Bab 38

Drama Series 29694

Biarpun dia akan menduduki SPM dalam masa dua minggu lagi, Rio tetap mahu mengadakan mesyuarat tergempar dengan rakan-rakan dalam taliannya di tempat pertemuan biasa mereka di Bangi. Zakwan dan Hakim turut sama menyertai Rio untuk pertemuan itu. Kebiasaannya Rio akan menaiki Grab saja untuk ke situ tetapi hari ini dia dipandu oleh Hakim dengan Proton Saga miliknya.

Sejak pagi lagi Rio asyik berbalas mesej dengan rakan-rakannya dalam WhatsApp. Rio memberi pesan berkali-kali kepada rakan-rakannya itu tentang pertemuan mereka. Ada perkara mustahak yang perlu mereka bincangkan.

Ketika itu, Rohaya dan Iskandar sudah pun dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Jenazah Liz selamat dikebumikan semaam. Pihak polis masih sedang menjalankan siasatan dan mereka berjaya mengenalpasti dua orang suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan itu.

"What are you planning to do?" tanya Hakim yang sedang memandu di sebelah Rio. Zakwan pula duduk di belakang, mendengar saja perbualan di antara Hakim dan Rio itu.

Rio berhenti menatap skrin telefon pintarnya. Kemudian dia mengemam bibir sambil berfikir sejenak. Dia menoleh ke arah Hakim seraya berkata, "We fight back! If it's true that we have haters out there, we need to fight back! We need to show them who we really are! We need to tell them that we are not afraid of them. We need to tell them that we are all united against violence!"

Hakim dan Zakwan terkesima dengan semangat yang ditonjolkan oleh Rio. Nampak gayanya, Rio tak main-main. Dia memang memandang kes anti-LGBT ini sebagai satu perkara yang serius. Hakim dan Zakwan dapat melihat betapa berkobar-kobarnya Rio sambil menyambung semula membalas mesej dengan rakan-rakannya.

Hakim meneruskan pemanduan dan dalam masa 30 minit, mereka tiba di tempat yang telah dijanjikan. Rio menjongketkan keningnya melihat beberapa orang rakan atas taliannya seperti sedang bertengkar dengan beberapa orang pekerja kafe di luar.

"Kenapa tu?" tanya Zakwan, biarpun dia tahu Rio dan Hakim tidak mempunyai jawapan.

Dari riak wajah Rio, jelas kelihatan dia gusar melihat keadaan di luar kafe itu. Bagai ada sesuatu yang tidak kena.

Hakim memarkir keretanya tidak jauh dari situ. Kemudian, ketiga-tiga mereka pantas berjalan ke arah sekumpulan belia yang masih lagi tercegat di hadapan kafe sambil sedang ditenangkan oleh beberapa orang pekerja kafe itu.

"Daniel, kenapa ni?" Rio mendapatkan Daniel dan Hilmi yang turut sama sedang bertengkar dengan pekerja kafe itu.

Daniel dan Hilmi sama-sama menarik Rio ke tepi. Zakwan dan Hakim sekadar membuntuti. "Kenapa ni?" Rio tidak mengerti kenapa keadaan tiba-tiba menjadi kecoh sedangkan selama ini tiada masalah pun pernah timbul apabila mereka datang melepak di situ.

"Kafe ni semalam kena vandalized," ujar Daniel, dengan wajah hampa.

"What!?"

"According to the barista, kafe tu kena vandalized dengan one of the anti-LGBT members. Sekarang ni diorang takut nak operate and cater kita semua. Takut benda sama jadi lagi..." sambung Hilmi pula yang kelihatan seperti lebih tahu dari Daniel.

"Oh my God!" Rio menoleh ke arah tiga orang pekerja kafe itu yang terpaksa menjelaskan beberapa kali kepada rakan-rakan seperjuangan Rio yang ada di situ tentang kenapa mereka tidak dapat menjalankan operasi seperti biasa.

"Mintak maaf ya, encik-encik semua. Kami terpaksa tutup kafe ni buat sementara waktu. Boss dah cakap memang tak nak serve golongan LGBT lagi. Kitorang dah rugi banyak dah lepas kes semalam. Mintak maaf sangat-sangat ya," salah seorang dari mereka masih lembut bertutur.

"Your boss is one of the LGBT members too!" bentak salah seorang dari pejuangan keamanan itu.

"Yang tu, you kena pergi jumpa dia sendiri. Kami cuma menjalankan tugas, dan menyampaikan pesan."

Rio datang mendekati rakan-rakan seperjuangannya dalam keadaan tenang. Kemudian, dia berdiri bersebelahan dengan pelayan kafe tadi. Semua yang berada di situ terdiam seketika.

"Guys, we have to postpone the meeting..." ujar Rio, membuat semua yang berada di situ mengeluh lemah.

"Dengar dulu. We have to postpone this meeting because I don't want anymore casualties. Cukuplah dengan apa yang dah jadi sekarang ni. Kita tak nak jadi penyebab kenapa orang yang tak berdosa jadi mangsa. So I'm begging you. Let's just disperse and call it a day. We'll just discuss in the group."

"Tapi Rio...kita dah datang jauh-jauh ni takkan nak cancel macam tu je?" salah seorang dari mereka bertanya.

"Betul tu. Some of us came all the way from Kuantan okay? Penat tau!"

Rio menaikkan kedua-dua tangannya sebagai tanda menenangkan. "I understand. And I will pay for the toll and petrol. Just tell me how much is it. I am making it up to all of you."

"Rio, what about our objective? We need to fight back, okay! We can't just let them bully us!" seorang lagi dari mereka bersuara sambil disokong oleh semua yang ada di situ.

"Like I said, we don't want innocent people to get hurt. Let's just call it a day and I will inform you about our next meeting, okay?"

Akhirnya, pejuangan keamanan yang tidak berpuas hati itu menyerah kalah. Satu per satu dari mereka beredar dari situ dengan wajah hampa. Mereka yang pada mulanya telah bersedia untuk berjuang menentang penindasan terhadap golongan LGBT terpaksa menelan rasa kecewa akibat dari keganasan yang telah memberi kesan kepada insan yang tidak berdosa.

"We should contact Numan. Maybe he can help us..." salah seorang dari mereka mencadangkan.

"I will do that. In the mean time, you all balik dulu. Hopefully, lepas ni kita tak perlu datang sini lagi. Kita datang ke Suaka je," jawab Rio.

"Suaka?"

"Nama teratak yang geng-geng Numan bagi..."

Rio menoleh ke arah pelayan kafe tadi yang masih tercegat di hadapan pintu. "Please call your boss. I need to apologize to him. Where is he?"

"Dia dekat balai polis. Kitorang pun baru dapat tahu pasal benda ni pagi tadi. So tak sempat nak update siapa-siapa," kata pelayan kafe itu dengan wajah yang pucat. Tentu sekali dia turut terkesan dengan apa yang telah terjadi. Siapa sangka, niat baik untuk melayan golongan LGBT ini mengadakan pertemuan setiap bulan akhirnya memakan bisnes mereka sendiri.

"Boleh saya tengok kerosakan dekat dalam?" pinta Rio.

Pelayan kafe itu saling berpandangan sesama mereka. Kemudian, mereka menganggukkan kepala dan membenarkan Rio masuk bersama Zakwan, Hakim, Daniel dan Hilmi.

"Ya Allah! Teruknya..." reaksi Hilmi sewaktu dia melihat keadaan di dalam. Habis meja-meja dan kerusi-kerusi diterbalikkan. Kemudian, terdapat pula contengan pada dinding bertulis 'TOLAK LGBT!'

Rio bagaikan tidak mampu bernafas melihat keadaan di dalam kafe itu. Dia terduduk sambil mengatup bibirnya. Zakwan datang menenangkan sambil diperhatikan oleh yang lain.

"Apa dosa kita? Apa dosa kita sampai diorang buat kita macam ni? Diorang Tuhan ke nak hukum kita macam ni? Diorang Tuhan ke?" tanya Rio dengan mata yang berkaca. Dia pilu melihat orang lain yang terpaksa menanggung kesan akibat menyokong golongan LGBT.

Daniel dan Hilmi datang mendapatkan Rio. Mereka saling berpeluk dan menenangkan. Masing-masing terkesan dengan apa yang telah terjadi. Satu saja yang mereka dapat rumuskan di sini; golongan anti-LGBT ini tidak boleh dibuat main. Mereka sangat serius dan komited dalam apa jua agenda dan fahaman yang mereka pegang. Apa saja boleh berlaku. Dan semua golongan LGBT perlulah berhati-hati menghadapi hari muka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience