Bab 34

Drama Series 29694

Hubungan baik antara Rio dan Hakim sedikit sebanyak telah membantu Zakwan untuk melangsungkan hidup. Kerana tidak mahu teman lelakinya itu duduk merempat tanpa hala tuju, Rio telah meminta kebenaran Hakim untuk membenarkan Zakwan tinggal bersamanya. Hakim memang tinggal seorang diri di rumah mak ciknya di Desa Petaling. Rumah itu mempunyai dua bilik kosong. Zakwan boleh menumpang tidur di salah satu dari bilik kosong itu.

"Kenapa dia tak tinggal dekat rumah you je? Macam mana dia nak pergi sekolah nanti?" tanya Hakim sewaktu Rio berkongsi hasrat hatinya untuk membantu Zakwan yang sedang berada dalam kesusahan sekarang.

Kalau hendak diikutkan hati, memang Rio mahu Zakwan tinggal di rumahnya. Ini sebagai tanda membalas budinya kerana telah membenarkan Rio tinggal di rumahnya sewaktu Rio lari dari rumah beberapa bulan yang lalu. Akan tetapi, ibu dan ayah Zakwan tahu di mana Rio tinggal. Seperti yang telah dialami oleh Zakwan sendiri sebelum ini, ibu dan ayahnya adalah homofobik. Mereka tentu tidak akan membenarkan Zakwan tinggal bersama Rio. Nanti tak pasal-pasal, ibu bapa Zakwan dan ibu bapa Rio berperang besar pula.

"You rasa dalam keadaan sekarang ni, sesuai ke untuk Zakwan pergi sekolah?"

Pertanyaan yang dilontarkan oleh Rio itu membuat Hakim berfikir lama. Akhirnya, dengan rasa berat hati, dia terpaksa bersetuju. Itu pun sebab dia memikirkan tentang persahabatannya dengan Rio. Kalau tidak, malas rasanya hendak membenarkan Zakwan untuk tinggal bersamanya. Hakim tahu Zakwan sebenarnya tidak suka melihat hubungan antara dia dengan Rio. Cemburu si lelaki itu dapat dihidu dari jauh lagi. Tapi Hakim enggan mempedulikannya kerana dia memang sudah lama teringin untuk berkawan rapat dengan Rio. Lebih-lebih lagi selepas Rio memuatnaik video kontroversinya beberapa bulan yang lalu.

"Pasal sekolah tu, you jangan risau. Kitorang tinggal nak duduk for SPM je sekarang ni. I'll speak to our teachers to allow Zack to just sit for the exams. He doesn't need to go to class anymore. As if we have classes anyway..." sambung Rio lagi.

Waktu itu, Zakwan sedang membiasakan dirinya dengan kawasan persekitaran rumah Hakim. Dia kagum melihat hiasan dalaman rumah itu. Zakwan dapat merumuskan bahawa Hakim adalah seorang yang menitik berat soal kebersihan. Isi dalam rumah itu langsung tidak bersepah. Segalanya dijaga dengan rapi.

Zakwan melangkah masuk ke dalam biliknya. Ia terletak bersebelahan dengan bilik Hakim. Keadaan di dalam bilik itu sama bersih seperti di luar. Ini betul-betul layanan bertaraf lima bintang. Zakwan bersyukur sangat kerana Hakim sudi membenarkannya untuk menumpang tinggal di situ buat sementara waktu.

"Okey. Walaupun I tak setuju untuk sorok anak orang, I buat jugak. Untuk you. You kena ingat tau, Zakwan tu bawah umur lagi. Apa-apa jadi, I boleh dituduh menculik dia. So you are putting me at risk right now," Hakim memberi pesan.

Rio memproses kata-kata Hakim lama. Kemudian, dia mengangguk-anggukkan kepala sebelum memaut erat bahu lelaki itu seraya mengucapkan terima kasih. "I really appreciate your help, Hakim. I truly do."

Hatinya terus bergetar tatkala Rio meletakkan tangan di atas bahunya. Ingin saja dia terkam si budak Rio itu namun Hakim tidak mahu dituduh mengambil kesempatan. Dia sekadar mampu tersenyum sumbing.

"Macam mana dengan kawan you yang lagi sorang tu? Siapa nama dia? Ammar?" tanya Hakim cuba mengalihkan tumpuannya pada tangan Rio yang telah diangkat semula dari bahunya tadi.

Pertanyaan itu tidak terus dijawab. Fikiran Rio kini bertumpu pada Ammar yang sedang mengalami nasib yang berbeza. Ammar sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Namun, rawatan susulan masih terpaksa dijalankan kerana keadaannya yang agak teruk dibelasah oleh anjing-anjing keparat yang homofobik.

"He's doing fine. I hope he is. Intan ada bagitau I yang Ammar tak lalu nak makan sekarang. Badan dia dah cengkung sikit. Parents dia pun tak nak dia datang sekolah dah. Dia mungkin akan datang untuk SPM je nanti sama macam Zack."

"Budak-budak yang pukul diorang tu macam mana pulak?"

Mendengar saja Hakim menyebut tentang budak-budak banjingan itu, terjengil biji mata Rio. Satu rengusan kasar dilemparkan. "Hmph! Padan dengan muka diorang. Polis cakap nak hantar diorang masuk sekolah juvana. Sebab diorang still bawah umur lagi. Itulah penangannya kalau jadi bodoh. Sesuailah dengan muka masing-masing. I doa sangat-sangat supaya kat sekolah juvana tu, diorang akan jatuhkan sabun dan bontot masing-masing akan kena rodok dengan senior-senior!"

Hakim tidak tahan mendengar kata-kata amarah dari Rio itu. Dia tertawa besar sambil memegang perutnya, membuat Rio mengerutkan kening. Apa yang kelakar entah?

"You ni banyak sangat baca fiction ni. Manalah benda-benda macam tu berlaku," kata Hakim, menghabisi sisa tawanya.

"Whatever-lah! I'm just so angry at those bastards! Ammar almost died, okay? And because of them, Zack terpaksa keluar dari rumah dia. Can you imagine?"

Hakim sudah tidak lagi tertawa. Dia tahu Rio sebenarnya menyimpan rasa bersalah atas apa yang telah terjadi. Semalam dia telah menonton video yang baru dimuatnaik oleh Rio dalam YouTube. Terus terang Hakim dapat rasakan apa yang cuba Rio sampaikan. Dia tidak menyangka Rio akan menangis ketika sedang merakam video itu. Memang betul-betul meruntun perasaannya yang sama halus seperti tisu.

"You jangan fikir sangat, okey? Everything is going to be fine. I janji akan jaga Zakwan elok-elok. Now you just need to think about your examination. Buat betul-betul. And habiskan your school with ease. Okay?" giliran Hakim pula memaut tangannya pada bahu Rio. "Senyum sikit?"

Rio yang tersipu-sipu dengan tindakan Hakim itu mengangguk-anggukkan kepala sambil memberi senyuman yang diminta.

"Ha, kan comel tu?" Hakim menguis dagu Rio.

"Ehem...ehem..." tanpa Rio dan Hakim perasan, Zakwan sedang tercegat di hadapan pintu bilik tumpangannya sambil menyilangkan tangan. "Aku kacau korang ke?"

Hakim pantas menarik semula tangannya. Rio juga kembali menyisir rambutnya sebelum segera mendapatkan Zakwan. "Hai sayang, dah siap kemas semua barang kau ke?"

Zakwan tidak terus menjawab. Dia sekadar mengangguk lemah. Hatinya tadi benar-benar sakit melihat betapa mesranya hubungan Rio dan Hakim. Kalau tak kerana Hakim mahu menumpangkannya di situ, dah lama dah Zakwan datang tumbuk muka dia tadi. Suka-suka hati saja nak menggatal dengan teman lelaki orang! Ingat aku ni tunggul ke apa? Hormatlah sikit, getus hati kecil Zakwan.

"Great! I'm starving. Shall we order something and eat here?" cadang Rio, cuba untuk tidak mencanggungkan lagi keadaan.

"You guys go ahead. I need to settle something outside," kata Hakim. Dia mengeluarkan not RM100 sebelum menyerahkannya ke tangan Rio. "Take this and order whatever you want. I'll be back in about two to three hours. Order untuk korang je okey? I'll eat with my colleagues."

Rio teragak-agak untuk menerima not RM100 dari Hakim itu tapi dia terpaksa ambil juga kerana walaupun dilahirkan dalam keadaan serba-serbi lengkap, bila ada orang nak belanja, tidak salah rasanya untuk tidak menolak. "Thanks, Hakim. Banyak sangat ni sebenarnya."

"Small matter. Order-lah banyak-banyak sikit. Baru puas makan!" Hakim mengenyitkan mata sebelum meminta diri, meninggalkan Zakwan dan Rio berdua di dalam rumahnya itu.

"So...kau nak makan apa?" tanya Rio kepada Zakwan sebaik saja Hakim hilang dari pandangan.

"Aku tak lapar. Kau order-lah apa-apa untuk kau," jawab Zakwan, lemah sebelum kembali masuk ke bilik tumpangannya.

Rio tahu Zakwan sebenarnya merajuk kerana ternampak dia dan Hakim bermesraan tadi. Kalau dah masuk dalam bilik tu, tahulah Rio macam mana nak pujuk. Rio tersenyum nakal.

"Zack..."

Zakwan menyambung semula aktiviti memunggah pakaiannya dari beg jinjit besar yang dibawa bersama. Dia tidak mahu mempedulikan teman lelakinya itu.

Rio mengambil tempat di sebelah Zakwan. "Zack...kenapa ni? Kau tak happy ke dapat tumpang tinggal rumah Hakim? Rumah ni tak cukup selesa untuk kau ke?"

Zakwan merenung tajam wajah Rio. "Aku rasa kau lagi happy aku dapat tinggal dekat rumah dia. Bolehlah kau datang sini hari-hari untuk jumpa dia."

"Apa kau merepek ni? Jangan nak fikir yang bukan-bukan ya?"

"Sudahlah, Rio. Aku nampak cara korang berbual, cara korang bergurau apa semua. Aku tahu kau ada hati dekat dia. Dia pun ada hati dekat kau jugak. Cuma korang tak nak mengaku sebab kau masih couple dengan aku. Betul kan?"

Rio tidak terus menjawab. Buat seketika, lidahnya kelu untuk berkata-kata.

"Aku terima pertolongan dia ni pun sebab aku fikir ini je jalan yang terbaik. Kalau tidak nanti, terpaksalah aku tidur bawah jambatan. So kau jangan fikir yang aku ni happy dapat tinggal dekat sini. Aku cuma terpaksa. Kalau ikutkan hati, aku tak ingin pun nak jejakkan kaki dalam rumah ni."

Melihat Rio langsung tidak memberi respons, Zakwan menyambung aktivitinya tadi. Dia sudah dapat mengagak bahawa Rio dan Hakim memang saling menyimpan perasaan sesama sendiri. Mereka sudah tidak perlu menyembunyikannya lagi. Dia sudah tahu.

"Aku order-kan kau McD. Kau nak makan ataupun tak, itu suka hati kau. Yang aku tahu, aku cuma jalankan amanah Hakim. Dia dah bagi duit pun tadi." Rio mengubah topik perbualan sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Dia tahu, tiada gunanya bertengkar dengan Zakwan. Dia boleh nafikan hubungannya dengan Hakim, tapi dia tidak berhak menafikan rasa cemburu yang ada pada diri Zakwan sekarang. Dia sedar hubungannya dengan Hakim kelihatan agak keterlaluan. Namun, dia bersumpah bahawa cinta hatinya tetap utuh untuk Zakwan seorang. Dia harap Zakwan akan sedar suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience