Hujan lebat mencurah-curah ketika Rio tiba di hadapan rumah Zakwan. Dalam keadaan dirinya yang basah kuyup, Rio mengetuk pintu rumah teman lelakinya itu dengan harapan agar Zakwan sekeluarga akan membenarkan dia menumpang tinggal di situ buat seketika.
Tok! Tok! Tok!
Rio menyapu wajahnya yang kebasahan sambil menunggu seseorang untuk membuka pintu rumah itu. Guruh berdentum, membuat Rio tersentak. Dia terus memeluk tubuhnya yang kesejukan.
Zakwan membuka pintu rumahnya dan terpempan seketika melihat siapa yang mengetuk tadi.
"Rio? What happened?" tanya Zakwan, menutup semula pintunya sedikit supaya tempias hujan tidak masuk ke dalam rumah.
"Can I please come in?" tanya Rio yang mula menggigil kesejukan.
Zakwan sempat menjeling ke arah bagasi yang dibawa bersama oleh teman lelakinya itu. Dia seperti dapat membaca apa yang sedang berlaku kini. Dengan rasa berat hati, Zakwan membenarkan Rio masuk ke dalam rumahnya. Zakwan khuatir sekiranya ibu dan ayahnya akan meragui 'persahabatannya' dengan Rio nanti. Sampai bila mereka perlu bersandiwara?
**********
Bukan mudah untuk Rio menceritakan tentang apa yang telah berlaku. Dia yakin ibu dan ayah Zakwan tidak akan mengerti apa yang sedang dia alami kini kerana mereka tidak tahu dia dan Zakwan adalah pasangan kekasih. Jadi, dia terpaksa menipu mereka berdua.
"Actually...mommy dengan daddy pergi outstation. At the same time, Cik Salama terpaksa balik Jakarta melawat orang sakit. Tak ada siapa nak jaga saya."
Zakwan yang tahu kisah sebenar di sebalik penipuan itu, sekadar menjongketkan keningnya. Dia mengenyitkan mata kepada Rio sewaktu kedua ibu bapanya tidak memandang.
Rio menjengilkan biji matanya kepada Zakwan kerana khuatir sekiranya kedua orang tua Zakwan terperasan dengan tindakannya tadi.
"Kenapa tak call awal-awal tadi? Uncle boleh tolong ambilkan. Ni tak pasal-pasal dah kena hujan. Sampai basah lencun dibuatnya. Kesian Rio," Arshad, selaku ketua rumah bersuara. Waktu itu, dia sekeluarga sedang menikmati makan malam bersama Rio. Hanya abang Zakwan yang tiada di situ kerana sedang melanjutkan pengajian di universiti.
"It's okay, Rio. Mulai hari ni, Rio boleh stay dengan kitorang satu family sampailah mommy dengan daddy balik KL. Okey?" Salwa, ibu kepada Zakwan memberi restu.
Zakwan kelihatan seperti teruja dengan kenyataan ibunya itu. Tersengih-sengih dia memandang buah hatinya di hadapan.
"Lagipun, Rio memang dah banyak tolong Zakwan dari segi pelajaran. Jadi tak salah rasanya kalau kami sekeluarga nak balas balik budi Rio. Tak gitu, bang?"
Arshad yang sedang menguyah daging salai dengan nasi putih sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Zakwan, nanti tolong kemaskan sikit bilik Abang Long. Bagi Rio tidur situ," pesan Salwa sebelum meneguk air sirap yang dibancuhnya sendiri. Keluarga mereka tidak sesenang keluarga Rio yang mampu mengupah orang gaji untuk menguruskan isi rumah.
"Kenapa bilik Abang Long pulak? Biarlah Rio tidur bilik Zakwan."
Rio terkedu dengan kata-kata Zakwan itu. 'Please don't make it too obvious, you horny bitch!' getus hati Rio. Rasa macam nak jentik-jentik je telinga lelaki itu. Cubalah bawa bersabar sikit.
"Dari dibiar bilik tu kosong, baik kita bagi Rio yang tidur situ. Selesa sikit. Takkan nak berhimpit dengan kamu?" tegur Salwa, penuh hemah.
Zakwan terdiam. Dia tidak mahu kelihatan seperti terlalu beria. Kalau kantoi nanti, susah. Jadi, dia terpaksa akur dengan arahan ibunya itu.
"Lepas makan nanti, Rio ikut Zakwan, okey? Dia akan tunjukkan mana bilik Abang Long dia. Rio buatlah rumah ni macam rumah Rio sendiri. Kami alu-alukan kedatangan Rio dekat rumah ni." pesan Salwa kepada Rio.
Rio menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sumbing. Nampak gayanya, ibu dan ayah Zakwan seperti tidak tahu tentang video yang dimuatnaiknya tempoh hari. Kalau tidak, masakan mereka berdua boleh berbuat baik dengannya? Arshad dan Salwa kelihatan seperti orang-orang yang kuat agama. Mana mungkin mereka boleh menerima hakikat bahawa seorang lelaki homoseksual mahu tumpang tidur di rumah mereka? "Terima kasih auntie. Terima kasih uncle," itu saja yang mampu Rio katakan. Dia bersyukur kerana malam nanti, dia tidak tidur di bawah mana-mana jambatan seperti golongan gelandangan di kawasan perumahannya.
Dia sempat menjeling ke arah Zakwan yang memuncungkan muka kerana tidak dapat tidur sebilik dengan buah hatinya. Geli hati Rio melihat Zakwan merajuk. Mengalahkan budak-budak saja!
**********
Sebaik saja selesai menikmati makan malam, Rio dibawa ke bilik abang Zakwan sebelum dia menyambung pelajarannya di Universiti Sains Islam Malaysia setahun yang lepas.
Zakwan langsung tidak bercakap dengan Rio sewaktu dia membawa teman lelakinya itu masuk ke bilik abangnya.
"Hey, kenapa kau diam je ni? Tak suka ke aku tidur sini malam ni?" tegur Rio sambil menyentuh bahu Zakwan dari belakang.
Zakwan menoleh dan muncungnya kelihatan masih memanjang. Terus pecah tawa Rio melihat.
Zakwan mencebikkan bibir melihat Rio mengurut-urut perutnya sambil tertawa. "Janganlah gelak! Bencilah!"
Selepas tawanya mereda, Rio pantas mencuit dagu teman lelakinya. "Merajuk ke? Alololo! Ingat comel la tu nak merajuk-rajuk dengan kita? Meh sini busuk-busuk meh!"
Zakwan menepis tangan Rio. Dia merebahkan tubuh di atas katil Abang Longnya sambil memberikan pandangan menggoda pada teman lelakinya itu.
Rio yang masih berdiri di hadapan muka pintu, menyilangkan tangannya. "Why are you looking at me like that?"
Zakwan menongkat kepalanya sambil mengenyitkan mata. "Saja. You do know that this is the first time you're in my house, right?"
"And what about it?" Rio sengaja meniru semula kata-kata Arianna Grande sewaktu dia ditegur oleh wartawan kerana tidak memandang kamera sewaktu mereka sedang mengambil gambarnya di satu majlis anugerah berprestij di Hollywood.
Zakwan bangun mendapatkan Rio. Dia mendekatkan wajahnya dengan Rio sebelum menjawab, "I wanna make it special for us. For both of us." Zakwan mengucup kedua-dua belah tangan Rio dengan penuh romantis.
Rio tersenyum sinis. "Keep on dreaming, Zack!" tangannya ditarik semula.
Zakwan tersentak.
"I'm not here for sex, okay? I'm here for shelter." Rio mula membuka bagasinya untuk mengeluarkan pakaian di dalam.
"You're not even up for a cuddle?"
Rio mengeluh. "Zack, please. We're at your parents' house. Have some respect. What if diorang nampak kita?"
Zakwan terpaksa akur. "Fine. I won't push. I'll be at the room next door if you need anything."
Dengan langkah yang lemah, Zakwan berjalan ke arah pintu. Rio mencapai tangannya sebelum dia sempat tiba di pintu. Zakwan menghentikan langkah.
"Thank you...for being okay with me staying here for a couple of days."
Zakwan menganggukkan kepala. "Anything for you. "Good night, Rio."
"Good night, Zakwan."
**********
Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Rio mengalami kesukaran untuk melelapkan mata. Dia memandang sepi telefon pintarnya yang sengaja dimatikan supaya Rohaya dan Iskandar tidak mencari. Dia cuba mencari posisi tidur yang selesa. Awalnya ke kiri, kemudian ke kanan, kemudian ke kiri lagi.
"Ugh!" Rio merengus kasar. Memang dia takkan dapat tidur dekat tempat yang asing itu. Tubuhnya belum membiasakan diri lagi.
Serta-merta fikirannya melayang pada Zakwan yang berada di bilik sebelah. Rio teringat pesanan kekasih hatinya sebelum dia keluar tadi.
"I'll be at the room next door if you need anything."
Perlahan-lahan Rio bangun dari perbaringan dan berjalan keluar menuju ke arah bilik Zakwan.
Dengan penuh rasa debar, Rio menghampiri pintu bilik teman lelakinya . Dia cuba memulas tombol pintu dari luar. Alamak! Berkuncilah pulak.
Prak!
Seperti dapat membaca gerak geri si kekasih hati, Zakwan membuka pintu biliknya untuk Rio.
"Hey..." Rio yang tidak pasti reaksi apa yang patut diberi, tersengih-sengih memandang Zakwan.
"Yes?" Zakwan seperti menjual mahal biarpun dia tahu apa yang Rio mahukan darinya.
"Can we cuddle tonight?"
Zakwan tersenyum sinis. Dengan senang hatinya, dia membenarkan Rio masuk dan mengunci semula pintu bilik tidurnya.
**********
"So...you finally wanna cuddle huh?" bisik Zakwan pada telinga Rio ketika mereka sedang berpelukan dalam posisi spooning. Zakwan berada di belakang manakala Rio baring di bahagian hadapan.
"Actually..." perlahan-lahan Rio memalingkan tubuhnya supaya dapat memandang wajah Zakwan dengan lebih dekat. Mata mereka saling bertaut.
"I am okay if you wanna do more than just cuddle..."
Zakwan membuntangkan matanya. Dia tidak menyangka Rio akan memberinya lampu hijau untuk ke peringkat yang seterusnya dalam perhubungan intim mereka. Selama ini Rio hanya membenarkan Zakwan untuk saling bercumbu tanpa melakukan apa-apa.
"Are you serious?" tanya Zakwan, seolah-olah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Rio tidak terus menjawab. Dia menatap wajah Zakwan lama sebelum memberi ciuman yang paling sensual. Zakwan menyambut ciuman Rio itu dan terus memeluk tubuh kekasihnya dengan erat.
Malam itu merupakan malam yang paling asyik dalam perhubungan mereka.
"I love you..." bisik Rio sebelum kembali mengucup leher Zakwan.
Zakwan mendengus lemah. "I love you..."
Share this novel