Tok! Tok! Tok! Tok!
Salama menjengah kepalanya masuk ke dalam bilik Rio. Waktu itu, Rio sedang sibuk menyunting gambarnya untuk dimuatnaik di Instagram petang nanti. Dia menoleh ke arah Salama yang kelihatan seperti ingin memberitahunya sesuatu.
"Rio, si Zakwan ada dekat luar tu tengah tunggu kamu. Cik Salama suruh dia masuk tapi dia kata dia nak kamu yang jemput. Pergilah jenguk dia, Rio. Kesian pulak Cik Salama tengok dia tu. Macam tengah frust je gamaknya..." cerita Salama, cuba meyakinkan anak majikannya itu untuk turun ke bawah bertemu dengan Zakwan yang datang secara mengejut pada petang itu.
Sebaik saja mendengar nama Zakwan disebut oleh Salama, hati Rio terus jadi tidak keruan. Dia tertanya-tanya. Apa mamat tu buat dekat rumah dia sekarang? Ada benda yang tak kena ke? Satu keluhan lemah dihembuskan. Rio khuatir sekiranya dia membiarkan Zakwan di luar rumah seorang diri, dia akan terus berada di situ sampailah ibu dan bapanya pulang ke rumah. Bila mereka pulang nanti, tentu mereka akan menjemput Zakwan masuk dan tertanya-tanya siapa lelaki itu dalam hidup Rio. Biarpun orientasi seksualnya sudah diketahui oleh ibu dan ayahnya, Rio tetap berasa tidak selesa. Tambahan pula, Zakwan bukan lagi teman lelakinya. Jadi, lebih baik Iskandar dan Rohaya tidak mengenali siapa Zakwan.
"Okey, kejap lagi Rio turun. Thanks, Cik Salama," ujar Rio, sempat menoleh ke arah pantulan dirinya dalan cermin. Biarpun mereka sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi, dia masih tetap mahu kelihatan rapi di hadapan bekas teman lelakinya itu. Dia tidak mahu Zakwan membuat andaian sendiri tentang kesengsaraannya jika dia turun dalam keadaan yang selekeh sebentar nanti. Biar Zakwan makan hati melihat dirinya yang baik-baik saja selepas mereka memutuskan perhubungan.
Dengan langkah yang cukup berat, Rio turun ke bawah mendapatkan Zakwan. Dari atas tangga lagi dia sudah tertinjau-tinjau di mana Zakwan berada biarpun dia tahu bekas teman lelakinya sedang terpacak di hadapan pintu rumahnya sekarang.
"How can I help you, Zakwan? What are you doing here? You're not my student anymore. Our classes have long ended," sengaja Rio memulakan perbualan dengan kata-kata yang boleh mengguriskan hati Zakwan. Dia berbuat sedemikian supaya Zakwan mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Namun, tiada sebarang tanda bahawa Zakwan terasa hati dengan kata-katanya tadi.
Rio sengaja berdiri di hadapan pintu tanpa sebarang pergerakan. Dia merancang untuk tidak menjemput Zakwan masuk ke dalam. Satu lagi cara untuk dia menghalau Zakwan pergi dari situ. Dia langsung tidak mempunyai semangat untuk melayan tetamu yang tidak diundang itu. Dia mahukan masa untuk dirinya sendiri.
"You know why I'm here," jawab Zakwan, dengan nada yang lembut. "You haven't replied to any of my text..."
Rio menyilangkan tangannya. Dia langsung tidak mahu bertentangan mata dengan lelaki di hadapannya itu. Buat menyakitkan hati saja. Wajah tenang Zakwan menambahkan lagi rasa rengsa yang sedang ligat merajai jiwanya ketika itu.
"Why should I reply to your text? Kita dah putus, Zack. There's nothing for us to talk about. You broke my heart. You have to live with it," jawab Rio, ringkas.
Zakwan sedar akan kesilapannya itu. Dia benar-benar telah menyesali perbuatannya. Matanya langsung tidak lari dari memandang wajah Rio, wajah satu-satunya lelaki yang dia cintai. Tidak ada lelaki lain yang mampu menjentik hati kebalnya yang merupakan seorang playboy selama ini dengan sebegitu ramai bekas teman wanita. Hanya Rio seorang. Hanya dia seorang saja.
"I just want to sort things out. I'm really sorry for what happened, Rio. I truly am. I just want you to forgive me. Kalau kita tak couple balik pun tak apalah. Aku just nak kau maafkan aku. Tu je. Please, Rio. I can't live my life knowing that you hate me. I just can't." Zakwan meluahkan perasaannya yang terbuku di hati.
Rio memberi pandangan simpati kepada Zakwan. Dengan perlahan, dia menjatuhkan tangannya yang bersilang tadi. Kemudian, dia menoleh ke belakang bagi memastikan Salama tidak mencuri dengar perbualan mereka. Rio menolak tubuh Zakwan dengan perlahan supaya lelaki itu berundur sikit ke belakang. Pintu rumah ditutup dan Rio berjalan mendekati bekas teman lelakinya itu yang masih lagi termangu-mangu akibat ditolak tadi.
"Come, we'll talk over there..." Rio menunding ke arah kawasan lapang di belakang rumahnya. Terdapat sebuah meja kecil dengan tiga kerusi di situ, tempat di mana dia dan ibu bapanya selalu bersantai pada hujung minggu apabila ketiga-tiga mereka tidak mempunyai apa-apa aktiviti di luar.
Zakwan hanya menurut. Dia membuntuti Rio yang kelihatan seperti sudah sejuk hati dengannya. Rio juga kelihatan terbuka untuk berbincang dengannya tentang masa depan persahabatan mereka. Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi, mereka berdua pernah bersahabat baik satu ketika dahulu. Jadi, sayang rasanya jika mereka terus putus tanpa ada ruang langsung untuk ada dalam hidup masing-masing sebagai teman. Zakwan mungkin rela kehilangan teman lelakinya tetapi dia belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat yang telah banyak berbakti dalam hidupnya terutama dari segi akademik. Tambahan pula, kedua-dua mereka bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Zakwan tidak mahu mereka terlalu dihurung rasa pilu sehingga mengganggu konsentrasi masing-masing untuk berjaya dalam SPM nanti.
Maka, kedua-duanya mula membincangkan tentang masa hadapan persahabatan mereka di kawasan lapang belakang rumah Rio. Ianya merupakan satu perbincangan yang sangat serius.
**********
"Thank you for today, Is. I really appreciate it," ucap Rohaya sewaktu dia dan Iskandar dalam perjalanan pulang ke rumah. Masing-masing telah mengucapkan selamat jalan kepada Liz di hospital tadi. Rohaya bersyukur kerana Iskandar sedang cuba untuk mengubah dirinya menjadi seorang suami, ayah dan sahabat yang baik. Perlahan-lahan Rohaya menggerakkan jemari kanannya untuk menggenggam tangan kiri Iskandar yang berada di atas pahanya ketika itu.
Iskandar mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum ke arah isterinya. Dia menyambut jemari Rohaya dan mengucupnya dengan penuh romantis, membuat isterinya itu tersipu-sipu malu di dalam kereta.
"Roy, I know that I did a lot of horrible things to our family in the past. I am truly sorry. I hope we can try to fix our broken marriage. For Rio. And for us," luah Iskandar, sambil terus fokus dengan pemanduan.
Rohaya bersetuju dengan idea Iskandar itu. Dia mengganggukkan kepala dengan laju kerana teruja mendengar idea suaminya yang sudah betul-betul berubah kini. Biarpun perubahan Iskandar itu agak mengejut kerana tiba-tiba saja dia mengambil keputusan untuk meminta maaf atas kesalahannya, Rohaya dapat rasakan keikhlasan itu. Dia turut mengakui bahawa dia juga banyak melakukan kesalahan terhadap Iskandar sebelum ini. Adakalanya dia mengingkar perintah suaminya dan meninggikan suara biarpun di hadapan orang gaji dan anaknya sendiri. Sebagai seorang isteri, hatinya luluh kerana tidak terfikir langsung untuk menjaga hati dan perasaan suaminya sebelum ini.
"I agree with you, Is. Let's do this for Rio. He needs us more than ever. He will sit for SPM this year and I really want him to score straight As. He's our only son, Is. I only want the best for him regardless of his sexuality."
Iskandar tidak terus memberi respons. Biarpun hatinya masih berat untuk menerima hakikat itu, dia terpaksa juga bersetuju. Lagipun, sebelum Rio memuatnaik video melelanya dalam YouTube, Iskandar boleh saja menerima seksualiti anaknya itu. Dia tahu bahawa dia perlukan masa untuk memahami siapa anaknya itu. Dia juga tahu bahawa dengan hanya membuka fikirannya luas-luas, barulah dia boleh faham apa yang sedang anaknya itu lalui. Rio adalah lebih daripada orientasi seksualnya. Dia seorang pelajar yang pintar dan memiliki potensi yang besar. Iskandar yakin jika dia dapat menyokong apa saja yang anaknya itu lakukan, keluarga mereka akan lebih bahagia.
"You don't have to worry about Liz. She is nothing to me. She's just someone that I know from the past. But you and Rio are everything to me. So I won't leave the two of you for my past. She remains in the past and she will only be a friend from now on. Not more than that. I promise!" Rohaya mengangkat tangannya sebagai tanda sumpah.
Iskandar tersengih mendengar. Namun, jauh di sudut hati, dia masih galau memikirkan tentang keselamatan keluarganya yang terancam kini. Dia tidak mahu memberitahu Rohaya perkara sebenar kerana dia telah diugut untuk merahsiakan perkara itu. Lagipun, dia sangat menghargai perbualannya dengan Rohaya. Dia yakin apa yang sedang keluarga mereka lalui kini adalah bersifat sementara. Dia cuma perlu menurut kata-kata lelaki yang dihubunginya di hospital tadi. Selepas urusan mereka selesai, Iskandar yakin segalanya akan baik-baik saja.
Kedua-dua mereka akhirnya tiba di perkarangan rumah. Rohaya langsung tidak terperasan akan kelibat Rio yang sedang duduk bersama Zakwan di halaman belakang. Hanya Iskandar seorang saja yang nampak. Dia menepuk-nepuk bahu isterinya dan menjuih-juihkan bibir ke arah anak mereka.
"Looks like our son has a guest visiting..."
Rohaya menoleh ke arah Rio dan Zakwan yang seperti dalam perbincangan serius. Dia mengecilkan anak matanya. Hairan. Dia tidak pernah nampak pun lelaki itu sebelum ini. Siapa dia? Kawan Rio ke? Atau mungkin...?
"Oh shit! My parents are home. They're coming over here. Just act normal!" arah Rio sewaktu dia ternampak ayah dan ibunya.
Zakwan mengeluh lemah. Dia masih belum habis bercakap lagi sebenarnya. Tergantung terus perbincangan mereka tadi.
"Mommy! Daddy!" Rio pantas bangun tatkala kedua ibu bapanya datang menghampiri. "I don't think you guys ever met Zakwan. He's my schoolmate. Zakwan, meet my parents. Aunty Rohaya and Uncle Iskandar."
Zakwan segera bersalaman degan Rohaya dan Iskandar sambil mengukirkan senyuman kelat. Rasa canggung pula berjumpa dengan 'mertua tidak jadinya' pada waktu yang tidak berapa nak tepat.
"Apa khabar aunty, uncle...?" Zakwan mencium tangan Rohaya dan Iskandar.
"Baik, alhamdulillah," jawab Rohaya. "Is everything okay? You guys looked tense just now..." tambahnya lagi, khuatir jika ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Siapa tahu, mungkin dia sedang dibuli di sekolah? Bukan boleh percaya sangat dengan budak-budak sekolah anaknya itu Selepas Rio memuatnaik videonya, ramai yang bertukar menjadi lawan dari kawan.
"Oh it's nothing. We were just talking about..." Rio cuba mencari alasan yang paling munasabah.
"Tutoring!" Zakwan mengambil kesempatan ini untuk menyambung kata-kata Rio itu.
Rio menjengilkan biji mata ke arah Zakwan kerana terkejut mendengar Zakwan sebut 'tutoring'. Sejak bila pulak mereka cakap pasal tutoring tadi?
"I wanted Rio to tutor me for SPM. And he was rejecting me tadi. Maybe aunty and uncle boleh tolong convince dia? My result for trial SPM was pretty bad actually. So I really need someone to help me score for my SPM." Zakwan 'menjelaskan'. Dia mempunyai agendanya yang tersendiri. Dia mahu terus dapat berjumpa dengan Rio setiap hari selepas sekolah.
Rohaya memandang Rio dan menjongketkan kening. Rio tahu apa maksud pandangan ibunya itu. Rohaya mahu tahu sama ada apa yang Zakwan katakan itu benar ataupun tidak.
Rio tidak mahu memanjangkan penipuannya. Lagi panjang cerita, lagi lama Rohaya dan Iskandar akan berdiri di situ. Jadi, dia mengangguk-anggukkan saja kepalanya. "Yeah. I don't want to la, mommy. I don't know how to be a tutor. Seriously, I don't."
"He's a good tutor. I pernah sekelas dengan dia untuk Add Math and dia memang pandai mengajar. Cuma dia je yang tak tahu," dalam diam Zakwan sebenarnya mahu memerangkap Rio supaya dia tidak memiliki apa-apa pilihan selain dari bersetuju saja dengan 'ideanya' itu.
Rio benar-benar geram dengan Zakwan. Dia paling tidak suka dipaksa-paksa melakukan sesuatu yang dia tidak mahu. Dan Zakwan sedang memaksanya sekarang. Ugh!
"Kalau betul Rio pandai mengajar and kalau Zakwan memang perlukan bantuan, apa salahnya kalau Rio ajar dia? Lagipun SPM bukannya lambat lagi. Dah nak dekat dah pun. Pejam celik, pejam celik, dah nak dekat dengan exam. So apa salahnya kan kalau Rio tolong kawan Rio sendiri?" cadang Iskandar yang langsung tidak curiga dengan hubungan Rio dan Zakwan kerana mereka berdua 'pandai' betul berlakon.
Dek kerana tidak mahu memanjangkan lagi drama sebabak itu, Rio akhirnya terpaksa bersetuju. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu bahawa si Zakwan ini adalah bekas teman lelakinya. Lagi haru dibuatnya nanti! "Fine! I'll tutor him. But only once a week!" tegasnya berkata.
Zakwan sebenarnya mahu melonjak kegembiraan mendengar jawapan dari Rio itu, namun dia mengawal dirinya kerana tidak mahu kelihatan ketara sangat dengan hubungan mereka di hadapan ibu bapa Rio.
Rohaya dan Iskandar gembira dengan keputusan yang diberikan oleh anak mereka. Kemudian, mereka meminta diri selepas semuanya kelihatan seperti sudah selesai.
"I hate you, Zack!" marah Rio kepada Zakwan selepas ibu bapanya masuk ke dalam rumah.
Zakwan tersengih saja sambil mengenyitkan mata. Daripada rasa rawan, kini Zakwan sedang terbang melayang-melayang di awan. Rio kembali semula dalam hidupnya seperti sebelum ini. Biarpun bukan sebagai teman lelaki, itu sudah memadai.
Share this novel