Bab 45

Drama Series 29694

"Rio!" Intan berteriak memanggil sewaktu dia ternampak Rio sedang berjalan menuju ke tandas seorang diri.

Langkah Rio segera dimatikan. Dia menunggu kehadiran Intan yang sedang berlari anak ke arahnya. "Yes, Cik Intan? Boleh saya bantu? Nak ikut saya masuk toilet ke?"

Intan tertawa mendengar. Dia pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. "No thank you. Aku saja nak tanya. How was the paper just now?"

Mereka berdua baru saja selesai menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1. Intan memang jenis yang suka bertanya rakan-rakannya tentang peperiksaan yang mereka duduki walaupun pada hakikatnya, soalan itu tidak akan membantu mengubah apa-apa pun sebenarnya.

Rio mengangguk-anggukkan kepalanya. "Okey je. Takdelah susah mana pun. Aku berjaya siapkan paper tu awal sikit tadi."

"Aku nampak kau keluar awal dari dewan tadi. Hebat betul kau! Orang lain semua tak menyempat nak jawab. Cikgu tak marah ke kau keluar awal?"

Rio tersengih. "Berani diorang nak marah best student macam aku ni?"

Intan menepuk-nepuk bahu Rio sambil tertawa. "Over-lah kau ni, Rio! Dah, pergi kencing sana. Aku nak masuk dewan untuk paper Seni pulak."

"Eh, Ammar pun tengah sit for SPM hari ni kan kat hospital? Kau ada contact dia?" Rio tiba-tiba teringat tentang Ammar yang akhirnya dibenarkan menduduki SPM di hospital.

"Dia off phone. Kejap lagi before paper BM Kertas 2, aku call dia." Intan terus meminta diri kerana dia takut terlambat pula untuk masuk ke dewan. Sementara Rio pula meneruskan hasratnya untuk ke tandas.

Dia tidak mengambil kertas Pendidikan Seni Visual seperti Intan dan Ammar yang sengaja mahu menambahkan subjek supaya mereka boleh mengumpul lebih banyak A untuk SPM. Disebabkan itu, untuk empat jam yang seterusnya, Rio akan mempunyai masa yang terluang. Kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 hanya akan dijalankan pada pukul 2 petang nanti.

Sebaik saja selesai membuang air kecil, Rio berjalan pantas menuju ke perpustakaan. Gerak langkahnya diperlahankan tatkala ternampak Zakwan sedang termenung jauh seorang diri di kantin.

Rio mengerut dahinya. "Kenapa mamat ni dari pagi tadi macam moody je?" bisik Rio sebelum datang mendekati teman lelakinya itu. "Dia tak masuk dewan exam ke?" tanya Rio lagi kerana Zakwan masih duduk di kantin.

"Zakwan?"

Dengan lemah, Zakwan menoleh ke arah teman lelakinya. Dia terus bangun dan berpura-pura tersenyum gembira dengan kehadiran teman lelakinya itu. "Hai, sayang."

"Are you okay?" Rio tidak membuang masa dan terus bertanya pada Zakwan tentang keadaannya yang sedikit merisaukan. Adakah sesuatu yang buruk telah terjadi pada Zakwan? Atau dia gagal menjawab soalan peperiksaan tadi dengan jayanya?

Riak wajah Zakwan berubah. "Kenapa kau tanya aku macam tu?"

Tak tahulah sama ada Zakwan berpura-pura bodoh atau dia memang bodoh, getus hati kecil Rio. "Dah muka tu muncung je dari tadi, macam mana aku boleh tak tanya kau okey ke tak? And I saw you from afar. Kau macam ada masalah. Kenapa ni, Zack? Cuba kau bagitau aku. Kau ada masalah ke?"

Sejujurnya, memang Rio risaukan Zakwan sekarang. Entah apa masalah yang melanda teman lelakinya itu. Pada hari pertama SPM pulak tu! Nak kata Zakwan stres tentang keluarganya, kejap lagi selepas tamat peperiksaan, dia akan kembali ke pangkuan keluarga. Habis tu, apa yang buat Zakwan muncung semacam?

"I'm fine. Don't worry about me." Zakwan cuba untuk menipu. Dia sebenarnya tidak mahu Rio tahu tentang apa yang Hakim telah lakukan kepadanya semalam. Takut sekiranya Rio tidak boleh menerima kenyataan. Tapi kalau Hakim sendiri yang beritahu Rio nanti macam mana? Macam mana kalau Hakim akan memutarbelitkan cerita?

"Are you nervous about the exam?" Rio cuba meneka. Mungkin kegusaran Zakwan itu tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun. Mungkin kegusaran Zakwan itu adalah kerana dia risau dengan kertas-kertas yang akan didudukinya nanti sepanjang bulan ini.

Disebabkan Zakwan tidak mahu menceritakan kepada Rio tentang hal yang sebenar, dia terus mengangguk-anggukkan kepalanya. "Yup. Aku takut tak dapat score. Aku tak pandai macam kau, Rio. Aku tak sempat nak study pun malam tadi sebenarnya."

Rio segera mencapai tangan Zakwan. Satu senyuman manis diberikan kepada teman lelakinya itu. "Hey, don't say that. Remember your PT3? You did well, kan? It's the same with SPM. Cuma paper je bertambah banyak untuk kau jawab. I trust that you will score the exam with flying colours."

"You really think so?"

"I know so."

Zakwan tersenyum nipis. "Thanks, Rio."

"No problem. Shouldn't you get ready for your Seni paper?"

"Yeah, I should go now. See you after BM 2, okay?"

"Okey, sayang."

Rio membiarkan saja Zakwan berlalu pergi. Biarpun Zakwan telah memberitahunya tentang kenapa dia duduk termenung tadi, hati Rio tetap dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Kalau tak kerana dia bakal menduduki peperiksaan empat jam lagi, dah lama dah Rio telefon Hakim bertanyakan tentang apa sebenarnya masalah Zakwan. Mungkin Hakim tahu.

Sebaik saja Zakwan hilang dari pandangan, Rio terus berjalan ke arah perpustakaan sekolah seperti yang dirancangnya tadi.

**********

Hari pertama SPM 2017 berlalu dengan pantas. Tatkala semua pelajar berpusu-pusu pulang ke rumah untuk mengulangkaji pelajaran bagi mempersiapkan diri mereka untuk menjawab kertas-kertas seterusnya pada keesokan hari, Emilya sedang seronok menghabiskan masa bersama teman lelaki barunya.

Mereka berdua ke Pavilion KL, menikmati makan malam di sebuah food court. Biarpun mereka baru kenal, Emilya langsung tidak malu bertepuk tampar dengan lelaki itu. Malah, sewaktu mereka sedang duduk di meja makan, Emilya tidak segan mengendeng pada bahu teman lelakinya.

Dulu, sewaktu lelaki itu cuba mengoratnya, Emilya jual mahal. Maklum sajalah, perempuan mana yang akan tergoda dengan seorang mat rempit yang kerjanya menunggu budak-budak perempuan di luar sekolah? Tapi pada satu hari, entah macam mana, ketika srikandi-srikandinya tidak datang ke sekolah, Emilya telah memberanikan diri untuk berbual dengan lelaki yang asyik cuba mengoratnya itu.

Lama-kelamaan, hubungan mereka semakin rapat. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu sendiri telah berterus-terang pada Emilya tentang siapa dirinya yang sebenar. Pada mulanya, Emilya seperti tidak percaya namun disebabkan dia juga berpegang pada sentimen yang sama, dia menerima diri lelaki itu seadanya.

"Macam mana dengan exam tadi? Okey?" tanya lelaki itu.

"Okey je. Ada soalan yang I boleh jawab, ada yang tak. Tawakal jelah," jawab Emilya, manja.

"Best friend you ada tadi?" lelaki itu seperti lebih tertarik untuk mengetahui tentang 'kawan baik' Emilya iaith Rio, membuat Emilya berasa sedikit jengkel.

"Ada je. Tapi kitorang tak bertegur pun. Dia sibuk nak study." Emilya menjawab acuh tak acuh.

"Sayang, kan I dah bagitau you. You kena cuba rapatkan diri you balik dengan Rio. Jadikan dia best friend you. Berapa kali I kena ingatkan you?"

Emilya berdecip sambil menjeling ke arah teman lelakinya. "Apa sebenarnya plan you? You tau tak every time I lepak dengan dia, mesti boyfriend dia ada sekali. And you tau kan I pernah minat dekat boyfriend dia tu? You sengaja nak seksa perasaan I ke macam mana?"

Lelaki itu cepat-cepat memegang tangan Emilya sebagai tanda menenangkan. "Sayang, I faham you susah nak buat apa yang I suruh tapi please, sekejap je. Please tahan sekejap je lagi. Lepas plan kita menjadi, I janji you tak payah kawan dengan dia lagi."

Emilya mengerutkan dahi memandang wajah teman lelakinya. "Apa sebenarnya plan you?"

Lelaki itu tidak terus menjawab. Sebaliknya, dia tersenyum sinis.

"Botak, I tanya you ni. Apa sebenarnya plan you?"

"You akan tahu nanti."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience