Bab 29

Drama Series 29694

Seminggu berlalu. Kelas 'tuisyen' Rio dan Zakwan berjalan seperti biasa. Tidak seperti dahulu, sesi pembelajaran kini hanya diadakan di meja makan. Salama sendiri tertanya-tanya mengapa dua 'sekawan' yang sudah lama tidak belajar bersama itu, tiba-tiba saja kembali mengadakan kelas tuisyen berdekatan dengan dapur sedangkan kebiasaannya mereka berdua akan masuk ke bilik Rio dan menghabiskan masa selama beberapa jam di situ. Tentu ada yang tidak kena, getus hati Salama sambil meneruskan kerja-kerja mengemas rumah, membiarkan Rio dan Zakwan terus mengadakan sesi pembelajaran bersama.

Sejak masuk ke dalam rumah, Zakwan tidak henti-henti cuba untuk bermain mata dengan Rio. Malang sekali, Rio langsung tidak mahu mengendahkannya. Dia sedang fokus membaca novel John Green bertajuk Turtles All The Way Down. Sesekali dia menjeling ke arah Zakwan yang sedang acuh tidak acuh menyiapkan latih tubi yang diberikan adanya. Apabila Zakwan mendongakkan kepala, Rio cepat-cepat mengalihkan pandangan matanya, supaya Zakwan tidak perasan bahawa dia sedang memerhatikan lelaki itu.

Zakwan berdehem. "Rio, yang ni macam mana? Aku lupalah," dia menolak buku latihannya ke arah Rio supaya Rio dapat menganalisa soalan yang kurang difahaminya itu.

Rio yang sebenarnya sudah tidak mempunyai semangat untuk menjadi tutor kepada Zakwan, menjeling ke arah buku latihan yang ditolak itu dengan wajah yang masam mencuka. Kemudian, dia mengeluh lemah. "Kan yang ni dah ajar? Takkan dah lupa kot?"

Zakwan menelan air liurnya mendengar kata-kata Rio. Garang betul! Kalau hendak diikutkan, dia sebenarnya tidak lupa pun dengan jalan kerja bagi soalan itu. Dia cuma sengaja mahu berinteraksi dengan Rio supaya mereka tidak diam saja di meja makan itu. "Err...aku ingat. Cuma aku..."

"Cuma apa? Kau sengaja je kan nak menggedik dengan aku? Come on-lah, Zack. Be professional, please. We're not boyfriends anymore, tau? Kalau kau rasa nak belajar dengan aku, kau belajarlah betul-betul! Jangan main-main macam ni. Buang masa je tau tak!?" marah Rio sebelum mencapai telefonnya yang menerima beberapa notifikasi sehingga berbunyi seperti loceng. Ting! Ting! Ting! Ting!

Rio masih tidak puas membebel. Dia mengeluh kasar sambil menjeling ke arah Zakwan, sebelum membaca semua notifikasi yang masuk tadi. Riak mukanya terus berubah melihat nama orang yang menghantar mesej itu. Rio tiba-tiba saja tersenyum-senyum sambil membalas mesej yang dihantar padanya.

Zakwan memerhatikan saja gelagat Rio yang tiba-tiba boleh tersenyum membaca mesej. Padahal tadi dia sedang marah pada Zakwan. Dia sedang berbalas mesej dengan siapa agaknya? Boyfriend baru ke? Zakwan mula gusar. Atau mungkin si budak Fitri hari tu? Atau lelaki lain? Tapi siapa? Zakwan semakin tidak senang duduk dibuatnya. Dia benar-benar ingin tahu dengan siapa Rio sedang berbalas mesej sekarang.

Dia berdehem lagi. "Err...Rio. Aku nak tanya. Kau tengah mesej dengan siapa tu?" Zakwan menjuihkan bibirnya pada telefon pintar di tangan Rio.

Rio menjeling tajam. "Kenapa kau nak kena tahu dengan siapa aku tengah mesej sekarang?"

"Takdelah. Aku saja je nak tahu. Kau tengah mesej dengan boyfriend baru ke tu?" Zakwan terpaksa menelan rasa sakit kerana harus menyembunyikan rasa cemburunya yang teramat biarpun soalannya itu cukup untuk menunjukkan yang dia cemburu.

"None of your freakin' business, Zack. Please finish your exercise now!" arah Rio, tegas.

"Why are you treating me like shit? I am a person. And there's a way to treat a person, okay? I don't like this kind of attitude from you, Rio. Aku pun ada hati dan perasaan tau tak!?" Zakwan meluahkan ketidakpuasanhatinya.

Rio meletakkan telefon pintarnya di atas meja dengan kasar. Nak ajak aku berdebat ya? Siaplah kau!

"Zakwan, dengar sini baik-baik ya? Kau tu yang sebenarnya beria-ia nak datang belajar dekat sini tau? Aku tak pernah paksa langsung. Aku tak nak pun sebenarnya ajar kau tapi kau yang petik nama aku depan mommy dengan daddy hari tu. So what choice do I have? Kalau ikutkan hati ni, nak je aku halau kau dari sini tau? Tapi aku tak sampai hati. Sebab kau pandai psiko aku sampai buat aku rasa bersalah. I'm sorry if you think that I am treating you like shit. But you kinda deserve it. Since kau sendiri yang buat aku stuck untuk mengajar kau setiap hari Jumaat."

Tidak semena-mena, mata Zakwan mula berkaca. Dia menyedut hingus yang tiba-tiba saja terbentuk kerana dirinya yang mula menitiskan air mata. Rio yang memang sedang bertentangan dengan Zakwan waktu itu, mula panik.

"I'm so sorry if I ever hurt you, Rio. Aku tau kau jadi macam ni sebab aku dah sakitkan hati kau. Aku mintak maaf sangat-sangat. I'm so sorry. Kalau kau rasa by treating me like shit boleh buat kau happy dan puas hati, kau buatlah. Aku tak boleh nak halang. Aku cuma nak berbaik balik dengan kau. Tu je. Tapi kalau kau rasa ini yang terbaik, terserahlah..." Zakwan meluahkan rasa hati sambil air matanya perlahan-lahan mengalir di pipi.

Hal ini membuatkan Rio berasa sangat serba salah. Pandangan matanya yang tepat tadi kini dialihkan. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Zakwan akan menitiskan air mata di hadapannya. Ingatkan Zakwan seorang lelaki yang berhati kebal. Selama ini, Rio tidak pernah nampak Zakwan menangis. Tak sangka pula Zakwan berani meruntuhkan egonya dan menitiskan air mata di situ.

"Zack...aku..." Rio tergagap-gagap.

"It's fine, Rio." Zakwan menyedut hingusnya lagi. "Kau tak perlu explain apa-apa lagi. Kalau betullah kau memang dah benci sangat dekat aku ni, sampai dah tak ada ruang lagi dalam hati kau untuk maafkan aku, aku redha."

Rio bertambah panik apabila Zakwan mula mengemas barang-barangnya. Sambil menyeka air mata, Zakwan bangun untuk beredar dari situ. Rio segera menghalang.

"Wait! Don't go!"

Zakwan langsung tidak mempedulikan. Dia menolak tubuh Rio dengan lembut dan mula berjalan ke arah pintu rumah.

"Zack!" panggil Rio. Air matanya turut sama sedang berkaca kini.

Zakwan berhenti melangkah. Hatinya tersentuh mendengar esakan tangis bekas teman lelakinya itu. Tapi dia masih tetapi lagi dengan egonya. Dia langsung tidak mahu menoleh ke belakang.

"I'm sorry. Aku takde niat pun nak sakitkan hati kau. Aku cuma...tak boleh terima kenyataan yang kita dah tak bersama lagi. Sebenarnya...aku masih sayangkan kau lagi, Zack..." ungkap Rio tanpa berfikir panjang.

Zakwan segera menoleh ke belakang. Dia dapat melihat Rio sedang menyeka air matanya. Serta-merta Zakwan meletakkan beg sekolahnya di atas lantai dan datang mendekati Rio.

"I'm sorry. I'm so sorry..." kata Rio sewaktu Zakwan datang ke arahnya. "I don't know what's wrong with me. I was just angry at you but I shouldn't be because you already apologized. Aku yang ego. Aku yang ego. I'm so sorry."

"It's okay," kata Zakwan sambil memegang pipi Rio.

Rio turut memegang jemari Zakwan. Dia amat merindui sentuhan bekas teman lelakinya itu. Teramat rindu!

"I miss you..." kata Rio.

"I miss you too, Rio."

Tatkala kedua-dua mereka semakin mendekati dan kelihatan seperti mahu saling berkucupan, kedengaran suara Salama beristighfar panjang. "Astaghfirullahalazim! Ya Allah Ya Tuhanku!"

Rio dan Zakwan menoleh ke arah Salama yang sedang berada dalam keadaan panik sekarang. "Eh, Cik Salama! Cik Salama buat apa kat situ?" tanya Rio, melihat Salama sedang tercegat di hadapan pintu masuk ke dapur.

Terkulat-kulat Salama cuba memberikan jawapan. "Maaf, Rio. Cik Salama terdengar korang berdua macam bergaduh tadi. Itu yang Cik Salama datang jenguk tu. Mintak maaf ya."

Rio tersengih. "It's okay. Cik Salama tolong masuk dapur balik ya?"

"Baiklah, Rio. Cik Salam masuk dapur balik."

Selepas Salama hilang dari pandangan, Rio menoleh ke arah Zakwan semula. Satu senyuman manis diberikan kepada Zakwan. "Where were we?"

"Are you sure you wanna do it here? Nanti apa pulak kata Cik Salama kalau dia nampak lagi?" tanya Zakwan yang langsung tidak kisah Salama sudah tahu bahawa dia adalah homoseksual sama seperti Rio.

"Then, what are you suggesting? Wanna do it in the room instead?" usik Rio.

Zakwan terus tertawa. "You have no idea how hard it is not being able to make out with you."

"Pergilah cari si Emilya tu. Dia kan girlfriend kau? Let her please you." Rio sengaja mengusik lagi.

"Banyaklah kau!" Zakwan mencubit perut Rio dan mereka berdua saling berketawa.

Akhirnya, kedua-dua mereka telah kembali bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience