Bab 4

Drama Series 29694

Sebaik saja Rohaya pulang ke rumah, dia terus mengajak Rio ke IOI City Mall untuk membeli-belah dan menikmati makan malam bersama. Dia mahu memanjakan anaknya itu setelah apa yang berlaku siang tadi. Rohaya masih tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya membiarkan anak mereka sendirian di rumah sepanjang ketiadaannya minggu lepas. Sebagai tanda memujuk, Rohaya merancang untuk membelikan Rio baju baru. Kemudian, dia mahu membawa anaknya itu makan sushi kerana dia tahu Rio sukakan sushi. Dia berharap agar Rio tidak lagi rasa seperti dipinggirkan oleh ibu bapa sendiri. Rohaya tahu anaknya itu manja orangnya. Maklum sajalah, Rio adalah anak tunggal. Tiada adik-beradik lain untuk dijadikan teman. Tambahan pula, tahun ini Rio bakal menduduki SPM. Jika fikiran dan emosinya terganggu, tentu dia tidak akan dapat menumpukan perhatian pada pelajaran. Tidak seperti Iskandar, Rohaya berfikiran lebih jauh. Dia lebih mengenali hati budi anaknya itu.

Rio yang memang jenis tidak cerewet dengan segala apa yang ibunya ingin curahkan, sekadar menurut. Dia tak kisah pun kalau tak ada baju baru sebenarnya. Baju-bajunya dalam almari dalam bilik pun banyak lagi yang belum dipakai. Macam manalah boleh tak banyak kalau setiap kali Rohaya dan Iskandar bergaduh, mereka akan menghadiahkan Rio dengan berpasang-pasang baju baru. Mereka berdua pula jenis yang sentiasa tidak sebulu. Sebab itulah baju-baju Rio tidak terpakai sampailah ke hari ini kerana terlampau banyak di dalam almari. Itu baru baju. Belum barang-barang lain lagi seperti kasut, gajet, permainan video dan banyak lagi. Rio sekadar mampu menggeleng-gelengkan kepalanya apabila Rohaya berkeras mahu membelikan anaknya itu sesuatu.

Sepanjang perjalanan, Rio asyik mengenang kembali insiden yang terjadi di sekolah tadi. Biarpun dia banyak menerima kata-kata semangat dari rakan-rakannya termasuk Zakwan sendiri, merangkap teman lelakinya, insiden itu masih tetap memberi impak yang mendalam terhadap dirinya. Rio sebenarnya terkejut melihat reaksi negatif teman-teman di sekolah. Lebih-lebih lagi dari Emilya. Emilya langsung tidak mahu bercakap dengannya tadi. Sebaliknya, gadis itu melarikan diri apabila mereka bertembung.

"Rio, sayang. Are you okay, my dear?" Rohaya bertanya dengan penuh rasa prihatin apabila dia ternampak Rio sedang termenung jauh sepanjang berada di dalam kereta.

"Yeah, I'm fine. Penat sikit je. Trial exam nak dekat dah." Rio memberi alasan supaya ibunya tidak bertanya lebih-lebih.

Rohaya tidak memberi sebarang respons. Dia sekadar memandang wajah anaknya dengan penuh rasa simpati. Kemudian, dia kembali fokus kepada pemanduan. Sementara Rio pula kembali merenung ke luar jendela sambil memikirkan tentang apa yang akan terjadi kepada dirinya selepas ini.

"Rio, I know I put you under a lot of pressure this year. But you do understand why, kan? It's for your own good. For your future. I really want you to pursue your studies dekat UK. That's why I want you to score straight A's. So that you'll get a scholarship to go there," panjang lebar Rohaya menerangkan untuk kali ke berapa pun Rio tidak pasti.

Keluhan lemah dihamburkan. Rio memang sudah masak dengan rancangan ibunya itu semenjak dari dia sekolah rendah lagi. Dia sendiri sudah bersetuju dengan rancangan ibunya itu. Memang dari dulu lagi dia teringin hendak menetap di negara orang putih. Dan dia sudah merancang untuk membawa Zakwan bersama. Di sana nanti, dia akan dapat hidup bebas dengan teman lelakinya kerana mereka sudah tidak perlu bersembunyi lagi. Dia mahu diberikan kebebasan untuk mencintai sesiapa saja yang dia kehendaki. Biarpun Rio tahu di negara Eropah sendiri masih terdapat banyak golongan anti-homoseksual, sekurang-kurangnya hampir keseluruhan penduduk di sana sudah lebih terbuka. Sekiranya terdapat sebarang ancaman terhadap pasangan dalam kalangan komuniti LGBT, mereka pasti akan saling melindungi dan menentang golongan homophobia.

Di Malaysia, terdapat beberapa pejuang keamanan yang menuntut hak kesamarataan terhadap golongan LGBT. Rio sendiri adalah sebahagian dari kumpulan pejuang itu. Biarpun mereka saling bantu-membantu sekiranya ada yang mengalami kesusahan dari segi kewangan, kesihatan, keluarga dan percintaan, Rio rasa ianya tidak cukup. Dia mahukan sesuatu yang lebih dari itu. Satu akta yang benar-benar melindungi golongan LGBT. Sayang sekali, di Malaysia tiada akta yang melindungi mereka. Sebab itu mereka sering didikriminasi dan ditindas. Lebih parah lagi, ada yang menjadi mangsa keganasan.

"Rio, are you even listening to me, my dear?"

Lamunan Rio terhenti. Dia pantas menggeleng-geleng kepalanya. Kemudian, dia cuba mengingat kembali apa perkara terakhir yang diungkap ibunya sebelum dia mengelamun jauh tadi. Selepas teringat, Rio pantas menjawab, "Don't worry about it, mommy. Everything is under control. I'm just tired, that's all."

Rohaya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mengusap rambut Rio. Ketika itu mereka sudah pun tiba di perkarangan IOI City Mall. Rohaya yang memang malas mencari parkir kereta, menggunakan perkhidmatan valet di situ.

"Jom, Rio. Where do you wanna go first?" tanya Rohaya, teruja. Dalam diam sebenarnya dia pun sudah merancang untuk membeli-belah sepuasnya. Maklum sajalah, baru gaji semalam!

Rio berfikir sejenak. "Can we go to Uniqlo?"

"Of course, sayang. Anything for you. Come, let's go!" Rohaya memimpin tangan anaknya itu dan mereka sama-sama berjalan menuju ke Uniqlo.

**********

Setelah puas bertawaf, kedua beranak itu bersedia untuk menikmati makan malam di Sushi King. Rio masuk ke dalam restoran itu membawa bersama dua bungkus beg kertas berisi baju baru. Rohaya pula membawa masuk hampir 10 bungkus beg kertas! Sampai tak muat tangannya membawa beg-beg itu.

"Oh my God, banyak gila mommy shopping hari ni! Confirm daddy mengamuk tengok bil credit card nanti," ujar Rohaya sewaktu dia sedang menyusun beg-beg kertasnya itu di sekeliling meja makan.

Rio sekadar mampu memerhatikan sambil tersenyum sinis. Rohaya mengingatkannya kepada sisi femininnya. Manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Rio tertawa kecil tanpa Rohaya sedari.

**********

Usai membuat pesanan, Rohaya mula membalas emel dan mesej-mesej yang masuk ketika dia sedang sibuk membeli-belah tadi. Sementara Rio pula bermain-main dengan chopstick di atas meja.

Naluri ibu Rohaya kuat mengatakan bahawa Rio sebenarnya mempunyai masalah. Dan masalahnya itu tak ada kena mengena pun dengan pelajaran. Rohaya kenal benar dengan anaknya itu. Rio tak pernah ada masalah dengan pelajaran. Kalau ada pun, mesti dia akan cakap. Ini tidak. Dia macam cuba menyembunyikan sesuatu.

"Rio, are you okay?"

Rio mendongak dan mengerutkan kening mendengar pertanyaan ibunya itu. "Err...okey je. Why do you asked?"

"Boleh tak jangan tipu mommy this time?"

Soalan cepu emas Rohaya itu ternyata membuat Rio terperanjat. "Apa maksud mommy?"

"You have problems at school, right? Yang tak ada kena-mengena with your studies, betul tak?" tanya Rohaya, tegas.

Hebat betul firasat hati ibunya. Dia betul-betul boleh baca ada benda yang tak kena.

"Err..."

"Don't lie to me again this time!" bentak Rohaya.

Rio merengus kasar. "Fine! I'll tell you."

"That's my boy."

"It's about Emilya."

"Emilya? Yang bapak dia kerja MAS tu?" tanya Rohaya, tanda kepastian.

Rio pantas menganggukkan kepalanya.

"What about her?" ada rasa kurang enak dalam hati Rohaya. Nak kata Rio dan Emilya pasangan bercinta, tak juga. Rohaya tahu anak tunggalnya itu lebih tertarik pada lelaki. Tetapi kalau Rio mahu bercinta dengan Emilya pun, Rohaya tidak menghalang. Dia lebih suka. Iskandar pun pasti akan bersetuju.

"Please don't be angry with me if I tell you this."

Lagilah Rohaya berasa tidak sedap hati bila Rio cakap begitu. Tapi Rohaya cuba untuk berlagak seperti tiada apa-apa. Kalau tidak, dia khuatir Rio tidak jadi untuk bercerita. "Okay, I promise."

"I...kinda came out of the closet in one of my videos. Now everybody at school knows that I'm gay."

Rohaya terdiam. Namun, dia tidak terkejut kerana dia tahu anaknya itu memang teguh memperjuangkan hak-hak kemanusiaan terutama sekali untuk golongan LGBT. Rohaya tahu satu hari nanti anaknya itu akan berani mati memberitahu seluruh dunia bahawa dia seorang lelaki homoseksual. Cuma Rohaya tidak sangka begitu awal sekali perkara itu terjadi. Apalah agaknya respons Iskandar sekiranya dia tahu? Rohaya cuba untuk tidak memikirkan perkara itu buat sementara. Dia lebih tertarik untuk mengetahui masalah anaknya. "Okay. I believe you already know what you were doing?" soalan psiko itu sengaja diajukan.

"Yup. I've thought about it and I have decided to be the icon. An LGBT icon in Malaysia."

"So apa kena-mengena benda ni dengan Emilya? Let me guess. Dia tak nak kawan dengan Rio dah?"

Dengan lemah, Rio mengangguk-anggukkan kepalanya. Mimik wajahnya berubah monyok mengenang kembali apa yang terjadi antara dia dengan Emilya di sekolah tadi.

Rohaya berfikir sejenak sebelum memberi respons kepada Rio. "Rio...listen to me. When you first told us that you're not straight, to tell you the truth, we were actually so very proud of you. Because we know that not everyone has the guts to say it out loud. Lagi-lagi dengan parents diorang. But you did anyway. And we are okay with it. Because we love you. For us, you are so much more than that. And if Emilya cannot see that, then shame on her. It's not your fault. She was the one who made that call. Not you. So you got nothing to be ashamed of."

"But it's not about being ashamed or anything. I kinda lost a friend because I came out." Rio menghembus nafas kecewa. Sementara Rohaya memerhatikan dengan penuh rasa kasih. Perlahan-lahan Rohaya mencapai tangan anaknya.

"Listen to me, Rio. There's nothing wrong with coming out of the closet. If Emilya or any other friend of yours cannot accept you for who you are, then they're not really a good friend. Find someone who will accept you for who you are. I'm sure ada yang terima you seadanya, kan?" tanya Rohaya.

Rio tidak berfikir panjang. Dia menganggukkan kepalanya sambil berkata, "Ada."

"Keep him. Or her. They're your true friends. Okay?" Rohaya memberi pesan.

Rio menganggukkan kepala sekali lagi. Serentak dengan itu juga, makanan yang dipesan tadi pun tiba. Rio dan ibunya saling bertepuk tangan. Masing-masing sudah kelaparan kini setelah puas bertawaf tadi. Makan malam itu adalah penutup hari mereka yang paling dinanti-nantikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience