Bab 13

Drama Series 29694

Fitri menarik nafas lega melihat Rio berada di dalam perpustakaan seorang diri. Rio kelihatan seperti sedang menyiapkan kerja sekolah. Buku-buku rujukan dan kertas conteng berselerakan di atas mejanya. Dia langsung tidak mengendahkan keadaan di sekeliling. Biarpun ada mata yang masih memandang-mandangnya lagi, Rio tidak peduli. Dia mahu fokus kepada pelajarannya. Kebelakangan ini, tumpuannya terganggu kerana video melelanya tular di media sosial. Kini, dia lebih berminat untuk berfikir tentang masa hadapan. Itu janji yang diberi pada ibunya selepas dia mengambil keputusan untuk tinggal bersama keluarga Zakwan buat sementara waktu.

Lagi pun, Rio telah berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak lagi menghabiskan masa di kantin pada waktu rehat. Dia lebih selesa duduk di dalam perpustakaan sekolahnya kerana tidak ramai pelajar yang akan berada di situ. Yang ada pun jenis tidak peduli tentang perihal orang lain. Rio sebenarnya terpaksa mengambil keputusan sebegitu bagi mengelakkan dirinya dari dicemuh oleh rakan-rakan sebaya. Biarpun telah banyak kali dipujuk oleh Ammar dan Intan untuk tidak mempedulikan hinaan yang diterima, Rio tetap dengan pendiriannya. Cukuplah segala cacian dan makian yang dilemparkan kepadanya selama ini.

Fitri melangkah dengan penuh berhati-hati untuk mendekati Rio. Dia benar-benar rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku kepada idolanya itu. Fitri mahu meluahkan rasa kesalnya terhadap insiden yang menjadi punca kepada pergaduhan antara Iskandar dan Rohaya, sehingga menyebabkan Rio mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Dia tidak menyangka bahawa tindakannya untuk turut sama melela di dalam diarinya, boleh menyebabkan orang lain terluka.

Rio tidak perasan akan kehadiran Fitri di hadapannya. Dia cuma sedar apabila Fitri berdehem dengan nada yang perlahan. Sebagai rasa hormat, Rio meletakkan pennya dan menongkat dagu. "Can I help you?" 

"Sss...saya...saya nak mintak maaf dengan Abang Rio. Ini semua salah saya. Saya tak patut tulis pasal orientasi seksual saya dekat buku tu. Kerana saya, tak pasal-pasal Abang Rio pun kena dengan Tuan Haji Zainol. Saya mintak maaf, bang," begitu ikhlas Fitri meluahkan rasa bersalahnya pada Rio atas apa yang terjadi tempoh hari. Air matanya mula berkaca kerana perasaannya itu sukar dibendung lagi.

Rio bangun dari duduknya dan menghampiri Fitri. "It's okay, dik. It's not your fault. I'm the one who inspired you. So technically, it's my own fault. So don't beat yourself too hard, okay? Tak ada siapa yang salah dalam hal ini. Percayalah. In fact, I am so proud that you were brave enough to come out, even though just in your diary. Embrace it, dear. Whoever yang report pasal diari you dekat Tuan Haji Zainol, was an asshole. You do you, girl" kata Rio sebelum kembali duduk sambil mengenyitkan mata kepada Fitri. Dia tidak mahu melengahkan lagi masa. Dia perlu kembali fokus kepada kerja sekolahnya. Minggu depan, Peperiksaan Percubaan Pertama SPM akan berlangsung. Biarpun hidupnya kini sedikit tunggang langgang, Rio berazam untuk tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak memberikan yang terbaik.

"You're such a strong person, abang. I really adore you." Fitri masih lagi berdiri di situ dengan satu senyuman yang melebar.

Rio memandang wajah ceria Fitri itu dengan perasaan bangga. Sekali lagi, dia telah melakukan sesuatu yang memberi inspirasi kepada orang lain. "Thank you. I am proud of you too. Remember that."

Sangkaannya, Fitri akan terus beredar dari situ selepas dia mengucapkan terima kasih. Tetapi Fitri masih lagi tercegat di hadapannya. Ada satu lagi perkara yang belum selesai. Fitri kelihatan seperti takut untuk bersuara. "Err...thank you. This may sound weird, but...boleh tak kalau saya nak number phone abang?"

Rio menjongketkan keningnya. "Number phone?" Tiba-tiba dia mendapat satu idea yang bernas. Dia mahu mengajak Fitri menyertainya dalam perhimpunan bulanan dia dan aktivis LGBT yang seterusnya. Jadi dengan gembiranya, Rio menulis sesuatu pada sekeping kertas yang dikoyakkan dari buku latihannya.

"Here you go."

"Terima kasih, bang. Takpe ke saya nak chat dengan abang ni?"

Rasa macam nak tergelak mendengar pertanyaan budak itu. Namun, Rio menahan dirinya dari mentertawakan Fitri. Dia menggelengkan kepala. "Don't worry. Takde siapa yang nak marah. In fact, I am going to make you my adik angkat. What do you think?"

"Adik angkat?" berseri-seri wajah Fitri. "Betul ke ni?"

"Betul. We need to support each other in this community. I don't want you to go through this all by yourself. You are not alone. If masa mengizinkan, I would like to bring you to one of my gatherings."

"Gatherings?"

Rio pun menjelaskan kepada Fitri apa yang dia cuba maksudkan. Mereka berdua duduk berbual mengenai perjuangan hak kesemarataan golongan LGBT di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Banyak yang Fitri belajar dari Rio. Dia benar-benar terpegun mendapati bahawa di Malaysia sendiri, terdapat banyak gerakan aktivis yang memperjuangkan hak komuniti LGBT. Dan Rio juga merupakan salah seorang dari aktivis itu. Ini membuatkan rasa hormat Fitri terhadap Rio semakin bertambah.

"Saya boleh join ke gathering tu, bang?" tanya Fitri, sebagai tanda kepastian.

"Kalau nak diikutkan, our group only let people who are 16 and above to join. But for you, I will try and appeal. You need all the protection you need from us. So anything, I will update you okay?"

"Thank you so much, bang. I really appreciate it."

"No problem."

Fitri akhirnya meminta diri dan meninggalkan Rio untuk kembali menyambung semula kerjanya tadi. Sebelum pergi, Rio sempat bertanyakan pada Fitri sama ada Fitri mempunyai teman lelaki ataupun tidak.

"Kenapa abang tanya?"

Kerana tidak mahu Fitri tersalah faham maksud di sebalik pertanyaannya itu, Rio segera menjawab, "If you have a boyfriend, please make sure you do it safely, okay? I can help to give you some sex education too."

"Really?" Fitri berasa teruja lagi.

"Yes. But maybe some other time, okay?"

"Okey!"

**********

"You what!?"

Rio pantas menakup mulut Zakwan kerana khuatir Salwa akan terdengar suaranya yang nyaring itu. Seperti biasa, sesi pembelajaran antara Rio dan Zakwan diadakan selepas tamat waktu sekolah. Cuma kali ini sesi pembelajaran itu dilakukan di rumah Zakwan, bukannya di rumah Rio. Sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran, Rio sempat memberitahu teman lelakinya itu tentang apa yang dia dan Fitri bincangkan di perpustakaan tadi.

Setelah yakin Zakwan tidak akan meninggikan suaranya seperti tadi, Rio mengalihkan tangannya semula.

"Kau nak masukkan dia dalam group aktivis kau tu?" nada suara Zakwan kembali perlahan.

"Yes. He needs all the support he can, so I am providing him with one."

"But he's just a young boy."

"And what about it?" Rio menjongketkan keningnya.

"I don't know...maybe he's too young for it?"

Rio mencekak pinganggnya. "Zakwan, keganasan terhadap golongan LGBT tidak mengenal usia. Kau sendiri ada dengar pasal budak 14 tahun dekat Amerika kena tembak dengan ayah dia sendiri sebab dia gay. What makes you think the same thing won't happen to Fitri? If dia tak jumpa sesiapa yang dia boleh jadikan tempat untuk berlindung, mungkin dia sendiri yang akan acukan pistol dekat kepala dia."

Zakwan seperti tidak mahu beralah. "Bukan kau cakap dia ada geng-geng pondan dia sendiri ke?"

"Yeah, and what about them?"

"Dia boleh jadikan kawan-kawan dia tu sebagai tempat mengadu."

Rio rasa macam nak cekik-cekik saja teman lelakinya itu. "Tak samalah, Zakwan oi! Fitri punya kawan tu bagi emotional support. My group can give them support dari segi keselamatan. Faham tak?"

"So you're recruiting them as well?"

"Yes."

Zakwan mengetap bibirnya.

Rio jadi tidak keruan melihat ekspresi wajah teman lelakinya itu. "Kenapa? Kau tak suka?"

"Kau tak pernah ajak aku pun untuk join gathering tu."

"Excuse me, kau yang tak nak join okey? Aku dah ajak banyak kali dah tapi apa alasan kau selalu bagi?"

Zakwan diam.

"I'm not that kind of gay!" Rio cuba memimik suara Zakwan.

"Pigidah!" Rio terus menuju ke arah buku-buku latihannya yang bertaburan di atas lantai. Dia mahu menyambung pembelajaran mereka. Rasa macam buang masa saja bergaduh tak tentu pasal. Lagi-lagi tentang rakan-rakan pejuang keamanan Rio.

Sebelum ini, memang Rio ada cuba untuk mengajak Zakwan datang ke perhimpunan bulanannya. Namun Zakwan tidak henti-henti memberikan alasan. Dia malu kerana tidak biasa dikelilingi oleh golongan LGBT yang sebegitu ramai di satu tempat yang sama.

"You do know that is internally homophobic, right?" Rio pernah bertanyakan soalan itu kepada Zakwan.

Zakwan terkedu apabila dituduh homofobik oleh teman lelakinya. "I'm not homophobic."

"Yes you are. Being uncomfortable when you're surrounded by gay people shows that you are a homophobic person."

Zakwan merengus kasar. Tidak berpuas hati dengan tuduhan Rio itu.

"Kau ingat homofobik ni untuk orang straight je ke? Gay, bisexual, lesbian or even transgender tak boleh homofobik? Macam tu?"

Jeda.

"There's nothing worse than homophobic people than internal homophobes."

Semenjak dari itu, Rio tidak lagi pernah mengajak Zakwan untuk sama-sama turun ke Bangi bersamanya pada setiap bulan. Rio memberi Zakwan ruang dan masa untuk menerima siapa dirinya yang sebenar.

"If you can't love yourself, how in the hell you're gonna love somebody else?" Rio sengaja menggunakan kata-kata hikmah dari Rupaul Charles yang menjadi tagline siri realiti televisyen RuPaul's Drag Race itu kepada Zakwan.

"I'm sorry..." itu saja yang mampu Zakwan katakan kini. Dia tidak mahu bergaduh dengan Rio.

"Hmm" sengaja Rio membalas sepatah. Konon-konon seperti sedang merajuk dengan kekasihnya itu.

Zakwan bangun dari katilnya dan mencapai beg sekolah yang dicampakkan di bawah meja belajar. Dia mengeluarkan sesuatu dari begnya. Rio hanya menjeling dengan penuh tanda tanya. Apalah yang Zakwan cuba cari itu?

"Tadaa!" Zakwan menayangkan sebotol pelincir bersaiz kecil dan sekotak kondom.

"What the f...!?" Rio menakup mulutnya sambil berjalan ke arah Zakwan. Rio sendiri tidak pernah melihat botol pelincir dan kotak kondom secara dekat sebelum ini.

"Just in case...if you know...you want us to do more than just cuddling after this..." kata Zakwan tanpa rasa segan silu.

"What makes you think I want to do more than just cuddling with you after the argument we just had?"

"Ala come on-lah. Gaduh manja je kan?"

"Where did you get all this? Takde orang nampak kau beli ke?" Rio khuatir akan keselamatan Zakwan. Botol pelincir dan kotak kondom tadi dibeleknya dengan tekun.

"Ini semua beli online-lah. Aku deal sendiri dengan orang yang hantar tu. So takde siapa tahu except for me, you and him."

"What if dia bagitahu semua orang that you purchased all these?"

"He wouldn't do that because he wants to keep me as the regular customer." Zakwan tersenyum bangga.

Rio menggelengkan kepala. Dia memulangkan semula botol pelincir dan kotak kondom tadi kepada Zakwan. "Keep it. Jangan sampai mak kau nampak!"

"Should we do it tonight?" Zakwan mencadang.

"Tak cukup lagi ke yang semalam?"

"Semalam takde berat-berat."

Rio mencebikkan bibir. "No! Zakwan, keep that thing away. Let's start with the class."

"Sex class?" Zakwan berseloroh.

"Very funny!" Rio malas nak layan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience