Bab 14

Drama Series 29694

Seorang lelaki berbadan sasa dan berkepala botak sedang berjalan dengan langkah gagah menuju ke sebuah dewan komuniti di pinggir bandar yang kelihatan seperti sebuah dewan biasa dari luar tetapi mempunyai rahsia yang tersembunyi. Dia membuka cermin mata hitam dan menyimpannya di dalam kocek jaket kulit yang terletak kemas di atas tubuhnya tatkala melangkah masuk ke dalam dewan itu. Wajahnya ketat. Tidak ubah seperti seorang gengster. Siapa saja yang memandang, pasti akan gerun. Dia disapa mesra oleh rakan-rakannya yang berada di dalam dewan itu. Mereka sedang mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Khadir, seorang veteran yang masih kelihatan muda kerana rambutnya yang tidak memutih.

"Ha, Botak! Balik pun kau. Apa cerita budak Rio tu? Mana dia sekarang?" tanya Khadir, sambil mengurut-urut janggutnya yang mencecah ke dada.

"Still MIA, boss. Dia tak balik-balik rumah lagi. Saya sendiri tak tahu dia pergi mana," lapor Botak. Dia berdiri tegak mengadap pengerusi mesyuarat itu. Selagi tidak disuruh duduk, Botak tidak akan berani melabuhkan punggungnya.

"Kau dah check sekolah dia?" tanya Khadir, serius.

"Err..." terkulat-kulat Botak cuba menjawab. "Saya...erm...tak tahu dia sekolah dekat mana."

"BODOH!" Khadir menepuk meja seraya bangun mendapatkan Botak dengan berang. "TAKKAN ITU PUN AKU NAK AJAR KAU, BANGANG!?" jerit Khadir, betul-betul ke dalam telinga sebelah kanan Botak.

Biarpun berbadan sasa, apabila dia disergah sebegitu, Botak menikuskan dirinya. "Ma...maafkan saya, boss."

"Tak boleh nak diharap langsung!" Khadir mundar-mandir di sekeliling ahli mesyuarat yang tidak lebih dari 10 orang itu. Kesemua mereka turut tidak berani mengeluarkan sebarang bunyi. Mereka faham benar akan perangai Khadir terutama apabila dia sedang marah. 

Khadir memandang tajam ke arah Botak. "Sekarang ni, aku nak kau pergi cari dia dekat sekolah. Walau apa pun yang berlaku, aku nak tahu dekat mana dia sekarang. Kau jangan buang masa aku, Botak. Aku ada ramai lagi geng kunyit yang nak dikerjakan ni. Kalau kita tak buat sesuatu, habislah akidah anak-anak bangsa."

Botak menganggukkan kepalanya dengan lemah. Dia tidak berani bertentangan mata dengan pengerusinya itu. Khadir seorang ketua yang sukar untuk diramal. Bila-bila saja dia boleh hilang kesabaran.

Melihat Botak langsung tidak berganjak, Khadir menyergah lagi. "TUNGGU APA LAGI SITU!?"

Kelam-kabut Botak keluar meninggalkan dewan itu dan melakukan apa yang telah disuruh. Rakan-rakannya di situ hanya mampu tersengih. Mereka faham. Kerana mereka juga pernah dimarahi oleh Khadir sebelum ini.

Khadir mengambil tempat duduknya kembali. Dia menarik nafas panjang sebelum mengurut-urut janggutnya sambil memandang ahli-ahli mesyuaratnya yang diam saja dari tadi. "Baiklah...dekat mana kita tadi?"

"Kita tengah cakap pasal Sajat dengan Coach Yin, boss..." jawab salah seorang dari pengikutnya itu.

"Apa yang diorang dah buat kali ni?"

"Diorang keluar single baru, boss..."

Khadir masih lagi mengurut-ngurut janggutnya dengan wajah yang serius. Kemudian, dia mengepal jemarinya dengan kuat. "Tak guna punya bapok. Aku dah bagi warning jangan buat macam-macam lagi, dia degil jugak!"

"Boss nak kitorang kacau anak-anak angkat diorang lagi ke?" tanya pengikut Khadir.

Khadir menjeling. "Jangan! Kita kena buat cara lain. Tolong carikan aku nombor telefon Safiey Ilias. Aku ada benda sikit nak runding dengan dia."

"Baik, boss!"

**********

Seminggu telah berlalu semenjak Rio tinggal bersama keluarga Zakwan. Dia sudah dapat menyelesakan dirinya di rumah mereka. Keluarga Zakwan sangat prihatin terhadapnya. Rio dapat rasakan hubungannya dengan Zakwan seperti sudah direstui oleh 'ibu bapa mertuanya'.

Esok, Peperiksaan Percubaa SPM Pertama akan bermula. Rio dan Zakwan tidak mensia-siakan masa yang mereka ada. Kedua-duanya sedang sibuk mengulangkaji pelajaran bersama. Sesekali Salwa akan melawat mereka di bilik Zakwan. Salwa bersyukur kerana Zakwan mendapat seorang tutor yang benar-benar tekun mengajar anaknya.

Ketika sedang sibuk menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas untuk subjek Matematik, Rio dan Zakwan terdengar suara seorang perempuan di luar rumah memberi salam. "Assalamulaikum!"

Suara itu semakin meninggi ketika salam kedua diberi.

"Siapa pulak tu?" Rio bertanya pada Zakwan.

Zakwan menjongketkan bahu. Mereka berdua sama-sama berjalan ke arah tingkap bilik untuk mengintai ke luar.

Kedua-duanya tersentak melihat siapa yang berada di luar itu. "Emilya!?"

"Apa dia buat kat sini?" tanya Zakwan, mula panik. Khuatir sekiranya Emilya dapat tahu yang Rio kini berada di dalam rumahnya.

"I have no idea..." itu saja yang mampu dijawab oleh Rio.

Zakwan tertanya-tanya sama ada kedatangan Emilya itu ada kena-mengena dengan insiden di mana mereka saling berlanggar di hadapan bilik guru minggu lalu. 'Takkan dia nak balas dendam dekat aku?' getus hati Zakwan.

"Eh Emilya!" suara Salwa kedengaran menyahut salam Emilya di bawah.

Rio dan Zakwan memerhatikan saja Emilya disambut mesra oleh Salwa. Emilya menyerahkan sepinggan kuih kepada Salwa. Kemudian, kedua-dua mereka tertawa sambil berbual-bual mesra.

Kedua-dua mereka rengsa apabila tidak dapat mendengar perbualan di antara Salwa dan Emilya di bawah. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan mencuri dengar dari tangga rumah.

"Terima kasih, ya Emilya? Kirim salam dekat mak. Tak nak masuk dulu? Zakwan ada dekat atas tu tengah study dengan Rio." Salwa memberitahu.

"Really? Rio dekat sini? Bukan selalunya tuisyen diorang dekat rumah Rio ke?" tanya Emilya.

"Rio dah seminggu dah duduk sini. Parents dia ada dekat overseas sekarang. Orang gaji diorang pulak balik Indonesia. So kami bagi Rio tumpang tinggal dekat sini buat sementara waktu. Tu yang kelas tuisyen dia dengan Zakwan buat kat sini sekarang."

"Oh really? I have no idea that Aunty Roy dengan Uncle Is dekat overseas sekarang. Rio dengan Zakwan tak cakap apa-apa pulak. Aunty tahu mana diorang fly to?"

Rio yakin Emilya mempunyai agendanya tersendiri. Ianya dapat dilihat dari lakonannya yang tidak seberapa nak hebat itu.

"Biasalah tu. Budak-budak lelaki mana nak berkongsi sangat. Aunty pun tak tahu mak ayah Rio fly pergi mana. Rio tak bercerita pulak." Salwa tertawa kecil kerana tidak terfikir langsung sebenarnya untuk bertanya.

Emilya turut sama berpura-pura ketawa sebelum bertanya, "Siapa je yang suka berkongsi kan, aunty?"

"Hish kamu ni, Emilya. Ke situ pulak. Kamu tak nak masuk? Kalau nak masuk, aunty boleh tolong panggilkan diorang?"

"It's okay, aunty. Kirim salam dekat diorang ya? Emilya balik dulu" Emilya mengenyitkan matanya. Dia mula melangkah pergi sebelum menoleh semula ke belakang. "Oh by the way, aunty. You said parents Rio ada dekat overseas sekarang kan? Erm...I'm pretty sure I saw them this morning. Diorang dah balik, mungkin?"

Salwa mengerutkan dahi. "Ya ke, Emilya? Rio tak cakap apa-apa pulak. Mungkin diorang baru balik kot."

Emilya tertawa. "Pandai Rio berahsia, kan aunty? Saya balik dulu, ya? Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam..."

Belum sempat Salwa menutup pintu rumah, Zakwan tiba-tiba menerpa. Dia berlari ke arah Emilya.

"Emilya!"

Emilya menoleh ke arah Zakwan dan tersenyum sinis. Perangkapnya mengena! "Yes, Zakwan? How can I help you?"

Zakwan menarik tangan Emilya supaya perbualan mereka tidak didengari oleh Salwa yang pelik melihat anaknya itu tiba-tiba saja menerpa ke arah Emilya. Macam ada sesuatu yang tidak kena saja.

"What are you doing here?"

"What do you think I just did? I bagi kuih dekat your mum because my mum asked me to."

"Don't give me that bullshit! Haritu you marah-marah I sebab langgar you. Sekarang ni tiba-tiba you nak bagi kuih pulak. Stop pretending, okay!" marah Zakwan.

Emilya tersengih. "You're scared, aren't you? You're scared that I know you're banging Rio. Betul kan?"

Reaksi wajah Zakwan terus berubah. Dia tidak menyangka Emilya sudah tahu tentang hubungannya dengan Rio. Dia pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. "I don't know what you're talking about."

"Oh please-lah, Zack. I know korang couple from the very first day, okay. That bitch thought I wouldn't find out but I saw the two of you. You guys were so mesra. Naik menyampah I tengok! I betul-betul tak expect that you pun sama spesis dengan dia. You disgust me, Zakwan!"

"Siapa lagi yang tahu?" tanya Zakwan, khuatir sekiranya Emilya telah memberitahu siapa-siapa tentang hubungannya dengan Rio.

Emilya tersenyum sinis. Dia menjeling ke arah bilik Zakwan di mana dia dapat melihat Rio sedang mengintai di sebalik langsir.

"Don't worry, Zakwan. Takde siapa yang tahu. Although...I'm wondering how would the boys in your rugby team would react when they find out that you pun sama kunyit macam Rio. Or worse, how would your parents react if they ever find out that lelaki yang diorang bawak masuk rumah tu, sebenarnya boyfriend you?" Emilya mula mengugut.

Jantung Zakwan mula berdebar. Nafasnya semakin kencang. Peluh jantan mula terbit di dahi.

Emilya datang mendekat. "Putus dengan dia, Zack. Jangan malukan diri sendiri. Jangan jadi macam dia. You still have your chance to turn back. Before it's too late."

Zakwan dibiarkan berdiri seorang diri di hadapan pintu pagar rumahnya oleh Emilya yang berjalan terus tanpa memandang ke belakang. Gadis itu telah melaksanakan rancangannya untuk meracuni fikiran Zakwan supaya meninggalkan Rio. Sebab itulah Emilya datang ke rumah Zakwan tadi. Dia yang sudah tahu Rio menetap bersama Zakwan, mengambil peluang ini untuk melaksanakan rancangan jahatnya.

Menyedari Emilya sudah tidak lagi kelihatan, Rio berjalan mendapatkan Zakwan. Rio dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia tidak pasti apa yang telah Emilya katakan kepada Zakwan tapi dia tahu ianya bukanlah sesuatu yang baik kerana reaksi Zakwan sendiri dapat dilihat dengan jelas. Rio berasa tidak sedap hati.

"Zack..."

Zakwan menarik nafas panjang mendengar suara Rio di belakangnya sekarang. Zakwan menutup matanya. Dia menundukkan kepala. Kemudian, dia menoleh.

"Rio...I think you need to leave this house."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience