Zakwan berhasrat untuk ke rumah Rio selepas tamat sesi persekolahan. Dia sedar ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan. Lebih-lebih lagi selepas kejadian yang berlaku pada waktu rehat tadi. Zakwan yakin bahawa Rio kini sedang berada dalam keadaan yang tertekan. Dia mahu menjernihkan suasana. Selain daripada itu, dia juga mahu berada di sisi Rio. Dia amat merindui kekasih hatinya nan satu itu. Rasa bersalah juga semakin menebal. Dia langsung tidak berniat untuk melukakan hati Rio. Dia tidak mempunyai apa-apa hubungan pun dengan Emilya. Dia cuma...terperangkap dengan helah gadis itu.
"Zack! Kau nak pergi mana tu?" tanya rakan sepasukannya, Azizi sewaktu berada di hadapan pintu pagar sekolah. Azizi berlari mendapatkan Zakwan yang menghentikan langkahnya tatkala mendengar namanya diseru. Dengan nafas yang kencang, Azizi menghampiri Zakwan. Kemudian, dia meletakkan lengannya yang berotot di atas bahu Zakwan. Senyuman nakal terukir di bibirnya sewaktu kedua mereka saling bertentangan mata.
"Err...balik rumah. Esokkan kita ada paper lagi? Aku tak berapa nak pandai sangat English," jawab Zakwan, takut-takut.
"Ya ke kau nak balik rumah? Balik rumah kau ke balik rumah Rio?" tanya Azizi sambil menjongket-jongketkan keningnya.
"Aku tak tahu apa yang kau merepek ni..." Zakwan cuba berdalih.
Azizi tertawa kecil. Dia melepaskan lengannya yang diletakkan di atas bahu Zakwan tadi dan merenggang-renggangkan tubuhnya yang sasa. "Sudahlah, Zack. Semua orang dah tahu yang kau tuisyen dengan Rio kan? Siapa kata kau tak pandai English? Aku pernah dengar kau speaking. Boleh tahan pandai kau sekarang. Hebat betul Rio. Sampai bengkok kau dikerjakan dia!" pecah tawa Azizi dengan kuatnya, menarik perhatian pelajar-pelajar di sekeliling.
"Kurang ajar kau!" akibat tidak dapat menahan rasa geram, Zakwan terus menyerang Azizi dengan memberinya satu tumbukan padu.
Azizi terjelopok jatuh ke atas lantai. Semua yang berada di situ tersentak melihat tindakan Zakwan. Azizi bangun semula untuk membalas tumbukan Zakwan tadi. Kedua-dua mereka kini saling bertumbuk sehingga berguling-guling di atas lantai. Pelajar-pelajar yang menyaksikan kejadian itu pantas berlari ke arah mereka untuk meleraikan.
"Lepaskan aku! Aku nak ajar budak sial ni!" teriak Zakwan tatkala tubuhnya ditarik oleh pengawal keselamatan warga Bangladesh.
"Tepilah! Bagi aku lunyaikan budak kunyit ni!" kata Azizi pula yang turut sama ditarik oleh beberapa orang pelajar.
Zakwan cuba menyerang Azizi lagi namun dia tidak berdaya melawan kudrat pengawal keselamatan warga Bangladesh tadi. Dia dibawa pergi jauh dari pandangan Azizi. Tubuhnya ditolak-tolak oleh pengawal keselamatan itu.
"Sana pigi! Jangan mari sini buat kacau lagi! Baliklah! Jangan kasi saya report sama principal!" pengawal keselamatan itu memberi amaran kepada Zakwan.
Zakwan mengetap bibirnya dan menggenggam buku lima. Dia masih marah lagi pada kata-kata Azizi tadi. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia mendebik-debik muka rakan sepasukannya itu namun dia membatalkan hasratnya setelah menyedari yang perbuatannya hanyalah sia-sia.
Zakwan berlalu pergi dalam keadaan hampa. Pelajar-pelajar yang cuba meleraikan pergaduhan antara dia dan Azizi tadi cuma memerhatikan. Dia melupakan terus niatnya untuk melawat Rio di rumah. Hatinya waktu itu benar-benar sakit dipanggil 'kunyit' oleh sahabat sendiri. Selama ini, tiada siapa yang pernah mempersoal tentang dirinya yang sering datang ke rumah Rio untuk belajar bersama. Entah kenapa tiba-tiba saja Azizi bercakap yang bukan-bukan. Mungkinkah Emilya yang telah memberitahu rakan-rakannya tentang orientasi seksualnya itu?
"Sial!" Zakwan mengetap bibirnya, menahan rasa geram. "Tak guna kau, Emilya! Berani kau cuba malukan aku? Anjing betul!"
**********
"Apa!? Zakwan bertumbuk dengan Azizi!?" Rio terkejut menerima berita itu dari Intan melalui panggilan telefon. Rio yang waktu itu sedang mengulangkaji pelajaran di atas katil, terus bangun menuju ke tingkap. Terdapat kegusaran dalam riak wajahnya. Mujur saja Intan memberitahu bahawa Zakwan dan Azizi hanya cedera ringan akibat tumbukan padu dari buku lima masing-masing.
"Ya. Diorang bertumbuk sebab Azizi panggil Zakwan kunyit. Azizi cakap kau couple dengan Zakwan. Betul ke korang couple?" tanya Intan, yang tidak tahu tentang status hubungan Rio dengan Zakwan.
Rio terdiam. Dia cuba untuk tidak memalukan teman lelakinya yang masih belum melela lagi. Rio terus menafikan pertanyaan Intan itu. "Merepeklah. Zakwan tu straight okey. Azizi sengaja buat cerita."
"Ya ke? Ada orang cakap masa rehat tadi kau serang Emilya sebab dia gedik dengan Zakwan?"
Aduh! Siapa pulak yang pergi sebarkan cerita tu? Rio memicit pelipisnya sebelum berkata, "Mana ada aku serang dia. Merepeklah kau ni. Jangan percaya cakap orang kecuali kalau kau nampak dengan mata kau sendiri."
"Hm yelah. Aku cuma sampaikan je. Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya seksualiti si Zakwan tu. Since kau rapat dengan dia and since kau sendiri dah mengaku dekat satu dunia yang kau ni gay, orang pun buat ceritalah kot." Intan membawang mengalahkan mak cik-mak cik boomers.
"Merepeklah kau ni. Anyway, thanks tau sebab bagitau aku pasal benda ni. I really appreciate it."
"No problem. I told you that I will always be here for you, kan?"
"You're the best, Intan. I'll see you tomorrow, okay?"
"Alright. See you tomorrow. Bye!"
Rio segera menamatkan perbualan. Kemudian, dia mengeluh panjang. Dia tidak menyangka sebegini besar sekali kesan daripada pengakuannya dalam YouTube. Kalau dia tahu sampai macam ni jadinya, memang dia takkan memuatnaik video itu tempoh hari. Nasib baik ibu dan ayahnya kini sudah mula bertegur sapa seperti biasa. Rio tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekiranya mereka berdua masih bermasam muka lagi.
Rio memerhatikan skrin telefonnya yang gelap tidak bercahaya. Dia mencapai telefon itu dan mencari-cari nombor telefon Zakwan. Dia risau akan keadaan Zakwan sekarang. Entah bagaimana rupa kecederaan yang dialami lelaki itu. Rio tertanya-tanya sendiri.
Agak lama dia berfikir sebelum menekan butang 'call'. Dia takut sekiranya Zakwan enggan menjawab panggilannya itu. Bagaimana kalau si Zakwan sudah membencinya? Rio tidak mahu perkara itu terjadi. Namun, ketakutannya itu tidak dijadikan sebagai alasan. Dia memberanikan diri untuk menekan juga butang 'call' itu.
Tidak lama untuk dia menantikan panggilannya berjawab. Kedengaran suara Zakwan di talian.
"Helo?"
"Helo, Zack."
Zakwan diam seketika. "Hm."
"Kau okey?" tanya Rio.
"Okey je. Kenapa?"
"Aku risau. Intan cakap kau dengan Azizi bertumbuk tadi."
"Hm. Aku okey. Sikit je ni."
Kedua-dua mereka kemudian diam sejenak. Yang kedengaran hanyalah hela nafas masing-masing.
"Kenapa kau buat aku macam ni, Zack? Apa salah aku?" tanya Rio secara tiba-tiba. Entah dari mana keberaniannya untuk bertanya soalan itu muncul.
Jeda.
Zakwan mendiamkan diri. Dia seperti tidak berani untuk berkata-kata dengan insan yang benar-benar dicintainya itu. "I'm...so very sorry, Rio," itu saja yang mampu diperkatakan.
"Sorry is just not good enough, Zack. I need you to explain to me why did you hurt me like this?" Rio cuba menahan dirinya dari menitiskan air mata. Dia terlalu sedih dengan apa yang sedang melanda dirinya sekarang. Dia kecewa dengan kelakuan Zakwan di sekolah tadi. Terlalu kecewa.
"Kalaulah kau tak upload video coming out kau tu, Rio..." Zakwan tidak sanggup menghabisi kata-katanya.
"Apa salah video tu, Zack? Kenapa video tu jugak dijadikan punca? Kenapa kau sendiri tak boleh terima siapa diri kau, Zack? Kenapa!?" Rio gagal membendung air matanya dari tumpah lagi. Kini ianya mengalir laju sehingga jatuh ke lantai.
"Kau takkan faham, Rio. Kau takkan faham. Aku...bukan macam kau..."
"That's enough, Zack. Kau tak perlu habiskan kata-kata kau tu. Aku dah agak dah. Dari dulu lagi, memang itulah alasan kau. Kita memang tak sepatutnya bersama. Aku tak sepatutnya biarkan kau masuk dalam hidup aku. Kau memang bukan macam aku. Dan kau takkan pernah satu level dengan aku," luah Rio dengan penuh rasa hampa.
Jeda.
Zakwan membatukan diri. Dia membiarkan Rio meneruskan luahan hatinya itu. Dia tahu dia salah. Dan dia terima apa saja yang ingin Rio katakan padanya.
"I don't think you love me as much as I love you, Zack."
Kata-kata Rio itu mengguris perasaan Zakwan. Dia sangat mencintai Rio tapi...
"Rio...listen..."
"I'm so sorry, Zack. It's over."
Mata Zakwan mula berkaca.
"You and me...it's over." Rio terus mematikan talian tanpa sempat Zakwan membalas apa-apa.
"Rio...?" menitis jua air mata Zakwan. Namun, tidak seperti Rio, dia pantas menyelubungi dirinya di bawah selimut dan menangis sepuas hati. Wajahnya ditakupkan dengan bantal. Rasa sakit pada lebam di wajahnya tidak seperit ungkapan perpisahan dari Rio.
"I'm so sorry..." itu saja yang mampu diungkapkan oleh Zakwan. Air matanya terus mengalir dengan laju.
Share this novel