Hakim memerhatikan saja Zakwan memasukkan pakaian dan barang-barang peribadinya ke dalam bagasi yang dibawa bersama ketika dia berpindah masuk ke rumah itu sebelum ini. Zakwan akan kembali menetap bersama ibu bapanya semula. Ini bagi memudahkan pergerakannya ke sekolah terutama sekali pada musim peperiksaan.
Sepanjang Zakwan menetap bersama Hakim, dia terpaksa berulang-alik dari Desa Petaling ke Bandar Kinrara. Adakalanya Hakim akan menghantarnya ke sekolah. Dan adakalanya Zakwan terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing yang terdapat di Malaysia. Dan kebiasaannya, ketika dia tiba di sekolah, Rio yang akan membayar tambang untuknya.
"Macam tak percaya je kau nak pindah balik rumah mak ayah kau," kata Hakim, masih lagi tercegat di hadapan pintu bilik sambil menyilang tangan memandang ke arah Zakwan yang sedang sibuk mengemas pakaiannya.
Zakwan tersengih mendengar kenyataan dari Hakim itu. Dia tahu Hakim sedang bersedih kerana bakal kehilangan teman dalam rumahnya. Memang dulu sewaktu Zakwan awal-awal masuk rumah Hakim, hubungan mereka tidak berapa rapat. Tetapi setelah beberapa minggu mereka tinggal bersama, makan bersama, berbual bersama, perasaan kasih sesama mereka mula timbul. Hakim dan Zakwan banyak berkongsi minat yang sama. Dari siri di Netflix hinggalah ke citarasa muzik. Sebab itu mereka boleh rapat.
"Relakslah. Kinrara tu bukannya jauh mana pun dari sini. Sekangkang kera je. Bukan kau tak boleh lepak dengan aku nanti. Aku yakin Rio mesti nak ajak kau sekali bila kitorang dating nanti sebab dia kata kau third-wheeler yang paling sporting dia pernah jumpa." Zakwan cuba meredakan perasaan sedih Hakim.
Giliran Hakim pula untuk tersengih. "Nasib baik Rio tak pernah ajak kita threesome kan?"
Soalan itu mengejutkan Zakwan. Dia langsung tidak rasa kata-kata Hakim itu lucu. Sebaliknya, dia memandang Hakim dengan serius.
"Aku main-mainlah!" kata Hakim sebelum mentertawakan reaksi wajah Zakwan.
"Very funny!" balas Zakwan sambil meneruskan perbuatannya mengemas barang-barang masuk ke dalam bagasi. Biarpun esok adalah hari pertama SPM, Zakwan langsung tidak kelihatan gentar. Dia malah berasa teruja kerana dapat kembali ke rumahnya semula. Lagipun, esok kertas Bahasa Melayu. Apalah yang susah sangat tentang subjek itu kan?
"Kau sure tak nak aku tolong kau ni?" tanya Hakim yang mula mengundurkan diri ke belakang.
"It's okay. Nak siap dah. Thanks weh for letting me stay here. I really appreciate it. Aku takkan lupakan apa yang kau buat ni."
Hakim tersenyum. "Small matter, bro."
**********
Disebabkan Zakwan mengambil masa yang agak lama untuk mengemas barang-barangnya, dia tidur lewat malam itu. Dan dia langsung tidak memerlukan waktu yang lama untuk melelapkan mata kerana dia sudah terlalu penat. Esok kena jawab soalan peperiksaan lagi. Jadi, dalam sekelip mata, dia sudah masuk ke alam mimpi.
Hakim mengambil kesempatan ini untuk masuk ke dalam bilik Zakwan dan menyelinap masuk ke atas katil. Zakwan langsung tidak tersedar perbuatan Hakim itu. Dia sedang enak berdengkur kerana kepenatan.
Ketika Hakim berada di atas katil, dia memerhatikan Zakwan yang sedang nyenyak tidur. Kemudian, Hakim membelai lembut rambut Zakwan. Entah kenapa, keputusan Zakwan untuk berpindah semula ke rumah ibu bapanya membuat Hakim berasa pilu. Dan entah sejak bila, rasa suka pada si Zakwan berputik. Mungkin kerana mereka berdua mempunyai banyak persamaan lalu dengan mudah menjadi sahabat, sebab itu Hakim boleh tersuka pada Zakwan.
Dan dek kerana dia tidak dapat mengawal nafsunya, perlahan-lahan Hakim menggerakkan tangannya masuk ke dalam selimut. Dia melakukan perkara itu dengan penuh berhati-hati, takut Zakwan tersedar. Hakim tahu apa yang dia lakukan itu salah tapi dia tidak dapat membendung rasa ingin tahu bagaimana rupa dan saiz organ seks Zakwan.
"Um..." tiba-tiba Zakwan menggerakkan tubuhnya, membuat Hakim pantas menarik tangannya dari dalam selimut yang membaluti tubuh Zakwan.
Mujur Zakwan hanya mengigau. Hakim menarik nafas lega. Tetapi dia masih tidak mahu mengalah lagi. Selagi dia tidak dapat menyentuh apa yang terbonjol dalam seluar tidur Zakwan itu, dia tidak akan kembali ke biliknya. Nafsunya semakin membuak-buak kini. Rasa ingin tahu berada di kemuncak.
Biarpun Hakim sedar bahawa perbuatannya itu bakal memberi kesan yang amat teruk kepada persahabatan dia, Zakwan dan Rio, dia tetap mahu meneruskan niatnya itu.
Sambil memejam mata, Hakim meletakkan tangannya pada bonjol di celah kangkang Zakwan. Mula-mula, sentuhannya itu lembut sehingga membuat Zakwan langsung tidak rasa. Tetapi, disebabkan oleh nafsu serakahnya, Hakim tertekan bonjolan itu, membuat Zakwan terus terjaga kerana dia tahu ada orang sedang meraba tubuhnya.
"What the fuck!? Hakim, apa kau buat ni!?" marah Zakwan, kini sedang berdiri sambil menakup celah kangkangnya.
Hakim turut sama bangun untuk mendapatkan Zakwan. Wajahnya jelas kelihatan rasa bersalah yang teramat sangat. Dia seperti akan menangis. "Sorry sorry sorry, Zack. Aku tak sengaja. Aku tak tau apa yang aku fikirkan tadi. Sorry sorry sorry sorry!"
"Kau nak raba aku!?"
Hakim tidak mengangguk dan tidak pula menggeleng. Sebaliknya, dia kaku berdiri sambil menunjuk isyarat tangan tanda maaf kepada Zakwan.
Zakwan beristighfar panjang. "Kau sedar tak aku ni kawan kau, Hakim? Apa semua ni?"
"Aku mintak maaf weh. Aku sumpah tak sengaja. Aku tak tau apa yang aku fikirkan. Janganlah marah aku..." Hakim cuba menarik tangan Zakwan untuk bersalaman namun Zakwan pantas mengelak.
"You are so sick, Hakim! I am a 17 year old boy. Kau gila ke apa!?" Zakwan benar-benar bengang dengan apa yang Hakim cuba lakukan.
"I'm so sorry. I really am so sorry..." itu saja yang mampu Hakim katakan kini selepas dia terkantoi cuba mencabul kehormatan Zakwan.
"Get out! Get out!" Zakwan menghalau Hakim keluar dari bilik itu.
Tanpa perlu dipaksa, Hakim membawa dirinya keluar. Dia memberikan pandangan sayu kepada Zakwan. Seolah-olah cuba memberitahu Zakwan bahawa dia benar-benar menyesali perbuatannya itu.
Zakwan enggan bertentangan mata dengan Hakim. Baginya, apa yang telah Hakim buat tidak boleh dimaafkan. Hakim cuba untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya. Hanya kerana mereka saling berkongsi minat yang sama, Hakim ingat dia boleh dapat menjamah tubuh Zakwan? Lupakah Hakim bahawa Zakwan itu masih bawah umur?
Selepas Hakim hilang dari pandangan, Zakwan segera menutup pintu bilik. Sepatutnya dia kunci saja pintu bilik itu sebelum dia tidur tadi. Zakwan benar-benar tidak menyangka Hakim akan melakukan perkara terkutuk itu pada kawannya sendiri.
Jam di dinding menunjukkan pukul 4 pagi. Zakwan mencapai telefon pintarnya untuk menghubungi Rio. Tapi separuh jalan, Zakwan membatalkan hasratnya itu. Rio mesti tengah tidur sekarang. Takkan aku nak kacau? Getus hati kecilnya.
Zakwan memicit pelipisnya kerana tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Dia benar-benar rasa tidak selesa untuk terus berada di dalam rumah itu. Mujur dia akan berpindah semula ke rumah ibu bapanya esok.
Tanpa membuang masa, Zakwan terus menyarung seluar jeans yang disangkut pada pintu dan sweater yang disidai pada sebuah kerusi. Bagasi yang terisi dengan barang-barangnya diangkat kerana Zakwan tidak mahu Hakim terdengar dia menarik beg itu.
"Selamat tinggal, Hakim. You picked the wrong timing to mess with me!" kata Zakwan sebelum membuka kunci telefon pintarnya dan menekan butang applikasi Grab.
Malam itu, Zakwan akan meninggalkan rumah Hakim buat selama-lamanya. Dan dia tidak rasa bahawa dia akan kembali ke situ lagi selepas ini.
Share this novel