Bab 47

Drama Series 29694

Panggilan yang diterima oleh Zakwan membuat dia mengeluh. Dia membiarkan saja telefon pintarnya itu bergetar di atas meja. Kemudian, dia memalingkan skrin telefon pintar itu supaya dia tidak dapat membaca nama orang yang sedang cuba menghubunginya itu.

Tindakan Zakwan itu disedari oleh Intan dan Rio yang turut berada di situ bagi mengulangkaji pelajaran buat kali terakhir sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan. Intan dan Rio saling berpandangan. Bagai dapat membaca fikiran masing-masing, Rio akhirnya berdehem menandakan dia yang akan bertanya pada Zakwan tentang siapakah orang yang menelefonnya tadi dan kenapa Zakwan enggan menjawab panggilan tersebut.

"Zack, are you okay?" Rio membuka bicara.

Zakwan yang sedang asyik merenung telefon pintarnya yang sudah tidak lagi bergetar, sedikit terkejut apabila Rio menegurnya. "Ha? Apa dia?"

"Are you okay? You seem a little distressed." Rio menoleh ke arah Intan yang turut sama tertanya-tanya apakah sebenarnya masalah Zakwan.

"Yeah I'm fine. Just maybe...nervous kot." Zakwan menjawab acuh tak acuh.

"Siapa yang call tadi? Kenapa kau tak jawab?" Rio terus bertanyakan soalan yang bermain-main dalam fikirannya waktu itu.

"Takde sape..." jawapan Zakwan itu membuat Rio berasa tidak berpuas hati.

Rio cuba mencapai telefon pintar Zakwan supaya dia dapat melihat dengan matanya sendiri siapa yang menghubungi Zakwan tadi. Akan tetapi, Zakwan lebih pantas bertindak. Dia merentap telefon pintarnya itu dari tangan Rio sebelum Rio sempat pun melihat nama pemanggil tadi pada skrin.

"What the hell? Are you hiding something from me!?" marah Rio, yang mula jengkel dengan tindakan Zakwan merentap kembali telefon pintarnya biarpun jelas dan nyata Zakwan ada hak untuk berbuat sedemikian.

"No! You can't just simply tengok handphone orang, Rio. That's very rude! You're violating my privacy!"

"I am your boyfriend, Zack. I deserve to know. Especially when you yourself look like you're having a trouble. What the hell is wrong actually? Tell me!"

Intan sudah mula rasa tak senang duduk. Perlahan-lahan, dia menyimpan semua nota-notanya di atas meja ke dalam beg supaya senang untuk dia beredar dari situ nanti.

"At least mintaklah elok-elok. You cannot just simply snatch it from me!" marah Zakwan, langsung tidak sedar orang yang menghubunginya tadi sedang menelefonnya sekali lagi.

Rio menjeling ke arah skrin telefon Zakwan di mana dia ternampak nama Hakim tertera. "Hakim..." kata Rio sambil menunding jari ke arah telefon Zakwan.

Zakwan pantas menekan butang reject. Barulah Rio tahu bahawa orang yang Zakwan sedang cuba elak itu adalah Hakim!

"Why are you not answering Hakim's phone call? Are you avoiding him?" pelbagai persoalan mula bermain dalam fikiran Rio kini.

Zakwan yang sudah tidak tahan, mengemas barang-barangnya dan bersiap-sedia untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Rio menggenggam lengan Zakwan dengan kuat supaya Zakwan berhenti dari mengemas. "Zakwan, what is wrong with you? Kau gaduh dengan Hakim ke? Is there something I should know about?"

Zakwan menepis tangan Rio dan terus berlalu pergi dari situ biarpun Rio cuba memanggil Zakwan berkali-kali. Entah kenapa Zakwan tiba-tiba saja bertindak sedemikian. Tindakannya itu betul-betul tidak dijangkakan. Rio yakin pasti ada sesuatu yang tidak kena antara Zakwan dan Hakim. Kalau tak, takkanlah Zakwan sampai tak nak jawab panggilan Hakim tadi?

"Rio..." Intan memanggil nama Rio.

Rio menoleh ke arah Intan yang sudah pun mengemas barang-barangnya dan turut sama bersedia untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan. Rio pun mula mengemas barang-barangnya. Dengan pantas mereka berdua berjalan ke arah dewan peperiksaan tidak jauh dari situ.

"Jangan fikir sangat pasal Zakwan. You should focus more on the next paper ni," nasihat Intan, ikhlas supaya fikiran Rio tidak terganggu di dalam dewan peperiksaan sekejap lagi.

"No wonder he seems a bit off after dia keluar dari rumah Hakim. Rupanya ada benda yang tak kena." Rio seperti tidak mengendahkan nasihat Intan, sebaliknya sibuk cuba membuat teori sendiri tentang apa sebenarnya masalah teman lelakinya itu. "I should call Hakim later after this paper and ask him myself."

Intan sekadar mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Macam-macam benda terjadi pada Rio dan Zakwan semenjak Rio memuatnaik videonya di YouTube. Lepas satu, satu lagi masalah atau konflik yang timbul. Drama betul!

"Eh, isn't that Emilya?" Intan ternampak Emilya berada di taman belakang sekolah seorang diri, seperti sedang cuba bercakap dengan seseorang dalam telefon.

Rio menyoroti pandangan Intan dan mengerutkan dahi melihat Emilya seorang diri di taman belakang sekolah itu. Wajah Emilya kelihatan sugul. Dia menyimpan semula telefon pintarnya di dalam poket pinafo dan berjalan ke arah Rio dan Intan yang dalam perjalanan ke dewan peperiksaan.

"Hai Emilya. Sorang je ke? Buat apa tadi tu kat belakang sana? Telefon boyfriend eh?" usik Intan, biarpun waktu itu wajah Emilya ketat semacam. Ketiga-tiga mereka berjalan seiring menuju ke dewan peperiksaan.

"Yeah. Dia tak jawab call aku dari pagi tadi. WhatsApp pun tak balas! Tak tahu mana dia pergi," bebel Emilya dengan wajah stress.

"Siapa boyfriend kau?" itu soalan yang lebih penting untuk Rio tahu. Setahu Rio, si Emilya tu sebelum ni bukan main hard up lagi dengan si Zakwan. Agaknya dengan siapa Emilya berpacaran ya?

Emilya tersenyum sinis mendengar pertanyaan Rio itu. 'Kalau aku bagitahu nanti, kantoilah rancangan dia nak kenakan kau!' getus hati kecilnya mengenangkan tentang teman lelakinya, Botak yang memang berdendam dengan Rio dari dulu. Penyudahnya, Emilya sekadar menjawab, "Eh adalah! Mana boleh bagitahu."

Rio memuncungkan muka. Tak nak bagitahu, sudah! Tak mati pun kalau tak tahu. Rio memujuk hati kecilnya sendiri sebelum kembali teringatkan tentang Zakwan yang seperti sedang berhadapan dengan konfliknya yang tersendiri. Hal ini benar-benar merungsingkan Rio. Bukannya apa. Takut nanti Zakwan tidak dapat fokus ketika menjawab soalan peperiksaan. Takut fikirannya nanti berkecamuk kerana terlalu memikirkan tentang masalah yang melanda.

"Hi, girls. Where's my pencil box and exam slip?" Emilya membuat haluannya sendiri selepas mereka bertiga tiba di foyer. Dia mendekati gundik-gundiknya yang setia bersamanya dari dulu lagi.

Intan dan Rio sekadar mampu memerhatikan. Mereka meletakkan beg masing-masing di foyer itu. Hanya bekas pensil lutsinar, kad pengenalan dan slip peperiksaan saja dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan. Ramai pelajar sudah mula beratur di luar dewan membawa bersama barang-barang yang dibenarkan tadi.

"Good luck, Rio! All the best," ucap Intan sebelum berpisah dengan Rio kerana kedudukan mereka dalam dewan peperiksaan itu jauh dari tempat duduk masing-masing.

"Thanks," jawab Rio sebelum ternampak Zakwan sedang beratur di luar dewan peperiksaan seorang diri. Wajahnya sugul sama seperti tadi. Risau Rio dibuatnya!

Zakwan terperasan Rio sedang memandang ke arahnya. Namun, Zakwan berpura-pura seperti tidak menghiraukan pandangan Rio itu. Dia akhirnya masuk ke dalam dewan peperiksaan setelah dibenarkan oleh ketua pengawas.

Rio sekadar mampu mengeluh lemah. Apalah sebenarnya masalah si Zakwan tu? Gaduh dengan mak bapak dia lagi ke? Ke gaduh dengan Hakim? Kalau gaduh pun, pasal apa? Sakit kepala Rio memikirkannya.

Rio menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia menarik nafas panjang dan bersedia untuk menukar mood sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan. Dia membuat janji dengan dirinya sendiri bahawa di dalam dewan peperiksaan nanti, dia takkan bawa semua masalah yang sedang melanda dirinya. Di dalam dewan itu, apa yang dia akan buat hanyalah fokus, fokus, fokus dan fokus! Demi mengejar keputusan yang cemerlang, Rio perlu mengutamakan mana yang lebih penting. Dan sudah semestinya yang lebih penting itu adalah bukan masalah yang sedang dialami oleh si Zakwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience