Bab 10

Drama Series 29694

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Iskandar dan Rohaya tidak berhenti bertekak tentang apa yang berlaku di sekolah anak mereka tadi. Rio di belakang hanya mampu menadah telinga dengan hati yang sebal. Air matanya mula berkaca. Dia tidak selesa melihat ibu bapanya bertengkar di hadapannya. Mereka seolah-olah seperti tidak mempedulikan kehadirannya di situ.

"This is all your fault!" jerkah Iskandar sambil menunding jarinya ke arah Rohaya di sebelah.

Rohaya sempat menjeling ke belakang di mana Rio sedang menikuskan diri. Awalnya, dia mahu membalas semula kenyataan suaminya itu, namun dia menyimpan saja kerana tidak mahu Rio menyaksikan pertengkaran mereka berdua. Dia faham apa yang kedua-dua anak dan suaminya rasa sekarang. Tiada yang salah. Kedua-duanya mempunyai pendirian masing-masing. Apa yang mereka perlu lakukan sekarang adalah mengawal perasaan mereka itu dari terus bermaharajalela. Iskandar kelihatan seperti tidak dapat menyembunyikan lagi perasaan marahnya pada Rio. Rohaya benar-benar khuatir sekiranya Iskandar akan bertindak kasar terhadap anak mereka. Biar apa pun yang berlaku, Rohaya berjanji akan melindungi anaknya dari sebarang kemungkinan.

Iskandar masih tidak berhenti membebel ketika mereka sekeluarga tiba di rumah. Rohaya mengurut-urut belakang tubuh Rio sebagai tanda memenangkan. Dia yakin tentu telinga dan hati Rio sedang panas kini mendengar segala amarah yang diluahkan ayahnya.

Rohaya menyuruh Rio segera masuk ke dalam biliknya supaya dia dan Iskandar dapat kembali bertekak di ruang tamu. Ini juga bagi mengelakkan kemungkinan Iskandar menaikkan tangannya pada anak mereka. Rohaya sendiri tidak pernah melihat Iskandar dalam keadaan yang sangat marah. Perasaan marah itu mungkin terluah kerana Iskandar sendiri sudah lama memendam rasa sakit hati. Sebelum ini, dia terlalu mengikut cakap isterinya untuk menerima seksualiti Rio dengan hati yang terbuka ketika Rio memberitahu mereka bahawa dia tidak mempunyai perasaan pada mana-mana perempuan sebaliknya lebih tertarik kepada lelaki. Kini, akibat berkompromi dengan nasihat isterinya itu, nama baik keluarga mereka telah tercalar.

"I told you from the very beginning! We should have sent him to the military school. He needed an intense training to get rid of that stupid gay feelings!" Iskandar langsung tidak sedar apa yang dia cakap sekarang adalah satu perkara yang langsung tidak masuk akal.

Rohaya mula segan dengan Salama yang terintai-intai dari dapur mendengar suara Iskandar yang garau. Iskandar langsung tidak mempedulikan perasaan anaknya. Dia terus-terusan menghina anaknya kerana telah memalukan nama keluarga mereka. Dia memang sudah tiada perasaan simpati lagi terhadap Rio.

"You ingat dengan mengungkit benda yang dah lepas, things will change ke, Iskandar? Boleh tak you jangan nak menjerit tak tentu hala? Tak malu ke dengan Kak Salama dekat dapur tu?" Rohaya menunjukkan isyarat tangan pada Salama di dapur untuk menyembunyikan diri dan jangan cuba mencuri dengar perbualan majikannya di ruang tamu.

"You lebih kisah Kak Salama dengar kita bergaduh dari satu sekolah yang dah kecoh pasal anak kita gay? You ni bodoh ke apa? Tak reti nak fikir? Ha tulah, manjakan lagi anak you. Padanlah dengan muka you! Esok lusa kawan-kawan you duk mengata keluarga kita ni keluarga pendosa, baru you tau! Kita baru je dapat death threat dari God-knows-who. And now this!? Don't you see that his poor decision has led us to this unnecessary drama!?"

Rio sebenarnya belum masuk pun lagi ke dalam biliknya. Dia masih berada di tangga. Kakinya dilangkah satu per satu dengan lemah ketika menaiki anak tangga rumah itu yang kebiasaannya tidak nampak terlalu tinggi. Tetapi entah kenapa, tangga menuju ke biliknya kelihatan tinggi, setinggi tangga di Batu Caves secara tiba-tiba. Air mata yang jatuh dengan deras mengiringi pendakiannya itu.

"I don't care what other people think about our family. I only care about our son. You ingat dia nak dilahirkan macam tu ke? And do you think by sending him to the military school, dia boleh terus jadi normal? Have you ever thought about that? Please-lah berhenti mengungkit, Iskandar. The police will patrol around our house every night from now on. We will be safe. They are investigating and it won't be soon before they capture the culprit. You yang drama. So please stop!"

Rohaya menyambung lagi apabila Iskandar diam saja seperti sedang memproses kata-katanya. "Rio is our son, Iskandar. Buruk baik, dia tetap anak kita. Sama jugak dengan kita. Buruk baik, kita tetap mak ayah dia. We have to support him. He is sitting for SPM this year. And trial is just around the corner. This whole thing is honestly unnecessary, Iskandar. Can you please just let it go?"

Iskandar merengus kasar. "Dia yang cari pasal. Siapa suruh dia upload that video? Bodoh!"

"Iskandar! He is our son. Stop calling him stupid!" marah Rohaya.

**********

Rio mengunci dirinya di dalam bilik setelah menggagahkan kaki untuk sampai ke tingkat atas. Di sana, dia duduk berteleku dan menakup mukanya dengan penuh rasa kecewa. Biarpun dia sebenarnya susah untuk menangis namun air matanya ketika itu mengalir dengan lanunya. Seolah-olah seperti sebuah empangan yang pecah.

Dari dalam biliknya yang berkunci itu, Rio masih dapat dengar pertengkaran antara Iskandar dan Rohaya. Dia cuba menutup telinganya namun suara mereka yang nyaring masih dapat didengari.

Rio terus menghempas tubuhnya di atas katil. Dia cuba untuk berselebung di dalam selimut dan melupakan dunia buat seketika namun dia tahu jika dia berbuat sedemikian, dia masih tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang melanda.

Dia terus mundar-mandir di dalam bilik. Cuba memikirkan apa yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah yang melanda keluarganya sekarang.

Pada mulanya, dia merancang untuk memadam saja video yang dimuatnaiknya di YouTube namun dia menghalang dirinya dari berbuat sedemikian. Video itu sudah pun viral. Memadam video asal tidak akan mengubah apa-apa. Rio perlu memikirkan cara untuk membersihkan semula nama keluarganya.

"Patut ke aku bagitau semua orang yang video tu cuma satu lawak bodoh je?" tanya Rio pada dirinya sendiri.

Dia merengus kasar. "No! I will disappoint a lot of people."

Rio berhenti dari mundar-mandir. Dia memandang refleksi dirinya dalam cermin. "And you have disappoint enough people, Rio."

Satu keluhan lemah dihamburkan. Dengan langkah yang berat, Rio membuka almari bajunya. Dia memeriksa satu per satu bajunya di dalam almari. Kemudian, dia mencapai sebuah bagasi besar untuk memasukkan baju-baju itu.

**********

Keadaan tegang di rumah keluarga mereka berlarutan hingga ke petang. Pada mulanya Iskandar mahu keluar dari rumah itu dan tidur di hotel berdekatan namun dia sedar dia adalah ketua keluarga. Dia patut ada untuk keluarganya sekarang. Dia harus memikirkan cara untuk membersihkan semula nama keluarganya itu.

Tidak seperti Iskandar yang banyak menghabiskan masa di ruang tamu untuk berfikir, Rohaya lebih selesa berehat di dalam bilik. Awalnya dia merancang untuk menjenguk keadaan Rio namun dia terlalu lemah sekarang setelah berperang mulut dengan suaminya tadi.

"Kak Salama tolong pergi tengokkan Rio tu, boleh? Tanya dia nak makan apa. Tolong ya, Kak Salama?" Rohaya mengamanahkan Salama untuk memeriksa keadaan Rio.

Salama selaku orang gaji yang setia pada majikannya itu, menurut perintah. Dia membawakan spaghetti bolognese kegemaran Rio.

Tok! Tok! Tok!

"Rio? Cik Salama ni."

Tiada jawapan. Salama pelik. Tidur ke budak ni?

Tok! Tok! Tok!

"Rio? Cik Salama ni. Bukaklah pintu."

Masih lagi tiada jawapan.

Salama yang khuatir dengan keadaan Rio, memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam bilik. Sayangnya, berkunci.

Salama meletakkan spaghetti bolognese yang dibawa bersama tadi di atas lantai. Dia berlari anak menuju ke sebuah kabinet. Di sana, dia mengambil kunci pendua.

"Rio...Rio. Bertuah punya budak!" gumam Salama.

*********

Sedang Rohaya cuba melelapkan mata di dalam kamar tidurnya, dia dikejutkan dengan jeritan Salama dari bilik Rio.

"Puan! Tolong Puan!" Salama berlari masuk ke dalam bilik Rohaya dalam keadaan panik.

Rohaya pantas bangun dari perbaringannya. "Kenapa ni Kak Salama?"

Tergagap-gagap Salama cuba menjawab pertanyaan Rohaya itu.

"Kenapa ni Kak Salama?" Iskandar yang turut terdengar jeritan Kak Salama tadi pantas berlari masuk ke bilik tidur dia dan isterinya.

"Rio!" jawab Kak Salama. "Rio dah lari dari rumah! Habis barang-barang dia hilang dalam almari."

"WHAT!?" Rohaya dan Iskandar tersentak.

Mereka pantas berlari ke arah bilik Rio untuk melihat sendiri apa yang diperkatakan Salama tadi benar ataupun tidak.

"Ya Allah!" Rohaya menakup mulutnya.

Benar. Almari Rio sudah hampir dikosongkan. Bagasi besar milik Rio untuk digunakan ketika melancong turut hilang. Rio sudah lari dari rumah!

"No!!!" Rohaya histeria. Dia terus terduduk di atas lantai.

Salama memapah majikannya itu untuk duduk di atas katil Rio.

Iskandar pula sedang memerhatikan kawasan sekeliling. Dia terperasan tingkap bilik Rio terbuka. Dia mendekati jendela bilik Rio itu dan melihat ke bawah.

"Dia guna tingkap ni..." Iskandar memaklumkan biarpun informasi itu tidak berguna pun sekarang.

Rohaya yang sedang menangis teresak-esak ketika itu, datang menghampiri Iskandar. "This...is all your fault!" Rohaya menaikkan jari telunjuknya dan memandang Iskandar dengan penuh rasa benci.

"If anything happens to Rio, I will never forgive you. Never, Iskandar! Never!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience