Bab 37

Drama Series 29694

"I miss you..." Zakwan meluahkan rasa rindu kepada buah hati pengarang jantungnya, Rio, ketika mereka sedang sama-sama berada dalam panggilan video di atas katil masing-masing. Jam kini sudah menunjukkan pukul 11.20 malam. Rio telah pun bersedia untuk tidur manakala Zakwan pula kesunyian kerana sudah beberapa hari dia tidak bertemu kekasih hatinya itu.

"I miss you too, sayang. I'll see you tomorrow okay?" Rio berjanji.

Zakwan sengaja mengenyitkan mata, membuat Rio tertawa melihatnya.

"What are you doing?" tanya Rio.

"Missing you."

"Aww...so sweet. Cubit kang baru tau!"

Zakwan menjelir lidahnya. Kemudian, dia menjongketkan kening apabila terdengar bunyi bising dari luar bilik Rio. Rio juga turut sama terganggu dengan bunyi itu. Kedengaran seperti suara ibunya sedang meraung dan menangis. Rio pantas menoleh ke arah Zakwan dan meminta mereka sambung panggilan video itu nanti.

"I have to go. We'll chat later, okay? I think my mom needs me."

Zakwan faham dan terus mematikan talian. Sementara Rio pula bergegas mendapatkan ibunya di luar.

"Rio!!!" Rohaya datang menerpa ke arah Rio sebaik saja dia ternampak anaknya itu keluar dari bilik.

"Mommy, kenapa ni?" Rio memeluk Rohaya yang sedang teresak-esak menangis kini. Di fikiran Rio sekarang cuma ada satu kemungkinan. Ibunya bergaduh lagi dengan daddy. Kalau betullah Rohaya bertengkar dengan suaminya lagi, Rio benar-benar tidak akan memaafkan perbuatan Iskandar.

"Aunty Liz...Aunty Liz..." sangkaan Rio meleset sama sekali apabila Rohaya asyik menyebut-nyebut nama Liz sewaktu dia berada dalam dakapan anak tunggalnya itu.

Iskandar yang baru keluar dari bilik tidur utama datang dengan wajah yang turut sama memancarkan kesedihan. Biarpun Rio masih tidak mengerti apa sebenarnya yang telah berlaku, dia seperti dapat mengagak. Tentu ada sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Aunty Liz. Kalau tidak, takkanlah Rohaya sampai boleh menjerit dan meraung seperti tadi?

"Kenapa dengan Aunty Liz, mommy?" Rio bertanya lagi, untuk mengesahkan teori yang sedang bermain di fikirannya.

"Aunty Liz..." Rohaya cuba untuk memberitahu namun dia tidak mampu mengungkapkannya. Dia menoleh ke arah suaminya, sebagai tanda menyuruh suaminya itu sendiri yang memberitahu Rio.

Maka, Rio pun mengalihkan pandangannya kepada Iskandar.

"She was murdered this evening. Police just called your mom."

Rio beristighfar panjang. Kemudian, dia mengucapkan kalimah inalillahirajiun. Dakapan antara dia dan ibunya dieratkan. Rio sedar betapa ibunya menyayangi Liz, yang merupakan kekasihnya satu ketika dulu sewaktu mereka masih muda.

"We will go and visit their family in JB. Polis still tengah buat post-mortem. In about two to three days macam tu, jenazah akan disemadikan. I think it's best for your mom to be there. I will keep her company," terang Iskandar tentang perancangannya.

"Can I come with you? I also want to pay my respect." Rio menjengilkan biji mata ketika berkata-kata.

"No. You have SPM coming. It's best if you just stay at home. We don't want to risk it." Iskandar menegah.

"What do you mean risk it?"

Iskandar menundukkan wajahnya. Bagaikana ada sesuatu yang disembunyikan. Iskandar kelihatan seperti berat untuk memberitahu Rio perkara sebenar. Tapi dia sedar Rio berhak untuk tahu.

"The police have identified the suspects. They have a strong feeling that it's the same guys who hit her and her driver the other day."

"How did they find out?" pelukan antara Rio dan ibunya terlerai dengan sendirinya. Rohaya kini sedang menangis teresak-esak seorang diri.

"Through the CCTV."

"Who are they?"

"The anti-LGBT group members."

"You mean the extremists who are against the LGBT?"

Iskandar mengangguk lemah.

"Motherfuckers!"

"Rio, language!" marah Iskandar.

"I'm sorry, dad. I just can't accept this. How many extremists do we have in this country? Why are they doing this? Apa dosa Aunty Liz? Being a lesbian is a crime now, is that it? That's why people are doing this? What the fuck!?"

"See...this is why I don't want you to go there. It's not safe, okay."

"As if I'm safe here? Our house pernah kena attack jugak, dad. You know that."

"That's why we are not risking it!" Iskandar meninggikan suara, membuat Rio terus tidak berani menjawab.

"Your mother and I will leave tomorrow morning. And you can't come with us. You'll stay with Cik Salama. Call us if there's anything wrong. We'll inform the police to do some patrolling in this area as well."

Perlahan-lahan, Rohaya menyentuh bahu Rio. Rio menoleh dan dia sayu melihat kesembapan wajah ibunya.

"It's best if you don't go, dear."

Mendengar kata-kata ibunya itu, Rio terpaksa akur. Dia menganggukkan kepala tanda setuju. Dia tidak akan mogok kerana tidak dapat pergi. Lagipun memang betul dia akan menduduki SPM tidak lama lagi. Lebih baik dia mengulangkaji pelajaran daripada duduk di dalam kereta selama beberapa jam untuk melawat orang yang telah meninggal dunia. Tambahan pula, entah bila ibu dan bapanya itu akan pulang. Kalau post-mortem akan ambil masa yang lebih lama dari beberapa hari macam mana? Takkan Rio nak ponteng sekolah? Walaupun pembelajaran di sekolah sudah pun habis, rasanya dia akan lebih rugi jika dia ikut ibu dan bapanya itu ke Johor Bahru.

Iskandar mendekati Rohaya dan menyentuh kedua-dua bahu isterinya sebagai tanda semangat. Biarpun seharusnya dia menyimpan perasaan cemburu, Iskandar berpendapat bahawa Rohaya berhak untuk meratapi kehilangan insan yang pernah bertakhta di hatinya dulu.

Rio kembali masuk ke kamar tidurnya. Hatinya kini dirasuk rasa amarah yang meruap-ruap. Sebaik saja mendapati bahawa Aunty Liz dibunuh oleh ahli kumpulan anti-LGBT, Rio jadi panas. Dia memang pantang dari dulu lagi. Makin berleluasa kumpulan anti-LGBT ni. Lepas satu, satu negeri mereka pergi. Sesiapa saja boleh menjadi mangsa. Rio khuatir memikirkan siapa lagi mangsa mereka yang seterusnya. Dia takut mangsa seterusnya adalah dalam kalangan sahabat-sahabatnya yang dikenali. Rio tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada teman-temannya. Cukuplah Ammar seorang saja yang telah menjadi mangsa.

Telefon pintar dicapai. Dia mencari nama Zakwan dalam log panggilan. Kemudian, dia pantas menekan butang call. Dia sudah tidak mempunyai rasa untuk berpanggilan video lagi dengan kekasihnya itu.

Zakwan menjawab dengan pantasnya. "Helo?"

"Zack, tidur dah ke?"

"No. Kenapa weh? What happened?"

"It's Aunty Liz."

Zakwan cuba memproses nama itu. Macam pernah dengar tapi dari mana ya?

"My mom's ex-girlfriend. I told you after we reconciled. Remember?"

"Oh yeah." Zakwan baru teringat. "What about her?"

"She's dead, Zack!"

"What!?"

"And guess what?"

"What?"

"She was murdered."

**********

Selepas menidurkan isterinya yang masih lagi tidak henti-henti merapati pemergian bekas kekasihnya, Iskandar keluar dari bilik dan menuju ke arah ruang tamu. Dia menyembunyikan diri di atas sofa berdekatan dengan tingkap rumah. Kemudian, dia pantas menghubungi seseorang dengan wajah yang gusar.

Tutt...

"Helo?" suara garau seorang lelaki kedengaran.

"Ini semua kerja kau kan?" tanpa membalas sapaan lelaki itu, Iskandar terus bertanya.

"Siapa ni?"

"Iskandarlah!"

"Berani kau call aku ya? Aku dah cakap jangan cari aku lagi kan?"

Iskandar mengetap bibirnya. "Kau jangan cuba nak lepaskan diri. Kau yang suruh aku berbaik dengan bini aku supaya kau boleh buat sesuatu pada Liz. Aku tak sangka pulak yang kau akan bunuh dia. Kau ni dah gila ke!?"

"Takde bukti yang menunjukkan aku yang bunuh perempuan tu. Jadi, aku cadangkan supaya kau letak telefon dan teruskan kehidupan kau macam biasa."

Jeda.

"Lagi pun kau dengan family kau dah berbaik pun kan? Jadi, apa yang kau nak risaukan lagi? Aku dah bagi peluang pada kau. Supaya berbaik dengan bini kau supaya Liz jatuh ke tangan kitorang. Kau dah buat pun apa yang kitorang suruh. So kerja kau dah selesai dah pun sebenarnya."

"Aku tak nak kau cuba kaitkan aku dalam hal ni!"

Lelaki itu tertawa. "Kau jangan risaulah, Iskandar. Kau dah tak ada kena-mengena lagi dalam hal ni. Kerja kau dah selesai. Kau dah boleh happy happy dengan family kau dah sekarang."

"Aku akan tuntut janji kau kalau apa-apa jadi pada keluarga aku!"

"Baiklah. Selamat malam, Iskandar. Ingat! Jangan cari aku lagi. Aku aku akan kembali kacau keluarga kau!"

Panggilan ditamatkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience