Epilog

Drama Series 29694

31 Oktober
Singapura

Rio sedang menyembur hairspray pada rambutnya sewaktu dia menerima panggilan video dari Intan. Dengan penuh rasa teruja, dia terus menjawab panggilan itu.

"Hey, bitches!"

"Hey babe. Amboi tengah set rambut ke tu? So how's Singapore?" tanya Intan sebaik saja Rio menjawab.

"I love it! I can't wait to watch Calum Scott live tonight. It's going to be amazing!" jawab Rio sambil membetul-betulkan rambut melihat dirinya menggunakan kamera hadapan.

Rio kini sedang bercuti di Singapura setelah 10 bulan berada di Melbourne, Australia. Sengaja dia mahu ke sana sebelum pulang ke Malaysia. Beberapa bulan yang lepas, Calum Scott telah mengumum tarikh-tarikh persembahan live-nya di rantau Asia. Singapura adalah salah satu dari destinasi persinggahannya. Rio mengambil kesempatan ini untuk ke Singapura dulu sebelum pulang ke tanah air kerana sayang sekali, Calum Scott tidak akan datang melawat Malaysia. Biarpun Calum Scott telah datang ke Sydney dan Brisbane minggu lepas, Rio tidak berminat untuk menonton persembahan idolanya itu di Australia. Dia memang sengaja mahu menonton persembahan Calum Scott di Singapura. Lebih dekat dengan rumah, menurutnya.

"How's your bae doing?" Intan bertanya lagi.

"He's fine. I'm going to meet him there later," jawab Rio sambil mengemas barang-barang kosmetiknya di atas sinki ke dalam sebuah pouch yang dibawa bersama.

"This is going to be your first time seeing him after 10 months, right?"

"Says who? I met him masa raya hari tu. Dia datang Melbourne with my parents."

"So your parents approved?"

Rio tersenyum. "What else can they say? Their son is gay and they have to accept it." Pintu bilik air dibuka. Rio berjalan masuk semula ke ruang tidurnya. Dia kini berada di The PODS Capsule Hotel di mana dia berkongsi ruang tidur bersama pelancong yang lain. Mujur saja waktu dia datang ianya adalah hari bekerja dan bukan musim cuti. Tidak ramai pelancong yang check-in di situ. Ada pun hanya beberapa orang saja.

"When is your flight back to KL?"

"Tomorrow night. I'm leaving with him. My parents would pick us up at the airport."

"We're going to hangout, right? I miss you, Rio."

"I miss you more, Intan. I miss Ammar and I miss Emilya. I'll see you guys this weekend, okay?"

"Okay, babe. Have fun watching Calum. Don't forget to InstaStory."

Mereka berdua akhirnya menamatkan perbualan. Rio sudah pun bersiap sedia untuk ke Capitol Theatre, tempat di mana Calum Scott akan membuat persembahan malam nanti. Jam di tangan menunjukkan pukul 6.15 petang. Rio telah berjanji untuk berjumpa dengan teman lelakinya pada pukul 7.00 malam di stesen City Hall.

Rio segera menyarungkan kasut dan keluar dari ruang tidurnya. Dia sempat menangkap bunyi orang berdengkur di salah satu dari banyak pod dalam ruang tidur itu. "Awal betul tidur?" bisik Rio sebelum berlalu pergi.

**********

Semenjak pertama kali melihat Calum Scott dalam rancangan Britain Got Talent, Rio tahu satu hari nanti Calum Scott akan menjadi satu nama yang besar. Ditambah pula dengan kehadiran album sulung lelaki itu dengan lagu hit You Are The Reason, Rio tidak terkejut melihat orang ramai beratur panjang untuk masuk ke dalam Capitol Theatre.

Awalnya sewaktu dia dan teman lelakinya tiba di situ, barisan orang ramai yang sedang beratur tidak panjang lagi. Tapi sebaik saja jam menginjak ke pukul 7.45 malam, panjangnya barisan peminat-peminat Calum Scott cukup mengagumkan.

Sebaik saja Calum Scott keluar dan menyanyikan lagu pertamanya Give Me Something, Rio tahu tidak sia-sia dia membelanjakan duitnya membeli tiket untuk dia dan teman lelakinya. Rio hafal setiap lagu yang disampaikan oleh Calum Scott pada malam itu. Dan tentunya lagu paling berhantu lelaki itu, You Are The Reason menjadi lagu yang paling kuat dinyanyikan oleh penonton di dalam dewan teater.

"I'm dedicating this next song to all of the couples here tonight..." kata Calum Scott sebelum lagu seterusnya dimainkan.

"He's going to sing If Our Love Is Wrong," kata Rio yang sangat meminati penyanyi di hadapannya sekarang.

Zakwan menoleh ke arah Rio dan mencapai tangannya. Rio menyambut tangan Zakwan dan tersipu malu. "Our love is never wrong."

"If Our Love Is Wrong is, quite simply, my coming out song. Because I put myself through torture for so many years, "If Our Love Is Wrong" was kind of like me turning things around going, "Why should I punish myself? Why should I feel so bad about the fact that I'm gay? I should be confident in the fact that I'm gay, and this is something I can't help, so I shouldn't put myself through hell for it." And "If Our Love Is Wrong" really gave me that seed, really, to plant into my head and to finally come to terms with it. It's such a personal message to be confident, because it hurts me to know that other kids might go through what I went through and lose all that time to fear. I hope you'll enjoy this song."

I don't know how I should say it
In my mind, it's every word
That they don't wanna hear

I don't know how they might take it
Maybe you can take the pressure
And make it disappear
Throw out the inhibition
You make me feel a feeling that I've never felt before

I don't know if they're gonna like it
But that only makes me want it more
'Cause I'm nobody's but yours

If it's me
And if it's you
And if our love is wrong
Then I don't ever wanna be right
I don't ever wanna be right
If it's real
And if it's true
And if our love is wrong
Then I don't ever wanna be right
I don't ever wanna be right
Oh oh, yeah yeah
Oh oh , yeah I just want you to be mine

Why would I need their permission
Skin and bones, I'm only human
It's in my DNA
Suffocating just to fit in
Why do I care what people say
'Cause I'm nobody's but yours

If it's me
And if it's you
And if our love is wrong
Then I don't ever wanna be right
I don't ever wanna be right
If it's real
And if it's true
And if our love is wrong
Then I don't ever wanna be right
I don't ever wanna be right
Oh oh, yeah yeah
I just want you to be mine
Oh oh, yeah yeah
I just want you to be mine

Sebaik saja Calum Scott habis menyanyi, Zakwan merangkul leher Rio dan mengucup bibir teman lelakinya itu dengan penuh rasa sayang.

"I love you, Rio. Thank you for accepting back in your life."

"Zack, stop. You know I will always take you back anytime. I love you too."

"Now that aku dah jadi full time flight steward, senanglah untuk aku jumpa kau kat Melbourne nanti."

Kedua-dua mereka saling berkucupan sekali lagi.

"Aww look at that cute couple..." kata Calum Scott sebaik ternampak Rio dan Zakwan saling berkucupan di dalam keramaian.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience