Bab 35

Drama Series 29694

"Apa lagi yang kau nak dari aku ni, Botak? Bukan aku dah bagi kau assignment baru ke hari tu? Kau buat apa lagi dekat sini!?" marah Khadir sebaik saja anak buahnya yang sudah lama tidak diberikan tugasan penting selain daripada mengapi-apikan netizen dengan cerita-cerita panas Nur Sajat dan Coach Yin, muncul sambil memuncungkan bibir seperti ada yang tidak kena. Khadir yakin Botak mahukan tugas yang lebih mencabar. Mungkin dia mahu kembali menghantui hidup Rio seperti sebelum ini.

Melihat amarah bosnya itu tatkala dia menunjukkan muka di situ, tidak membantu menyejukkan hati Botak langsung. Hatinya bertambah panas lagi adalah! Dia cuba menenangkan diri dengan bermonolog dalaman. 'Sabar, Botak. Kawal diri kau. Kawal rasa marah tu. Dia bos kau. Relaks. Cool down. Cakap dengan dia elok-elok apa kau nak.'

Khadir baru saja selesai bersidang dengan teman-teman seperjuangannya. Dia menjeling ke arah Botak yang sedang menikuskan diri di hadapannya dengan penuh rasa meluat. Botak dipandang atas bawah. Badan saja besar. Muka saja ganas. Tapi sebenarnya penakut macam pondan! Getus hati kecil Khadir. Padanlah banyak tugasan yang diberi tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna. Sebab dia penakut!

"Bos..." belum sempat Botak membuka mulut, Khadir mengangkat tangan menyuruh Botak diam. Telefonnya tiba-tiba saja berdering. Ada panggilan penting nampak gayanya.

"Helo? Ha, kenapa? Dah settle ke semua kerja korang yang aku bagi hari tu?" Khadir menjeling tajam ke arah Botak sebagai arahan untuk Botak berundur sikit ke belakang supaya perbualannya dengan orang yang tidak dikenali itu tidak dicuri dengar.

Dengan rasa geram, Botak mengundurkan tubuhnya ke belakang. Nasib baiklah lelaki di hadapannya itu adalah bosnya sendiri. Kalau orang lain, memang dah kena debik-debik dah! Tapi takpe. Botak faham. Ada benda yang dia tak berhak untuk tahu. Jadi, dia hormat akan ketua di hadapannya itu. Kalau privasi yang dia mahukan, maka privasilah yang dia akan dapat. Botak akur.

"Okey. Make sure benda ni jadi. Jangan jadi macam hari tu! Macam mana dia boleh terlepas? Korang kerja main-main ke apa? Dah! Aku tak nak dengar lagi apa-apa alasan. Aku nak korang pergi settle-kan assignment koranb sekarang. Okey, bye!" Khadir segera mematikan talian sebelum kembali menoleh ke arah anak buahnya yang masih tetap setia menunggu di hadapannya.

Melihat Khadir sudah tidak lagi sibuk, Botak melangkahkan kaki setapak ke hadapan. "Bos..."

Khadir memintas kata-kata Botak sekali lagi. "Kejap. Bagi aku hantar komen dekat Fac ni. Kau dah baca belum artikel pasal Sajat?" tanya Khadir sambil jari-jemarinya pantas menaip sesuatu pada komputer riba di hadapan.

"Err...artikel apa, bos?" Botak menggaru-garu kepalanya.

Khadir menjeling tajam ke arah anak buah yang dianggap seperti langsung tidak boleh diharap itu. Rasa macam nak cincang-cincang saja tubuhnya yang kekar. "Kan aku suruh kau selalu update pasal Nur Sajat. Kau tak buat kerja ke?" marah Khadir.

Botak pantas mengeluarkan telefon pintar di dalam poket seluarnya untuk membuka aplikasi Instagram dan melihat sendiri apa perkara terbaru si Nur Sajat buat sehingga boleh tular di media sosial.

"Dah dah dah! Kau boleh check sekejap lagi. Ada apa hal kau nak jumpa aku ni?" tanya Khadir, garang.

Botak menyimpan semula telefob pintarnya itu ke dalam poket seluar. Dia mula menarik nafas panjang sebelum menjawab, "Saya nak tugasan baru, bos. Bosanlah jadi netizen yang asyik kecam golongan LGBT ni. Saya nak macam dulu. Nak jadi macam Malek. Malek asyik dapat assignment yang best je. Kenapa bos tak nak kasi assignment yang best dekat saya? Bos dah tak percayakan saya ke? Saya buat silap sekali je dulu. Takkan sampai sekarang bos marahkan saya lagi?"

Dia rasa seperti ingin tertawa. Tapi Khadir menahan dirinya daripada berbuat sedemikian. Malas betul dia hendak melayan si Botak ni sebenarnya. Tapi nak buat macam mana? Dah namanya anak buah sendiri kan? Takkan nak dibiarkan kebodohannya itu menjerat diri sendiri?

"Kau nak assignment yang macam mana lagi Botak? Cuba kau bagi tahu aku," tanya Khadir, tenang.

"Macam si Malek tu. Siap dapat bunuh-bunuh orang lagi. Gila best!"

Keterujaan Botak yang mahu diberi tugasan untuk membunuh itu, merisaukan si Khadir. Khadir pantas bertanya, "Kau tau tak apa hukum bunuh-bunuh orang ni?"

Botak berfikir sejenak. Kemudian dia menjawab, "Mati?"

"Tau pun hukum mati! Yang kau beria nak bunuh orang tu buat apa? Kau nak mampos!?"

"Malek tu okey je saya tengok bos bagi dia assignment yang macam tu. Bos tak takut dia kena hukum mati ke?" Botak masih tidak mahu menyerah kalah. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap mahu diberi mandat untuk membunuh seseorang. Lebih-lebih lagi golongan LGBT yang dianggap seperti barah kepada masyarakat di Malaysia.

Khadir mengetap bibirnya. Disebabkan terlalu geram, dia menghentak meja, membuat Botak terlompat sikit kerana terkejut. "Kau ni bodoh ke apa!? Kau tau tak si Malek tu professional? Memang dah dilatih untuk buat kerja-kerja macam tu? Kau ada skill nak bunuh orang ke?"

Botak menggeleng-gelengkan kepala.

"Tau pun takde! Sibuk mintak assignment yang bukan-bukan. Jangan kerana kau nanti, kita semua lingkup satu team! Pakai otak sikit sebelum bercakap lain kali!"

"Tapi bos..."

"Takde tapi-tapi lagi! Dah, berambus kau dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau pergi sambung kerja jaga Fac dengan Instagram. Orang dah bagi kerja senang pun tak nak buat lagi. Pergi sana!" Khadir menghalau.

Botak terpaksa akur. Dia menundukkan wajahnya sambil menghembus nafas kecewa. Entah kenapa, hatinya membuak-buak untuk membalas dendam pada bosnya itu. Sambil berjalan meninggalkan dewan komuniti, tempat kumpulan pembantah LGBT bersidang, Botak bermonolog dalaman, "Takpe. Hari ni mungkin hari kau, bos. Tapi kau tunggulah. Aku akan pastikan semua rancangan kau gagal. Kau tak nak hargai pengorbanan aku kan? Takpe. Aku akan buat kau menyesal! Tunggulah! Aku dah cuba cakap elok-elok dengan kau tadi. Tapi kau masih lagi ego dan pandang rendah pada aku. Tengoklah nanti. Kau belum kenal lagi siapa aku yang sebenarnya. Kau akan menyesal, bos! Kau akan menyesal!"

**********

Dua orang lelaki di dalam sebuah MPV dengan kaca mata hitam sedang duduk dalam keadaan tenang. Salah seorang dari mereka yang bernama Malek baru saja selesai bercakap dengan bos mereka di telefon. Dia duduk di bahagian penumpang sementara yang seorang lagi duduk di bahagian pemandu. Mungkin dia juga adalah anak buah Khadir, yang baru saja menamatkan panggilan telefon dengannya tadi.

"So macam mana? Bos dah bagi kita green light dah ke?" tanya si pemandu tanpa memandang lelaki di sebelahnya itu.

"Malam ni kita akan patah balik pergi JB. Kita cari perempuan lesbian tu sampai dapat. Aku takkan biarkan dia terlepas macam tu je. Kita patut bunuh dia dari masa dia kat hospital lagi. Menyusahkan betul!" Malek meluahkan rasa geram dan berkobar-kobar untuk menamatkan misi mereka bagi membunuh Liz!

"Apa plan kau, bos?" si pemandu mula memandang ke arah Malek di sebelah.

Malek tersenyum sinis. Mengenang kembali apa yang berada di dalam akal fikirannya sekarang membuat dia bertambah gembira untuk menghabiskan tugasan mereka itu. Dia punya rancangan tersendiri. Dan dia yakin rancangannya itu pasti akan berjaya!

"Aku akan bagi tahu kau nanti masa kita on the way. Sekarang, jom kita balik pack barang-barang kita. Aku plan nak stay sana lama sikit lepas habis mission. Maybe lari sekejap masuk Singapore? Kau ada passport tak?"

"Ada, bos. Don't worry."

"Bagus. Let's go!" arah Malek, membuat si pemandu yang masih tidak disebutkan namanya itu, menghidupkan enjin kereta memecut laju meninggalkan perkarangan kawasan perumahan yang sedikit lengang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience