Bab 18

Drama Series 29694

Sepanjang minggu peperiksaan, Rio duduk terperap di dalam biliknya. Langsung tidak keluar biarpun untuk makan malam bersama keluarga. Dia menggunakan alasan mahu mengulangkaji pelajaran tanpa sebarang gangguan. Ibu dan ayahnya terpaksa akur. Mereka tahu ada sesuatu yang disembunyikan namun mereka enggan bertanya dengan lebih lanjut. Takut Rio menjauhkan dirinya lagi.

Sebagai seorang pelajar pintar, dia tidak perlu mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh pun sebenarnya. Segala apa yang telah diajar oleh guru di sekolah telah lekat di ingatan. Dia lebih banyak meluangkan masa melayani perasaan di atas katil. Hatinya masih pedih menerima hakikat bahawa hubungannya dengan Zakwan telah berakhir. Zakwan adalah cinta pertamanya. Sebelum ini dia tidak pernah dilukakan sesiapa. Sakit hatinya itu begitu menusuk. Dia tidak berdaya untuk makan, minum, mandi dan mengeluarkan sebarang butir bicara. Hanya mereka yang pernah melalui fasa putus cinta saja yang mengerti apa yang sedang dilaluinya ketika itu.

Sendunya itu terbawa-bawa sehinggalah tamatnya musim peperiksaan. Rakan-rakan di sekeliling mula perasan akan perubahan sikapnya. Rio lebih banyak mendengar lagu-lagu putus cinta dari bersosial bersama teman-temannya. Baginya, hanya Adele, Sam Smith, Taylor Swift, Calum Scott, Ziana Zain dan Ella sahaja yang faham apa yang dirasakannya sekarang. Dirinya terbuai-buai oleh perasaan mendengar lagu-lagu mereka sambil menongkat dagu, merenung ke luar jendela, mengenang kembali memori indah ketika bersama Zakwan.

Pada suatu malam, ketika jam di dinding menunjukkan pukul tiga lima minit pagi, Rio terjaga dari tidurnya selepas mengalami mimpi ngeri. Tercungap-cungap dia cuba bernafas. Mimpinya itu cukup menakutkan. Dadanya ditikam bertubi-tubi oleh Zakwan. Tajamnya mata pisau dapat dirasakan seperti realiti. Pisau itu menembus masuk ke dalam kulitnya sehingga memancut-mancutkan darah pekat merah hingga ke muka.

Secara tidak sedar, dia beristighfar panjang. Wajahnya yang kebasahan akibat peluh, disapu-sapu dengan ganas. "This can't be happening. I have to stop this stupid phase!" Rio untuk cuba melenyapkan rasa sakit seperti yang dialami di dalam mimpinya tadi. Dia sudah tidak sanggup lagi menanggung derita. Dia mahukan dirinya yang dulu. Yang ceria dan sentiasa menceriakan orang-orang disekelilingnya.

Disebabkan Ammar dan Intan tidak tahu tentang hubungannya dengan Zakwan, Rio langsung tidak terfikir tentang mereka ketika dia mencapai telefon pintarnya untuk menghantar mesej kepada seseorang. Dia perlukan tempat mengadu. Jadi, dia mengajak Daniel dan Hilmi untuk lepak bersamanya keesokan hari di Bangi, seperti yang biasa mereka lakukan setiap bulan apabila tiba waktu perjumpaan dengan you pejuang hak semarataan komuniti LGBT di Malaysia.

Rio sudah menganggap Daniel dan Hilmi seperti abang-abangnya kerana usia mereka yang jauh lebih tua. Pemikiran mereka juga sudah tentu jauh lebih matang. Rio yakin bahawa mereka saja yang mampu membuat dia berfikiran rasional semula.

"Are you okay, dik?" tanya Hilmi, melihat Rio gelisah saja dari tadi. Mereka kini sudah hampir 15 minit berada di kafe itu. Pesanan telah pun dibuat. Perbualan kosong juga telah dimulakan. Cuma Rio masih belum bersedia untuk membuka mulut, menceritakan tentang masalahnya.

Rio tidak terus menjawab pertanyaan Hilmi. Dia menghela nafas panjang. Kemudian, pandangannya beralih pada Daniel dan Hilmi, yang hanya memerhatikan tingkah lakunya itu. "I just broke up with Zakwan..."

"Oh dear," Daniel dan Hilmi sama-sama bersimpati. Mereka saling berpandangan sebelum merangkul tubuh Rio sambil memberikan kata-kata semangat.

"Sabar ya, dik. Jangan sedih-sedih. We're here for you," ungkap Hilmi, yang bertambah simpati dengan Rio sebaik saja Rio mendakap tubuhnya dengan erat.

Daniel menganggukkan kepalanya sambil mengurut lembut belakang Rio dengan penuh rasa kasih. "He's right. We're here for you. You can let everything out. We won't judge. We will support you."

Terharu rasanya apabila dia diperlakukan sebegitu. Itulah yang dia mahukan dari mereka. Dia tidak menyesal menghubungi mereka semalam untuk pertemuan pada hari itu.

"Macam mana boleh putus? Are you okay to share with us? Kitorang sudi dengar if you have no problem with it," kata Daniel sewaktu dia dan Hilmi kembali duduk semula di tempat mereka tadi.

"Panjang ceritanya..." ucap Rio sambil membetulkan postur duduknya supaya tampak lebih yakin.

"Kitorang ada masa so you can take your time..." kata Hilmi, disokong oleh Daniel.

Rio tersengih melihat gelagat kedua-dua sahabat itu yang begitu prihatin terhadap dirinya yang sedang bersedih kini. Maka, tanpa perlu dipaksa, Rio pun menceritakan segala apa yang telah berlaku dalam hidupnya untuk beberapa minggu yang lepas. Daripada saat dia dipanggil menghadap pengetua akibat daripada video YouTube-nya, hinggalah ke saat di mana dia tidak lagi sanggup menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki biseksual yang masih belum melela.

Daniel dan Hilmi tekun mendengar. Sesekali mereka mencelah bagi memastikan Rio tidak terlalu memikirkan tentang rasa sakit di hatinya.

"You are so strong, dik. I am so proud of you." Hilmi menggenggam erat tangan Rio sebagai tanda memberi semangat.

"Thanks, Kak Mi..." Rio membahasakan diri Hilmi sebagai Kak Mimi kerana Hilmi lebih selesa dengan panggilan itu.

"Zakwan is not worth it, Rio. You did the right thing to break up with him." Daniel mengutarakan pendapat.

Hilmi menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. "Yeah, you deserve someone a lot better."

"Someone better? Maybe not for the time being kot. I'd rather be single at the moment."

"Really? You'd rather be single at this point of time when you need someone by your side?"

"Yeah. I don't need a boyfriend. I have you guys by my side."

"Awwwww..." kedua-dua Daniel dan Hilmi terharu dengan kata-kata Rio itu.

"You're so sweet-lah Rio. I don't understand why Zakwan tak reti nak appreciate you," kata Daniel sambil menghirup caramel frappucino yang dipesannya tadi.

"It's okay. Dah nasib kan. I feel so much better now knowing that I have you guys to listen to my problems." Rio meluahkan rasa syukur kerana Daniel dan Hilmi sudi keluar dengannya biarpun pertemuan itu dirancang dalam masa yang pendek.

"Actually, we almost didn't make it tau..." giliran Hilmi menghirup minumannya, unicorn raspberry.

"What do you mean?"

Hilmi memandang ke arah Daniel sebagai tanda menyuruh Daniel yang menceritakan apa yag dia cuba maksudkan. Daniel menghela nafas panjang. Kemudian, dia membetulkan postur duduknya dan mula bersuara. "Things have gotten a lot worse with the anti-LGBT movement."

"What do you mean?"

Daniel dan Hilmi saling berpandangan. Tidak pasti sama ada Rio bersedia untuk mendengar ataupun tidak. "One of our friends kena attack dengan diorang masa on the way balik dari kerja."

"And dia cedera parah. Still lagi ada dekat hospital." Hilmi mencelah.

"What? Sampai macam tu sekali? How come no one shared anything dalam group? If I had known, lebih baik kita pergi visit your friend dekat hospital daripada datang sini."

"We didn't want to create panic within the community. We have been told to lay low. We are not allowed to visit him in the hospital or else the extremists will notice. You know how anti-LGBT works kan? Diorang sanggup buat apa je untuk capai matlamat diorang. Bukan kawan kitorang tu je yang kena. Kebanyakan yang pernah jadi curator @twt_LGBT dekat Twitter tu mesti pernah dapat death threats dari diorang. Sebab tu sekarang account tu macam dah tak aktif dah. Sebab benda ni lah."

"You need to be more careful, Rio. Banyak mata yang memerhatikan kita. Silap langkah, kita tak tau apa yang diorang boleh buat." Hilmi memberi peringatan.

Rio menerima nasihat Hilmi itu dengan hati yang terbuka. Dia juga pernah menerima ugutan dari golongan anti-LGBT. Bermula dengan komen dalam video yang dimuatnaiknya. Kemudian, insiden di mana bangkai burung-burung gagak dibuang di halaman rumahnya. Dan baru-baru ini Rio dapat rasakan dirinya seperti sedang diekori oleh seseorang.

"Balik nanti, kalau boleh pandang belakang tau. Takut ada orang follow you. Kalau you naik Grab, make sure you ingat betul-betul nama driver tu," pesan Hilmi lagi.

"Apa dosa kita sampai diorang sanggup buat kita macam ni? Kenapa nak biarkan kita hidup dalam ketakutan? Salah ke kalau kita nak hidup aman damai? Nak orang terima diri kita seadanya?" Rio meluahkan rasa kesal terhadap golongan anti-LGBT ini yang tidak henti-henti cuba melakukan sesuatu terhadap kaum minoriti seperti mereka.

"Tak salah untuk kita hidup bebas, sayang. Tapi kita kena ingat. Dekat mana pun kita pergi, mesti ada orang yang akan benci dekat kita. Apa yang patut kita buat sekarang is to stay strong and make sure kita semua jangan berpecah belah. We need to stick together and kalau kita kuat, akak yakin kita boleh go through this."

Nasihat serta peringatan dari Daniel dan Hilmi itu dipegang kuat oleh Rio. Ketika dia pulang ke rumah, dia terasa khuatir sekiranya dia bakal diserang oleh golongan anti-LGBT. Namun, dia bersyukur kerana dia tiba dengan selamatnya. Rio tertanya-tanya sendiri. Sampai bila agaknya komuniti LGBT di Malaysia perlu hidup dalam ketakutan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience