time. You can decide not to answer if you don't feel like it..." sambung Rio lagi, cuba mengurangkan rasa bersalah yang mula menumbuh tadi.
Rohaya tersenyum biarpun senyuman itu adalah senyuman terpaksa. "It's okay, dear. You are allowed to ask these kind of questions. You are a grown man. And I'm sure you are curious about a lot of things." Rohaya mengelus lembut pipi Rio dengan penuh rasa kasih.
Rio menyambut jemari ibunya itu dan melentokkan kepala, manja.
"I never got over Aunty Liz. Even after I got married with your father." Rohaya memulakan cerita. "Rio jangan salah faham apa yang mommy nak ceritakan ni. Yes, when I marry your father, I love him very much because he understands me and has accepted who I was before I met him. He was calm when I told him about Aunty Liz. My previous ex-boyfriends semua freaked out because homosexuality was still a taboo back then."
"But your father was so different. He knew that I would never get over Aunty Liz. Adalah this one time when I told him that I am ready to move on and start a new beginning with him but deep down inside, I know that he didn't trust anything that I said. I may have been separated with Liz for the longest time but I never got over her. Dia sentiasa segar dalam ingatan mommy. Forever."
Tersenyum Rio mendengar perkataan 'forever' itu. Dia faham apa yang Rohaya cuba sampaikan. Biarpun Liz kini sudah tiada lagi di muka bumi ini, dia akan tetap berada dalam kenangan. Sama macam apa yang Rio rasakan kepada Zakwan. Andai kata 'jodoh' mereka tidak panjang dan mereka ditakdirkan untuk berpisah satu hari nanti atas pelbagai jenis faktor, dia tidak akan sekali-kali melupakan lelaki itu. Zakwan akan terus menjadi lelaki teragung dalam hidupnya.
"I'm so sorry for your loss, mommy. Those guys yang mati kena bunuh tu memang deserve to die! They've taken away someone who was loved by the people around her. Even death pun is too good for them. They need to feel the pain that you went through!"
Rohaya menepuk bahu Rio. "Rio sayang, please don't wish something like that. I would never want to balas dendam or anything to them. Diorang dah dapat pun balasan dari Tuhan. Sekotor-kotor hati seorang pembenci, kotor lagi hati kita kalau kita sama-sama simpan rasa dendam pada mereka."
Rio terdiam seketika. Dia benar-benar tidak menyangka ibunya begitu tenang menerima kenyataan. Rohaya sudah berubah. Rio dapat lihat perkara itu sedikit demi sedikit. Dia hanya mampu tertunduk malu mendengar nasihat yang disampaikan ibunya tadi.
Mereka berdua kembali melihat kotak-kotak susu yang ingin dibeli. Rio melilau pandangan ke kiri dan ke kanan untuk mencari orang gaji mereka. Entah ke mana saja Cik Salama sudah menghilangkan diri. Kemudian, anak mata Rio tertancap pada satu susuk tubuh di hadapan dia dan ibunya. Salwa, ibu Zakwan kini sedang berjalan menolak troli ke arah mereka. Tetapi Salwa masih tidak perasan Rio dan Rohaya berada di hadapannya kerana dia juga sedang asyik membelek-belek kotak susu.
Rohaya yang sudah menemui jenama susu kotak yang ingin dibelinya menoleh ke arah Rio yang tiba-tiba saja diam. Melihat Rio seperti sedang memandang sesuatu, Rohaya menyoroti pandangan Rio itu. Pada waktu yang sama, Salwa juga menoleh ke hadapan, membuat kedua-dua ibu itu saling bertentangan mata. Salwa dan Rohaya sama-sama kaku. Kemudian, mereka mengalihkan pandangan dengan penuh rasa canggung.
"Mommy?" bisik Rio, mahu tahu apa yang sedang Rohaya fikirkan. Adakah Rohaya akan menegur Salwa? Atau buat bodoh saja dan meneruskan beli-belah mereka di situ?
"It's okay, Rio. Just smile." Rohaya tenang berjalan ke arah Salwa.
Seperti yang disuruh oleh ibunya, Rio mengukirkan senyuman kepada Salwa ketika mereka berselisih bahu. Salwa langsung tidak membalas senyuman Rio dan Rohaya, sebaliknya seperti sedang berbasa-basi dengan diri sendiri sama ada dia mahu bertanyakan tentang Zakwan ataupun tidak.
Rio menarik nafas lega apabila Salwa sudah tidak lagi berada dalam pandangan dia dan ibunya. Tapi kelegaannya itu hanya untuk seketika sahaja. Tiba-tiba, Salwa memanggil namanya.
"Rio!"
Perlahan-lahan, Rio dan Rohaya menoleh. Salwa sedang memandang mereka dengan renungan yang redup. Dengan penuh rasa sebak, Salwa bertanya, "Zakwan sihat?"
Tersentuh hati Rio mendengar pertanyaan Salwa itu. Ibu mana yang tidak merindui anaknya setelah sekian lama mereka tidak duduk sebumbung? Hanya kerana Zakwan mengaku bahawa dia adalah seorang gay, Salwa dan suaminya tidak mahu mengaku Zakwan adalah anak mereka. Hal ini telah membuat Zakwan membawa diri dan kini menetap bersama Hakim. Setelah beberapa minggu, tentu sekali Salwa berasa rindu. Kebetulan dia dan Rio bertembung di pasaraya itu. Tentu ia telah mengingatkan Salwa tentang anaknya yang sudah lama tidak berjumpa.
"Sihat, alhamdulillah. Dia pun rindukan aunty."
Salwa tidak dapat membendung dirinya dari menitiskan air mata. Dengan pantas, Rohaya mendapatkan ibu Zakwan itu. Rio hanya mampu memerhatikan dengan penuh rasa pilu.
"Yes, dia rindu sangat dekat aunty," bisik Rio, tidak mahu menambahkan lagi kesedihan yang sedang dirasai oleh Salwa kini.
"Aunty pun rindukan dia..." kata Salwa tersedu-sedan. "Dekat mana dia sekarang, Rio?"
"Aunty nak jumpa dengan dia?"
Salwa mengangguk-anggukkan kepala dengan anak mata penuh pengharapan.
Rohaya turut sama menoleh ke arah anaknya itu. Dia berharap agar Rio akan memberitahu Salwa tentang di mana kedudukan Zakwan kini.
Rio berada dalam keadaan serba-salah. Tidak pasti sama ada dia patut memberitahu Salwa tentang di mana Zakwan berada sekarang ataupun tidak. Bukannya apa. Dia khuatir sekiranya keselamatan Zakwan terancam. Dia tidak mahu perkara sama yang terjadi pada Ammar berulang kembali. Cukuplah tragedi itu terjadi sekali.
"Zakwan sekarang...ada dekat rumah kawan kami," teragak-agak Rio menjawab.
Salwa menyeka air matanya. "Boleh aunty tahu dekat mana rumah kawan kamu tu?"
"Err..."
"It's okay, Rio. You can tell us," Rohaya meyakinkan.
"Urm..." Rio masih lagi berasa serba-salah. Ditelan mati anak, diluah mati bapak.
Share this novel