"My brother wants to meet us."
Rio terpaku mendengar kata-kata dari teman lelakinya itu. Wajah tegangnya tadi mula mengendur. "Your brother? As in your Abang Long?" Rio bertanya sebagai tanda kepastian. Mana tahu 'my brother' yang disebut Zakwan tadi merujuk kepada Hakim? Bukannya Rio tidak faham gaya hidup gay boys macam mana. Orang yang lebih dewasa dan matang sering dianggap sebagai abang. Siapa tahu hubungan rapat antara Zakwan dan Hakim telah bertukar menjadi hubungan 'abang dan adik'?
Fikiran Rio yang jauh menerawang tadi kembali ke alam realiti. Anggukkan kepala Zakwan membuktikan bahawa 'my brother' yang dimaksudkannya tadi bukanlah Hakim sebaliknya memang abang kandung Zakwan.
Rio tak pernah berjumpa pun dengan abang Zakwan itu. Dia sekadar pernah mendengar nama dan cerita lelaki itu saja. Abang Zakwan kini sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di sebuah universiti awam di Kuantan, Pahang.
Muiz si Abang Long Zakwan itu, ada pernah cuba mencari adiknya sewaktu adiknya melarikan diri ke rumah Hakim setelah melela seksualitinya pada Salwa dan Arshad, ibu bapa mereka. Zakwan memang ada berjumpa dengan Muiz apabila Muiz berjaya menjejakinya untuk membawanya pulang ke rumah. Waktu itu, Rio tidak berkesempatan untuk bertemu empat mata dengan abang Zakwan. Perjumpaannya dengan Muiz pun dimaklumkan kepada Rio selepas beberapa hari kemudian. Seperti yang semua ketahui, Muiz gagal membawa pulang adiknya itu ke rumah.
Zakwan menjelaskan kepada Rio tentang situasi yang sedang berlaku. Muiz baru saja memulakan cuti semesternya. Selepas mendapati Zakwan kini telah pulang kembali ke rumah, Muiz tersangatlah teruja! Lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mereka sudah tidak berdendam ataupun membenci dengan anak mereka sendiri. Muiz akan kembali semula ke Kuala Lumpur pada hari Selasa hadapan. Sewaktu Zakwan sibuk bercerita tentang persiapan menduduki SPM-nya, dia secara tidak sengaja tersebut nama Rio. Itu yang membuatkan Muiz benar-benar mahu berjumpa dengan lelaki yang telah memesongkan seksualiti adiknya itu.
"What do you mean memesongkan?" tanya Rio apabila Zakwan menggunakan perkataan itu.
Zakwan pantas menggeleng-gelengkan kepalanya bagi menghalang Rio dari salah faham apa yang cuba dia maksudkan. "I mean, the guy who managed to open my heart to embrace my bisexuality," kata Zakwan, yang faham benar akan perangai teman lelakinya itu yang tidak suka apabila dituduh menjadi punca kenapa dia boleh mula mempunyai perasaan terhadap lelaki.
Buat sejenak, Rio memikirkan sesuatu. Dia menoleh ke arah rakan-rakannya di dalam rumah yang masih setia mengulangkaji pelajaran. Sesekali Emilya menjeling-jeling, seperti mahu tahu apa yang Rio dan Zakwan sedang bincangkan. Biasalah tu, bakal-bakal mak cik bawang bila dah berusia nanti.
"So bila Abang Long kau nak jumpa kita?" Rio menggagahkan dirinya untuk memenuhi hasrat 'abang iparnya' untuk berjumpa dengan dia dan Zakwan. Sebolehnya, Rio cuba untuk mengelak kerana khuatir pertemuan mereka tidak berakhir dengan baik. Lebih-lebih lagi ketika kedua-dua dia dan Zakwan masih lagi mempunyai baki kertas SPM untuk diduduki.
"Selasa malam kau datang rumah aku boleh? Tidur sana terus. Kita dinner sama-sama and esoknya kita boleh pergi sekolah sama-sama." Zakwan mencadangkan.
Tidur? Dinner? Dah agak dah ini bukan satu idea yang baik, getus hati kecil Rio.
Zakwan yang faham akan riak di wajah kekasihnya itu yang seperti takut dengan apa yang cuba dia lakukan, pantas berjanji. "Aku akan pastikan tak ada benda buruk yang terjadi dekat kau. Aku takkan biarkan siapa-siapa pun hina kau depan mata aku sekalipun penghinaan tu datang dari ahli keluarga aku sendiri."
Sejuk hati Rio bila Zakwan sudah berkata begitu. Jadi, dengan penuh rasa berat hati, Rio terpaksa bersetuju. "Haih, lepas satu, satu masalah yang timbul! Tak kasi chance betul!" omel Rio sendiri sewaktu dia masuk semula ke dalam, meninggalkan Zakwan yang kelihatannya seperti sedang membuat satu panggilan. Mungkin untuk menghubungi abangnya dan memberitahu bahawa Rio setuju untuk bertemu empat mata dengannya Selasa malam nanti di rumah mereka.
"Apahal tu?" tanya Intan, mewakili tiga dara pingitan di sebelahnya yang nak tahu sangat apa yang dibincangkan oleh Zakwan dan Rio tadi. Serius sangat muka mereka. Macam ada masalah. Padahal kedua-duanya sedang menduduki SPM.
"Takde apa-apalah. Zakwan punya abang nak jumpa kitorang," bersahaja Rio memberi jawapan.
Intan, Emilya, Zeefa dan Athirah masing-masing membuntangkan mata mereka. Maklum sajalah, mereka tidak pernah ada kawan gay macam Rio dan Zakwan. Dan mereka sama sekali tidak pernah mendengar cerita tentang abang kepada si A yang merupakan seorang homoseksual, ingin berjumpa dengan si B yang juga seorang homoseksual dan sedang menjalinkan hubungan percintaan secara terbuka dengan si A. Apakah abang Zakwan akan memberi restu? Atau memisahkan kedua-dua mereka setelah ramai yang gagal berbuat sedemikian termasuk ibu bapa masing-masing? Persoalan demi persoalan bermain-main dalam fikiran keempat-empat gadis itu.
"Aku tak tahu pun yang Zakwan ada abang." Intan berbicara selepas dia sedar yang dia ternganga dengan mata terbuntang lebih dari lima saat.
"Aku tahu. Abang Zakwan handsome! Study kat universiti mana tah. Pernah jumpa dua tiga kali. Satu sekolah dengan kita. Tapi super seniorlah!" Cik Emilya Si Serba Tahu memaklumkan dengan bangganya.
Intan enggan melayan si Emilya. Informasi itu dihadam sebagai pengetahuannya. Malas nak tahu dengan lebih lanjut macam mana Emilya boleh kenal. Mak cik tu mesti ada caranya tersendiri. Intan memegang lengan Rio sewaktu Rio duduk bersila mengadap mereka. "Abang dia nak apa?" tanya Intan, cuak. Takut sekiranya perkara yang sama terjadi kepada Ammar berulang.
Rio mengjongket-jongketkan bahunya. "Entah. Zakwan kata dia teringin nak kenal dengan lelaki yang berjaya membuka pintu hati adik dia untuk jadi gay. And Zakwan promised that nothing bad is going to happen to me. He's going to protect me."
"Awww...such a sweet boyfriend." Zeefa dan Athirah sama-sama cair.
Emilya mencubit paha Zeefa di bawah meja, membuat Zeefa mengaduh kesakitan. "Jangan nak galakkan!" bisik Emilya di telinga Zeefa dengan serius.
Zeefa sekadar merengus kasar sambil menggosok-gosok pahanya yang dicubit itu.
"Kau tak risau ke, Rio?" tanya Emilya, cepat-cepat bertanya sebelum Rio sedar apa yang telah dia buat pada Zeefa tadi.
"Risau apa?"
"Kalau abang Zakwan cuba nak pisahkan korang? Atau suruh korang putus depan dia jugak? Atau junjung al-Quran dan kembali ke pangkal jalan? Atau yang sama waktu dengannya?" mak cik-mak cik sangat persoalan yang dilontarkan Emilya.
Rio berfikir sejenak. Keempat-empat gadis tadi menunggu saja jawapan dari mulut 'cikgu tuisyen' mereka. Sesekali mereka menoleh ke balkoni di luar di mana Zakwan masih belum habis bercakap dengan seseorang di telefon.
Fikiran Emilya turut sedang lincah bekerja. Sekiranya Muiz tidak suka kepada Rio, dia dan Botak akan mempunyai seorang lagi insan yang boleh dijadikan geng. Maka, lagi senanglah mereka nak laksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan golongan LGBT dari negara Malaysia ini. Muiz yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik akan memudahkan perencanaan. Tentu Muiz tidak akan teragak-agak untuk bersekongkol dengan dia dan Botak, Emilya berkira-kira di dalam hati.
"Entahlah. Aku malas nak fikir! Yang aku tahu, sekarang ni kita bukannya study pun tapi sibuk berborak. So apa kata kita blah dan pergi tengok Ammar dekat hospital? Awal sikit boleh balik rumah. Yang mana tak dapat join tu, silalah order Grab untuk balik rumah masing-masing ya?" begitu pantas Rio mengubah topik perbualan.
Maka, kesemua mereka mula berkemas termasuk Zakwan yang baru selesai bercakap dalam telefon. Kudap-kudapan dan minuman yang disediakan oleh ibu Rio tadi dihabiskan. Kemudian, Athirah mengambil peranan untuk menghantar cawan-cawan dan pinggan kosong ke dapur, di mana Cik Salama sudah sedia menanti untuk melaksanakan tanggungjawab di dalam rumah itu.
Sambil berkemas, Emilya masih lagi sedang bermonolog dalaman. Dia merancang untuk mensabotaj pertemuan di antara abang Zakwan dan Rio. Biar padan dengan muka Rio! Tanpa sesiapa perasan dan endah, Emilya mengeluarkan iPhone-nya dan menghantar satu mesej kepada Botak. Dia yakin, Botak tentu gembira kerana Emilya sudah mula mengambil inisiatif sendiri untuk menjayakan rancangan mereka.
Selepas menghantar mesej kepada Botak, satu senyuman jahat terukir di bibir Emilya. Senyuman yang sekiranya ditafsirkan dalam bentuk kata-kata, adalah senyuman yang membawa maksud 'hehehe' bersama emoji syaitan dengan muka yang menakutkan.
Share this novel