Bab 28

Drama Series 29694

Seminggu selepas Rio bersetuju untuk kembali menjadi tutor kepada Zakwan, kehidupan mereka berdua mula aman. Zakwan berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang statusnya yang telah kembali menjadi pelajar Rio. Dia khuatir sekiranya mereka berdua akan kembali diganggu oleh persoalan dan juga tohmahan dari rakan-rakan sekolah terutama sekali rakan-rakan sepasukannya yang masih lagi tidak gentar memperjuangkan gerakan anti-LGBT mereka secara terang-terangan di sekolah.

Rio terpaksa bersetuju dengan tindakan Zakwan itu dan berjanji untuk sama-sama merahsiakan sesi pembelajaran mereka dari pengetahuan sesiapa termasuklah kawan baiknya sendiri, Ammar dan Intan. Mereka berdua tidak boleh tahu pun bahawa Rio dan Zakwan telah pun berdamai kerana khuatir pelbagai persoalan akan dilontarkan. Ini boleh memberi risiko kepada pendedahan hubungan mereka. Rio tidak mahu rakan-rakannya mengetahui tentang orientasi seksual Zakwan. Jadi, berdiam diri adalah satu keputusan yang lebih baik untuk semua.

Merahsiakan status mereka tidak sukar memandangkan kelas hanya diadakan seminggu sekali sahaja berbanding sebelum ini di mana Zakwan akan datang ke rumah Rio pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Kelas tuisyen mereka yang dihidupkan kembali itu hanya akan diadakan pada setiap hari Jumaat, selepas tamatnya sesi persekolahan yang lebih singkat dari hari-hari biasa. Rio mengambil keputusan untuk mengadakan kelas pada hari tersebut kerana dia tahu Zakwan tidak pernah ke masjid untuk mendirikan solat Jumaat, sama sepertinya. Bagi mengelakkan dirinya terserempak dengan sesiapa pun yang tidak diingini ketika dalam perjalanan ke rumah Rio, Zakwan perlu datang ke sesi pembelajaran mereka sebaik saja khutbah dibaca. Mereka telah mencubanya buat kali pertama dan ianya berjaya.

Di sekolah, ramai yang mula perasan Zakwan sudah kembali ceria seperti sediakala. Mereka mula bergosip sesama sendiri tentang punca perubahan sikap Zakwan itu yang lebih positif berbanding dulu. Emilya yang masih dangkal, langsung tidak tahu apakah punca perubahan sikap Zakwan. Setiap kali dia didatangi oleh rakan-rakan sekolahnya yang mahu tahu dengan lebih lanjut apakah yang telah Emilya 'lumurkan' pada Zakwan, dia hanya akan menggeleng-gelengkan kepala sebagai tanda tidak tahu.

Kalau hendak diikutkan, dia dan Zakwan sendiri sudah lama tidak lepak bersama. Hal ini benar-benar membuatkan Emilya berasa curiga dengan Zakwan, yang diwar-warkan kepada satu sekolah sebagai teman lelakinya. Emilya langsung tidak sedar bahawa Zakwan tidak pernah menganggapnya sebagai teman wanita. Dia berkawan dengan Emilya supaya Emilya berhenti mengganggu Rio dan juga mempersoalkan tentang orientasi seksual mereka. Namun, sebagai seorang wanita yang berpegang pada janji, Emilya tidak akan membiarkan dirinya terus diperalatkan. Dia yakin Zakwan sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Dan dia berazam untuk mengorek rahsia itu sehingga ke lubang cacing!

"Selamat pagi, Tuan Haji..." ucap Zakwan kepada pengetuanya tatkala mereka berselisih di kaki lima menuju ke blok utama.

Tuan Haji Zainol hanya sekadar menganggukkan kepala dan terus berjalan dengan cermat menuju ke pejabatnya terletak tidak jauh dari situ. Zakwan pula meneruskan perjalanannya untuk pulang ke kelas. Sewaktu sedang melewati kawasan kantin, dia dapat melihat Rio sedang berbual-bual mesra dengan Fitri Syazwan, junior tingkatan dua yang telah menjadi punca mengapa bekas teman lelakinya itu dipanggil menghadap Tuan Haji Zainol beberapa minggu yang lalu. Kerana insiden itu jugalah, rumah tangga ibu dan ayah Rio keretakan sehingga Rio sendiri terpaksa mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan menetap bersama keluarga Zakwan buat sementara waktu sebelum dia kembali semula ke pangkuan keluarga selepas Emilya datang mendedahkan penipuan mereka. Dengan pantas, Zakwan menggeleng-gelengkan kepalanya kerana tidak mahu mengingati insiden di mana dia telah menyakiti hati dan perasaan Rio hanya kerana dia malu untuk mengakui hakikat bahawa dia adalah seorang lelaki biseksual.

Zakwan mengagumi sifat Rio yang tidak suka menyimpan dendam terhadap sesiapa pun yang telah menyakitinya. Selepas memaafkan Fitri, Rio telah mengambil keputusan untuk menjadikan pelajar junior itu sebagai adik angkatnya. Mereka kini sudah selesa berbual mesra dan bertepuk tampar sesama sendiri. Terbit segelumit perasaan cemburu dalam hati Zakwan menyaksikan sendiri sesi gelak ketawa yang sedang berlangsung antara Rio dan juga Fitri itu. Sakan betul nampak gaya mereka! Zakwan mula membuat andaian bahawa Fitri sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Rio. Ini membuatkan dia berasa khuatir sekiranya Fitri akan mengambil kesempatan terhadap Rio yang masih berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan video melelanya. Tambahan pula, Rio sendiri sedang solo kini.

"Ish...tapi takkanlah aku nak jealous dengan budak form two? Mengarutlah!" bisik hati Zakwan dari terus meracuni fikirannya dengan perkara-perkara negatif yang hanya akan membinasakan sekiranya ia tidak dibuang jauh dari peringkat awal.

"Zack, tunggu!" namanya diseru oleh seorang gadis dari belakang. Zakwan menoleh dan dia mengeluh lemah melihat Emilya sedang berjalan laju menuju ke arahnya. Nafas ditarik dengan perlahan. Dia perlu menahan sabar biarpun kakinya sudah bersedia untuk cabut dari situ. Antara ramai-ramai pelajar di sekolah itu, Zakwan pelik. Kenapalah dia kena jumpa dengan Emilya sebelum masuk ke kelas? Merosakkan acara betul!

"Where have you been, Zack? Puas I cari you tau! Why are you not answering my calls? You mengelak dari I ke? I ada buat salah? Macam tu?" bertubi-tubi soalan dilontarkan Emilya sebaik saja dia tiba di hadapan Zakwan sambil mencekak pinggang.

Zakwan tersenyum sinis. Dengan selamba, dia menjawab, "I've been busy..."

"Busy? Busy with what?" ternyata Emilya tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

"...things. I've been busy with some things."

Emilya menyilangkan tangannya dan mula memberi Zakwan pandangan yang cukup tajam. "I don't like this kind of attitude in my boyfriend. You need to change this behaviour!" marah Emilya.

"Boyfriend?" Zakwan menggeleng-gelengkan kepalanya. "Apa benda you merepek ni, Emil?"

"Excuse me, you jangan nak pura-pura tak tahu pulak dekat sini ya. We had a deal, remember? I'm your girlfriend and you're my boyfriend. Your secret is safe with me! Kalau you tak nak I bocorkan rahsia you, you have to be my boyfriend. Please remember our deal!" Emilya mengingatkan.

Zakwan terdiam. Dia benar-benar lupa dengan perjanjian antara dia dan Emilya itu. Ingatkan sekadar main-main. Tak sangka betul-betul pula. Dia tidak tahu apa yang patut dijawab. Dia khuatir sekiranya Emilya akan melakukan sesuatu untuk memalukannya dan juga Rio seperti sebelum ini.

"Ingat, Zakwan! I can destroy your life macam tu je tau. Don't you test me!" Emilya memberi amaran lagi. Matanya membesar bagaikan burung hantu.

Zakwan langsung tidak berpeluang untuk membela dirinya. Emilya terus meninggalkannya di situ. Keletuk keletak tapak kasut Emilya berbunyi biarpun dia memakai kasut sekolah. Sebaik saja Emilya hilang dari pandangan, Zakwan menoleh ke kiri dan ke kanan. Ada beberapa pasang mata yang memerhatikannya dari tadi. Dia benar-benar malu. Seumur hidupnya, belum pernah lagi dia diugut sebegitu. Emilya benar-benar licik

**********

Ting!

Satu notifikasi masuk ketika Rio sedang sibuk menonton video YouTube baru rakan atas taliannya, Malay Mango. Dengan malas, Rio membuka notifikasi itu yang merupakan satu mesej dari nombor yang tidak dikenali.

'Hi!'

Rio menjongketkan keningnya. Siapa pulak yang tiba-tiba nak berhai-hai dengan dia ni? Dah la tak kenalkan diri dulu. Ingat aku nak layan agaknya? Getus Rio di dalam hati. Tapi disebabkan dia sendiri sedang tidak melakukan apa-apa waktu itu, dia membalas.

'Hi. Siapa di sana?'

Rio meletak semula telefon pintarnya di tepi. Kemudian dia meneguk air kosong dari gelas yang separa penuh. Mesejnya berbalas. Laju!

'I'm Hakim, one of your biggest fans. I'm sorry I got your number illegally. I'm one of Daniel's friends actually. I met him yesterday and forced him to give me your number. Hope you don't mind.'

Rasa macam nak balas 'WTF' dekat orang yang mesej dia tu. Hakim! Sesuka hati je mintak nombor orang tanpa izin. Si Daniel tu pun satu. Main bagi je nombor dia dekat orang yang tak dikenali. Dibuatnya kalau mamat ni jual nombor dia dekat sape-sape, tak ke naya? Bukannya boleh percaya orang-orang di sekelilingnya sekarang. Mana tahu mereka adalah sebahagian dari kelompok pengganas yang anti-LGBT?

Rio mengetap bibirnya menahan rasa geram sewaktu dia menaip dengan laju untuk membalas mesej Hakim.

'Of course I mind when people share my phone number to someone that I don't even know. I don't know what's your intention here. I hope you takkan buat benda-benda yang aneh dekat I i.e. sending nudes and whatnot. "Cause if you start doing that, I'm gonna block your number and report you to the police. I am still a minor, FYI. Any funny business will be on you...' panjang lebar Rio memberi amaran kepada Hakim.

Agak lama untuk Rio menunggu Hakim membalas mesejnya. Komputer riba di hadapannya telah pun dimatikan. Rio sudah tidak rasa seperti mahu menonton apa-apa video di YouTube lagi. Dia lebih tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang Hakim mahu darinya.

Pada masa yang sama, Rio turut menghantar mesej kepada Daniel. Biarpun mereka bersahabat, Daniel tidak berhak untuk memberikan nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan empunya nombor telefon. Daniel sepatutnya tanya dulu pada Rio sama ada boleh ataupun tidak untuk dia berikan nombor telefon Rio itu kepada Hakim. Ni tidak. Daniel sesuka hati saja memberikan nombor telefonnya.

'I understand. I respect people's privacy. Don't worry. The reason why I cari you is to share how I feel about you. I hope you don't mind. You wanna meet? You can bring Daniel along. I just want to meet you in person so that we can talk. I've been meaning to see you since the first time I saw your video on YouTube.'

Macam serius je nada mesej Hakim itu. Rio membacanya tiga kali. Kemudian dia membuat kira-kira sama ada patut ataupun tidak dia berjumpa dengan lelaki itu. Cara Hakim menjawab mesejnya memang tidak seperti seorang budak sekolah. Mungkin dia pelajar universiti atau mungkin dia rakan sekampus Daniel. Sebab itu Hakim berani meminta nombornya daripada Daniel.

Rio menaip sesuatu untuk membalas mesej Hakim itu. Kemudian dia memadamnya semula kerana rasa seperti tidak patut pula. Satu keluhan panjang dihembuskan. Rio kembali menaip.

'Okay. You can come and join our monthly meeting this week at Bangi. You can ask Daniel about the details of the location. I'll see you there. Bye!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience