Bab 51

Drama Series 29694

Suasana di hospital itu pada hujung minggu lazimnya agak sibuk dengan kunjungan demi kunjungan yang diterima oleh para pesakit yang dirawat. Sehinggakan para petugas di kaunter pertanyaan serta yang sedang membuat rondaan tidak menang tangan melayani kerenah setiap pelawat dan para pesakit yang memerlukan perhatian dari mereka.

Disebabkan Rio dan rakan-rakan sudah tahu di mana bilik wad Ammar, mereka tidak memerlukan perkhidmatan kaunter pertanyaan. Mereka terus naik ke tingkat tujuh di mana Ammar ditempatkan.

Rio ada meluahkan rasa gentarnya untuk berjumpa dengan keluarga Ammar. Dia khuatir sekiranya keluarga Ammar masih lagi menyalahkan Rio kerana menjadi punca kenapa anak mereka boleh begitu berani mengakui homoseksualitinya.

Zakwan juga turut berkongsi rasa yang sama. Dia berada di tempat kejadian ketika Ammar dibelasah teruk oleh Jack dan rakan-rakan. Entah apa khabar mereka kini yang sudah boleh digelar penghuni tetap sebuah sekolah juvana di Melaka.

"Don't worry. Last time when I mentioned your name to Ammar's mother, she seems okay. Tak cakap apa-apa pun. Biasanya kalau orang benci ni, dengar nama pun dia tak nak. Berdesing telinga diorang! Tapi mak Ammar okey je? Dia tak marah dah kot?" ada perkataan 'kot' di hujung kata-kata Intan kerana Intan sendiri sebenarnya tidak pasti sama ada ibu Ammar masih lagi membenci Rio dan Zakwan ataupun tidak.

Di dalam hati, Rio sekadar mampu berkata secara sarkastik, 'Thanks, Intan. That helps a lot!' Rio malas hendak mengeluarkan apa yang hatinya bicarakan kerana tidak mahu memandang remeh Intan yang sekadar mahu menjernihkan keadaan.

"Ala, berapa lama sangat mak bapak Ammar tu nak marah dekat korang? Dah anak dia tu memang gay boy, nak buat macam mana? Takkan kena hantar jumpa bomoh untuk hilangkan perasaan kunyit dia tu? Mak bapak dia kenalah fikir rasional sikit!" kata Emilya sewaktu mereka berempat berada di dalam lif. Entah kenapa, Emilya seperti menyokong pula seksualiti Ammar. Padahal, kalau ikutkan, dia sepatutnya menjadi batu api dan jarum halus bagi membanteras gejala LGBT yang sedang berleluasa kini.

Kerana terasa canggung dengan kata-katanya tadi yang turut disokong oleh Intan, Emilya pantas mengeluarkan iPhone-nya dari poket seluar untuk memeriksa mesej yang masuk.

Tiada notifikasi.

Emilya hanya mampu mengetap bibirnya. Kenapa Botak tak balas WhatsApp-nya tadi? Padahal dia dah taip panjang-panjang dan dah terangkan secara terperinci apa yang sedang kepalanya ligat rencanakan. Botak patut berbangga dengan teman wanitanya itu kerana berpegang teguh kepada falsafah mereka berdua untuk membendung gejala LGBT yang semakin menular. Ini tidak! Entah ke mana sajalah Botak menghilangkan diri? Hilang diri lagi! Makin lama Emilya makin naik muak dengan perangai Botak yang serupa biskut itu. Sekejap ada sekejap tak ada! Ingat Emilya ni call girl dia ke yang dia boleh cari bila rasa perlu je?

Cakap pasal call girl, tiba-tiba Emilya tergerak hati untuk menghubungi saja teman lelakinya yang menghilang lagi itu. Mungkin dengan panggilan telefon, Botak akan jawab dan Emilya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci berbanding teks yang dihantar yang semestinya telah di-short-form-kan struktur ayat dan bahasanya.

'Kejap lagilah aku call dia. Dia busy kot,' getus hati kecil Emilya yang masih lagi husnudzon dengan teman lelaki misterinya itu.

Ting!

Pintu lif terbuka dan keempat-empat mereka pantas berjalan menuju ke bilik wad Ammar. Mujur saja ibu dan bapa Ammar tiada di situ. Mereka sedang mengerjakan solat Asar bersama di surau berdekatan. Kemudian, menurut Ammar, ibu bapanya akan pulang ke rumah bagi melakukan kerja-kerja rumah yang tentunya sering tergendala semenjak Ammar masuk hospital, termasuklah membasuh baju, mencuci pinggan dan menyapu halaman rumah.

"Kau dah sihat dah?" tanya Rio sewaktu dia meleraikan pelukannya dengan Ammar.

Ammar mendesis kesakitan apabila pelukan Rio terlalu kuat untuk luka di badannya terima. Nampak gaya macam tak sihat lagi tapi Ammar masih mampu tersenyum. "Macam nilah weh. Doktor kata aku dah boleh keluar Sabtu depan."

"Dah boleh keluar dah? Bukan paper tak habis lagi?" tanya Intan.

"Hospital complain bilik wad tak cukup. Aku dah makin sihat. Cuma tinggal nak sembuhkan luka je. So diorang consult dengan Kementerian Pendidikan untuk benarkan aku amek exam dekat rumah je," jelas Ammar, membetulkan postur katilnya menyerong sedikit ke atas supaya senang untuk dia bersandar.

"Wow best-nya dapat jawab exam kat rumah. Tak payah pakai baju sekolah apa semua. Pakai baju tidur je dah boleh jawab!" Intan pula yang teruja.

Kesemua mereka yang ada di situ tersenyum-senyum melihat keterujaan Intan. Kalau hendak diikutkan, mereka juga mahu menjawab soalan SPM di rumah. Lagi senang. Tak ada gangguan. Cuma ada pengawas je yang mengawasi mereka sepanjang peperiksaan berlangsung. Lagipun, mereka semua bukannya kaki bawak toyol ke dewan peperiksaan pun. Jadi, tak ada sebab untuk mereka rasa tak selesa berdua-duaan dengan pengawas peperiksaan di dalam satu bilik kerana mereka memang jujur menjawab.

"So far macam mana exam? Okey tak?" Rio bertanya sambil duduk di birai katil Ammar. Ammar mengesot sikit memberi ruang kepada Rio untuk duduk, disusuli oleh Zakwan dan Emilya.

Ammar menjongketkan keningnya. 'Apahal minah ni boleh sesat kat sini ni? Diorang dah berbaik ke apa?' Satu senyuman sinis terukir di bibir Ammar. Emilya ni pantang betul nampak peluang untuk menggedik dengan Zakwan. Dia pasti akan menyambarnya secepat yang boleh. Masalahnya, kalau Zakwan minat dia jugak takpe. Ni Zakwan dah tentu-tentu pandang Rio sorang je. Rasanya si Emilya tu dah boleh dah move on, bisik hati Ammar lagi yang tidak tahu bahawa Emilya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang mereka semua tidak kenali. 'Agaknya dah baiklah kot diorang ni. Emilya pun haritu ada datang mintak maaf kat aku sebab masuk hospital kena belasah dengan budak-budak homofobia.'

"Ammar..." Rio membawa Ammar kembali fokus kepada sahabat-sahabatnya yang lain. "Mak ayah kau ada cakap apa-apa pasal aku dengan Zakwan?"

Pertanyaan dari Rio itu membuat bilik wad itu jadi krik krik seketika. Emilya memandang siling. Intan pula memandang cadar katil. Manakala Zakwan menoleh ke arah kekasih hatinya. Dia juga ingin tahu apa perasaan ibu bapa Ammar kepada dia dan Rio. Adakah mereka masih marah lagi?

Ammar mengeluh panjang. Seolah-olah memberi tanda bahawa jawapan yang akan keluar dari mulutnya mungkin tidak akan menyenangkan. "Biasalah orang tua-tua. Mana boleh nak terima perubahan macam ni. Diorang ada hantar ustaz untuk nasihatkan aku. Tiap-tiap malam, baca surah Yassin dan buat solat hajat bagi aku dijauhkan dari terus jadi gay. Rimas aku dibuatnya!" luah Ammar.

Ammar terus bercerita tentang apa yang perlu dihadapi olehnya sepanjang berada di dalam hospital. Dia masih lagi menjadi mangsa cercaan dan makian di media sosial, sehingga membuatkan di mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaun-akaun media sosialnya buat sementara waktu. Dia tidak mahu menyakitkan hati sendiri dengan rasa benci dari orang lain. Dia lebih rela membuahkan rasa sayang dengan menerima siapa dirinya yang sebenar. Dia lebih bahagia begitu.

Emilya yang turut tekun mendengar luahan hati Ammar mula berasa simpati. Dan simpatinya itu bukan olok-olok sebaliknya betul-betul dirasakan. Mungkin hatinya masih sakit melihat hubungan percintaan antara Rio dan Zakwan kerana dia sendiri pernah menaruh hati pada Zakwan. Berlainan pula dengan Ammar yang menjadi mangsa kebencian orang jahil. Emilya rasa Ammar tidak berdosa untuk menerima ujian yang sebegitu hebat. Entah macam mana, matanya mula berkaca mengenangkan nasib yang melanda diri Ammar. Ammar masih lagi mendapat tentangan dari keluarganya berbanding Rio dan Zakwan yang perlahan-lahan mula diterima. Ini benar-benar tidak adil, hati Emilya merintih.

Sedar bahawa ceritanya itu menimbulkan rasa sayu rakan-rakan yang datang melawat, Ammar cepat-cepat menceriakan semula keadaan. "Korang tak payah risaulah pasal aku. Tau la aku jaga diri aku nanti. Selagi aku tak diserang secara fizikal, aku akan okey."

"Tapi Ammar, serangan dari segi mental dan emosi lagi teruk sakitnya dari fizikal." Zakwan membidas.

Ammar tersenyum. Seperti mengiakan namun dia menjawab kembali, "Siapa kata? Kau tengok aku terlantar kat sini berapa lama? Emosi dan mental aku dah okey dah. Fizikal ni je yang masih sakit lagi."

Pandai betul Ammar cuba untuk tidak mensayukan lagi keadaan. Zakwan terus diam. Dia hanya mampu tersenyum melihat kekuatan yang ada dalam diri Ammar. Kalau dia jadi Ammar, belum pasti lagi dia mampu mengharunginya. Ammar benar-benar memberi inspirasi kepada dirinya yang baru hendak menerima siapa dirinya yang sebenar.

"Rio, apsal kau dah tak update video baru lagi? Bosanlah video kau yang last tu. Siap nangis-nangis bagai. Dah macam apa dah aku tengok. Orang nak have fun tengok video kau. Bukannya nak sedih-sedih. Move on la dari chapter 'I'm gay' kau tu. Semua orang dah tau. You made a point already. So let's focus on other topics pulak. Something light. Something like 'Tips Menghadapi Peperiksaan'? How's that?" Ammar melontarkan ideanya yang mungkin disimpan sekian lama.

Rio hanya mampu tersenyum. Satu idea yang bernas kalau hendak diikutkan. Memang video terakhirnya yang dimuatnaik tempoh hari video luahan rasa kesalnya terhadap golongan anti-LGBT dan tentang betapa dia rasa bersalah kerana telah menjadi punca Zakwan dan Ammar diserang serta banyak lagi sebab-sebab lain yang telah menggugat keselamatan orang yang tidak berdosa.

"Nantilah. I'll think about it. You should be in the video too." Rio memandang wajah rakan-rakannya yang ada di situ satu per satu. Ammar, Intan, Emilya dan Zakwan. Kemudian, dia tersenyum. Senyuman yang jelas benar terpancar bahawa ada sesuatu yang hebat ingin diperkatakan. "In fact...I think all of you should be in my video."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience