Bab 48

Drama Series 29694

Malam itu, Rio menghubungi Hakim setelah gagal mengejar Zakwan di sekolah sebaik saja peperiksaan tamat. Hal ini kerana Zakwan masih lagi enggan menceritakan kepada Rio tentang apa sebenarnya yang telah berlaku antara dia dan Hakim. Disebabkan itu, Rio mengambil keputusan untuk bertanya sendiri pada Hakim. Biar Hakim yang menceritakan padanya apa sebenarnya yang telah berlaku.

"Hai, Hakim. Buat apa tu? Dah tido ke?" tanya Rio sebaik saja Hakim menjawab panggilannya.

"Belum lagi. Tengah tengok TV ni ha. Kenapa Rio?" suara Hakim kedengaran di corong telefon.

"Saje call nak tanya khabar. Orang tu macam senyap je dua tiga hari ni."

Hakim diam seketika. Nampak gayanya, Rio macam tak tahu apa yang dah jadi. Mungkin Zakwan belum memberitahunya lagi. "Mana ada senyap. Sibuk sikit. Tu je." Hakim cuba berpura seperti tiada apa yang berlaku.

"Yelah tu. Ni, nak tanya ni. Haritu masa Zakwan pindah dari rumah you, ada apa-apa jadi ke?"

Terkedu Hakim mendengar pertanyaan Rio itu. Straight to the point betul! "Err...apa maksud you ada apa-apa jadi ke?"

"Takdelah. Lepas dia pindah balik rumah mak ayah dia, dia macam lain sikit. Macam ada benda yang tak kena. Macam ada something yang dia cuba sembunyikan. So I thought you might know something. Sebab you yang last jumpa dia sebelum dia pindah balik rumah parents dia, kan?" jelas Rio kepada Hakim.

Hakim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak pasti sama ada dia perlu berlaku jujur ataupun tidak. Tapi, dia pelik kenapa Zakwan tidak memberitahu Rio tentang apa yang telah terjadi. Kenapa Zakwan bertindak sedemikian? Adakah Zakwan mahu menjaga status persahabatan mereka bertiga? Jika benar, maka, Hakim perlu menghormatinya.

"I tak tahu apa-apalah, Rio. I'm so sorry. I think you should just ask Zakwan about what happened . I sumpah tak tahu apa-apa." Hakim terpaksa berdalih.

Rio masih tidak berpuas hati. "Betul you tak tahu ni?"

Hakim diam sejenak. Kemudian, dia menjawab ya. "Betul. I think better you tanya Zakwan sendiri."

"Hm, okeylah kalau macam tu. I will try and ask him myself."

Rio dan Hakim sama-sama menamatkan panggilan telefon itu setelah mengucapkan selamat malam kepada diri masing-masing.

Sebaik saja mencampak telefon pintarnya di atas katil, Rio cuba untuk mengulangkaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan untuk hari yang ketiga. Namun, dia tidak dapat fokus kerana masih teringatkan tentang buah hati pengarang jantungnya, Zakwan. Rio berharap sangat agar Zakwan berada dalam keadaan yang baik. Bukannya apa, Rio risau sekiranya Zakwan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

Ting!

Satu notifikasi masuk. Rio menoleh dan pantas mencapai telefonnya itu. Ada mesej dari Zakwan. Panjang umur dia!

'Hai sayang, I miss you!'

Rio mengerutkan keningnya. Sah! Memang Zakwan ada sembunyikan sesuatu. Tak pernah-pernah dia hantar mesej sebegitu. Tiba-tiba nak ber-I-miss-you pula?

'I miss you too.'

Baru saja lepas menghantar mesej itu, Rio menaip lagi.

'No, actually I miss you a lot! You have been missing for the past few days. Bring back my old Zakwan!'

Rio dapat lihat Zakwan sedang menaip sesuatu.

'I'm so sorry, dear. I will explain to you later, okay? Love you!'

Sebagai tanda protes, Rio enggan membalas mesej Zakwan itu.

"Apa agaknya yang dia sembunyikan, ya?" Rio masih lagi cuba berteka-teki dengan dirinya sendiri.

*********

Dari semalam Emilya cuba mencari teman lelakinya namun Botak seolah-olah seperti sengaja menghilangkan diri. Panggilan telefon Emilya langsung tidak berjawab. Mesej yang dihantar lagilah tidak diendahkan. Emilya jadi semakin risau sekiranya ada perkara yang tidak baik terjadi kepada teman lelaki barunya itu.

Hendak dicari, Emilya tidak tahu Botak tinggal di mana. Hendak menghubungi kenalan Botak, dia tidak kenal pula. Macam-macam halangan muncul. Emilya sendiri jadi buntu memikirkan apa sebenarnya yang terjadi kepada Botak dan di mana dia berada sekarang.

"Ala, you relakslah, Emil. I think your boyfriend cuma busy je kot. Takde masa nak tengok phone dia," Zeefa, salah seorang dari gundik Emilya membuat andaian sewaktu mereka sedang sama-sama dalam perjalanan ke sekolah.

Emilya menjengil biji matanya. "Busy apanya? I tak tau pun dia kerja apa okey. I don't think dia bekerja. Selalunya dia relaks je. Kenapa tiba-tiba dia boleh hilang pulak? Mesti ada something jadi ni. I risaulah."

Athirah yang turut sedang berjalan bersama queen bee-nya itu, menggaru-garu kepala. "Emil, I nak tanya you something boleh?"

Emilya memandang wajah Athirah dengan rasa meluat. Orang tengah risau pasal boyfriend dia yang menghilangkan diri, si Athirah ni sibuk nak tanya something pulak. "Apa dia?"

"Err...kenapa you couple dengan mamat tu kalau you tau dia takde kerja? I thought taste you...up up?" takut-takut Athirah bertanya.

Pertanyaan Athirah itu cukup pedas namun Emilya langsung tidak melenting. Zeefa yang mendengar tadi sudah menjarakkan sikit tubuhnya dari Emilya kerana risau kalau-kalau Emilya tiba-tiba naik hantu. Bukan boleh percaya sangat queen bee mereka itu.

Satu keluhan lemah dihamburkan. "Entahlah. I pun tak tahu apa yang buat I tertarik pada dia. Ada something pasal dia yang buat I suka. Mungkin falsafah hidup dia kot." Emilya menjawab, dengan tenang.

"Falsafah?" Zeefa dan Athirah sama-sama pelik.

Emilya menganggukkan kepalanya. "Ya, falsafah. Dia pun sebenarnya benci dekat golongan kunyit. I rasa I jatuh hati dekat dia because of that."

Zeefa dan Athirah saling berpandangan. Anak mata Zeefa jelas menunjukkan bahawa dia mahu Athirah menjelaskan kepadanya apa yang sedang Emilya maksudkan namun Athirah menjongket-jongketkan bahunya tanda dia pun tidak faham.

"You masih lagi anti golongan kunyit?" tanya Zeefa.

Emilya menghentikan langkahnya. Kemudian, dia memandang wajah gundik-gundiknya satu per satu. "I takkan lupakan kesakitan yang Rio dan Zack beri pada I."

Emilya meneruskan langkah. Sekolah sudah tidak jauh lagi. Ramai pelajar sedang berjalan menuju ke situ. Tidak terkecuali kenderaan-kenderaan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka.

"Then kenapa you masih berkawan dengan Rio dan Zakwan?"

Pertanyaan Athirah itu membuat langkah Emilya terhenti sekali lagi. Zeefa dan Athirah saling berpandangan. Mereka tahu kali ini tentu Emilya akan naik hantu. Emilya menjeling ke arah Athirah dengan satu pandangan yang cukup menakutkan.

Emilya datang mendekati Athirah yang masih di belakang tadi. Zeefa menjarakkan tubuhnya kerana takut terkena tempias amarah Emilya. Tangan kirinya diletakkan di atas bahu Athirah. Satu senyuman sinis dilemparkan.

"Thirah, I had to. Botak told me about his plans. I have to berbaik with Rio and Zakwan. Lepas semuanya berjalan seperti yang dirancang, I akan make sure I takkan lagi bercakap dengan Rio ataupun Zakwan!" terang Emilya.

Tiada siapa yang berani menjawab lagi. Masing-masing menelan air liur mereka kerana wajah Emilya tadi benar-benar menakutkan. Seolah-olah penuh dengan dendam kesumat.

Emilya berpaling dan berjalan semula menuju ke sekolah. Baru saja beberapa langkah, telinga Emilya dapat menangkap satu lagi soalan direct dari Athirah.

"But is the plan still on now that Botak is gone?"

Emilya mengetap bibirnya mendengar pertanyaan itu. Buat kali ketiga, Zeefa menjarakkan dirinya lagi dari Athirah. Dia yakin kali ini teman baiknya itu akan kena teruk dengan queen bee mereka, Emilya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience