Bab 2

Drama Series 29715

Biarpun dia telah menjangka reaksi negatif dari rakan-rakan di sekolahnya mengenai video melelanya semalam, Rio tetap rimas setiap kali dirinya dipandang atas bawah dari perhimpunan pagi hinggalah ke waktu rehat. Tindakannya semalam menjadi topik perbualan bukan saja pelajar-pelajar di sekolah, malahan para guru dan kerani-kerani di pejabat. Ke mana saja Rio pergi, tentu ada yang bersoseh sesama mereka. Rasa lucu pula melihat dirinya diperlakukan sebegitu.

Bukannya aku baru lepas bunuh orang. Aku cuma melela. Salah ke? Gumam Rio di dalam hati. Nasib baiklah reaksi negatif orang ramai ni sudah dijangka. Kalau tidak, Rio yakin dia akan bertambah tertekan.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" tanya Rio kepada Ammar ketika mereka sedang makan di kantin pada waktu rehat.

Ammar menggeleng-geleng kepalanya. "Tak ada apa-apa..."

Rio dapat rasakan rakan baiknya itu seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Pantas dia bertanya, "Kau nak cakap pasal video yang aku post semalam ke?"

Sudu berisi nasi lemak yang ingin disuapkan ke dalam mulutnya terhenti. Ammar terkedu mendengar pertanyaan Rio itu. Macam mana dia boleh tahu? Mestilah dia tahu. Kalau tidak, kenapa aku pandang dia semacam? Bodohlah kau ni, Mar! Ammar bermonolog dalaman. Dia memandang ke arah Rio dan segera menafikan tuduhan rakan baiknya tadi. "Eh tak adalah. Kau ni pun. Merepek je."

Meluat pula Rio melihat lakonan Ammar yang tidak berapa nak hebat itu. "Aku kenal kau, Ammar. Tak payahlah kau berahsia dari aku. Takkan kau tak ada apa-apa nak cakap pasal video tu? Orang lain semua tengah gosip pasal aku. Kau takkan tak ada benda nak cakap?"

Terkedip-kedip mata Ammar memandang Rio. Dia tak tahu sama ada dia patut berlaku jujur kepada sahabatnya itu ataupun tidak. Dia terkulat-kulat mencari jalan keluar dari perbualan itu namun dia tahu Rio pasti tidak akan gembira sekiranya dia berbuat sedemikian.

"Cepatlah Ammar! Say something!" Rio meninggikan suara.

"Woah there! Chill-lah. Kenapa marah-marah ni?" Intan tiba-tiba muncul dengan membawa sepinggan nasi lemak bersama. Dia terlambat sikit tadi kerana pergi ke tandas terlebih dahulu.

Ketiga-tiga mereka tidak belajar di kelas yang sama. Rio aliran sains. Manakala Ammar aliran sastera. Intan pula dari kelas ekonomi rumah tangga. Sungguh pun bunyinya seperti klise, tetapi disebabkan Intan memang minat masak-memasak, jahit-menjahit dan segala hal berkaitan pengurusan rumah tangga, dia merupakan antara pelajar pertama yang mendaftarkan diri untuk berada di aliran tersebut.

Intan mula mengambil tempat di sebelah Rio. Dia mengesot-ngesot punggungnya, membuat Rio turut terpaksa melakukan perkara yang sama untuk memberikan gadis itu ruang.

"Korang cakap pasal apa ni sampai bergaduh-gaduh?" tanya Intan lagi, masih mahu mengambil tahu.

"Tak ada apa-apalah. Mana ada kitorang bergaduh. Cakap sikit je," jawab Rio, rengsa.

Senyuman sinis yang diberikan Intan nyata menunjukkan dia tidak percaya dengan kata-kata Rio itu.

"Rio asked me about his video that he posted last night," Ammar terus memberitahu.

"Oh...I see..."

"What do you think about the video, Intan? Do you think it's too much?" Rio menghalakan tubuhnya ke arah Intan supaya mata mereka saling bertentangan.

Pertanyaan Rio itu ternyata membuat Intan terkedu. Ammar yang memerhatikan hanya mampu tersenyum. Dia faham apa maksud di sebalik reaksi wajah Intan itu kerana tadi pun dia tergamam dengan pertanyaan Rio.

"Well..."

Belum sempat Intan memberikan jawapan, ketiga-tiga mereka terdiam sejenak kerana terdengar suara Rio dari video yang dirakam semalam. Rio pantas menoleh ke belakang, di mana sekumpulan pelajar lelaki yang diketuai oleh Jack dari kelas yang sama dengan Ammar, sedang menonton video melela Rio di YouTube. Mereka sengaja memasang video itu dengan kuat supaya Rio dan rakan-rakannya turut sama mendengar.

"Yes, I AM GAY!"

"I am gay and I am proud. I have always been gay since I was small. Both of my parents knew. My mom has always known about it because she once caught me cat-walking like a supermodel in my room back in primary scho..."

Rio merentap telefon pintar entah milik siapa dari tangan Jack yang memegang. Rakan sekonco Jack sama-sama terkedu kerana tidak dapat meneruskan tontonan.

"Apa masalah kau sekarang, hah? Tak puas hati?" tanya Rio, bengang.

Jack bangun perlahan-lahan dengan muka yang jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan rentapan kasar Rio tadi. Rakan-rakannya yang lain turut melakukan perkara sama. Jumlah kelapan-lapan mereka kelihatan lebih ramai apabila mereka berdiri sama tinggi dengan Rio. Hal ini membuatkan Rio berasa takut. Takut sekiranya dia akan dipukul dan dibelasah di situ.

"Apa masalah aku, kau tanya? Engkau tu, apa masalah kau? Apsal kau nak rampas-rampas handphone orang? Kau cikgu disiplin ke?" tanya Jack sambil menjengil-jengilkan biji matanya.

Rio pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian, dengan keadaan terketar-ketar, Rio menjawab, "Ke...ke...kenapa kau nak...pas...pas...pasang video tu kuat-kuat?"

Kumpulan pelajar itu saling berpandangan sesama mereka. Kemudian, tawa mereka pecah. Hilaian mereka menarik perhatian pelajar-pelajar lain yang berada di kantin waktu itu.

"Video tu? Video mana? Maksud kau, video pasal YouTube famous yang mengaku dia gay boy tu?"

Tawa kumpulan pelajar itu pecah lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi.

Rio terdiam. Dia baru sedar banyak mata sedang memerhatikannya kini. Kantin itu mula sepi kerana masing-masing sedang sibuk mahu menyaksikan sendiri apa yang sedang berlaku antara Rio dan kumpulan pelajar lelaki itu. Seboleh-bolehnya Rio tidak mahu memandang sesiapa pun termasuk Ammar dan Intan yang hanya mampu mendiamkan diri melihat Rio ditertawakan.

"Weh kawan-kawan! Dengar sini semua. Korang tengoklah YouTube famous korang ni. Dah pandai dah nak merosakkan akidah anak-anak Melayu. Mengaku gay konon. Padahal agama sendiri sebenarnya Islam. Tak tahu malu agaknya. Mana pergi iman entah, aku sendiri tak tahu. Pergi balik belajar mengajilah, bodoh! Jangan nak sesatkan orang lain dengan agenda barat kau tu!" sungguh nyaring suara Jack, membuatkan Rio bertambah malu. Sewaktu dirinya diherdik, dia hanya mampu menggenggam erat telefon pintar yang dirampasnya tadi dengan sekuat-kuatnya kerana menahan rasa geram.

"Kau tak payah nak kecoh-kecoh dekat sini sekalipun kalau kitorang tengok video kau kuat-kuat. Sebab kau sendiri yang dah malukan diri kau," sambung Jack lagi sebelum merampas semula telefon pintarnya dari tangan Rio.

"Dah, jom blah!" Jack mengajak rakan-rakannya untuk beredar. Mereka menurut saja sambil memberikan jelingan yang penuh rasa benci terhadap Rio. Salah seorang dari mereka sengaja melanggar bahu Rio sewaktu mereka berselisihan tubuh.

Dirinya terasa seperti hendak menangis tapi entah kenapa, air matanya seperti tidak mahu keluar. Selepas pelajar-pelajar jelik tadi berlalu pegi, Rio menoleh ke arah Intan dan Ammar. Masing-masing hanya mampu mempamerkan wajah simpati terhadap apa yang telah terjadi kepada sahabat mereka itu. Kemudian, Rio melilaukan pandangan mata ke sekelilingnya. Para pelajar yang sedang berehat di situ masih lagi sedang memandang ke arahnya. Ada yang tersengih tanda mengejek dan ada juga yang saling berbisik sambil memberikan jelingan tajam padanya.

Kerana tidak mahu terus menanggung rasa malu, Rio pantas berlari masuk ke dalam tandas berdekatan dengan kantin itu. Dia mahu menyembunyikan dirinya di situ kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan mereka yang tidak boleh menerima siapa dirinya yang sebenar.

Zakwan yang rupanya dari tadi turut sama menyaksikan kejadian itu cuba memanggil nama Rio. Dia mengejar Rio sehinggalah ke dalam tandas.

"Rio!"

Rio enggan mempedulikan panggilan dari teman lelakinya.

"Rio, talk to me! Are you okay?" Zakwan mula mendekati Rio yang sedang menakup wajahnya di hadapan cermin. Zakwan sebenarnya rasa bersalah kerana tidak berdaya melakukan apa-apa tadi. Dia terpaksa berdiam diri melihat Rio dimalukan tadi kerana rakan-rakannya turut sama mengecam perbuatan teman lelakinya itu. Kerana tidak mahu dikaitkan dengan LGBT, Zakwan terpaksa berlagak seperti tidak terkesan dengan penghinaan yang dilemparkan terhadap Rio.

Rio masih enggan memberi sebarang respons. Dia sedang cuba untuk bernafas seperti biasa. Jantungnya berdegup kencang akibat rasa marah yang terpendam. Dia bengang dengan dirinya sendiri kerana gagal untuk melawan semula pelajar-pelajar tadi. Sedangkan dia sebenarnya sudah tahu perkara sebegini pasti akan terjadi.

"Rio, I'm so sorry that this happened to you..." kata Zakwan yang mula merendahkan suaranya kerana khuatir ada telinga yang sedang mencuri dengar perbualan mereka di dalam tandas itu.

"Takpelah Zakwan. I knew that this would happen anyway. I'm okay."

Lega hati Zakwan kerana Rio sudah boleh berkata-kata. Namun dia masih tidak berani untuk menyentuh teman lelakinya di situ. Dia khuatir ada pelajar yang ternampak nanti. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu bahawa dia dan Rio sedang menjalinkan hubungan percintaan. Dia belum bersedia lagi untuk semua itu.

"Aku...aku sebenarnya nak sangat cium kau tapi kau tau kan kenapa kita tak boleh cium kat sini?" tanya Zakwan.

"Ew! Of course no kissing. At least not in here, you dimwit! I have class okay?" Rio kembali menjadi dirinya semula. Rambutnya dikibas-kibas persis seorang diva.

Zakwan tersenyum bahagia. Perlahan-lahan dia menggerakkan jemarinya untuk mengelus pipi Rio sejenak sebelum mengalihkan tangannya itu kerana khuatir ada yang ternampak nanti.

"I'll see you around, okay? Take care." Zakwan segera meninggalkan Rio seorang diri di dalam tandas itu.

Rio hanya mampu memerhatikan teman lelakinya berlalu pergi. Sebaik saja Zakwan hilang dari pandangan, dua orang pelajar berjalan masuk ke dalam tandas itu. Rio pantas menoleh ke arah sinki, berpura-pura seperti sedang mencuci tangannya. Usai mencuci, dia segera keluar dari situ kerana dia tahu waktu rehat akan tamat dalam masa beberapa minit saja lagi.

Rio seboleh-bolehnya mahu mengelakkan diri dari bertentangan mata dengan sesiapa saja yang berselisih dengannya. Selepas apa yang terjadi tadi, dia segan untuk berhadapan dengan rakan-rakan sekolahnya. Langkah kakinya untuk kembali ke kelas penuh berhati-hati supaya dia tidak akan bertembung dengan sesiapa yang dikenali.

Sewaktu sedang mendaki anak tangga menuju ke kelasnya di blok utama, Rio ternampak Emilya berjalan keluar dari perpustakaan. Dia kelihatan seperti berada di dalam keadaan yang tergesa-gesa.

"Emilya!" Rio berteriak.

Emilya menoleh dan dia langsung tidak menunjukkan reaksi gembira melihat Rio sedang berlari ke arahnya.

"Hey, I've been trying to reach you." Rio memberitahu sambil tercungap-cungap menahan rasa penat kerana berlari tadi.

"Trying to reach me? Why?" tanya Emilya yang enggan memandang mata Rio.

Mendengar pertanyaan Emilya itu, Rio rasa seperti ada yang tidak kena. "You lupa ke WhatsApp yang you hantar dekat I pagi tadi?"

"Oh...that."

"Are you okay? Apa maksud you what have I done? Is it because of the video that I posted yesterday?"

Emilya kelihatan teragak-agak untuk menjawab. Dia menggaru-garu rambutnya yang diikat ponytail. "Err..."

Kringggggggg!

Waktu rehat telah tamat. Emilya mengambil kesempatan ini untuk mengelakkan diri dari terus bercakap dengan Rio.

"I have to go now..."

"Wait, Emilya!"

Rio gagal menghalang Emilya dari berlalu pergi. Gadis itu pantas berlari menuju ke kelas. Dia sempat menoleh ke arah Rio dengan pandangan sayu.

Rio seperti dapat membaca apa makna di sebalik pandangan Emilya itu.

"What have I done?" tanya Rio pada dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience