Bab 16

Drama Series 29694

Rio kecewa apabila mendapati Peperiksaan Percubaan SPM Pertama di sekolahnya akan dilaksanakan di dalam kelas masing-masing dan bukannya di dalam dewan peperiksaan seperti kebiasaan. Dia baru saja merancang untuk duduk di bahagian belakang dewan supaya dia dapat melihat tingkah laku Emilya dan Zakwan. Sayang sekali, ianya tidak berjalan seperti yang telah dirancang. Satu keluhan lemah dihamburkan. Dia benar-benar kecewa dengan keputusan yang telah dilaksanakan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Disebabkan kertas percubaan untuk subjek Bahasa Malaysia cukup mudah untuk dijawab, Rio hanya mengambil masa selama satu jam setengah saja untuk menghabiskannya. Masa lebihan yang dia ada digunakan sepenuhnya untuk berfikir tentang status hubungannya dengan Zakwan.

Sebaik saja waktu rehat tiba, Rio terus meluru ke kantin sekolah untuk mencari kekasih hatinya itu. Dia sudah tidak mempedulikan lagi pandangan jelik dari rakan-rakan sebaya. Dia terlalu merindui kekasih hatinya nan satu. Biarpun dia telah diusir keluar dari rumah Zakwan semalam, perasaan cintanya masih tetap teguh. Dia sangat menyayangi lelaki itu dengan sepenuh hati.

Puas Rio mencari ke mana Zakwan berada namun dia langsung tidak kelihatan di kantin sekolah. Yang ada hanyalah rakan-rakannya saja. Rio mula gusar. Adakah Zakwan tidak hadir ke sekolah pada hari peperiksaan percubaan mereka? Takkan sebegitu sekali? Teruk sangatkah apa yang diperkatakan Emilya semalam kepadanya sehingga membuat dia sanggup untuk tidak hadir ke sekolah?

"Kurang ajar kau Emilya!" bisik Rio dalam keadaan marah, sebelum terperasan Emilya dan rakan-rakannya sedang bergelak ketawa di tangga menuju ke perpustakaan.

Rio pantas mengambil peluang ini untuk bersemuka dengan gadis itu. Rio mahu tahu apa yang telah Emilya katakan kepada Zakwan sehingga membuat Zakwan tiba-tiba saja berubah dingin dengannya.

"Emilya!" panggil Rio.

Emilya dan rakan-rakan menoleh. Melihat Rio sedang berjalan menuju ke arah mereka, masing-masing menguntum senyuman sinis. Senyuman mereka itu membakar lagi api kemarahan Rio.

"Yes, Rio? How may I help you?" Emilya sengaja berpura-pura seperti tidak tahu kenapa Rio memanggilnya tadi.

"Apa kau cakap dekat Zakwan semalam, huh?" tanya Rio, cuba untuk tidak terus menembak perempuan celaka itu.

"Cakap apa?"

"Jangan berpura-pura lagilah, sial!" marah Rio.

Emilya tertawa kecil. Kemudian dia berkata, "I don't know what you're talking about, Rio. I seriously don't. Look...stop wasting our time. We have another paper after this. So, excuse me."

Emilya berpaling untuk meninggalkan Rio bersama rakan-rakannya namun Rio pantas merentap tangan Emilya, membuat Emilya mengaduh kesakitan.

"Aww, sakitlah! Apa ni, Rio!?"

"You're not going anywhere until you give me what I want. Apa kau cakap dekat Zakwan semalam, huh!?"

"Lepaskan aku! Rio, you're hurting me." Emilya merayu. Rakan-rakannya turut sama cuba membantu melepaskan genggaman tangan Rio namun Rio lebih kuat dari mereka.

"Tell me what did you say to him, Emilya before I break your fingers!"

"Rio!" satu suara tiba-tiba menjerkah dari belakang.

Rio menoleh dan terkedu melihat Zakwan sedang berjalan menghampiri mereka. Pantas genggaman tangannya pada Emilya tadi dilepaskan.

"Kau buat apa ni?" tanya Zakwan, serius.

"Zack, aku..."

Emilya dengan gediknya datang meluru ke arah Zakwan dan merangkul lengan lelaki itu.

"Sayang, tengoklah Rio ni. Dia sakitkan I. Dia genggam tangan I kuat-kuat tadi. Habis merah tangan I. Sakit..."

"Sayang?" Rio terkejut mendengar Emilya memanggil nama Zakwan dengan panggilan 'sayang'. Sejak bila mereka berkasihan pula ni?

Zakwan terdiam. Kaku dengan tindakan Emilya itu. Dia membiarkan saja Emilya terus menggedik dengannya. Pandangan matanya dilarikan dari bertentangan dengan Rio.

"Apa semua ni, Zack?" tanya Rio, berang melihat Emilya menggesel-gesel tubuhnya pada lengan Zakwan. Tak guna punya perempuan!

Zakwan menelan air liurnya. Dia mahu memberitahu Rio perkara sebenar namun setelah terpandang kawan-kawan Emilya yang turut berada di situ, Zakwan terpaksa berdiam diri. Membiarkan Emilya terus-terusan menggedik dengannya.

Rio menunduk kecewa. Hatinya hancur dengan tindakan Zakwan yang langsung tidak mengendahkan tentang perasaannya. Rio tertanya-tanya. Siapa dia di hati Zakwan? Kenapa Zakwan sanggup membiarkan dirinya terkontang-kanting? Kenapa Zakwan tidak meruntuhkan egonya dan menjadi sang wira untuknya? Kenapa dia masih lagi tetap teguh dengan pendiriannya yang tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia juga turut sama tertarik pada lelaki? Kenapa?

Emilya menguntum senyuman sinis kepada Rio sebagai tanda mengejek. Dia mula mendekati Rio sebelum membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu.

"You know for the record, no one knows anything yet. But if you continue to intervene with my business, the whole world is gonna know and Zakwan will hate you forever."

Emilya mengenyitkan matanya pada Rio sebelum kembali memeluk lengan Zakwan. Puas hatinya dapat menyakiti hati lelaki itu. Dia sudah menang. Dan dia sedang meraikan kemenangannya itu.

"Why?" tanya Rio, lemah. Matanya berkaca. Bibirnya terketar-ketar menahan rasa kecewa yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Oh you know why, Rio. You absolutely do. Come sayang. Let's go!" Emilya berlalu pergi dari situ bersama Zakwan dan juga rakan-rakannya tadi.

Rio masih kekal berdiri di situ dengan seribu satu rasa. Marah, sedih, benci, pilu. Segala-galanya sedang bercampur-baur kini.

"Apa dosa aku pada kau, Emilya?" bisik Rio tanpa menyedari air matanya sudah pun mengalir di pipi.

**********

"Eh Rio, tengok tu!" Emilya menepis-nepis siku Rio sambil memerhatikan Zakwan yang sedang berjalan menuju ke kantin bersama rakan-rakan pasukan ragbinya.

Rio menyoroti pandangan Emilya dan mengerutkan kening. "Kenapa?"

"Handsome-nya Zakwan!" Emilya meletakkan kedua-dua tangannya pada pipi. Dia sedang angau kini melihat ketampanan wajah Zakwan itu.

"Biasa je aku tengok..." Rio seperti tidak sependapat dengan Emilya.

Emilya mengetap bibirnya kerana Rio tidak setuju bahawa Zakwan itu kacak orangnya. Memang dari dulu lagi Emilya menaruh hati pada Zakwan. Sejak pertama kali mereka masuk ke sekolah menengah lagi. Zakwan memiliki susuk tubuh yang tinggi. Badannya tegap kerana aktif bersukan. Rambutnya lurus dan rapi persis seorang model. Mana-mana perempuan pun akan cair dengan jelingan mata jejaka pujaan di Bandar Kinrara itu.

"Eh dia pandang sinilah!" Emilya menguis-nguis siku Rio lagi.

Rio yang ketika itu baru hendak menyuapkan mulutnya dengan burger yang dibeli tadi, terbantut niatnya. Dia merengus kasar kerana terpaksa melayan kerenah Emilya.

Emilya yang teruja melihat Zakwan sedang memandang ke arahnya, melambai-lambaikan tangan tanpa rasa segan silu. Rio menahan dirinya dari mentertawakan Emilya. Dia faham Emilya ni memang pantang nampak lelaki kacak. Mulalah nak menggeletis. Padahal Zakwan tu takdelah kacak mana bagi Rio. Biasa-biasa je dia tengok.

"Dia lambai balik dekat akulah!" Emilya semakin teruja dengan tindakan Zakwan melambai semula ke arahnya.

Rio menjongketkan kening. Dia yakin sebenarnya Zakwan tidak melambaikan tangan pada Emilya. Mata dia dan Zakwan saling bertaut tadi. Rio tahu lambaian tangan Zakwan itu sebenarnya untuk dia bukannya Emilya. Tapi Rio enggan memberitahu Emilya kerana tidak mahu Emilya terluka. Biarlah gadis itu terus berada dalam angan cintanya.

"Kalau aku couple dengan dia kan best..." ujar Emilya selepas Zakwan dan rakan-rakannya tadi berlalu pergi.

"Naik menyampah pulak aku tengok kau ni, Emilya oi. Gatal bebenor," Rio menggeleng-gelengkan kepala.

Emilya yang sedar tindakannya tadi sedikit keterlaluan hanya mampu tertawa. Dia menepuk-nepuk pipinya sambil berkata, "Aku yakin satu hari nanti Zakwan akan jadi milik aku. Kau tengoklah."

"Confident je minah ni. Jangan beranganlah, Emilya. Kau yakin ke Zakwan nak dekat kau?"

"Kau kena tolong aku, Rio."

"Ha? Tolong kau? Tolong apa?"

"Kau kena tolong aku." Emilya memandang wajah Rio dengan serius.

Rio mula takut dengan pandangan tajam Emilya. "Yelah, tolong apanya? Bagitaulah aku dulu. Kau tak bagitau macam mana aku nak tahu?"

"Kau kena tolong pastikan yang Zakwan akan jadi milik aku satu hari nanti."

"Apa dia kau cakap? Jadi milik kau satu hari nanti?"

"Janji dengan aku!" Emilya meninggikan suara.

"Fine! Fine! Aku janji! Aku janji aku akan tolong kau dapatkan dia. Aku janji!" Rio terpaksa berbuat sedemikian kerana tidak mahu Emilya memarahinya. Kalau boleh, Rio mahu perbualan mereka tamat di situ sekarang.

"Thank you, Rio. Sayang kau." Emilya kembali tenang semula. Tersenyum sinis memikirkan tentang masa depannya dengan Zakwan nanti.

Sementara Rio menggeleng-gelengkan kepalanya memikirkan betapa angaunya Emilya pada lelaki yang tidak seberapa itu.

"Apalah yang handsome sangat pasal si Zakwan tu? Aku tengok biasa je..." bisik hati Rio, tanpa menyedari bahawa satu hari nanti, cinta antara dia dan lelaki itu bakal berputik dan janjinya kepada Emilya bakal menjadi punca kenapa persahabatan mereka bertiga dilanda musibah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience