Bab 23

Drama Series 29694

Sebaik saja tamat sesi persekolahan, Rio terus datang berjumpa dengan ibunya di Suria KLCC. Rohaya sengaja mengambil cuti pada hari itu kerana dia terlalu penat menjaga Liz sepanjang malam. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan anaknya di luar kawasan kediaman mereka. Selain daripada dapat membeli-belah di situ, ia juga demi mengelirukan perisik dari kumpulan anti-LGBT yang mungkin sedang memerhatikan gerak-geri mereka sekeluarga. Tambahan pula, perkara yang Rohaya ingin sampaikan kepada Rio bukanlah sesuatu yang molek untuk diberitahu dalam rumah. Ianya perlu dilaksanakan di tempat yang lebih selesa, di mana privasi kedua-duanya pun terjamin.

Kedua beranak itu menikmati makan tengah hari di Melur & Thyme. Wajah masing-masing kelihatan sembap kerana tidak cukup tidur. Lingkaran gelap pada bawah mata juga jelas kelihatan. Namun, kedua-duanya tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk kelihatan lemah. Mereka masih bertenaga untuk tersenyum, berketawa dan juga membincangkan tentang keselamatan keluarga mereka. Lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku pada Liz dan juga Rio malam tadi.

"I'm glad you made it. How was your school today?" tanya Rohaya sambil membuka menu yang diletakkan di atas meja oleh pelayan restoran. Biarpun dia sudah tahu apa yang ingin dipesannya, dia masih tetap mahu membelek-belek menu itu.

"It was fine..." Rio menaikkan ibu jari sebagai isyarat semuanya baik-baik sahaja. Ketika itu, dia juga sedang membelek menu yang diletakkan pelayan tadi. Disebabkan dia tidak pernah makan di situ sebelum ini, dia perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memesan makanan berbanding ibunya yang sudah biasa ke situ. Terkulat-kulat dia melihat harga dan nama hidangan yang berbelit-belit di dalam menu itu.

"So how many A's can we expect from you for the trial, dear? Cikgu-cikgu dah mula pulangkan kertas ke? When can I see it?" seperti biasa, Rohaya akan memulakan bicara dengan hal ehwal akademik anaknya.

Rio tersengih kerana dia sudah dapat mengagak ibunya akan bertanyakan tentang pencapaian akademiknya terlebih dahulu. "Mommy, you do know that A is not everything, right?"

"Maybe not for the other kids. But for you, it is everything. You need to score a JPA in order to continue your studies in UK. Remember that!" Rohaya berpesan dengan nada yang serius.

Rio tidak mempunyai pilihan selain dari mengiakan saja kehendak ibunya itu. Dia sangat yakin bahawa dia akan memperoleh keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan baru-baru ini. "Don't worry, mommy. I will not disappoint you. I'm confident that my result is going to be just as you expected."

"That's my boy."

Kedua-dua mereka kemudiannya membuat pesanan. Rio memesan Creamy Salted Egg Chicken Pasta dengan Mango Smooth manakala Rohaya memesan Nasi Goreng Bunga Kantan with Crispy Chicken dan Lemongrass Apple. Sebagai pencuci mulut pula, mereka memesan kek Almond Tiramisu dan Nutella Cheese.

"So how is Auntie Liz doing?" Rio bertanya sebaik saja pelayan restoran berlalu pergi membawa bersama pesanan mereka tadi. Seperti yang dirancang, Rio mahu mengenali Liz dengan lebih rapat. Hanya ibunya saja yang dapat membantu. Itu pun sekiranya dia tidak keberatan untuk bercerita.

"Getting a lot better. Her family is here already. They're with her now. So I don't have to look after her anymore."

"What happened actually?"

Pertanyaan Rio itu membuatkan Rohaya terkedu seketika. Wajahnya bertukar menjadi tegang. Rio menantikan jawapan dari ibunya dengan penuh sabar.

"This is why I called you here, dear. I have something very important to tell you," kata Rohaya.

Rio terus meletakkan sudu dan garfu yang sedang dimain-mainkannya di atas meja semula. Dia mula memasang telinga untuk mendengar apa yang bakal diberitahu oleh ibunya.

"Auntie Liz said that someone was trying to kill her. The van that hit her bukan van yang hilang kawalan or whatever. Van tu memang nak langgar dia."

"What? That's horrible!"

Rohaya masih belum habis bercerita lagi. "That's not the worst part yet. Apparently, Auntie Liz had this crazy theory that your father could be the one who paid someone to kill her."

Rio mengerutkan dahi. "What!? That's crazy!"

"I know. It's crazy, right? I told her that already. Dia cakap your father has a motive. Especially after the last time they met masa dia datang rumah kita hari tu."

Rio masih tidak percaya dengan teori yang dikongsi oleh Rohaya itu. "Daddy is not capable of killing someone. Who do you trust in this? Aunty Liz or daddy?"

"Rio! Of course I trust your dad. Your Aunty Liz was just confused. She wasn't thinking straight. For all you know, maybe van tu memang hilang kawalan pun. Bukannya sengaja nak langgar dia."

Rio tiba-tiba teringat tentang apa yang Daniel dan Hilmi beritahunya tempoh hari mengenai kumpulan anti-LGBT yang kembali mengancam keselamatan mereka yang tidak heteroseksual. Modus operandi kumpulan ini adalah sangat ekstrem. Mereka sanggup membakar dan mencederakan golongan LGBT. Mungkinkah Aunty Liz juga salah seorang dari mangsa keganasan golongan itu?

"Mommy, siapa lagi yang tahu Auntie Liz tak straight selain daripada kita dengan daddy?" tanya Rio, yakin bahawa kemalangan yang membabitkan Liz tempoh hari adalah angkara golongan anti-LGBT yang semakin mengganas di Malaysia.

Rohaya berfikir sejenak. Kemudian dia menjawab, "Ramai. Semua orang tahu kenapa Aunty Liz tak kahwin lagi. It's because she's not straight. Kenapa Rio tanya soalan tu?"

"Do you know about the anti-LGBT extremists?"

Rohaya mengangguk-anggukkan kepalanya. "Itu satu lagi benda yang mommy nak beritahu Rio."

"Think about it, mommy. This could be them. Lately, they are becoming more active in attacking those who are not straight."

"I know. I read the news yesterday. Mommy pun rasa benda yang sama jugak. Berkemungkinan besar, Aunty Liz sebenarnya target diorang."

"But Aunty Liz survived the accident. Those people could be coming back for her. And for anyone who is not straight."

"That means...none of us are safe, Rio."

Rio bersetuju dengan pendapat ibunya itu. Keselamatan dirinya sedang terancam kini. Lebih-lebih lagi selepas videonya menjadi tular di media sosial. Dan apa yang telah terjadi semalam membuktikan bahawa dia memang sedang diperhatikan oleh golongan anti-LGBT.

"So does that mean the guy yang ada dekat depan rumah kita semalam was also one of them?" tanya Rohaya, risau.

"Yes. I believe so. That's my theory too."

Rohaya beristighfar panjang. Macam-macam hal yang berlaku dalam tempoh kurang dari 48 jam! Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang. Macam mana kalau ada sesuatu yang buruk berlaku kepada keluarganya? Apa akan terjadi kepada mereka nanti?

"We should warn your dad." Rohaya pantas mengeluarkan telefonnya dari beg tangan yang dibawa bersama.

"Dad is gonna be fine. He's straight. We need to worry about ourselves. That includes you, mommy. Who else yang tau mommy tak straight?"

"Not many people."

"Then I guess you're safe as well..."

Kata-kata Rio itu langsung tidak menenangkan Rohaya. Dia masih dibebani rasa khuatir. Keselamatan keluarganya kini sedang terancam. Kalau betullah apa yang diperkatakan oleh Rio, mereka sekeluarga perlu lebih berhati-hati selepas ini. Mereka tidak boleh membiarkan kumpulan anti-LGBT datang sesuka hati membuat onar. Hanya kerana mereka tidak bersetuju dengan gaya hidup golongan LGBT, kumpulan ini berlagak seperti raja. Menghukum golongan LGBT seolah-olah seperti mereka tidak punya perasaan dan juga ahli keluarga yang tentu sekali tidak mahu kehilangan mereka.

"Rio, mulai dari sekarang, please jangan keluar rumah sorang-sorang lagi. Mommy risau. Takut ada benda buruk jadi dekat Rio nanti." Rohaya menggenggam erat tangan Rio.

Rio turut sama menggenggam jemari ibunya. Dia menganggukkan kepala dan tersenyum memandang Rohaya. "Rio janji. Mommy pun kena berhati-hati jugak lepas ni. Kita tak tahu apa yang kumpulan anti-LGBT ni boleh buat dan siapa mangsa mereka yang seterusnya."

Makanan dan minuman yang mereka pesan tadi tiba. Rio pantas menghirup Mango Smooth-nya kerana terlalu dahaga. Biarpun hatinya ketika itu masih sedang rawan kerana baru saja putus dengan Zakwan, dia masih tetap tabah dan berjanji untuk meneruskan kehidupan dengan penuh semangat. Dia harus kuat untuk keluarganya. Jika mereka tidak bersatu, lebih mudah untuk anasir jahat datang dan memecahbelahkan mereka.

"Rio..." Rohaya menyeru nama anak tunggalnya.

Rio menoleh.

"I love you..." ungkapnya dengan penuh rasa kasih

Rio tersenyum sebelum membalas, "I love you too, mommy. We're gonna get through this, okay? I promise you."

Biarpun tidak yakin dengan janji anaknya itu, Rohaya terpaksa berpura-pura tersenyum. Perasaan takut sekiranya keluarga mereka diapa-apakan masih menghantui. Dia berharap sangat agar keluarga mereka dilindungi dari sebarang bahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience