Pusara insan yang telah terkorban kerana cuba menyelamatkannya dari dijadikan mangsa kebencian manusia dangkal itu ditatap sayu. Masih merah dan disadur dengan kelopak-kelopak bunga yang mewangi. Sambil terkumat-kamit membacakan surah al-Fatihah dan doa-doa untuk si mati, Rio terkenang kembali saat ketika dia pertama kali berkenalan dengan lelaki itu. Cukup singkat tetapi memberi banyak makna.
"Hakim keluar dari kereta dia lepas Botak langgar kau. Impak dari tu buat Botak hilang kawalan. Dia terjatuh dari motor. Hakim cuba nak tolong kau tapi banyak sangat darah yang keluar dari kepala kau. Lepas tu dia dengan Botak bertumbuk sebab dia ingat kau dah tak ada. Dia langsung tak sedar yang driver Grab kau masa tu nak blah dari situ. Mungkin sebab panik sangat kot. Botak tolak Hakim dan Hakim kena langgar dengan Grab driver tu. Grab driver kau tengah speed. Hakim meninggal on the spot. Masa tu polis dah on the way sebab jiran-jiran kau dengan Cik Salama dah call 999."
Rio mengatup rapat kelopak mata. Dua garis air jernih turun menyusuri pipi gebunya. "Ya Allah, aku tak kuat, Ya Allah." Rio melepaskan segala yang terpendam di hatinya. Dia didatangi oleh Zakwan, Daniel dan Hilmi yang sedari tadi hanya memerhatikan dari jauh. Melihat Rio gagal mengawal kesedihan yang dirasakan kini, mereka mula menghampiri.
"Let it out, Rio. Let it out," ungkap Daniel, yang turut sama bersedih dengan pemergian sahabatnya itu.
"He wasn't supposed to be there. Why was he there? Why would he followed me? Why, Daniel? Why!?" Rio langsung tidak peduli dengan hingus dan air mata yang berjurai. Ini bukannya masa untuk fikir tentang paras rupanya. Ini adalah masa untuk berduka lara. Sahabatnya telah meninggal dunia kerana dia. Siapa yang mampu menerima kenyataan itu?
"Rio..." lembut tutur bicara Zakwan, cuba menegur kekasih hatinya itu dari terus-terusan meratapi mereka yang telah pergi. Zakwan menggeleng-geleng kepalanya sebagai tanda 'cukup'. Adalah lebih baik mereka beredar dari situ.
Tanpa bantahan, Rio menurut. Dia dipimpin pergi oleh Zakwan dan Hilmi. Sementara Daniel membuntuti mereka bertiga dari belakang.
Rio sempat menoleh ke belakang untuk melihat pusara Hakim buat kali terakhir sebelum dia pergi. "Thanks, Hakim. I don't know you that well but I do know that you're one of the kindest persons in this world. Rest well."
Barulah Rio faham kenapa Zakwan tidak sanggup memberitahunya tentang apa yang Hakim pernah cuba buat dulu. Zakwan tahu Hakim adalah seorang yang baik hati. Kesilapan Hakim kerana cuba mencabulnya enggan difikirkan kerana Zakwan tahu Hakim adalah lebih dari itu.
Al-Fatihah untuk Hakim.
*********
Sudah lebih dari dua minggu peperiksaan SPM melabuhkan tirainya. Tidak lama lagi fajar tahun baru akan terbit. Sementara rakan-rakannya yang lain sibuk memikirkan tentang masa depan masing-masing selepas ini, Rio langsung tidak keluar dari rumah. Dia masih lagi berkabung dengan pemergian Hakim. Masih sukar menerima hakikat bahawa dia hampir menjadi mangsa keganasan anti-LGBT. Biarpun Botak telah ditangkap oleh pihak polis dan telah membuat pengakuan atas beberapa kes bunuh, Rio masih tidak rasa aman lagi. Dia yakin masih ramai lagi yang membenci golongan LGBT. Dan mereka sanggup melakukan apa saja untuk menunjukkan kebencian mereka itu.
Ketukan pada daun pintu biliknya membuat Rio kembali ke realiti. Dia menoleh dan tersenyum tawar melihat ibunya datang membawa bersama semangkuk bubur yang disadur dengan sambal goreng ikan bilis dan kicap.
"Makan, sayang." Rohaya seperti benar-benar memahami apa yang dirasakan oleh Rio kini. Dia juga turut sama kehilangan insan yang disayanginya tahun ini. Satu kucupan penuh rasa kasih diberikan kepada Rio.
"Thanks, mommy." Rio mengesot punggungnya ke birai katil. Dengan penuh tidak bermaya, Rio cuba menyuapkan mulutnya dengan bubur pemberian ibunya tadi.
"Tak keluar dengan Zakwan?" tanya Rohaya yang mengambil keputusan untuk duduk di situ bagi memastikan bubur pemberiannya dihabiskan oleh Rio.
Rio menggelengkan kepala. Dia terus menyuapkan mulutnya dengan bubur tadi. Nampak sangat yang dia memang lapar. Dari pagi tadi dia asyik berkurung saja dalam bilik.
"Kirim salam dia kalau kamu jumpa dia nanti, ya?" pesan Rohaya sebelum beransur pergi. Dia yakin Rio akan menghabiskan bubur pemberiannya itu.
"Mommy..." belum sempat Rohaya keluar dari pintu bilik Rio, anaknya itu memanggil.
Rohaya menoleh dan kembali merapati katil anaknya. "Ya, sayang?"
"I've made up my mind." Rio meletakkan mangkuk berisi bubur tadi di atas katil.
Rohaya tidak mahu mencelah. Dia mahu membiarkan Rio habis berkata-kata dulu.
"I think I want to further my studies in Melbourne."
Kalau hendak diikutkan, mahu saja Rohaya melompat kegirangan. Namun, dari riak wajah anaknya, Rohaya tahu Rio sebenarnya tidak ikhlas dengan keputusan yang dikatakannya tadi.
"What changes your mind?" berhati-hati Rohaya mengutarakan pertanyaan.
Rio menggeleng. "No one. I made up this decision on my own."
"Okay, so does Zakwan know about this?" Rohaya seperti dapat membaca ada yang tidak kena.
"He doesn't need to know about it. This is my life. Not his."
Satu keluhan lemah dihamburkan oleh Rohaya. Dia datang mendekati anaknya itu. Ubun-ubun rambut Rio diusap dengan penuh rasa kasih. "Are you sure you were not driven by emotion when you decided this?"
Rio pantas merangkul tubuh ibunya dan menangis semahu-mahunya. "Mommy..." tangis Rio.
Rohaya menenangkan anaknya itu dengan mengeratkan lagi pelukan mereka berdua. "It's okay, dear. You can talk to me. I'm here for you. I am always here for you."
**********
"Siapa tu?" tanya Muiz selepas Zakwan selesai bercakap dalam telefon di luar rumah.
"Rio..." jawab Zakwan dengan wajah sugul.
Muiz yakin ada benda yang tidak kena. Dia malas nak masuk campur. Biasalah, orang tengah bercinta. Muiz kembali menyambung bacaannya di ruang tamu itu. Dia kini sedang bercuti semester dan bakal menghabiskan banyak masa bersama keluarga.
"Hujung minggu ni Abang Long free tak?" tanya Zakwan, secara spontan.
Muiz berfikir sejenak. "Free kot. Kenapa?"
"Jom teman Zack pergi interview."
Dahi Muiz berkerut. Dia menutup bahan bacaannya dan memandang wajah Zakwan. "Interview apa ni?"
Zakwan menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan Abang Longnya itu. Keputusan untuk menghadiri temu duga yang dimaksudkannya tadi datang secara tiba-tba. Sebaik saja dia diberitahu oleh Rio tentang keputusannya untuk menyambung pelajaran di Melbourne seperti yang telah dirancang oleh ibu Rio sendiri, Zakwan terus mendapat idea itu. Kebetulan baru semalam dia ternampak iklan tentang temu duga yang bakal berlangsung hujung minggu nanti.
"Interview cabin crew," ujar Zakwan.
Share this novel