Bab 25

Drama Series 29715

Sesi persekolahan diteruskan. Masih terdapat beberapa orang guru yang sedang sibuk menanda kertas peperiksaan percubaan calon SPM yang berakhir dua minggu lalu. Disebabkan itu, ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk duduk bersidai di kaki lima kelas terutama sekali mereka yang suka mengusik pelajar-pelajar junior dan juga yang lemah dalam pelajaran.

Tanpa sesiapa pun menduga, Emilya telah menjadi sebahagian daripada pelajar-pelajar nakal itu. Dia dan dua lagi gundiknya, Zeefa dan Athirah, tidak malu mengusik pelajar-pelajar yang lebih kecil dari mereka. Turut sama bersama Emilya dan gundik-gundiknya adalah Azizi dan rakan-rakan sekelas mereka.

Lebam pada wajah Azizi sudah semakin memudar. Sejak insiden dia dan Zakwan bertumbuk di hadapan pintu pagar sekolah tempoh hari, kedua-dua mereka sudah jarang duduk lepak bersama. Azizi masih lagi berasa sakit hati dengan Zakwan yang sesuka hati saja menumbuk padu pipinya. Zakwan pula memang sudah berjanji untuk tidak memaafkan perbuatan Azizi yang mengejeknya dengan panggilan 'kunyit' tempoh hari. Jurulatih mereka sudah cuba untuk mendamaikan namun masing-masing masih ego dan baran.

Biarpun Emilya tahu bahawa Zakwan kurang menyenangi hubungannya dengan Azizi, gadis itu langsung tidak peduli. Dia seronok lepak bersama Azizi kerana dia tahu rakan-rakan Azizi mengagumi kecantikannya. Dia dan gundik-gundiknya dilayan bagai puteri. Hampir setiap hari Azizi dan rakan-rakan akan membelanja mereka makan. Wang sakunya langsung tidak luak sepanjang perkenalannya dengan Azizi dan rakan-rakan. Dia dan gundik-gundiknya boleh menggunakan duit saku mereka untuk memberi barang-barang yang lebih penting seperti alat solek dan baju-baju baru.

Ketika sedang duduk bersidai di kaki lima, Syafiq, salah seorang dari rakan sekelas Azizi bertanya pada Emilya tentang Zakwan. "Eh Emil, I nak tanya you ni. Mana boyfriend baru you pergi? Kenapa tak pernah lepak sama dengan kita dekat sini?"

Mendengar pertanyaan Syafiq itu, Azizi terus mencebikkan bibir. Dia tahu Syafiq sengaja mahu mengapikan lagi hatinya yang panas dengan si Zakwan. Tak guna punya kawan!

"Entah dia. Adalah tu. Dalam kelas mungkin. I ada cuba call tadi tapi dia langsung tak nak jawab. I sempat jumpa dia pagi tadi masa perhimpunan. Tu pun dia just lambat dari jauh je," jawab Emilya, sambil membelek-belek rambutnya yang didandan rapi untuk ke sekolah pagi tadi.

"Buat apa dalam kelas? Bukannya cikgu masuk pun. Panggillah dia datang sini," arah Syafiq, sambil menjeling ke arah Azizi yang sudah mula kelihatan seperti tidak senang duduk. Ada juga yang makan penampar abang sado ni kejap lagi, getus hati Azizi.

"Buat apa I panggil dia datang sini? Kang kalau si Azizi ni belasah dia lagi, macam mana? Lama-lama esok tak handsome muka boyfriend I!" jawab Emilya, menjengilkan biji mata memandang Azizi.

"Entah kau ni Syafiq. Tak payahlah nak panaskan lagi keadaan. Kau pun satu!" marah seorang lagi kawannya yang berada di situ, Zulhaidhar.

"Ala aku ni bukannya apa. Aku rasa si Zack tu kena datang sini untuk mintak maaf dekat abang sado kita ni." Syafiq memeluk bahu Azizi yang kekar.

"Apsal pulak dia yang kena mintak maaf?" tanya Emilya, pelik.

"Yelah, dah dia yang tumbuk Azizi dulu. Siapa yang draw the first blood, kenalah mintak maaf. Bukan memang macam tu ke rules dia?"

"Ye tak ye jugak ya. Azizi, kau nak Zack datang mintak maaf kat kau ke?" tanya Zulhaidar, mula berperangai seperti Syafiq. Sengaja mahu menyakat teman mereka.

"Pergi mampos! Tak nak aku maafkan si kunyit tu. Tah hape-hape!" marah Azizi.

Emilya mula mencekak pinggangnya. "Excuse me? Siapa kunyit? Zack bukan kunyit okay. Yang kunyit tu budak YouTube famous tu. Dia tu yang kunyit! Jaga sikit mulut you!"

Azizi tertawa kecil, membuat Emilya bertambah meluat. Kemudian, Azizi berkata, "You fikir kitorang ni bodoh ke, Emil? You tak payahlah nak cover boyfriend you yang kunyit tu. Kita semua tahu yang dia sama je dua kali lima dengan budak YouTube famous tu. I tak faham betul kenapa you masih nak couple dengan dia. Entah-entah dia dengan Rio dah pernah main. Macam mana kalau diorang dah ada HIV!? Eee geli sial!"

Pecah ketawa Azizi dan rakan-rakannya. Emilya dan gundik-gundiknya pula saling berpandangan sesama mereka. Mereka langsung tidak tertawa kerana mereka tahu apa yang Azizi katakan tadi tidak lucu.

"You tak takut ke Emil bila you ada HIV nanti? Habislah you. Ada HIV!" Azizi dan rakan-rakannya masih galak mentertawakan Emilya.

"Come on, girls! Jangan dilayan douchebags macam diorang ni," akibat tidak tertahan lagi dengan ejekan Azizi dan rakan-rakannya itu, Emilya terus berlalu pergi meninggalkan mereka, diiringi oleh Zeefa dan Athirah.

"Eleh, blah lah! Gurau sikit pun tak boleh."

"Oi Emilya! I don't know if you dah tidur dengan mamat kunyit tu ke belum. Tapi kalau I jadi you, I fikir dua tiga kali. Kang nanti ada HIV, sendiri yang malu. Mengandung anak luar nikah, boleh gugur. Boleh bagi orang. Tapi kalau kena HIV? Lu fikirlah sendiri!" teriak Azizi kepada Emilya dan gundik-gundiknya dengan kuat.

Merah padam muka Emilya dibuatnya. Dia malu kerana Azizi sanggup membuka aib orang lain. Kurang ajar betul! Memang patut pun dia kena tumbuk dengan Zakwan tempoh hari.

"Aaaaaaaaaaaaaaaa!" Emilya menjerit sekuat hati menahan rasa geram terhadap Azizi. "Kurang ajar punya jantan! Kau tunggulah. Ingat kau sorang je boleh malukan aku? Ni Emilyana la. Aku boleh malukan kau lagi teruk nanti. Kau tunggulah nanti!"

"Sabar ya, Emil. Bawak mengucap," pesan Zeefa sambil mengurut-urut belakang queen bee-nya.

"Diamlah! Apa mengucap-mengucap? Kau nak aku ucapkan selamat tinggal to our friendship ke macam mana!? Bila aku tengah marah, just let me be. Tak perlu nak tenang-tenangkan!" marah Emilya sambil menepis tangan Zeefa yang cuba menenangkannya tadi.

Zeefa menikuskan diri dan berjalan memandang ke lantai di belakang Emilya. Mereka bertiga sedang berjalan menuju ke blok sebelah. Zeefa dan Athirah tidak pasti ke mana mereka mahu pergi. Mungkin Emilya mahu mencari Zakwan.

Tanpa sesiapa pun sedari, insiden di mana Azizi menghina Zakwan dan Emilya tadi disaksikan oleh Rio, Intan dan Ammar. Mereka sedang berada di tingkat paling atas blok sebelah, di mana letaknya makmal komputer. Ketiga-tiga mereka menggelengkan kepala melihat bagaimana Emilya melayan Zeefa dan Athirah. Kedua-duanya diperlakukan seperti hamba abdi. Kadang-kadang Rio sendiri pelik. Zeefa dan Athirah tu memang rela diperlakukan sebegitu ke? Hebat sangat ke Emilya itu sehingga membuat mereka tidak mempunyai pilihan selain dari menjadi minah turut? Entahlah. Apa pun alasan Emilya, Rio tetap tidak suka dengan caranya melayan Zeefa dan Athirah.

"Makin menggeletis si Emil tu aku tengok," kata Ammar, masih lagi memerhatikan srikandi tiga rangkai itu.

"Entah! Meluat pulak aku tengok. Kesian Zakwan kena couple dengan perempuan macam tu..." kata Intan.

Mendengar nama Zakwan, Rio terus memalingkan tubuh. Dia mengajak rakan-rakannya masuk ke makmal komputer seperti yang dirancang oleh mereka tadi. "Jom. Jangan buang masa tengok drama Akasia pagi-pagi ni."

"Akasia petanglah, Rio." Ammar membetulkan sambil berjalan membuntuti rakannya itu bersama Intan.

"Apa-apalah. Banyak sangat drama pun tak boleh jugak," ujar Rio yang semakin laju melangkah.

"Rio!" Intan memegang bahu Rio, membuatkan langkahnya terhenti.

"Apa dia?"

"Aku dengan Ammar ada soalan nak tanya kau ni," jawab Intan sambil bermain mata dengan Ammar.

"Soalan apa pulak kau nak tanya ni? Tak boleh buat dekat makmal kejap lagi ke?"

"Tak boleh. Sana ada orang. Sini takde. Kat sini kita boleh share secrets."

"Secrets? Secrets apa pulak ni?" Rio semakin tertanya-tanya apa yang cuba Intan sampaikan sebenarnya.

Intan dan Ammar mula bermain mata. Intan membuat isyarat kepada Ammar untuk bertanya soalan yang bermain dalam fikiran mereka dari minggu lepas.

"Err..." Ammar mula menyusun ayat.

"Err err! Cepatlah tanya!" marah Rio.

"Betul ke Zakwan tu gay jugak?" tanya Ammar sebelum menundukkan muka kerana tidak mahu bertentangan mata dengan Rio. Takut Rio memberinya pandangan paling tajam di alam semesta.

"Kenapa korang tiba-tiba tanya soalan ni?" tanya Rio kembali. Dia sudah berjanji dengan Zakwan untuk tidak mendedahkan orientasi seksualitinya kepada siapa-siapa. Biarpun mereka kini sudah tidak berkawan lagi, Rio masih tetap berpegang teguh pada janjinya itu.

"Takde. Haritu aku ada jumpa dia. Aku suruh dia mengaku yang dia gay sebab...aku pun gay jugak." Ammar akhirnya membuat pengakuan. Intan kelihatan seperti tidak terkejut. Mungkin dia sudah tahu dari awal lagi.

Lain pula bagi Rio yang tercengang seketika. "Kau biar betul ni, Ammar? Kau pun gay?"

"Yup. Like you said before, I am gay and I am proud. Aku dah tak boleh nak berpura-pura jadi orang lain lagi. Aku kena terima siapa diri aku. Thanks to you, Rio. Sekarang ni, aku confident dengan siapa diri aku."

Kata-kata Ammar itu ternyata menyentuh hati Rio. Tapi, ianya tak ada kena-mengena dengan Zakwan tadi! "Kejap, apa kena mengena kau gay dengan Zakwan? Kenapa kau suruh dia mengaku dia gay? Mestilah dia tak mengaku kan? Sebab tu kau tanya aku?"

Ammar menganggukkan kepalanya mengiakan semua pertanyaan Rio itu. Rio mengeluh lemah. "Look, Ammar. I am proud that you decided to come out of the closet. But you can't force anyone to admit that they're gay. What if they're not?"

Ammar dan Intan saling berpandangan. Sedar bahawa apa yang mereka buat tadi salah. Mana boleh sesuka hati je tanya. Hal peribadi orang kot!

"I don't want any of you guys to ask me who's gay and who's not anymore. Bukan ni sebab kenapa aku keluar dari closet. I hope you guys respect it. Dah, jom! Korang nak belajar macam mana nak edit video tak?"

"Nak!" Ammar dan Intan sama-sama menjawab. Mereka terus membuntuti Rio masuk ke dalam makmal komputer.

Rio sudah merancang untuk mengajar Ammar dan Intan asas penyuntingan video. Biarpun komputer yang digunakan pihak sekolah tidak secanggih MacBook Rio, sekurang-kurangnya masih ada Windows Movie Maker lagi. Jika Ammar dan Intan tidak mampu menggunakan software yang secikai itu, alamatnya software movie editor lain yang lebih canggih dan mengelirukan dalam MacBook dan Windows versi baru akan lebih sukar untuk dipelajari. Selepas ini, Ammar dan Intan akan ditugaskan untuk menyunting video-videonya di YouTube. Dia tidak mahu Ammar dan Intan fokus kepada pengisian sahaja. Mereka juga perlu belajar tentang teknikal. Ada banyak lagi video yang Rio akan rakam. Jadi dia perlukan lebih banyak tenaga. Tiada orang lain yang boleh diharapkan selain daripada mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience