"MERDEKA!!!" teriak seorang pelajar lelaki di dalam dewan peperiksaan sebaik saja dia dan calon-calon di dalam dewan itu dibenarkan untuk keluar. Ramai yang turut sama menyahut laungan kemerdekaannya itu. Setelah hampir sebulan bertungkus-lumus menduduki peperiksaan SPM, mereka akhirnya berjaya menamatkan sesi persekolahan.
"Jom lepak BK5 ramai-ramai!" teriak seorang lagi pelajar lelaki kepada kumpulan rakan sebayanya itu sewaktu mereka sedang berpusu-pusu keluar dari dewan. Dia sengaja bercakap dengan kuat supaya mereka yang bukan sebahagian dari kumpulan itu pun akan sama-sama turut serta.
"Rio, jomlah!" lelaki yang melaungkan kemerdekaan tadi mengajak Rio tatkala mereka berselisih bahu di hadapan pintu dewan.
Rio pantas menggelengkan kepala. "It's okay. Aku nak balik terus. Malam ni nak dinner dengan family."
"Ooo. Boyfriend kau mana?" lelaki itu nampak tidak kekok langsung bertanya. Mungkin bukan homofobik.
Hal ini membuat Rio berasa segan. Dia cuba untuk tidak berjalan seiringan dengan lelaki itu kerana mereka bukannya rapat mana pun. Kenapa sibuk-sibuk nak tahu pasal Zakwan pulak ni? Geramnya! Getus hati kecil Rio.
"Dia takde paper harini. Esok baru last paper dia. Ekonomi Asas."
Lelaki itu sekadar menganggukkan kepala sebelum melajukan langkah menuju ke arah rakan-rakannya yang sudah jauh ke depan. Masing-masing tidak sabar untuk meraikan kemerdekaan mereka.
Rio menarik nafas lega sebaik saja lelaki itu berlalu pergi. Dia bergegas ke foyer, tempat semua calon-calon SPM meletakkan beg dan barang-barang peribadi mereka sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan pagi tadi. Usai mengambil semua barang miliknya, Rio terus mengeluarkan telefon pintar yang disorokkan di dalam kotak pensel. Kemudian, dia membuka aplikasi Grab, sebelum memesan sebuah kereta untuk menghantarnya pulang ke rumah. Sambil memesan, Rio berjalan ke arah pagar sekolah, tempat di mana pemandu-pemandu Grab kebiasaannya akan menunggu para penumpang yang memesan perkhidmatan mereka.
"Pak cik..." Rio menegur pengawal keselamatan yang duduk di dalam pondok di hadapan pintu pagar sekolah. Pak cik itu tersenyum lebar, menunjukkan baris gigi atasnya yang sudah tiada.
"Ah, Rio. Habis dah exam?" tanya pegaw keselamatan itu yang memang cukup mengenali siapa Rio.
"Alhamdulillah, habis dah."
Rio berlalu meninggalkan pengawal keselamatan itu yang sebenarnya sedang sibuk membaca akhbar seorang diri. Mujur saja terdapat sebuah gazebo bersebelahan dengan pondok pengawal keselamatan. Rio berteduh di bawah gazebo itu sementara menunggu pemandu Grab-nya sampai.
"Rio..." tiba-tiba sekujur tubuh mendekati Rio yang sedang leka bermain dengan telefon pintarnya.
Rio mendongakkan kepala dan terkedu melihat insan di hadapannya sekarang. "Hakim? You buat apa kat sini?"
"I owe you an apology."
Rio sempat menoleh ke arah luar pagar, takut pemandu Grab-nya sudah sampai. Kemudian, dia memandang semula wajah Hakim yang berkilat dek kerana peluh dan juga rembesan minyak. "You came all the way here just to apologise?" tanya Rio, tidak percaya.
"I tried calling you many times. But it seems like you are trying to avoid me. I know I screwed up, okay. I made a mistake. That's why I was reaching out to you. To apologise." Hakim menjelaskan.
Rio tidak terus membalas. Dia hanya mampu memandang wajah Hakim tanpa sebarang perasaan. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia masih marahkan Hakim ataupun tidak.
"Please, Rio. Even Daniel dengan Hilmi pun tak nak kawan dengan I dah. I tahu I silap. I tak patut buat macam tu dekat Zakwan. Dia dahlah dalam kesusahan. I pulak pergi ambil kesempatan. I betul-betul rasa bersalah, Rio. Please forgive me. Please?"
Rasa simpati pula pada si Hakim di hadapannya sekarang. Rio pun memang bukan jenis orang yang menyimpan dendam. Kalau benda tu dah lepas, lebih baik dilupakan saja. Tapi, Rio tak faham. Kenapa Hakim datang minta maaf padanya? Hakim pun patut minta maaf pada Zakwan juga!
"You dah jumpa Zakwan? Mintak maaf dekat dia? Sebab I rasa yang trauma dengan you, is dia. Bukan I. I just marah you sebab you cuba nak buat something dekat boyfriend I. That's all."
Hakim menundukkan kepala, menunjukkan bahawa dia belum lagi berjumpa dengan Zakwan untuk meminta maaf.
"I knew it. Why don't you go and see him? I'll let him know that you dropped by here to meet me. At least dia tahu ada orang cari dia." Rio mencadangkan.
"Does this mean that I'm forgiven?" kata-kata Rio tadi seolah-olah seperti memberi harapan kepada Hakim.
Rio tersengih. "I ni bukannya jahat manalah. You're forgiven."
"Alhamdulillah..." Hakim memanjatkan kesyukuran.
"But..." tiba-tiba Rio bersuara. "This does not mean that we have forgotten about what you did. We can forgive but we will never forget."
"I understand..." Hakim terpaksa menerima hakikat itu.
Pada masa yang sama, Grab yang dipesan oleh Rio tadi tiba. Rio pantas mencapai beg sekolahnya dan bersedia untuk mendapatkan kereta itu. Dia sempat memberitahu Hakim bahawa dia akan memberitahu Zakwan tentang pertemuan mereka.
"Thanks, Rio. You're a good person."
"Thanks. And as far as I know, you have been a good friend too," kata Rio sebelum berlalu keluar dari pagar sekolahnya.
Rio sempat melambaikan tangannya ke arah Hakim sebelum dia masuk ke dalam kereta. Hakim membalas lambaian tangan Rio itu. Sebaik saja kereta yang dipesan oleh Rio melalui aplikasi Grab tadi meluncur pergi, Hakim berjalan lemah ke arah keretanya yang terletak betul-betul di hadapan pagar sekolah. Waktu itu ramai pelajar yang sudah pulang ke rumah. Jadi, tiada kereta ibu bapa yang diparkir di situ.
Sewaktu Hakim hendak mendapatkan keretanya, dia terkejut apabila sebuah motorsikal memecut laju, hampir-hampir melanggarnya.
"Woi, gila ke nak bunuh orang!?" marah Hakim yang sempat mengelak.
Dia yang tidak berpuas hati dengan motorsikal itu, segera masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin. "Siap kau, celaka! Kau ingat jalan ni jalan bapak kau? Kau dekat kawasan sekolah, bangang! Kalau ada budak melintas tadi macam mana?" bebel Hakim sebaik saja dia memasukkan gear dan menekan minyak dalam usaha mengejar motorsikal itu.
Motor yang hampir melanggar Hakim tadi ibarat pelesit. Cukup laju dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Penunggang motor itu seperti sedang mengejar sesuatu.
"Mak ai, lajunya! Kau nak pergi mana, bodoh?" Hakim yang memang tidak berpuas hati dengan penunggang motorsikal itu, masih tidak mahu mengalah. Penunggang-penunggang yang merbahaya sebegini memang wajar ditegur. Kalau tak ada yang tegur nanti, takut ada nyawa yang melayang pula dek kerana kecuaian dan ketidakprihatinan mereka itu.
Hakim dan penunggang motorsikal itu kini sudah masuk ke kawasan perumahan. Penunggang itu sudah mula memperlahankan motorsikalnya. Hakim menunggu masa sehingga penunggang itu berhenti dan turun dari motorsikalnya dulu, sebelum dia datang dan menegur penunggang motorsikal itu tadi.
"Eh, tu Rio!" Hakim baru terperasan kereta di hadapan dia dan penunggang motorsikal tadi adalah Grab yang sedang dinaiki oleh Rio.
Waktu itu, Rio sudah pun sampai ke rumahnya. Sebaik saja dia keluar dari kereta itu, motorsikal tadi kembali memecut laju, membuatkan Hakim pantas menekan hon supaya Rio perasan ada motorsikal sedang cuba melanggarnya.
PINNNNNNNN!
Rio menoleh ke arah bunyi hon itu dan terkejut melihat sebuah motorsikal sedang memecut laju ke arahnya.
"Aarghhhhh!"
Share this novel