Zakwan, Ammar, Intan dan Emilya masih sedang bergelak ketawa di halaman rumah Rio. Waktu itu mereka sudah pun bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing. Hari pun sudah semakin gelap. Ada yang masih perlu mengulangkaji pelajaran bagi menduduki kertas-kertas terakhir SPM. Ibu ayah masing-masing pun dah mula mencari ke mana anak-anak mereka pergi.
"Thank you so much for supporting me today. Can't wait to see my fans punya reaction," ujar Rio sewaktu dia menghantar rakan-rakannya ke depan pintu pagar.
Emilya menepuk belakang Rio dengan senyuman ikhlas. "It's our pleasure. Let us know bila kau dah upload video tu okey?"
Rio menganggukkan kepalanya sebelum mengucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan termasuklah buah hati pengarang jantungnya, Zakwan.
"I'll FaceTime you tonight, okay?" kata Zakwan.
"Ugh! Get a room!" marah Emilya yang akan membonceng motor dengan teman lelaki Rio itu. Manakala Ammar dan Intan pula akan sekadar menaiki Grab.
"Relakslah, Emil. Takkan jealous lagi kot?" Ammar berseloroh, membuatkan semua yang ada di situ pecah tawa mereka.
"Tak ada kerja aku nak jealous. I only date straight guys now."
"Well I'm a bisexual so..." kata Zakwan sewaktu dia menghulurkan helmet lebih di dalam tempat duduk motorsikalnya kepada Emilya.
Emilya menyambut helmet itu sambil bertanya kembali kepada Zakwan, "Really? Have you ever had sex with a girl?"
Semua yang ada di situ terkedu mendengar pertanyaan Emilya. Masing-masing saling berpandangan dan menantikan jawapan dari mulut Zakwan.
Terkulat-kulat Zakwan menjawab, "Err...tak."
Emilya tersengih sambil menyarungkan helmet yang diberi oleh Zakwan tadi. "Then you're gay."
Sebaik saja Zakwan menghidupkan motor, Emilya terus duduk di belakang. Dia memberikan senyuman terima kasih kepada Rio kerana membenarkan Zakwan dan dia pulang bersama-sama.
Rio membalas senyuman Emilya sebagai tanda dia memang merestui perkara tersebut. Buat apa nak cemburu? Macam yang Emilya sendiri katakan tadi, si Zakwan tu gay. Takkanlah Zakwan nak layan Emilya macam dulu? Kalau dia berani buat macam tu, Rio pun tak takut nak mintak putus lagi sekali.
"Bye semua. Grab driver kitorang pun dah sampai ni. Jumpa lagi!" kata Intan sebelum mendekati sebuah kereta Perodua Myvi yang berhenti betul-betul di hadapan rumah Rio.
Ammar dan Rio berpelukan sebelum mereka berpisah. "Take care," pesan Rio kepada Ammar.
"You too." Ammar pantas berlari masuk ke dalam Myvi tadi.
Selepas saja Myvi itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Rio, giliran Zakwan dan Emilya pula yang beredar.
"Baik-baik bawak motor tu, Zack!" pesan Rio sebelum masuk semula ke dalam rumah.
**********
Emilya turun dari motor Zakwan sebelum menanggalkan helmet yang terpaksa dipakai selama 15 minit perjalanan. Dia membetul-betulkan rambutnya sebelum memulangkan semula helmet itu kepada Zakwan. "Thanks for sending me back home."
"No problem." Itu saja yang mampu Zakwan katakan ketika dia menyambut helmetnya dari tangan Emilya.
Emilya masih tidak berganjak seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan kepada Zakwan. Zakwan yang sedar akan perkara itu mematikan enjin supaya dia boleh dengar dengan jelas apa yang ingin Emilya katakan. "Yes?"
"I...nak mintak maaf dengan you sebab...buat you dengan Rio ada masalah dulu."
Zakwan diam. Dia tahu ada lagi yang ingin diperkatakan oleh Emilya jadi dia biarkan Emilya habis dulu.
"I tahu I tak patut buat macam tu. I was behaving like a bitch because...I was so jealous of you and him. I want you for myself. You know I had a huge crush on you, kan?"
"Yeah. I think everyone knows that."
Emilya tertawa kecil. "How pathetic. Memalukan betul! Tak tau malu kan I ni? Beria nak sangat dekat jantan yang tak nak dekat I? My God! So embarrassing!"
"It's okay. Benda dah lepas. I dengan Rio pun ada discuss pasal benda ni. We already forgave you. So you don't need to worry."
"You and Rio really make a cute couple. I ship the two of you. I hope one day I'll find someone like you in my life."
Zakwan menjongketkan keningnya. "Find someone? I thought you dah ada boyfriend?"
"Ugh! I don't want to talk about that douchebag." Emilya menjulingkan biji matanya.
Zakwan tersenyum. "Okay, sorry. I pun harap satu hari nanti you akan jumpa dengan lelaki yang jauh lagi baik dari mamat yang you selalu jumpa dekat depan sekolah tu."
"Thanks, Zack. You're the sweetest. Rio is so lucky to have you."
Zakwan mengalihkan pandangan ke arah awan yang menggelap. "Actually..." dia memandang semula ke arah Emilya. "...I yang rasa bertuah ada dia dalam hidup I."
"Aww...I pulak yang melting dengar."
Zakwan tertawa. "Okeylah, I gotta go before my mum cari I. See ya, Emils!" Enjin kembali dihidupkan dan Zakwan terus memecut laju ke rumahnya yang terletak lebih kurang 500m dari rumah Emilya.
Sebaik saja Zakwan hilang dari pandangan, Emilya terus menghala ke pagar rumahnya untuk membuka kunci. Dia tahu ibu dan ayahnya tiada di rumah kerana waktu Maghrib akan masuk kurang dari 30 minit lagi. Mereka berdua memang suka ke surau awal-awal. Nak kejar saf yang paling depan.
Belum sempat pagar rumah dibuka, gugusan kunci yang dibawa keluar dari beg tangan dirampas oleh seseorang. Emilya hampir menjerit sewaktu dia menoleh ke belakang namun orang yang merampas gugusan kuncinya tadi meletakkan jari telunjuknya pada bibir Emilya.
"Jangan menjerit kalau kau tak nak aku kelar leher kau!" orang yang merampas gugusan kunci Emilya tadi ialah Botak. Dia kelihatan sangat tidak terurus selepas kali terakhir Emilya berjumpa dengannya di restoran mamak.
"Kau nak apa, sial? Kau dekat kawasan perumahan tau sekarang. And kau tengah diburu polis. Takkan kau nak cari pasal kot?" Emilya cuba menakut-nakutkan.
"Kau jangan sombong dengan aku, Emil. Kau tau kan kau hutang darah dengan aku?"
Hutang darah? Dahi Emilya berkerut. "Apa yang kau merepek, setan!?"
"Kau tak payah nak bajet suci. Bukan main sekarang ni eh. Siap dah naik motor sekali dengan budak kunyit tu. Kau ni memang murahan!"
Emilya menolak tubuh Botak. Biarpun tidak kuat, tetapi cukup untuk membuat lelaki itu terundur satu langkah. "Apa masalah kau ni, Botak? Kau cemburu? Kita dah tak ada apa-apa dah. Aku bebas untuk keluar naik motor dengan sesiapa je. Bapak aku pun tak bising, yang kau nak sibuk kenapa?"
"Mungkin kau lupa janji kau dengan aku, Emil. Kau janji untuk tolong aku pisahkan dua budak kunyit tu. Lepas tu, kau janji nak tolong aku bawak diorang pergi jauh dari sini supaya diorang berhenti dari menjadi kunyit dalam negara ni. Kau lupa janji-janji kau sebelum ni? Itu sebab aku suruh kau rapat dengan diorang. Supaya kau boleh dapatkan kepercayaan diorang. Kau dah lupa semua tu?" Botak datang mendekati tubuh Emilya.
Menyedari dia tidak lagi boleh ke belakang kerana pintu pagar masih belum terbuka, Emilya menolak tubuh Botak. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. "Jangan melampau, Botak!" marah Emilya kerana hampir berlaga tubuh dengan lelaki keparat di hadapannya itu.
"Aku masih nak tuntut janji-janji kau tu."
"Aku dah putus dengan kau! Dan aku dah cakap haritu yang aku takkan teruskan rancangan kau tu. Kau tak faham lagi ke ha!?" Emilya sengaja meninggikan suaranya sedikit supaya Botak pergi dari situ kerana khuatir jiran-jiran keluar membantu Emilya.
"Tak semudah tu, Emil. Aku takkan lepaskan kau macam tu je. Kau tunggulah. Aku akan datang balik. Dan kali ini, aku akan pastikan kau menyesal sebab tak nak tolong aku. Kau tunggulah!" Botak menjengilkan biji matanya membuat Emilya menikus.
Menyedari lampu-lampu di luar rumah jiran tetangga mula dihidupkan selepas langit menggelap, Botak terus berlalu pergi menyusuri lorong-lorong kecil di kawasan perumahan itu. Dia sempat mencampak gugusan kunci Emilya dalam tangannya ke lantai.
Selepas ditinggalkan, barulah Emilya dapat bernafas seperti biasa. Dia benar-benar khuatir sekiranya dia diapa-apakan oleh Botak tadi. Kerana terlalu takut, Emilya pantas mencapai gugusan kunci tadi dan masuk ke dalam rumah. Sebaik berada di dalam rumah, dia terus menangis teresak-esak membelakangi pintu.
"Ya Allah, selamakatkan aku dari lelaki yang macam Botak..." pintanya dalam diam.
Share this novel