Tidak lama lagi, peperiksaan paling besar dalam hidup Rio dan rakan-rakannya akan tamat. Terdapat beberapa rakan sebayanya yang sudah pun merdeka kerana mereka tidak berada di dalam aliran Sains dan tidak perlu mengambil subjek-subjek seperti Biologi dan Kimia. Kertas Fizik pula telah pun selesai semalam. Rio yang sememangnya mengharapkan keputusan yang cemerlang, masih bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran buat kali terakhir supaya dia dapat menjawab kertas-kertas subjek maut itu dengan tenang.
Rio ditemani oleh Zakwan yang sedang turut bersiap-sedia untuk menduduki subjek Perdagangan. Masing-masing langsung tidak bersuara pada setengah jam terawal. Rio tahu fikiran Zakwan sebenarnya masih terganggu dengan apa yang telah Abang Longnya beritahu mereka minggu lepas.
Abang Longnya telah berpesan kepada mereka berdua untuk tidak memberitahu ibu dan ayah masing-masing tentang dirinya yang kini positif HIV. Muiz belum bersedia lagi kerana khuatir kesihatannya itu akan membuat hubungan Zakwan dan Rio bertambah tergugat. Dia takut sekiranya Salwa dan Arshad akan sedaya-upaya memisahkan kedua pasangan kekasih itu supaya mereka tidak menjadi mangsa virus yang boleh mengubah kehidupan penghidapnya secara total.
Muiz telah pun pulang ke kampus pada hari Ahad yang lepas. Dia masih mampu berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Sebelum dia berlalu pergi dengan Grab yang dipesan, Muiz sempat memandang redup wajah adik bongsunya. Bagaikan ada sesuatu yang ingin diberitahu tapi Zakwan tidak mampu mentafsirkannya. Sebab itu Zakwan asyik diam saja. Dia cuba mengalihkan perhatiannya kepada SPM. Itu saja yang mampu dia lakukan buat masa ini.
Rio yang memang lebih arif tentang virus HIV melalui bacaan dan kajian yang dilakukannya dulu, ada cuba memujuk Zakwan supaya tidak memikirkan yang bukan-bukan. Memanglah ia merupakan satu perkara yang tidak ada seorang pun yang mahu lalui. Malah, Muiz sendiri tidak meminta untuk dijangkiti virus tersebut sewaktu dia bersama dengan rakan sekelasnya. Ia berlaku secara tidak sengaja. Kerana pendidikan seks tidak dititikberatkan kepadanya sewaktu dia muda remaja dulu.
"What if he dies?" tanya Zakwan, sewaktu Rio sedang cuba memujuknya.
Rio mengeluh lembut. Kemudian, dia tersenyum sambil berkata, "Zack, ada ramai penghidap HIV positif kat dunia ni yang masih sihat walafiat lagi. We are living in a modern world. Ubat-ubat semua dah canggih dah. Janganlah overthinking sangat."
Agak lama juga untuk Zakwan betul-betul menerima hakikat tentang apa yang melanda diri abangnya. Namun, berkat kesabaran Rio, Zakwan akhirnya boleh terima juga sikit-sikit.
"He is still your brother. Nothing has changed. Okay?" Rio memberi pesan lagi sebelum Zakwan pulang semula ke rumahnya setelah selesai mengulangkaji pelajaran dengan Rio.
**********
"Guess who mommy bumped into dekat IOI tadi?" tanya Rohaya, dengan cerianya sambil menjinjit empat beg kertas jenama pakaian terkenal.
Pandangan Rio tertancap pada beg-beg kertas yang dibawa oleh mommy-nya. Cis! Tak ada satu pun baju untuk aku. Mommy shopping sakan sorang-sorang! Getus hati kecil Rio.
"Siapa?" Rio acuh tidak acuh menjawab.
"Do you remember Aunty Zubaidah? Yang anak dia used to be your playdate dulu masa kecik-kecik? What's her name ya? I forgot la." Rohaya memetik-metik jarinya cuba mengingati nama insan yang cuba dimaksudkan.
"Shahnas ke?" tanya Rio lagi.
"Yes, Shahnas! Do you know that she's in Melbourne now?"
Kenapa mommy tanya aku soalan ni? Terang-teranglah aku tak tau sebab aku dengan Shahnas tu cuma playdate masa kecik dulu je. Dekat Fac pun tak friend. Macam manalah aku nak tahu apa dia buat sekarang.
Rio menggelengkan kepala. "No, what she's doing there?"
Wajah Rohaya masih tampak berseri-seri. Teruja benar nampak gayanya. "She's studying there now. Completing her Bachelor's Degree in Marketing."
Rio menjongketkan keningnya. Tidak pasti apa yang mommy cuba sampaikan di sini.
"Anyway, I spoke to Aunty Zubaidah and she said that after you habis SPM, you should apply to further your studies in Melbourne. And then nanti dekat Malaysia, you complete-kan you punya foundation dulu for one year and then fly to Australia. Dekat sana nanti, Shahnas boleh tolong tengok-tengokkan Rio kalau apa-apa jadi."
Barulah Rio faham kini. Ingatkan kenapalah mommy tiba-tiba tanya pasal orang yang dah lama tak disebut-sebut. Aunty Zubaidah sekeluarga tinggal dekat mana sekarang pun Rio tak pasti dan tak ada niat pun untuk pergi ambil tahu.
"Melbourne, mommy?" tanya Rio, seperti tidak yakin.
Rohaya mengangguk-anggukkan kepala. Beg-beg kertas yang dibawa bersamanya tadi telah pun diletakkan di atas sofa dalam ruang tamu itu.
"I thought you want me to go to London?"
Senyuman di bibir Rohaya mengundur. Ya tak ya juga. Dari dulu Rohaya beria mahu Rio sambung belajar di UK. Senang sikit katanya kalau nak melancong di Eropah. Rohaya menggaru-garu kepalanya sebelum kembali tersenyum memandang wajah anaknya yang satu itu. "Itu sebelum mommy jumpa Aunty Zubaidah tadi. Lepas borak-borak dengan dia, mommy rasa tak salah kalau Rio sambung study dekat Melbourne. Dekat sikit dengan Malaysia kalau compare Malaysia dengan London. Lagipun, kursus yang Rio nak ambil still sama kan?"
Rio menunggu beberapa saat sebelum menghembus nafas dengan lemah bagai sedang mengeluh. Hal ini membuat Rohaya tertanya-tanya sekiranya ada perkara yang tidak kena dengan anaknya itu. "Entahlah mommy. I think we need to rediscuss this matter. Maybe together with daddy? I...don't think I want to further my studies abroad."
"What? Why not!?"
"Look, mommy janganlah melenting dulu. Why don't we sit down first and think of the pros and cons. First of all, dekat Malaysia ni ada banyak gila universiti yang bagus-bagus. I'm aiming to go to UM if possible. And second, you have to remember that I have Zakwan now with me...I don't think we can survive long distance relationship."
Rohaya merengus kasar sebaik mendengar penjelasan dari Rio. "Semua sebab Zakwanlah ni?" marah Rohaya.
"Bukan semua sebab Zakwan. Kan Rio cakap tadi universiti kat Malaysia ni bagus-bagus belaka? Setanding dengan universiti-universiti dekat luar negara tu. Mommy janganlah fikir yang Rio buat keputusan terburu-buru. Rio dah terfikir dah pasal benda ni dan Rio rasa Rio nekad untuk sambung belajar kat sini je."
Disebabkan tidak dapat menahan rasa marah, Rohaya mencapai semula beg-beg kertas yang diletaknya tadi dan bersedia untuk naik ke biliknya. "I'm so disappointed with you, Rio. You are only thinking of yourself. You are not even thinking about your future. Zakwan tu cuma cinta monyet you je. Satu hari nanti bila dia dah tinggalkan you, you will regret everything. Masa tu nanti, Rio jangan datang menangis-nangis dekat mommy." Rohaya terus berlalu meninggalkan Rio seorang diri di ruang tamu.
Rio cuba untuk tidak membalas kata-kata Rohaya itu. Dia tahu apa yang Rohaya rasa sekarang bukanlah emosi yang tidak berasas. Ada betulnya apa yang ibunya katakan. Rio berharap agar marah ibunya itu tidak lama. Harap-harap dalam dua tiga hari lagi marah Rohaya padanya sudah reda. Waktu itu baru Rio bercadang untuk berbincang dengan lebih mendalam dengan ibunya itu.
Share this novel