Bab 1

Drama Series 29694

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Telefon pintar mahalnya yang dihadiahkan sempena kecemerlangan keputusan PT3-nya dua tahun lalu, tidak henti-henti berdenting.

"Amboi, banyaknya notifications masuk!" sindir Rohaya, ibunya yang sedang enak menikmati sarapan pagi bersama roti dan jem strawberi. Separuh buku roti telah dihabiskannya, tanpa menghiraukan berapa banyak kalori yang telah diambil pagi itu.

Rio tersengih malu. Egonya berbisik di dalam hati, 'Orang famous kan...nak buat macam mana?'

Sambil mengunyah biskut coklat kegemarannya, dia mencapai telefon pintarnya yang meminta-minta untuk dipegang. Rio membaca semua notifikasi yang masuk. Ianya datang dari ruangan chat berjemaah antara dia dan rakan-rakan seperjuangannya yang dikenali beberapa bulan yang lepas. Kesemua mereka adalah lelaki homoseksual yang berumur dari 16 hingga 35 tahun. Ruangan chat berjemaah itu tercipta sebagai zon selamat untuk mereka mendapatkan sokongan terutama sekali sekiranya mereka berhadapan dengan sebarang ancaman ataupun kecaman dari luar. Kebanyakan dari mereka yang berada di dalam ruangan chat itu adalah social media influencer yang masih belum berani untuk melela lagi.

'Just watched your video, Rio! I'm so proud of you! #LoveWins'

'Rio, parents kau tak marah ke kau buat video macam tu? How did they react?'

'Relakslah. Bukan Rio buat video porno pun. Dia just confessed yang dia gay je. What's the big deal?'

'Rio, no matter what happened, we're always going to support you!'

'Aren't you supposed to be at school now, Rio?'

'He's not responding. Dia dah on the waylah tu. Let the kid rest, peeps.'

Rio sekadar mampu tersenyum membaca mesej-mesej yang diterima dari rakan-rakannya itu. Sejak dari semalam, banyak notifikasi yang masuk sampai tak terlayan dibuatnya. WhatsApp, Twitter, Fac, iMessage, Instagram, Snapchat dan banyak lagi. Semua pengikutnya di platform itu secara individu datang memberikan komen kepada pengakuan berani Rio dalam video yang dimuatnaiknya semalam. Ada yang memberikan komen positif dan ada juga yang tidak setuju dengan tindakannya. Rio tak sempat nak baca semua.

Melihat dirinya masih mempunyai sedikit masa lagi sebelum ke sekolah, dia mengambil keputusan untuk membalas mesej-mesej yang diterimanya dalam ruangan chat tadi.

'Thanks for all the support, guys. You guys are the best! Can't wait to hang out with you guys and talk about it soon. I know that some of you are still surprised with it and concerned with my safety but don't worry. I am still the same Rio and I am going to take care of myself, okay? Going to school now. Bye!'

'Bye Rio! Study elok-elok!'

'Bye my little boy...'

Rio meletak semula fonnya itu di atas meja sebelum menghabiskan biskut coklatnya tadi. Pada waktu yang sama, Rohaya sedang sibuk mengenakan gincu pada bibir. Sementara Iskandar, suaminya sedang leka membaca akhbar dalam talian menggunakan iPad.

"Mommy, are you gonna be home early, tonight?" tanya Rio selepas menghabiskan sarapannya.

Rohaya berfikir sejenak. Ketika itu, dia sedang sibuk menyapu bedak pada wajahnya. "Yeah, why darling? Do you want me to get you anything?"

"No, it's okay. I just wanna have dinner with you. Last week when you were away, I had to eat all by myself."

"Really? You makan sorang, sayang? Where was your father, I wonder?" Rohaya menjeling ke arah Iskandar.

Iskandar kaku seketika. Kemudian, pasangan suami isteri itu saling berpandangan. Rio mula menundukkan wajahnya. Oh shit! Habislah aku...kata hati Rio kerana tiba-tiba menjadi punca mommy dan daddynya bergaduh pagi-pagi.

"I busylah. Banyak kerja. Bukannya you tak tahu. Rio bukannya makan sorang-sorang pun. Kak Salama kan ada?" Iskandar merengus kasar sambil memberi jelingan tajam kepada Rio.

Rohaya menyimpan semula barang-barang solekannya di dalam tas kecil berwarna merah jambu. Geram betul dia bila Iskandar cakap macam tu. "Kak Salama tu maid kita je. Bukannya family. Perasaan dia lain tau tak? Takkan tu pun you tak faham? Asyik busy je memanjang. Anak kita ni nak SPM you ambil kisah ke tak?"

"You ingat I ni apa? Mestilah I tahu. I'm not that ignorant okay!"

"I was only away for a few days and you couldn't even teman our son makan. I'm so disappointed in you, Iskandar."

"Mommy..." Rio cuba bersuara.

"Jangan menyampuk, sayang!" tegas Rohaya berkata.

Rio menunduk. Dia menjeling ke arah telefon pintarnya di atas meja. Ada satu mesej baru masuk. Ianya datang dari Emilya, seorang lagi kawan rapatnya di sekolah.

'What have you done!?'

Melihat ibu dan ayahnya bertikam lidah kerana sesuatu yang tidak dapat diubah lagi, Rio terus rasa seperti ingin terbang ke sekolahnya sekarang. Atau mungkin secara ajaibnya teleport dirinya ke sana. Daripada melihat mereka saling menyalahkan diri masing-masing, baik dia ke sekolah saja. Sekurang-kurangnya dia boleh borak-borak dengan kawan-kawannya. Tentu ramai yang akan bertanya tentang video yang dimuatnaiknya semalam.

"Look, Rio is already 17 okay. And you're treating him like he's 7! So what if dia makan sorang? Dia dah besar panjang kan. He can be independent, what?"

Rohaya tidak menyangka suaminya sanggup mengeluarkan kata-kata itu di hadapan anak mereka. Dengan penuh berangin, Rohaya bangun sambil berkata, "I had enough of you today, Iskandar. You are neglecting your responsibilities as a father. Tak boleh harap langsung!"

Belum sempat Iskandar membalas kata-kata Rohaya, wanita itu terlebih dahulu berteriak, "Rio, let's go! I'm sending you to school today!"

Sambil berjalan tertunduk-tunduk, Rio membuntuti ibunya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Iskandar. Rio sendiri tidak tahu kenapa dari dulu lagi dia dan ayahnya langsung tak boleh nak ngam. Ada saja perkara yang tidak kena. Terutama selepas dia melela pada ibu bapanya sewaktu dia berusia 14 tahun.

"Kak Salama, we're going now. Clean up the table, please!" arah Rohaya sambil menyarung cermin mata hitam berjenama Gucci di hadapan pintu rumah.

"Baik, Puan!" suara Salama kedengaran dari dapur.

Rohaya menyarung tumit tinggi sambil memerhatikan Rio yang sedang terkulat-kulat memakai kasut sekolah. Timbul rasa simpati pada anaknya itu. Iskandar tak patut cakap macam tu tadi. Rio tu anak dia! Kenapalah susah sangat untuk Iskandar luangkan masa bersama anaknya? Rohaya menggeleng-gelengkan kepala.

**********

Seperti ibu bapa yang lain, Rohaya memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah. Setiap kenderaan hanya dibenarkan untuk drop-off sahaja. Ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Bye mommy. I'll see you tonight!" ucap Rio sambil mencium tangan dan mengucup pipi ibunya.

"Okey, sayang. Belajar rajin-rajin. Ingat, straight As in SPM, okay?" pesan Rohaya.

Rio sekadar menganggukkan kepala sebelum keluar dari kereta dan masuk ke perkarangan sekolah. Rohaya memerhatikan anaknya hilang dari pandangan mata sebelum memberi ruang kepada kenderaan lain di belakang untuk drop-off anak mereka.

**********

"Tadi tu mak kau ke?" tanya Zakwan, sewaktu Rio sedang berjalan menuju ke kantin.

Rio agak tersentak melihat Zakwan tiba-tiba menerpa ke arahnya dengan soalan itu. "Yeah, why?"

"Lawa. Asal kau tak pernah kenalkan aku dekat dia?" tanya Zakwan yang sedang berjalan seiring dengan Rio ke kantin kini.

"Kenapa aku nak kenalkan kau dekat dia pulak?"

Zakwan tersengih-sengih tanpa memberikan jawapan. Rio memberikan jelingan yang tajam kepada lelaki itu.

"So I saw your video last night..." Zakwan menukar topik perbualan.

Rio menghentikan langkah, membuat Zakwan turut melakukan perkara yang sama. Dia menoleh ke arah Zakwan yang sedang menjongket-jongketkan kening.

"Oh? And what about it?" Biarpun Rio kelihatan tenang, dia sebenarnya gelisah ingin tahu apa reaksi yang akan Zakwan berikan.

"Pretty bold. Didn't expect you to be so brave."

Rio menyilang tangannya. Bitchy mode on! "Why? Because you think that I'm weak? That I don't have the balls to say 'I'm gay' out loud?"

Zakwan tersengih melihat kening Rio terjongket-jongket seperti Ziana Zain. Garang betul! Macam harimau pun ada. Belum sempat Zakwan membalas kata-kata Rio tadi, Rio mengangkat tangannya menyuruh Zakwan untuk diam. Waktu itu Rio terperasan Emilya sedang duduk seorang diri di kantin. Dia terus berjalan ke arah Emilya. Zakwan cuba untuk menghalang. Dia berdiri betul-betul di hadapan Rio dengan tangannya terdepa.

"Eh tepilah. Aku nak jumpa Emilya!" marah Rio.

"Why did you say that you're still single?" tanya Zakwan sambil mendekatkan tubuhnya, membuat Rio terundur-undur sikit ke belakang hingga bercium dengan sebuah tiang. Mujur saja tidak ada yang curiga dengan apa yang mereka berdua lakukan. Setiap kali ada pelajar yang lalu-lalang, Zakwan akan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

Zakwan serius dengan soalannya tadi. Matanya tajam. Rio jadi tidak selesa. Dia menelan air liurnya kerana takut Zakwan akan cuba melakukan kekerasan terhadapnya. Dia langsung tidak berani untuk bertentangan dengan mata Zakwan. Soalan Zakwan itu membuat lidahnya kelu.

"What am I to you, Rio?" tanya Zakwan, serius.

"Zakwan...aku...aku...aku tak rasa yang kau akan setuju kalau aku bagitau orang yang aku tak single. Nanti semua orang nak tahu siapa boyfriend aku. You don't want that to happen, right? I don't mind. Because I'm out of the closet. But you haven't. Aku fikir lebih baik aku bagitau orang yang aku single. Habis cerita."

"But you do know that you're not single, right?" tanya Zakwan lagi, masih serius.

"Yes. I know that."

"Good. I don't want people to think that you're available in the market. Nanti aku jealous."

Rio memandang wajah Zakwan yang tiba-tiba bertukar merah. Lelaki itu malu! Dia terus melarikan pandangan matanya yang tajam tadi dari teman lelakinya.

Rio tersenyum sinis. "Okay, Mr. Boyfriend. Patik menjunjung perintah."

"That's my boy." Zakwan mengenyit matanya sambil memberikan satu senyuman paling menggoda sebelum berlalu meninggalkan Rio.

Sebaik saja Zakwan hilang dari pandangan mata, Rio kembali meneruskan rancangannya untuk berjumpa dengan Emilya. Dia melambai-lambaikan tangan dari jauh ke arah Emilya namun gadis berpinafo itu tidak perasan.

Kringggggggg!

Loceng berbunyi. Semua pelajar mula bangun untuk beramai-ramai ke tapak perhimpunan termasuklah Emilya yang langsung tidak perasan Rio cuba memanggilnya dari tadi.

Rio menghembus nafas kecewa. Masa perhimpunan kejap lagi memang tak ada peluanglah untuk dia berborak dengan Emilya. Mereka bukannya satu kelas pun. Hampeh betul!

Dengan perasaan sebal, Rio turut masuk ke dalam perhimpunan. Banyak mata memerhatikan tindak-tanduknya namun Rio langsung tidak mempedulikan mereka kerana memang dari dulu lagi layanan pelajar-pelajar di sekolah terhadapnya sebegitu. Jadi dia tidak hairan sangat bila orang ramai bercerita tentang dirinya. Dah lali. Apa yang Rio fikirkan waktu itu cumalah senyuman menggoda Zakwan sebelum mereka berpisah tadi. Tunggulah dia balik dari sekolah nanti! Berani dia goda aku ya? Rio tersengih seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience