Bab 6

Drama Series 29694

Sebulan sekali, Rio dan rakan-rakan pejuang keamanan yang dikenali dari media sosial, akan berhimpun di sebuah kafe di Bangi untuk membincangkan tentang isu-isu semasa berkaitan dengan keganasan terhadap golongan LGBT di Malaysia. Perhimpunan itu dulunya diadakan sebagai tanda solidariti selepas beberapa kes kematian transeksual dilaporkan. Pemilik kafe itu yang juga merupakan salah seorang dari pejuang keamanan, membenarkan Rio dan rakan-rakan untuk mengadakan perhimpunan di situ secara percuma. Mereka cuma perlu membayar harga makanan dan minuman. Kafe itu akan ditutup selama setengah hari sebagai langkah keselamatan. Hanya dua orang pekerja yang akan berada di dalam kafe itu. Mereka juga adalah sebahagian dari komuniti LGBT.

Baru-baru ini, seperti yang tular di media sosial, seorang lelaki homoseksual ditemui mati di Melaka, dipercayai dibunuh oleh golongan anti-LGBT. Mereka akan membincangkan tentang perkara itu nanti.

Sebaik saja tiba di kafe itu, Rio didatangi oleh abang angkatnya, Daniel.

"Oh my God, Rio! Come and give me a hug. We are so proud of you, dear!" Daniel mendepakan tangannya untuk memeluk Rio.

"Hai, Daniel. How are you?" Rio membalas pelukan Daniel itu. Mereka berdua sudah lama berkawan di laman sosial. Daniel merupakan insan yang membawa Rio datang ke perhimpunan bulanan itu. Daniel tertarik dengan sisi feminin Rio dan yakin bahawa Rio boleh menjadi ikon kepada golongan muda yang takut untuk menerima diri mereka seadanya.

Kedua-duanya seperti tidak mahu melepaskan tubuh masing-masing. Maklum sajalah, mereka sudah agak lama tidak bersua muka. Bulan lepas, Daniel tidak dapat menghadiri perhimpunan itu. Dia sedang sibuk menguruskan kerjayanya sebagai seorang pegawai temu seru di Majlis AIDS Malaysia. Daniel terlibat dengan banyak aktiviti yang dijalankan Majlis itu untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kondom di dalam hubungan seks tanpa mengira orientasi seksual masyarakat di seluruh kawasan Lembah Klang. Awalnya, dia memberitahu Rio bahawa dia mungkin tidak dapat menghadiri perhimpunan itu sekali lagi. Namun, dia berjaya menyelesaikan urusannya dan cepat-cepat ke situ. Nampak gayanya jumlah kehadiran sudah bertambah ramai. Banyak muka baru yang kelihatan. Baguslah. Itu yang mereka semua mahukan. Lebih ramai ahli, lebih luas tahap kesedaran.

Pelukan terlerai. Pandangan Rio beralih ke arah seorang lelaki bertubuh gempal di belakang Daniel. Lelaki itu tersengih-sengih melihat Rio.

Daniel menyoroti pandangan adik angkatnya itu. Kemudian, dia tertawa. "Oh lupa pulak. Kenalkan. Ni Hilmi, junior I masa dekat UIA dulu."

Hilmi datang mendekati Rio sambil menghulurkan tangan. "Hai. I'm Hilmi."

Rio menyambut tangan Hilmi dengan mesra. "Rio. Nice meeting you."

"Just so you know, I'm a big fan of yours." Hilmi masih belum meleraikan lagi tangannya dari bersalaman dengan Rio.

"Thank you." Itu saja yang mampu Rio jawab. Dia tak kenal pun siapa kawan Daniel tu. Tak pernah nampak pun dia dekat mana-mana sebelum ni. Ke aku yang tak perasan?

"Well, shall we meet the other brothers?" tanya Daniel sambil meleraikan genggaman tangan Rio dan Hilmi dengan lemah gemalai.

"Yes. Let's! Ada yang I dah lama tak jumpa." Rio berkongsi rasa teruja.

Daniel tersenyum saja melihat keceriaan yang terpancar pada wajah Rio. Rasanya belum pernah lagi dia melihat Rio berada dalam keadaan sebegitu gembira. Tidak pasti sama ada Rio sekarang sedang gembira dapat bertemu dengan rakan-rakannya atau gembira kerana tidak perlu lagi menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar kepada dunia.

Ketiga-tiga mereka mula berjalan ke arah sekumpulan anak muda yang sedang sibuk bergambar dalam kafe itu. Daniel, Hilmi dan Rio turut sama bergambar dengan mereka. Masing-masing teruja kerana dapat berjumpa dengan Rio. Dalam ramai-ramai, Rio adalah yang paling popular kerana mempunyai saluran video sendiri di YouTube.

Sebaik saja selesai, mereka beramai-ramai memuatnaik status dengan gambar-gambar yang mereka ambil menggunakan beberapa hashtag. Jika ada yang tidak mahu gambar mereka terdedah di laman sosial atas faktor keselamatan, emoji akan digunakan untuk menutup wajah.

"Okay, guys! Settle down. Keep your phones off. Come forward. Kita nak start our meeting shortly," seorang lelaki yang Rio kenali sebagai Adam mengumumkan. Dia memang sering menjadi moderator untuk perhimpunan itu. Mungkin kerana suaranya yang lantang.

Rio dan rakan-rakannya tadi mula mengambil tempat. Mereka berada di bahagian hadapan sekali. Daniel mengagihkan menu kepada rakan-rakannya termasuk Rio untuk membuat pesanan sebelum perhimpunan bermula. Biarpun sudah selalu datang ke kafe itu, ada yang masih mengambil masa yang lama untuk membuat pesanan.

"So Rio, I heard you were offered a chance to curate Queer MY on Twitter. Is it true?" tanya Hilmi, setelah selesai membuat pesanan.

Rio menjongketkan keningnya. Dia tidak pasti dari mana Hilmi dapat tahu tentang perkara itu. Tentu dari kalangan mereka yang mengenali siapa admin akaun Queer MY yang sering menampilkan aktivis-aktivis LGBT dalam Malaysia untuk membincangkan topik-topik menarik mengenai komuniti LGBT di Malaysia. Rio memandang Hilmi yang masih menantikan jawapan. Beberapa orang rakan mereka yang berada di situ termasuk Daniel, turut sama menantikan jawapan dari Rio.

"Yeah. But I'm still too young to curate such account. So I decided not to do it," jelas Rio dengan tenang.

Mereka yang mendengar mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Bukan senang untuk diberi peluang menjadi seorang curator. Kebiasaannya, mereka yang menjadi curator dengan sukarelanya menawarkan komitmen. Tetapi lain pula bagi Rio. Aktivis LGBT mula perasan akan kewujudannya setelah dia memuatnaik video melelanya minggu lepas. Tindakan Rio itu dipuji kerana tidak semua orang berani melela. Tambahan pula, Rio baru berusia 17 tahun. Videonya cukup untuk memberi inspirasi kepada remaja-remaja di luar sana yang sedang bertarung dengan identiti mereka.

Daniel menepuk-nepuk belakang Rio dengan satu senyuman. Tersipu-sipu Rio apabila Daniel bertindak sedemikian. Ianya merupakan satu isyarat bahawa Daniel sangat bangga dengan adik angkatnya itu. Tepukan di belakang tubuhnya membawa maksud syabas kerana telah melakukan sesuatu yang terpuji.

"Eh so how's your closeted boyfriend? Is he okay with you coming out now in public?" tanya Aidil, yang turut setanding dengan Rio dari segi populariti.

Sekali lagi, pertanyaan yang dilontarkan terhadapnya menjadi daya penarik rakan-rakan yang lain untuk memasang telinga dan memberi perhatian mereka kepada jawapan yang akan diberi.

Rio teragak-agak untuk menjawab. Rakan-rakannya itu tidak mengenali siapa sebenarnya Zakwan. Rio sengaja tidak mendedahkan identiti teman lelakinya itu kerana dia menghormati keputusan Zakwan untuk tidak melela lagi buat masa ini. Zakwan sendiri tidak pernah menganggap dirinya seorang gay. Satu-satunya lelaki yang menarik perhatiannya adalah Rio. Dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap mana-mana lelaki lain kecuali Rio. Rio benar-benar istimewa di dalam hatinya.

"He's okay with it. In fact, he supports me all the way. The only thing that he won't do is coming out of the closet like I did," jelas Rio sambil tersengih sendiri mengenangkan teman lelakinya itu.

"Aww, he's such a sweet boyfriend."

"Tapi Rio, orang tak boleh syak ke yang dia gay jugak? I mean, he spends a lot of time with you, right? Now that you're out of the closet, I'm sure people have been assuming." Daniel bertanya. Dia seperti tidak berkenan dengan Zakwan.

"Well first of all, he's not gay. He's bisexual. And second, we can't stop people from talking. But we've been very discreet in public. We even call each other 'kau aku' depan orang ramai so I guess that covers pretty much everything."

Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

"You are such an inspiration, Rio. I am truly inspired by your courage." Hilmi bersuara dengan sinar dalam matanya.

"Thanks. I really appreciate it. I feel like we need to be comfortable with who we are. We need to accept ourselves first before society can actually accept us. That is very important for me. And I want to educate everyone out there that it's okay to be gay and it's okay if someone is gay. There's nothing wrong about it." Rio panjang lebar memberi penjelasan.

"We agree. Which is why we have this gathering too. To celebrate every single one of us in the community," Daniel menambah.

Adam muncul kembali untuk memulakan acara. Dia menepuk-nepuk tangannya bagi mendapatkan perhatian semua yang hadir pada hari itu. "Attention all. Keep quiet, please. We're gonna start now."

"Later we take a group photo lagi, okey?" bisik Daniel ke telinga Rio.

Rio menganggukkan kepala tanda setuju sebelum kembali fokus kepada pembukaan kata yang sedang disampaikan oleh Adam.

"Before we start, Numan Afyfy sent his regards. He couldn't join us today because he has other gathering he needs to attend."

"Bila kita boleh join gathering dia?" teriak seseorang dari belakang disusuli dengan sorakan dari rakan-rakannya yang lain.

Siapa yang tidak kenal dengan Numan Afyfy? Seorang aktivis kemanusiaan yang memperjuangkan kesamarataan hak golongan LGBT di Malaysia. Disebabkan itu, dia sering menerima kecaman dari masyarakat. Namun, Numan masih tetap teguh dengan perjuangannya. Dia sentiasa kelihatan di mana saja perbicaraan mahkamah sedang dijalankan terhadap golongan LGBT sebagai tanda solidariti. Kebanyakkannya adalah perbicaraan di mahkamah syariah. Rio akui bahawa Numan adalah idolanya dalam memperjuangkan kesamarataan hak di Malaysia. Dia belum penah berjumpa dengan Numan sebelum ini dan dia menyimpan cita-cita untuk bertemu mata dengan idolanya itu satu hari nanti. Kerana perjuangan Numanlah, perhimpunan mereka di situ diadakan saban bulan.

"Numan ada jemput kita sebenarnya tapi setiap kali kita buat gathering, dia pun buat gathering jugak. Hopefully bulan depan tak clash lagi. Mungkin kita dapat merge gathering kita dengan Numan nanti," jelas Adam.

"Alright, let's start with our agenda for today."

**********

Hari berlalu dengan pantas. Banyak topik yang mereka bincangkan antaranya tentang kes pembunuhan di Melaka baru-baru ini, komen-komen netizen terhadap artikel berkaitan dengan kematian lelaki homoseksual di Fac yang meruncingkan, siri Pose di Netflix dan juga video berani mati yang dimuatnaik oleh Rio. Rio langsung tidak menyangka bahawa dia adalah sebahagian dari agenda perhimpunan pada hari itu. Dia langsung tidak bersedia untuk berkongsi pengalamannya merakam video itu di hadapan semua orang di dalam kafe. Namun dia berjaya melaksanakannya biarpun tanpa sebarang skrip.

Satu per satu rakan mereka pulang. Daniel masih lagi sibuk bergambar dengan Hilmi dan Rio. Mereka menggayakan pelbagai aksi di hadapan kamera. Masing-masing tertawa melihat keletah sendiri.

"AirDrop everything to me," kata Rio sebelum mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar.

"Done!" ujar Daniel.

Sebaik saja selesai, mereka terus berjalan keluar dari kafe itu sambil sibuk memilih gambar terbaik untuk dimuatnaik di media sosial masing-masing.

"Thanks Adam! Thanks Fawwaz and his crew!" teriak Daniel di muka pintu kafe sambil melambaikan tangan ke arah Adam dan pemilik kafe tempat mereka berhimpun setiap bulan.

Hilmi dan Rio turut mengucapkan perkara yang sama sebelum kembali fokus pada telefon pintar masing-masing.

"Banyaknya gambar. Tak tahu nak post yang mana satu ni."

Rio tersengih melihat gelagat Hilmi yang sedang terkulat-kulat memilih gambar. Menyedari bateri hanya tinggal 20%, Rio cepat-cepat menyimpan telefon pintarnya itu di dalam poket. Dia perlu menjimat tenaga bateri kerana dia akan menggunakan perkhidmatan Grab untuk membawanya ke MRT Kajang. Dari sana nanti, dia akan pulang ke rumahnya di Kinrara BK5.

"Are you sure you don't want us to send you back, dear?" tanya Hilmi, yang baru saja selesai memilih gambar yang mana dia mahu muatnaik dalam media sosial malam nanti.

"I'm sure. Dah biasa dah naik Grab pergi MRT. Don't worry."

Rio mengucapkan selamat tinggal pada Daniel dan Hilmi. Sewaktu sedang berpelukan, Rio terperasan akan kehadiran seorang lelaki berbadan tegap, berambut botak dengan cermin mata hitam di atas sebuah motor Yamaha Y15ZR sedang memandang ke arah mereka. Lelaki itu memandang mereka dengan pandangan yang cukup tajam. Hal ini membuat Rio berasa tidak selesa.

"Kenapa ni, Rio?" tanya Hilmi yang terperasan Rio tiba-tiba saja diam.

"Ada lelaki pandang kita..."

Hilmi tersipu malu bila Rio cakap begitu. "Ya ke? Handsome tak?"

Daniel menyoroti pandangan Rio dan pantas menepuk perut Hilmi supaya melakukan perkara yang sama. Ketiga-tiga kini sedang memandang ke arah lelaki botak itu.

'Apa kau nak, sial?' bisik hati Rio yang benar-benar tidak selesa dengan pandangan lelaki itu. Psiko!

"Rio, I really think you should go back with us. We will drop you off dekat MRT," bisik Daniel kerana risaukan keselamatan adik angkatnya itu.

"I agree. We have to be very careful. We don't know who is going to be the next victim of a hate-crime." Hilmi menyokong.

Rio mengambil keputusan untuk mengikut Daniel dan Hilmi pulang. Jantungnya berdegup dengan kencang sepanjang perjalanan pulang. Pandangan lelaki itu yang cukup tajam masih terbayang-bayang.

Adakah aku mangsa yang seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience