Bab 52

Drama Series 29694

Seperti yang telah dijanjikan, Rio datang menikmati makan malam bersama keluarga Zakwan pada Selasa malam. Dia akan tidur di rumah keluarga itu dan pergi ke sekolah keesokkannya bersama Zakwan. Kertas yang perlu diduduki oleh mereka esok adalah kertas Prinsip Perakaunan 1 dan Prinsip Perakaunan 2.

Ketika pertama kali bertentangan mata dengan Muiz, jantung Rio berdebar bagaikan gendang di musim perayaan. Rasa cuak dan takut sekiranya dia tersalah cakap membuatkan telapak tangannya berpeluh-peluh. Sedangkan selama ini dia tidak pernah mempunyai masalah palmar hyperhidrosis pun. Mesti Muiz tahu yang dia sedang ketakutan sekarang. Ketika mereka bersalaman tadi, riak wajah Muiz berubah sikit. Mungkin dia dapat rasa peluh-peluh di tapak tangan Rio.

"Mommy sihat, Rio?" Salwa memecahkan keheningan sewaktu dia sekeluarga senyap saja menikmati makan malam bersama Rio. Seolah-olah kedatangan Rio itu seperti tidak diundang. Walhal, Muiz yang ajak Rio untuk datang. Katanya ada perkara yang perlu dibincangkan.

"Sihat, alhamdulillah. Dia kirim salam semua." Jawapan standard diberi. Sekadar untuk menambah rencah dalam perbualan yang tersedia canggung.

"Waalaikumsalam. Nanti kirim salam dia balik, ya? Jemput makan. Jangan malu-malu untuk tambah." Tidak pasti sama ada itu adalah Salwa yang benar-benar ikhlas menerima kunjungan Rio ataupun sekadar satu lakonan bagi mengaburi pandangan Rio dari kebencian yang dirasakannya terhadap golongan LGBT. Apa pun, ianya menjadi kerana sekurang-kurangnya meja itu tidak terus diam tanpa sebarang kata-kata.

"Makan, Rio. Sekejap lagi kita duduk dekat luar dan bincang." Muiz turut mengalu-alukan.

Rio sempat menjeling ke arah Zakwan di hadapannya yang diam seribu bahasa. 'Kata nak protect aku? Ni diam je? Protect kebendanya semua soalan aku kena jawab sendiri!' getus hati kecil Rio. Tapi dia faham. Takkan Zakwan nak 'nampak sangat' depan keluarganya kan? Nanti tak pasal-pasal benda lain yang jadi. Lagipun, mereka masih belum tahu lagi apa sebab Muiz mahu mengadakan pertemuan yang sedikit mengejut itu.

Perbualan di meja makan itu diteruskan lagi dengan topik-topik seperti 'How's the exam?', 'What do you want to do after high school?', 'Where do you want to further your studies?', 'How has Ammar been doing?', 'What's gonna happen to the kids who beat Ammar and Zakwan?' dan macam-macam lagi soalan yang berkaitan. Soalan yang dah banyak kali Rio dengar sebenarnya. Jadi, tak ada masalah untuk dia jawab. Nasib baik!

Setelah hampir 45 minit berada di meja makan menikmati full course meal masakan Salwa, termasuk caramel pudding sebagai pencuci mulut, akhirnya mereka tiba di kemuncak acara--di mana Rio dan Zakwan sama-sama duduk di atas kerusi papan di halaman rumah keluarga Arshad untuk satu sesi 'dialog' (so they call it), bersama Abang Long Zakwan, yang kelihatan cukup tenang dari tadi.

"Duduklah," pelawa Muiz kepada Rio dan Zakwan sewaktu dia melabuhkan punggung terlebih dahulu. Untuk sesi dialog itu, Salwa dan Arshad tidak akan turut sertai. Muiz telah meminta ruang untuk ibu dan bapanya beri kepada dia dan adik-adiknya itu berbincang secara enam mata tanpa sebarang gangguan dari sesiapa walaupun ahli keluarga sendiri. Hal ini menambahkan lagi kegusaran Rio yang masih berteka-teki tentang sebab kenapa dia dipanggil untuk menghadap Abang Long buah hatinya itu.

"Esok paper apa?" tanya Muiz sewaktu dia mengeluarkan sepaket anti-mosquito patch dari sebuah kotak yang dibawa bersamanya. Kemudian, dia menghulurkan kotak itu kepada Zakwan dan Rio.

Sementara Zakwan mengeluarkan dua lagi paket anti-mosquito dari kotak itu untuknya dan Rio, soalan Muiz tadi dijawab dengan mudah. "Prinsip akaun."

Muiz mengangguk-anggukkan kepalanya sambil melekat anti-mosquito patch yang dikeluar dari paket tadi di atas bajunya. Nama pun dialog di depan rumah. Waktu malam pulak tu! Memang banyaklah nyamuk yang bertandang. Anti-mosquito patch itu digunakan bagi mengelak dari digigit oleh nyamuk. Bukan mengada-ada cuma tidak mahu menyusahkan diri sendiri nanti kalau kulit gatal-gatal dengan bintat.

"Sorry kalau Abang Long buat Rio terkejut dengan invitation untuk makan malam sama-sama ni." Muiz memulakan bicara.

Rio dan Zakwan tekun mendengar. Mereka sudah berpakat untuk memberi respons hanya bila Muiz memerlukan respons dari mereka. Yang selebihnya, mereka ingin mendengar sendiri hajat hati si Abang Long itu.

"Abang Long bukannya apa. Masa Zack ni lari dulu, Abang Long tak sempat nak kenal dengan Rio. Kenal dari video yang Rio post kat YouTube tu jelah."

Merona merah pipi Rio bila videonya di YouTube disebut-sebut lagi. Faham-fahamlah video yang mana. Selain dari video melelanya, video dia menangis pun boleh tahan memalukan juga sebenarnya! Rio merentan sendiri di dalam hati.

"I like your English, Rio. Very fluent and eloquent. Kecik-kecik dulu telan kamus ke?" Muiz cuba untuk membuat kelakar tapi Rio dan Zakwan langsung tidak gelak. Dia sorang saja yang syok sendiri tertawa kecil dengan selorohannya tadi.

Rio dan Zakwan saling berpandangan. Masing-masing seperti dapat membaca apa yang bermain di fikiran mereka sekarang. 'Just get done with it!'

**********

Zakwan dan Muiz diarahkan oleh Arshad dan Salwa untuk tidur bersama di bilik Zakwan. Biar Rio seorang diri di dalam bilik Muiz sama seperti ketika Rio menumpang teduh di rumah mereka dulu.

Selepas saja sesi berdialog antara Muiz dan adik-adiknya selesai, Zakwan tidak terus masuk ke bilik. Dia memberitahu abangnya dan Rio bahawa dia ingin mengambil angin di luar seketika. Muiz dan Rio akur dan faham bahawa Zakwan perlukan ruang untuk dirinya sendiri.

Zakwan masih cuba memproses apa yang telah Muiz beritahu dia dan Rio. Tak terfikir dek akal langsung apa yang Muiz cakapkan itu. Selama ini, dia ingat Abang Longnya itu adalah harapan keluarga. Kini, lain pula ceritanya.

Disebabkan dia masih kusut dan belum memperoleh ketenangan yang dicari di luar rumah, Zakwan masuk ke dalam bilik Abang Longnya yang sedang didiami oleh Rio. Bagi Zakwan, tiada ketenangan yang lebih menenangkan selain dari berada di samping insan yang teramat dicintai.

"Hey, are you okay?" Rio datang menghampiri Zakwan yang masih lagi berada di muka pintu bilik Abang Longnya.

Dengan tidak semena-mena, Zakwan mendakap tubuh Rio dan menangis teresak-esak. Rio yang faham apa yang teman lelakinya itu rasakan, menepuk-nepuk belakangnya sebagai tanda memujuk.

"It's okay. Let it all out."

Zakwan tidak pernah menangis sebegitu teruk, apatah lagi di hadapan Rio. Ini adalah kali pertama. Dia tidak berdaya lagi membendung rasa sedih yang ditanggungnya dari tadi semenjak Abang Long Muiz memberitahu mereka bahawa dia positif HIV!

"...All I'm trying to say here is that...if you want to have sex, tak kisahlah with a guy or with a girl...if you're not sure they are the one, always wear protection. Jangan jadi macam Abang Long. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak nafsu...sekarang abang HIV positif. Dan ironinya, abang bukan gay. Abang dapat dari sorang kawan perempuan dalam kelas abang. Sadis kan? Orang ingat gay people pembawa penyakit. Tapi straight pun sama je. Kadang-kadang lagi teruk pun ada! So korang berjaga-jagalah ya. Abang tak pasti sejauh mana hubungan korang atau selama mana korang akan stay bersama, tapi tolonglah. Walau apa pun yang berlaku, always be prepared. Wear protection. Prevent yourself from kena HIV. Abang ikhlas nak nasihatkan ni. Janganlah pandang abang macam tu. Abang masih abang yang sama. Cuma ada HIV. Tu je. Dan janganlah skeptikal sangat dengan orang yang ada HIV. Our life expectancy sama je macam orang lain. Ubat yang kitorang amek pun boleh buat penyakit ni untransmittable. Abang cuma tak nak korang menyesal je satu hari nanti andai kata korang terkena penyakit ni. Abang terpaksa bergantung pada ubat buat selama-lamanya. You guys are still young. So please take care of yourself okay."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience