Semalaman Rohaya mencari ke mana anaknya menghilangkan diri. Dia langsung tidak boleh tidur kerana risau akan keselamatan anaknya itu. Puas dia menghubungi rakan-rakan Rio yang dikenalinya, namun masing-masing tidak tahu ke mana dia telah pergi. Cikgu-cikgu di sekolah juga turut sama diganggu untuk membantu mencari Rio. Itu adalah arahan Tuan Haji Zainol yang berasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Mereka semua tidak dibenarkan untuk melibatkan pihak polis dalam operasi pencarian kerana waktu itu Rio belum hilang lebih dari 24 jam lagi. Jadi, initiatif sendiri terpaksa digunakan.
Malangnya, selepas puas mencuba, mereka masih gagal menemui Rio. Tuan Haji Zainol akhirnya memberi cadangan kepada Rohaya untuk datang saja ke sekolah keesokan hari memandangkan pakaian sekolah Rio turut sama hilang dari dalam almari. Mereka yakin Rio akan muncul seperti biasa di sekolah. Dia pasti bersembunyi di rumah salah seorang dari rakannya.
Rohaya dan Iskandar tertidur di dalam kereta. Mereka tiba di hadapan sekolah sejak dari pukul tiga pagi semalam. Masing-masing tidak membersihkan diri mahupun berkumur selepas dikejutkan oleh seorang pengawal keselamatan.
Sesi persekolah akan bermula satu jam lagi. Kawasan sekolah semakin dipenuhi oleh para pelajar. Rohaya mula mengecilkan anak mata mencari-cari kelibat Rio yang mungkin berada dalam kalangan pelajar yang sedang berjalan masuk ke sekolah.
Sebaik saja dia ternampak Rio sedang memasuki perkarangan sekolah, Rohaya pantas datang menerpa. "Rio!" teriaknya dari dalam kereta yang diparkir betul-betul di hadapan sekolah.
Rio menghentikan langkah dan menundukkan muka tatkala Rohaya datang memeluk-meluk tubuh dan mencium-cium pipinya. Pelajar-pelajar lain yang sedang berjalan masuk ke sekolah, sekadar memerhatikan dengan penuh tanda tanya.
"Apahal dengan budak kunyit tu? Mak tak ampunkan dosa ke macam mana?" tanya salah seorang dari rakan-rakan Jack yang sedang berjalan menuju ke kantin.
Waktu itu, Zakwan turut sama dalam perjalanan ke kantin. Jadi dia terdengar kata-kata pelajar itu. Zakwan menoleh ke belakang dan ternampak Rio sedang saling berpelukan dengan ibunya.
"I'm so worried about you. Please don't do this to me anymore, Rio. Please! I love you. I don't want to lose you. Please jangan buat mommy macam ni lagi. Please?" bercucuran air mata Rohaya, enggan melepaskan pelukannya dari tubuh Rio.
Rio diam seribu bahasa. Dia mendongakkan dagu dan dapat melihat ayahnya sedang bersandar di tepi kereta dengan cermin mata hitam. Iskandar enggan mendekati anaknya itu. Kehilangan Rio semalam seolah-olah seperti tidak membawa apa-apa erti untuknya.
"Puan Rohaya..." Tuan Haji Zainol muncul dengan satu senyuman mesra.
Rohaya menyeka air matanya dan tergesa-gesa mencari tisu supaya dapat mengelap air matanya yang bercucuran di pipi. "Ya saya, Tuan Haji?"
"Nampaknya Rio dah selamat. Macam yang saya cakap semalam, Rio mesti akan datang ke sekolah. Puan tak perlu risau lagi. Dia mesti tidur dekat rumah kawan dia. Betul tak Rio?"
Rio mencebikkan bibirnya. Apa kau kisah? Entah-entah kaulah yang paling suka kalau aku berambus dari sini, bisik hatinya.
"Rio, mana awak pergi semalam? Awak tahu tak yang mak ayah awak risau sangat bila awak lari dari rumah? Kalau apa-apa jadi pada awak, siapa yang susah? Kami jugak." Tuan Haji Zainol membebel.
"Saya tak ke mana-mana pun. Saya cuma tidur rumah kawan je. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Saya masih ada pertimbangan. Saya tak akan lari dari rumah tak tentu hala," kata Rio tanpa memandang wajah sesiapa pun.
Rohaya mengucup pipi Rio sekali lagi. "Come home after school, please?"
"No!" Rio enggan.
"Why?"
Tuan Haji Zainol juga turut terkedu dengan jawapan Rio yang berbaur seperti memberontak itu.
"Mommy, please. I am sick and tired of seeing you and daddy bergaduh because of me. I feel like a burden, okay. I don't want you guys to quarrel anymore. I really want it to stop," terang Rio. Dia menyambung lagi, "The only way to do this, is for me to get out from that house. Temporarily. I will come back once you and daddy sort everything out."
Rohaya terdiam. Dia menggeleng-geleng kepalanya seperti akan menangis sekali lagi.
"Puan?" Tuan Haji Zainol yang tahu Rohaya akan menitiskan air mata, cuba menenangkan.
"Rio tahu kan yang mommy and daddy bergaduh sebab Rio? If it's not because of you, this whole thing wouldn't happen!" terketar-ketar Rohaya menahan rasa geram.
"How dare you simply lari dari rumah? You think this will solve everything? You think mommy and daddy will celebrate when you're not at home? How dare you, Rio? How dare you!?"
Para pelajar dan guru-guru hanya memerhatikan saja drama pagi di hadapan pintu pagar sekolah itu. Mereka semua saling berbisik. Ada yang tersenyum sinis kerana berpuas hati Rio menerima pengajaran daripada tindakannya memuatnaik video melelanya dua minggu lepas. Ada juga yang bersimpati dengan keluarga Rio.
Zakwan yang masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri tadi hanya memerhatikan dengan perasaan sayu. Dia tahu tidak wajar baginya untuk masuk campur urusan keluarga Rio. Lagipun, kalau dia masuk campur nanti, apa pula kata kawan-kawannya? Tiada siapa yang tahu Zakwan dan Rio sebenarnya mempunyai hubungan istimewa. Tiada siapa yang tahu pun bahawa Zakwan adalah sebahagian dari komuniti LGBT.
"I'm so sorry, mommy. I know I have caused a lot of trouble. I just want it to stop but I don't know how. Maybe this is the only way."
Rohaya mengeluh lemah. Pandangan kedua beranak itu saling bertaut. "Rio, I know you don't mean to hurt me. I know your intention was pure. But please, please, please, please...before you do something, think about how it will affect other people around you. Especially your family."
Rio diam. Air matanya berkaca. Rasa bersalah membatu di atas bahunya kini.
"Promise me once you have a clearer mind, you will come back home?" tanya Rohaya, seperti merestui pemergian Rio beberapa hari selepas ini.
Rio memandang wajah Rohaya yang kini bersisa dengan air mata kering. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya. "I promise."
Kedua beranak itu kembali berpelukan. Masing-masing mengungkap rasa sayang mereka.
"I love you, mommy."
"I love you too, Rio."
**********
"Drama! Drama! Drama!" Cikgu Nelly masuk ke dalam bilik guru sambil mengeluh tentang drama air mata di hadapan sekolah yang sedang berlangsung ketika itu. Dia menghempas tas tangannya di atas meja, mengejutkan guru-guru lain yang sudah mula melakukan kerja. "Pagi pagi buta dah buat pintu pagar sesak. Ingat sekolah ni bapak diorang punya agaknya?"
Emilya yang sedang mengambil buku-buku latihan rakan sekelasnya dari meja guru Bahasa Inggeris, mencuri dengar bebelan Cikgu Nelly itu. Sebelum masuk ke dalam bilik guru tadi, dia ada terperasan Rio dan ibunya sedang berpelukan sambil menangis di hadapan pagar sekolah. Tentu Cikgu Nelly sedang bercakap tentang mereka.
"Aku tak faham betul kenapa sampai kena bawak masalah keluarga datang sekolah. Entah apa-apa. Si Rio tu memang menyusahkan betul lepas dia upload video cakap dia gay kat YouTube. Last last, sendiri tanggung malu sampai lari dari rumah. Lepas tu mak bapak datang tanya kita macam-macam. Manalah kita nak tahu anak diorang pergi mana! Bangang betul!" Cikgu Nelly masih belum berhenti melepaskan amarah.
Emilya terus memasang telinga. Dia sengaja melengahkan masa mengambil buku-buku latihan tadi. Dia berpura-pura seperti mengalami kesukaran untuk mengangkat buku-buku yang banyak itu.
"Tak cukup dengan tu, budak-budak junior sekarang sampai dah terikut-ikut dengan perangai dia. Merosakkan akidah betul budak-budak kunyit sekarang. Apalah agaknya yang mak bapak diorang bagi makan masa kecik-kecik dulu? Tak paham aku!"
Cikgu Nelly menoleh ke arah Emilya selepas terperasan gadis itu seperti sedang memandang ke arahnya.
"Kau tengok apa? Kau kunyit jugak ke?" marah Cikgu Nelly.
Emilya terus berlalu pergi dari situ dengan buku-buku latihan tadi. Biarpun berat, dia menggagahkan diri juga. Daripada dengar Cikgu Nelly bebel dekat dia pulak, lebih baik dia pergi dari situ.
Sebaik saja dia keluar dari bilik guru, Emilya langsung tidak terperasan Zakwan sedang berjalan ke arahnya. Zakwan pula waktu itu berjalan tidak pandang ke hadapan. Dia masih sibuk memerhatikan Rio.
Bam!
Kedua-dua mereka berlanggar. Habis buku-buku yang dibawa oleh Emilya tadi bertaburan di atas lantai.
"Oh shit! I'm so sorry..." Zakwan pantas membantu Emilya mengutip semula buku-buku latihan itu.
Emilya mengetap bibirnya memandang Zakwan. "Lain kali jalan tu pandanglah depan. Tengok apa sampai boleh langgar orang?"
Zakwan tidak berani menjawab. Dia diam saja sambil terus membantu Emilya mengutip buku-buku itu.
"Here you go..." Zakwan menyerahkan buku terakhir kepada Emilya. "Once again, I am so sorry."
Emilya tidak menjawab. Dia sekadar tersenyum nipis memandang Zakwan berlalu pergi. Kemudian, dia menarik nafas panjang sebelum kembali berjalan ke kelas membawa buku-buku tadi.
Sedang berjalan, mata Emilya tertancap pada Rio yang sedang melambaikan tangan pada ibunya di pintu pagar sekolah. Emilya mengecilkan anak mata. Dia teringat soalan yang diajukan oleh Cikgu Nelly dalam bebelannya tadi.
"Manalah kita nak tahu anak diorang pergi mana!"
Emilya berfikir sejenak. Kemudian, dia membuntangkan mata. Senyuman sinis mula terukir. Emilya seperti telah dapat merungkai teka-teki di rumah siapakah Rio bersembunyi selepas lari dari peperangan antara ibu dan ayahnya semalam. Emilya kenal benar dengan Rio. Lebih dari Rio mengenali siapa dirinya yang sebenar. Ternyata hubungan persahabatan mereka yang terjalin empat tahun lamanya membolehkan Emilya untuk mengetahui gerak-geri Rio.
"Rio...oh...Rio. If only you know that I don't hate you because you're gay. I already knew that. I just hate you because you will never stop at nothing to ruin other people's lives. And I am not going to allow you ruin Zakwan's life. I. Will. Not. Allow. That!" Emilya mengetap bibirnya tatkala dia membuat janji kepada diri sendiri. Sudah serupa seperti penjahat dalam sinetron Indonesia gamaknya.
Share this novel