Bab 58

Drama Series 29694

Rio terjaga di sebuah tempat yang asing. Kiri, kanan, atas dan bawah semuanya putih. Dia kehairanan. Pakaiannya juga turut sama berwarna putih. "Aku dah mati ke?" bisik Rio, selepas teringat kembali insiden di mana dia tiba-tiba saja dilanggar oleh seorang penunggang motorsikal di hadapan rumahnya. Dia segera meraba-raba seluruh anggota tubuhnya untuk mencari luka atau lebam dari insiden itu. Tidak berjumpa. Dia mula yakin bahawa dia kini sudah tidak lagi berada di alam nyata. "Ni ke alam barzakh?" bisiknya lagi sambil melilau ke sekeliling kawasan yang putih melepak. "Assalamualaikum..." dia cuba memberi salam. Mana tahu ada orang akan menjawab salamnya itu?

"Waalaikumsalam."

Rio pantas menoleh ke belakang. Seorang wanita yang dikenalinya sedang tersenyum lebar. Pakaiannya turut sama berwarna putih.

"Aunty Liz?"

Wanita itu mengangguk-anggukkan kepalanya. "Akhirnya kita berjumpa. Dah besar dah anak Roy dengan Iskandar." Liz datang mendekati. Rambut Rio yang kering tapi lembut diusap-usap.

"Kita kat mana, Aunty?" tanya Rio, biarpun dia yakin mereka tidak lagi di dunia nyata. Aunty Liz sudah pun mati dibunuh. Mana mungkin Rio dapat bercakap dengannya melainkan...dia juga sudah menjadi sebahagian dari alam barzakh sekarang ini?

"Jangan risau. Kamu cuma koma dekat hospital. Kamu belum mati lagi." Liz mengelus lembut pipi Rio.

"Habis tu kenapa saya dekat sini?"

"Kami nak beri semangat pada kamu..." satu lagi suara muncul dari belakang.

Rio menoleh dan mengerutkan dahi melihat lelaki yang turut sama berbusana putih di hadapannya. "Kau siapa?" tanya Rio.

Lelaki itu tersenyum. "Aku Haekal. Kau tak kenal aku sebab aku hanya ada dalam subconscious mind kau."

"Haekal?" makin pening Rio dibuatnya. Kenapa lelaki yang tidak dikenalinya itu boleh tiba-tiba muncul di hadapannya sekarang? Apa kena-mengena lelaki itu dengan hidupnya? Dan apa maksud lelaki itu bila dia cakap dia ada dalam subconscious mind Rio? Kenapa Aunty Liz yang dia tak pernah jumpa boleh ada dekat situ jugak? Rio menggaru-garu kepalanya kerana tidak tahan dengan rasa bingung yang menggunung.

"Jangan takut, Rio. Kami bukan nak apa-apakan kamu. Kami cuma nak beri semangat je," ujar Liz sambil memegang bahu Rio dari belakang.

"Semangat apa? Saya cuma nak bangun dari koma. Tu je." Rio memicit-micit pelipisnya.

"Tak semudah tu, Rio."

Satu lagi suara asing kedengaran. Rio menoleh ke tepi dan mengeluh lemah kerana lelaki yang bercakap dengannya tadi adalah seorang lagi lelaki yang tidak dikenali. "Encik ni siapa pulak?"

"Dialah yang dah bunuh Aunty Liz!" Liz mengetap bibirnya memandang lelaki itu.

"Huh? Apa semua ni?" Rio tidak mengerti.

"Bukankah aku dah mintak maaf pada kau? Kan aku kata aku terpaksa." Lelaki itu cuba membela dirinya.

"Sudahlah, Malek! Kau bunuh aku bukan sebab terpaksa. Tapi sebab kau tu homophobic!" marah Liz kepada lelaki yang bernama Malek itu.

'Malek? Malek mana pulak ni?' getus hati Rio kerana dia langsung tidak mengenali lelaki yang dikatakan telah bertanggungjawab membunuh Aunty Liz.

"Aku bunuh kau sebab boss aku suruhlah!" Malek cuba untuk membela dirinya lagi.

"Orang-orang macam Malek ni memang takkan mengaku salah mereka. Dia akan cuba salahkan orang lain. Samalah macam golongan anti-LGBT yang lain. Tengoklah sendiri apa korang dah buat dekat kami. Berapa ramai lagi yang akan terkorban disebabkan perbuatan keji korang tu!?" marah Haekal pula. Dia datang mendekati Liz sebagai tanda mereka berdua sama-sama membenci Malek.

Rio yang masih cuba memproses situasi pelik di hadapannya sekadar memerhatikan sahaja.

"Padan dengan muka kau! Last-last mati jugak kena bunuh!" herdik Liz kepada Malek.

"Ptuih!" Malek meludah ke lantai. Nampak gayanya dia seperti sudah hilang sabar dengan Liz dan Haekal. Ketika Malek hendak menghayunkan tangannya ke arah Liz, satu suara menghalangnya dari berbuat sedemikian.

"MALEK!"

Semua mata bertumpu ke arah seorang lelaki yang dalam lingkungan 50-an. Seperti Haekal dan Malek, lelaki itu juga merupakan orang asing buat Rio. Tak pernah berjumpa dan tak pernah kenal pun. Rio turut yakin bahawa lelaki itu tidak wujud di dalam minda separa sedarnya. Dia memang tak pernah jumpa lelaki itu sebelum ini.

Malek mengundurkan diri ke belakang. Dia sekadar mampu memberikan pandangan tajam kepada Liz dan Haekal.

Lelaki yang dalam lingkungan 50-an tadi datang mendekati Malek. "Tak perlulah nak dipukulnya perempuan tu lagi. Dia dah mati pun. Sama macam kita!"

Liz tersenyum sinis sewaktu matanya bertemu dengan mata Malek. Padan muka kau, ejek senyuman Liz itu.

"Diorang ni provok saya, bos." Malek menunding jarinya ke arah Liz dan Haekal.

"Malek...aku dah pesan dekat kau banyak kali. Jangan bawak perangai dunia kau kat sini!" marah lelaki itu lagi.

Malek menikuskan diri dan tidak berani bertentangan mata dengan Liz, Haekal mahupun Rio.

"Excuse me, can someone tell me exactly what is happening over here?" tiba-tiba Rio bersuara kerana dia sudah tidak larat lagi menonton drama yang entah apa-apa itu. Semua mata bertumpu padanya kini dan Rio sudah hilang akal untuk memikirkan cara bagaimana untuk dia bangun dari komanya seperti yang diperkatakan oleh Liz tadi. "Please, I just want to go home."

"Kau Rio Shabiro?" tanya lelaki dalam lingkungan 50-an tadi. Dia mula mendekati Rio dengan wajah penuh rasa ingin tahu.

"Ya. Encik ni sape?"

"Aku Khadir. Mastermind anti-LGBT dekat KL." Sungguh tenang cara Khadir memperkenalkan dirinya.

"Kau?"

Khadir mengangguk-anggukkan kepalanya. "Ya, aku. Akulah yang merancang segala benda. Aku yang suruh Malek pergi bunuh Liz. Aku yang suruh Botak ikut kau dan takut-takutkan kawan kau. Selama ni, segala jenis ugutan yang kau dapat, datangnya dari anak-anak buah aku."

Rio mula membayangkan segala insiden yang berlaku kepada dirinya sejak dia memuatnaik video melelanya di laman YouTube. Komen-komen berbaur ugutan, bangkai burung gagak yang berselerak di laman rumah, lelaki misteri yang sering mengekorinya dan macam-macam lagi. Rupanya Khadirlah dalang di sebalik semua insiden itu.

"Kaulah yang merancang segalanya?" tanya Rio, dengan nada yang mendatar.

"Ya. Aku."

"Kenapa aku ada dekat sini? Apa yang korang nak dari aku?" Rio seperti tidak berdendam pada Khadir, sebaliknya sekadar cuma mahu memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Haekal datang mendekati. Dia memberikan satu senyuman yang mampu mencairkan hati sesiapa yang memandang. Jantung Rio mula berdegup kencang tatkala matanya saling bertaut dengan Haekal.

"Rio..." mendengar namanya diungkap oleh lelaki itu, Rio rasa macam nak pengsan. Namun, dia tidak mahu mempamerkan apa yang dia rasa itu kepada mereka semua yang berada di situ. Dia cuba berlagak biasa.

"Kami di sini cuma nak beritahu yang kamu ada hak untuk jadi siapa saja diri kamu. Takde siapa dalam dunia ni yang boleh hukum kamu. Hiduplah dalam dunia ini dengan penuh rasa bahagia dan cinta. Kami semua nak kamu happy."

Berkerut dahi Rio mendengar kata-kata Haekal. "Saya tak faham."

"Live your life to the fullest. The hate will always be there. But don't let it change who you are. You are so much more than what they call you." Giliran Liz pula datang mendekati. Liz kemudian membisikkan sesuatu ke telinga Rio. "Give my best to your mum and dad."

Sebaik pipinya dikucup oleh Liz, Rio membuka mata dan terkedu melihat dirinya berada di atas katil hospital dengan tubuhnya berselirat dengan beberapa tiub. Dadanya berombak-ombak. Mimpi je ke semua tu tadi? Bisik hatinya.

Rio mula beristighfar panjang. Serentak dengan itu, biliknya dimasuki oleh Zakwan yang sedang membawa belon bertulis 'Get Well Soon'.

"Rio?" Zakwan terkejut melihat Rio sudah kembali sedar.

"Zakwan..." air mata Rio mula bergenang.

"Oh my God, Rio!" Zakwan pantas berlari ke arah kekasihnya itu. "You're awake!"

"I'm awake!" tumpah juga air mata Rio tatkala Zakwan datang menerpa ke arahnya.

**********

"How long have I been in a coma?" tanya Rio sewaktu dia dan Zakwan sedang sama-sama menikmati bubur ayam McD. Rio tak ada selera menikmati makanan hospital jadi mereka menghubungi McDelivery dan memesan bubur itu.

"One week." Zakwan menjawab, ringkas.

"Wow. My parents must be worried sick."

"Hell yeah. Your mum just couldn't leave this room. Your dad had to drag her out. We were all losing hopes because the doctor said that you might not recover from your coma. But I knew you'd come back to us. I just knew."

Rio tersenyum lebar sambil matanya langsung tidak berkedip memandang Zakwan.

"What?" Zakwan pelik apabila Rio hanya tersenyum dan tidak langsung memberi reaksi lain selepas dia habis bercerita.

"Your English is getting better."

"Well, I was taught by an amazing teacher."

Tersipu-sipu Rio dibuatnya. Zakwan memang pandai mengambil hati. Entah kenapa, perasaan sayang Rio kepada Zakwan semakin bertambah. Dia enggan berjauhan lagi dengan lelaki itu. Jemari Zakwan digenggam erat. "You're a sweet guy."

"No, you're sweeter."

"You're the sweetest."

Kini, giliran Zakwan pula tersipu malu. Malam yang dingin itu menyaksikan kehangatan cinta mereka berdua membara ibarat api. Zakwan menemani Rio sementara menunggu kedua ibu bapa Rio untuk datang.

"What happened to the guy who hit me?" tiba-tiba Rio bertanya.

"Oh...he's in the police custody."

"Okay."

Zakwan menelan air liurnya. "And there's something that you should know."

Rio menoleh ke arah Zakwan dengan wajah yang polos. Melihat anak mata Rio, Zakwan semakin rasa bersalah untuk memberitahu Rio perkara yang sedang disimpannya.

"What is it, Zack?" Rio seperti dapat membaca bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

"Hakim died when he tried to save you from the guy."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience