Bab 49

Drama Series 29694

Seorang pembunuh tidak akan pernah menduga bila mereka akan melakukan pembunuhan mereka yang pertama. Hanya seorang psychopath sahaja yang memiliki aspirasi sebegitu. Orang-orang yang tidak berapa nak fucked up pemikirannya, tidak akan pernah membayangkan bagaimana rasanya mencuci tangan yang tercela kerana berlumuran dengan darah korban mereka. Kebanyakan pembunuh amatur hanya akan menyesali perbuatan mereka apabila ianya sudah terlambat.

Itulah yang dirasakan oleh Botak kini. Dua malam lamanya dia mengambil masa untuk mengapak anggota tubuh Khadir. Teresak-esak Botak ketika dia meletakkan cebisan demi cebisan insan yang paling disanjunginya satu ketika dahulu ke dalam bungkusan plastik hitam.

"Maafkan aku, bos. Maafkan aku..." ungkapan itu meniti di bibir Botak sepanjang dua malam dia memikirkan cara bagaimana untuk membuang mayat Khadir keluar dari rumahnya.

Botak yang hanya memiliki sebuah motorsikal capuk terpaksa memikirkan cara bagaimana untuk membawa pergi beg plastik hitam berisi anggota tubuh Khadir. Dia merancang untuk membuangnya ke pusat pelupusan sampah. Dia sedar bahawa tidak lama lagi, bau busuk akan mula menarik perhatian orang ramai. Sebab itu dia melaksanakan tugas-tugas menghapuskan bukti pembunuhan pertamanya pada waktu malam.

Tanpa bantuan sesiapa, Botak berjaya juga akhirnya. Tiada lagi cebisan anggota badan Khadir yang tinggal di dalam rumahnya. Terbit rasa bangga dalam diri Botak kerana telah berjaya melunaskan apa yang patut seorang pembunuh yang tidak mahu ditangkap oleh pihak polis lakukan.

"Dulu kau sangsi dengan kekuatan aku. Sekarang, kau tengoklah sendiri. Aku mampu buat apa yang orang lain ingat aku tak boleh buat." Botak tertawa kecil tatkala berbicara dengan dirinya sendiri.

Usai mencuci tubuhnya yang masih rasa terlekat lagi dengan percikan darah biarpun sudah tidak kelihatan, Botak memeriksa telefon pintarnya yang penuh dengan panggilan tidak berjawab dan mesej dari Emilya.

"Aduh, aku lupa pulak pasal minah sorang ni," ujar Botak, sambil menaip-naip mesej untuk meminta maaf kepada Emilya kerana telah menghilangkan diri secara tiba-tiba selama dua hari berturut-turut.

Botak enggan menghubungi Emilya kerana jam pada waktu itu sudah menunjukkan pukul tiga setengah pagi. Tentu Emilya sedang nyenyak tidur kini. Dan dia masih lagi perlu menduduki SPM esok. Kertas apa, Botak tidak pasti. Dia tidak mahu ambil peduli. Yang dia tahu, Emilya mesti terus berkawan dengan Rio dan Zakwan seperti yang telah diarah. Ini bagi memudahkan tugasannya untuk melakukan pembunuhan yang kedua!

**********

Hujung minggu umumnya menjadi waktu yang paling dinanti-nantikan oleh semua peringkat umur. Pelbagai cara dilakukan bagi mengisi waktu lapang masing-masing. Ada yang bersantai di rumah bersama keluarga. Ada juga yang membeli-belah bersama teman-teman. Tidak kurang juga ada yang bercuti bersama yang tercinta.

Malang sekali buat calon-calon SPM kerana mereka tidak dapat berseronok di hujung minggu itu. Dan juga untuk tiga minggu yang mendatang. Mereka perlu bersiap-siaga menduduki kertas-kertas yang mereka duduki. Jadi, hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran. Terutama bagi mereka yang menginginkan keputusan yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Sebagai seorang koordinator study group mereka, Rio bertanggungjawab menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif untuk kawan-kawannya belajar bersama. Mereka masih mempunyai kertas yang lebih mencabar untuk minggu-minggu yang mendatang. Minggu pertama SPM hanyalah untuk subjek-subjek teras yang sepatutnya mudah dan tidak merumitkan. Rio dan rakan-rakannya lebih risaukan subjek-subjek elektif yang bakal mempengaruhi masa depan mereka.

Awalnya, Rio sekadar mengajak Zakwan dan Intan untuk belajar bersama. Tapi, entah macam mana, dia boleh terajak Emilya sekali. Si Emilya pula sibuk nak bawa gundik-gundiknya sekali. Dengan penuh keterpaksaan, Rio membenarkan juga Zeefa dan Athirah datang ke rumahnya untuk belajar bersama.

"Buatlah macam rumah sendiri ya. Jarang Rio bawak kawan-kawan dia datang sini. Dulu Zakwan sorang je. Sekarang makin ramai student Rio," kata Rohaya sewaktu dia menghidangkan mereka semua dengan kudap-kudapan serta air sirap bandung.

"Terima kasih, auntie. Buat susah-susah je," ujar Emilya, yang sedang menahan rasa cemburu jauh di sudut hatinya apabila Rohaya melayan Zakwan seperti anaknya sendiri. Seolah-olah seperti sudah merestui hubungan Zakwan dengan anaknya.

Zeefa memerhatikan saja gerak geri Emilya. Dia tahu si queen bee-nya itu cuma berpura-pura di hadapan semua orang. Terutama sekali di hadapan Rio. Seperti yang telah diperakui sendiri oleh si empunya badan, Emilya berbaik dengan Rio pun supaya dia dan Botak boleh sama-sama laksanakan rancangan jahat mereka. Entah apalah rancangan mereka itu, Zeefa sendiri tidak tahu. Sebab itu dia asyik memerhatikan gerak geri si Emilya. Takut apa yang dia buat nanti keterlaluan pula. Risau juga Zeefa dibuatnya.

"Korang, I dengan Rio plan nak jumpa Ammar dekat hospital petang ni. You guys nak ikut?" Intan bersuara tatkala kesemua mereka sedang menjawab latih tubi yang diberikan oleh 'Cikgu' Rio.

"Ammar still dekat hospital?" Athirah yang tidak berapa rapat dengan Ammar, bertanya.

Intan menganggukkan kepalanya. "Dia jawab SPM dekat hospital. Doktor bagi."

"I don't think I'll join you guys. I dah plan nak jumpa my boyfriend petang ni," jawab Zeefa, sempat lagi menjeling ke arah Emilya. Dia macam dapat membaca apa jawapan yang akan Emilya berikan kepada pelawaan Intan tadi.

Emilya masih sedang berfikir. Kalau hendak diikutkan, dia sudah merancang untuk berjumpa dengan Botak petang ini. Lama dah mereka berdua tidak bersua muka. Hampir seminggu! Tapi kalau Botak tahu Rio akan turut sama pergi ke hospital melawat Ammar, tentu dia akan menyuruh Emilya turut serta. Mahu tak mahu, Emilya terpaksa bersetuju.

"I don't have any plan. So I guess I'll join you," jawab Emilya, lemah.

Zeefa masih lagi memerhatikan. Kenapa muka Emilya macam bersedih? Nampak sangat tak ikhlas nak ikut sebenarnya.

Keadaan kembali sunyi selepas itu kerana masing-masing cuba menjawab soalan latih tubi tadi. Tetapi kesunyian itu hanya untuk seketika apabila telefon pintar Rio tiba-tiba berbunyi nyaring.

"Amboi, kuatnya bunyi!" sindir Zeefa.

"Sorry!" Rio cepat-cepat mencapai telefon pintarnya untuk melihat siapa yang telefon.

Matanya buntang. Kemudian, dia mengeluh. Rio tidak menjawab panggilan itu. Sebaliknya dia menekan butang reject. Zakwan terperasan akan tindakan Rio.

"Siapa yang call?" tanya Zakwan.

Rio memandang wajah Zakwan denga rasa sayu. "Hakim."

Zakwan terus rasa tidak selesa mendengar nama itu. Dia terus menarik Rio untuk ke balkoni seketika bagi membincangkan masalah yang melanda mereka bertiga.

Dengan penuh rasa terpaksa, Rio mengikut saja ke mana Zakwan mahu bawa dia pergi. Dia sebenarnya malas nak layan. Selepas Zakwan menceritakan kepadanya apa yang telah terjadi antara dia dan Hakim semalam, Rio terus jadi lain. Siapa yang tak marah bila dapat tahu bahawa kawan baiknya sendiri cuba untuk mengambil kesempatan terhadap teman lelakinya?

Sebaik saja Zakwan memberitahunya perkara sebenar semalam, Rio terus menghubungi Hakim dan memarahinya atas apa yang cuba dia lakukan pada Zakwan. Berkali-kali Hakim menghubungi Rio untuk meminta maaf dan menjelaskan situasi sebenar. Namun, Rio malas hendak mengusutkan keadaan lagi. Jadi, dia membiarkan Hakim terus mencari-carinya.

"Kau still marah dekat Hakim?" tanya Zakwan, sebaik mereka tiba di balkoni rumah Rio.

"I don't know. Are you?" Rio membalas pertanyaan Zakwan dengan satu pertanyaan.

Zakwan menjongket bahunya.

"Then why are you asking me that question?"

"See, this is why I didn't want to tell you the truth. I don't want to ruin your friendship with him."

Rio mengeluh lemah. Dia tidak mengerti kenapa Zakwan perlu marah padanya. Padahal Rio berhak untuk rasa begitu. Siapa suruh Hakim cuba mengambil kesempatan terhadap teman lelaki kawan baiknya sendiri? Siapa yang tak akan marah?

"Look, I don't want to talk about it. Can we just get back inside?" Rio cuba untuk masuk semula ke dalam rumahnya namun dihalang oleh Zakwan.

"Wait!"

Rio terkejut dengan tindakan Zakwan itu. "Apa benda ni Zakwan? Get out of the way! We still have papers to sit on Monday."

"I have something else to tell you."

Rio menghentikan langkahnya. Nada suara Zakwan yang lemah membuatkan dia berasa ada satu lagi perkara yang tidak kena. Apa pulak kali ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience